Buah Pala: 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Buah Pala

Buah Pala atau juga dikenali sebagai Nutmeg ini mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri.

Jika sebelum ini anda makan buah pala tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel ini kami akan membincang semua tentang buah pala termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi, cara makan serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

buah pala nutmeg infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah pala

Buah Pala featured image

Buah Pala adalah rempah yang berasal dari biji pokok Myristica fragrans yang berasal dari Kepulauan Rempah Indonesia.

Buah pala memiliki bentuk bulat dan mempunyai saiz yang berukuran 5 hingga 7 sentimeter. Manakala kulit buah pala kasar serta berwarna merah dan juga isinya berwarna kekuningan.

Biji pala berbentuk bujur dan saiz yang sama seperti buah plum yang kecil. Apabila sudah matang, ia akan terbelah dan terbuka untuk mendedahkan benih yang diliputi kulit coklat kemerahan yang dikenali sebagai aril. 

Buah Pala juga terkenal dengan bijinya yang digunakan sebagai rempah ratus dan mempunyai aroma yang tersendiri. Manakala kulit biji buah pala biasanya dijadikan sebagai jeruk. 

Biji pala juga akan dikeringkan dan diproses menjadi rempah ratus yang popular dalam pelbagai hidangan serta digunakan dalam kombinasi dengan rempah lain seperti cengkih dan kayu manis untuk meningkatkan penuh rasa dalam pelbagai hidangan. 

Selain daripada kulinari, buah pala juga sering dikaitkan dengan manfaat kesihatan antaranya bagus untuk sistem penghadaman, melegakan kesakitan, mengurangkan keradangan dan mengalakan tidur.

Fakta nutrisi dan khasiat buah pala

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah pala:

Makronutrien:

Kalori525 Kcal
Jumlah Karbohidrat49.3g
Serat (Karbohidrat)20.8g
Gula (Karbohidrat)2.99g
Protein5.84g
Lemak36.3g

Mikronutrien (Vitamin):

Vitamin A5.00 mcg
Thiamin (Vitamin B1)0.346 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.057 mg
Niacin (Vