13 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Harus Anda Tahu!

Artikel ini bincang tentang makanan tinggi kolesterol yang harus anda tahu. Jom kita mula!

Makanan Tinggi Kolesterol

Makanan Tinggi Kolesterol Yang Sihat Dan Boleh Dimakan Secara Sederhana

1. Telur

Makanan Tinggi Kolesterol telur

Telur ialah makanan yang mudah untuk dipadankan di dalam mana-mana resipi, enak tetapi ia juga adalah salah satu makanan tinggi kolesterol. Walaupun telur adalah sumber yang kaya dengan protein berkualiti tinggi dan mengandungi banyak nutrien penting termasuk vitamin dan mineral ia juga tinggi dengan kolesterol. Terutamanya bahagian kuning telur.

Bagi individu yang tidak mempunyai masalah kardiovaskular, anda mungkin tidak mempunyai masalah memakan telur. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai risiko penyakit kardiovaskular ia mungkin dapat menjejaskan tahap lipid.

Kajian menunjukkan telur mengandungi kolesterol yang tinggi kerana kuning telur yang besar mengandungi kira-kira 275 mg kolesterol. Ini menghampiri had harian yang disyorkan untuk pengambilan kolesterol. 

Kajian menemui kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), atau kolesterol tidak baik, mungkin meningkat dengan pengambilan telur yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, memakan sebiji ke 2 biji telur setiap hari adalah selamat untuk individu yang tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. 

Kajian lain pula mendapat telur tidak meningkatkan paras kolesterol dan boleh meningkatkan kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)  juga dikenali sebagai kolesterol baik.

Untuk menjaga paras kolesterol yang baik, rajinkan diri untuk memantau cara pemakanan anda dan elakkan memakan telur secara berlebihan. 

2. Organ dalaman haiwan

Organ dalaman haiwan seperti di bahagian hati dikenali ramai sebagai makanan tinggi kolesterol. Organ dalaman haiwan adalah padat dengan nutrien dan membekalkan vitamin dan mineral penting, tetapi kaya dengan kolesterol. 


Jika anda menghidap penyakit seperti kolesterol tinggi atau masalah jantung, anda mungkin perlu mengehadkan pengambilan organ dalaman haiwan. Antara bahagian organ dalaman haiwan lain yang mengandungi kolesterol tinggi adalah:

  • Buah Pinggang: Walaupun buah pinggang lembu adalah sumber nutrien penting yang baik seperti protein, ia juga mengandungi sejumlah besar kolesterol. Individu yang bimbang tentang tahap kolesterol mereka mungkin perlu mengehadkan pengambilan organ buah pinggang lembu atau haiwan lain.
  • Otak: Otak haiwan seperti otak lembu mengandungi kolesterol. Walaupun mereka kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain, kandungan kolesterol otak lembu mensyorkan pengambilan sederhana bagi mereka yang memantau pengambilan kolesterol mereka.
  • Babat: Babat ialah lapisan yang boleh dimakan daripada perut pelbagai haiwan. Walaupun ia merupakan sumber protein dan vitamin tertentu yang baik, ia juga mengandungi kolesterol. Mereka yang memantau tahap kolesterol mereka mungkin perlu mengehadkan pengambilan babat haiwan.

Kajian menerangkan organ dalaman haiwan adalah tinggi kolesterol kerana ia kaya dengan lemak haiwan dan lipid. Kolesterol adalah sejenis lipid yang secara semula jadi ditemui dalam makanan berasaskan haiwan, termasuk daging organ. 

Selain itu, daging organ mengandungi kepekatan lemak tepu yang tinggi yang boleh menyumbang kepada paras kolesterol yang tinggi. Kehadiran kolesterol dalam daging organ adalah komponen semula jadi dalam fisiologi haiwan dan dipindahkan ke daging ketika proses penyembelihan. Oleh itu, pengambilan daging organ boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam badan.

3. Keju

Makanan Tinggi Kolesterol keju

Keju ialah makanan yang digemari ramai, enak namun termasuk juga di dalam kategori makanan tinggi kolesterol. Keju merupakan sumber kalsium, protein dan nutrien penting lain yang sangat baik, ia juga boleh mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. 

Lemak tepu yang terdapat dalam banyak produk tenusu, boleh menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol LDL, yang juga dikenali sebagai kolesterol tidak baik. Pengambilan keju yang tinggi lemak mungkin boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. 

Terdapat pelbagai jenis keju di pasaran, pilij jenis keju yang ,mengandungi rendah lemak atau kurang lemak. 

Kajian menerangkan keju tinggi dalam kolesterol kerana ia umumnya kaya dengan lemak tepu yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Lemak tepu boleh menyumbang kepada tahap kolesterol yang lebih tinggi dalam badan dan memandangkan keju mengandungi sejumlah besar lemak tepu ia dianggap tinggi kolesterol.

Namun apa yang menarik di dalam kajian ini adalah ia menunjukkan peningkatan pengambilan keju tidak membawa kepada peningkatan dalam jumlah atau tahap kolesterol LDL. Walaubagaimanapun, kesan sampingan adalah berbeza bagi setiap individu, jadi jika anda sedang mengawal paras kolesterol adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat pakar. 

4. Daging merah

Makanan Tinggi Kolesterol daging merah

Daging merah, seperti daging lembu dan daging kambing juga dikenali sebagai makanan tinggi kolesterol terutamanya di  bahagian daging yang berlemak. Daging merah merupakan sumber nutrien penting yang sangat baik seperti protein, zat besi, namun begitu anda perlu berhati-hati dalam kesan sampingannya terhadap kesihatan anda.  

Diet tinggi lemak tepu telah dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol LDL, yang dikaitkan dengan penyakit jantung. Untuk melindungi dan menyokong kesihatan jantung adalah dicadangkan untuk memilih potongan daging merah tanpa lemak, membuang lemak sebelum dimasak dan menggunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang atau membakar. 

Selain itu, menggabungkan pelbagai sumber protein, termasuk daging tanpa lemak, ayam itik, ikan dan pilihan berasaskan tumbuhan boleh menyumbang kepada diet yang lebih seimbang dan tidak menjejaskan kesihatan jantung. 

Kajian menerangkan daging merah mengandungi kolesterol yang tinggi kerana komposisi lemak tepu dan kolesterol. Pengambilan kolesterol dan lemak tepu yang berlebihan daripada daging merah boleh menyebabkan perubahan dalam paras kolesterol total serum yang boleh terkumpul dalam makrofaj dan mengaktifkan laluan keradangan. 

Selain itu, daging merah mengandungi lebih banyak karnitin, yang merupakan prekursor metabolik trimethylamine N-oxide (TMAO) iaitu sebatian yang menghalang proses membalikkan kolesterol dan mencetuskan keradangan arteri koronari. Oleh itu, pengambilan daging merah boleh menyumbang kepada tahap kolesterol yang lebih tinggi dalam badan.

5. Mentega

Makanan Tinggi Kolesterol mentega

Mentega adalah makanan tinggi kolesterol dan mengandungi lemak tepu yang tinggi. Walaupun mentega dapat menambah rasa yang enak di dalam masakan, penggunaan mentega yang berlebihan boleh menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol LDL.

Lemak tepu dalam mentega boleh meningkatkan tahap kolesterol tidak baik dalam darah yang berpotensi menjejaskan kesihatan kardiovaskular.  Adalah disyorkan penggunaan mentega secara sederhana dan mempertimbangkan alternatif lain yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau sapuan berasaskan tumbuhan yang mengandungi lemak tak tepu.

Kajian mendapati pengambilan jumlah mentega yang sederhana didapati telah meningkatkan jumlah kolesterol dan tahap kolesterol LDL berbanding penggunaan minyak zaitun atau diet peserta di dalam kajian. Walau bagaimanapun, ia juga membawa kepada peningkatan kolesterol HDL, yang dianggap baik untuk kesihatan jantung.

Bagi individu yang mempunyai kolesterol tinggi, adalah disyorkan untuk mengehadkan pengambilan mentega. Tetapi jika paras kolesterol anda normal, pengambilan mentega dalam kuantiti yang sedikit di dalam diet mungkin tidak akan menjejaskan kesihatan. 

6. Susu penuh lemak

Susu penuh lemak adalah sumber yang kaya dengan nutrien penting seperti kalsium dan vitamin D, namun, ia juga termasuk di dalam kategori minuman atau makanan kolesterol tinggi kerana kaya dengan lemak tepu. Kandungan lemak tepu dalam produk tenusu penuh lemak boleh menyebabkan peningkatan kolesterol LDL dan risiko tinggi untuk penyakit jantung. 

Adalah penting untuk anda mengambil kira keseimbangan keseluruhan dalam diet kerana pengambilan tenusu penuh lemak yang berlebihan berpotensi menjejaskan kesihatan kardiovaskular.  Anda boleh memilih susu alternatif rendah lemak seperti susu skim atau susu berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Kajian menerangkan asid lemak tepu yang terdapat dalam jumlah yang tinggi dalam produk tenusu penuh lemak telah menunjukkan peningkatan tahap serum kolesterol LDL. Kolesterol LDL yang tinggi adalah faktor risiko penting untuk aterosklerosis yang merupakan punca utama penyakit kardiovaskular aterosklerotik. Oleh itu, kandungan kolesterol tinggi dalam susu penuh lemak adalah kebimbangan berhubung kesihatan kardiovaskular.

Namun begitu, terdapat juga kajian dan kajian lain yang menyatakan susu penuh lemak tidak akan menjejaskan tahap kolesterol dan menyebabkan risiko penyakit berkaitan dengan jantung. Jika anda sedang menghidap penyakit berkaitan jantung, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan. 

Makanan Tinggi Kolesterol Yang Kurang Sihat Dan Cuba Dielakkan

7. Daging yang diproses

Makanan Tinggi Kolesterol daging yang diproses

Daging yang diproses, seperti sosej, nuggets, sesetengah bebola ikan dan ayam pada kebiasaanya adalah makanan tinggi kolesterol dan mengandungi lemak tepu yang tinggi. Produk daging yang diproses akan melalui pelbagai kaedah pengawetan, termasuk pengasapan atau penambahan bahan pengawet dan sarat dengan bahan tambahan yang tidak sihat dan juga kandungan garam yang berlebihan. 

Kandungan lemak tepu yang tinggi dalam daging yang diproses boleh menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol LDL dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Pengambilan daging yang diproses secara kerap telah dikaitkan dengan risiko kesihatan yang terjejas termasuk hipertensi dan penyakit jantung. 

Mengikut kajian, pengambilan daging merah dan daging yang diproses yang tinggi daging mungkin akan meningkatkan risiko untuk mengalami masalah dengan tahap kolesterol di kalangan orang Asia.

8. Makanan bergoreng

Makanan Tinggi Kolesterol makanan goreng

Makanan bergoreng adalah makanan tinggi kolesterol yang boleh menjejaskan tahap kolesterol anda. Apabila makanan digoreng, ia menyerap sejumlah besar minyak dan akan menambahkan kandungan lemak tepunya. Lemak tepu boleh menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol LDL dan meningkatkan risiko masalah kardiovaskular. 

Pengambilan makanan bergoreng yang terlalu banyak boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam paras kolesterol badan yang berpotensi menjejaskan kesihatan jantung. Untuk melindungi dan menyokong kesihatan anda secara keseluruhan, anda perlu mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan memilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti membakar, memanggang atau mengukus.

Kajian menunjukkan makanan bergoreng mengandungi kolesterol yang tinggi kerana ia menyerap sejumlah besar minyak masak semasa proses penggorengan. Ini akan mengakibatkan makanan menjadi sarat dengan lemak tidak sihat, termasuk lemak tepu dan trans yang boleh menyebabkan peningkatan dalam profil lipid dan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. 

9. Makanan segera

Makanan segera digemari ramai kerana ia mudah didapati, enak dan tidak memerlukan masa menunggu yang lama. Namun begitu, makanan segera juga adalah salah satu makanan tinggi kolesterol. Kebanyakkan makanan segera mengandungi lemak tepu dan trans yang tinggi yang boleh menyumbang dengan ketara kepada paras kolesterol LDL yang tinggi dan meningkatkan risiko penyakit jantung. 

Burger, kentang goreng, ayam goreng dan pilihan makanan segera popular yang lain selalunya disediakan menggunakan minyak dan kaedah memasak yang menambah kandungan kolesterolnya. Pengambilan makanan segera secara kerap boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kardiovaskular. 

Kajian mendapati makanan segera adalah tinggi dengan kolesterol kerana penggunaan bahan-bahan seperti daging yang diproses, keju, dan makanan bergoreng yang biasa terdapat dalam menu makanan segera. 

Bahan-bahan ini biasanya tinggi dalam lemak tepu dan trans yang boleh menyumbang kepada paras kolesterol yang tinggi. Selain itu, makanan segera sering kekurangan serat dan mengandungi tahap lemak tidak sihat yang tinggi yang boleh menyumbang kepada paras kolesterol tinggi.

10. Kulit ayam

Makanan Tinggi Kolesterol kulit ayam

Kulit ayam adalah makanan tinggi kolesterol lemak tepu yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kardiovaskular jika diambil secara berlebihan. Walaupun ayam adalah sumber protein yang popular, kulit ayam mengandungi lemak yang tinggi, termasuk lemak tepu yang tidak sihat. 

Lemak tepu boleh menyumbang kepada paras kolesterol LDL yang tinggi dan meningkatkan risiko masalah berkaitan jantung. Untuk mengekalkan diet yang menyokong kesihatan jantung, anda disyorkan untuk membuang atau mengehadkan pengambilan kulit ayam. Memilih potongan ayam yang kurang lemak dan menggunakan kaedah memasak yang lebih sihat boleh membantu meminimumkan pengambilan lemak tepu. 

Kajian menunjukkan kulit ayam mengandungi kolesterol tinggi kerana profil lipidnya yang mengandungi sejumlah besar asid lemak tepu. Pengambilan lemak tepu telah dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol serum dan LDL yang merupakan faktor risiko penyakit kardiovaskular. 

Selain itu, profil lipid lemak kulit ayam tidak menunjukkan perbezaan statistik daripada bahagian karkas ayam yang lain seperti dada, kepak, kaki dan leher. Ini menunjukkan bahawa kandungan kolesterol adalah konsisten di bahagian ayam yang lain. 

11. Kuih-muih

Makanan Tinggi Kolesterol kuih muih

Pencuci mulut seperti kuih-muih, kek, pastri dan ais krim boleh menjadi makanan tinggi kolesterol jika menggunakan bahan-bahan seperti mentega, krim dan telur. Bahan-bahan ini kaya dengan lemak tepu yang boleh menyumbang kepada paras kolesterol LDL yang tinggi dan berpotensi meningkatkan risiko masalah berkaitan jantung. 

Memilih pencuci alternatif mulut yang lebih sihat, seperti pencuci mulut berasaskan buah-buahan atau yang diperbuat daripada lemak yang lebih sihat boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk mengekalkan kesihatan jantung.

Kajian menerangkan pencuci mulut pada kebiasaanya mengandungi kolesterol yang tinggi kerana kebanyakkannya diperbuat dengan bahan yang tinggi lemak dan gula. Sebagai contoh, banyak pencuci mulut mengandungi bahan seperti mentega, krim dan telur,  yang kesemuanya tinggi dengan kolesterol. 

Selain itu, pencuci mulut juga kaya dengan gula seperti biskut, coklat dan ais krim. Ini boleh menyumbang kepada peningkatan kepekatan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL. Oleh itu, gabungan bahan tinggi lemak dan gula dalam pencuci mulut boleh menyebabkan kandungan kolesterol tinggi dalam makanan ini.

12. Minyak sayuran yang mempunyai lemak tepu tinggi

Kebanyakkan minyak sayuran adalah selamat untuk digunakan secara sederhana. Namun begitu, minyak sayuran tertentu, seperti minyak kelapa dan minyak sawit, mengandungi jumlah lemak tepu yang lebih tinggi berbanding minyak sayuran lain, disebabkan ini ia juga adalah makanan tinggi kolesterol.

Pengambilan lemak tepu yang tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol LDL yang boleh menjejaskan kesihatan jantung. Mengekalkan diet seimbang dan pelbagai, menggabungkan campuran lemak sihat, dan memberi perhatian kepada pengambilan kalori keseluruhan adalah penting untuk menyokong kesihatan jantung. 

Mengikut kajian, penggunaan minyak sawit boleh menyebabkan paras kolesterol LDL lebih tinggi berbanding menggunakan minyak sayuran yang rendah lemak tepu. Ini kerana minyak sawit mempunyai banyak lemak tepu dan boleh menjejaskan lemak dalam darah kita. 

Namun begitu, minyak sawit juga boleh meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) lebih daripada minyak yang mengandungi lemak trans. Untuk menyokong kesihatan jantung yang lebih baik, adalah idea yang baik untuk mengurangkan penggunaan minyak sawit dan sebaliknya memilih minyak sayuran yang rendah lemak tepu dan trans. 

13. Jajan/Snek

Kebanyakkan makanan ringan boleh termasuk di dalam kategori makanan tinggi kolesterol kerana kandungan kolesterol yang tinggi dan lemak yang tidak sihat terutamanya jika ia diproses atau digoreng. Pilihan snek seperti kerepek, biskut dan pastri selalunya mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang boleh menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol LDL.

Pengambilan snek atau jajan dengan kerap tanpa mengambil kira kesannya terhadap paras kolesterol boleh meningkatkan risiko masalah berkaitan jantung. Adalah penting untuk mengambil kira kandungan nutrisi makanan ringan dan memilih alternatif yang lebih sihat seperti pilihan buah-buahan segar, sayur-sayuran, kacang atau bijirin penuh. 

Membaca label makanan untuk mengenal pasti dan memilih makanan ringan dengan tahap lemak tepu dan lemak trans yang lebih rendah ialah strategi yang baik untuk mengekalkan kesihatan jantung. 

Kajian mendapati (snek) kerepek ubi tinggi lemak dan kalori yang tidak sihat kerana proses menggoreng dan garam tambahan yang boleh menyumbang kepada profil lipid yang lemah dan faktor risiko kardiometabolik lain apabila diambil secara berlebihan.

Kesimpulan

Berikut adalah makanan tinggi kolesterol yang harus anda ketahui:

  1. Telur
  2. Organ dalaman haiwan
  3. Keju
  4. Daging merah
  5. Daging yang diproses
  6. Makanan bergoreng
  7. Makanan segera
  8. Mentega
  9. Susu penuh lemak
  10. Kulit ayam
  11. Kuih-muih
  12. Minyak sayuran yang mempunyai lemak tepu tinggi
  13. Jajan/Snek

Anda boleh baca tentang artikel kolesterol yang lain di sini:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan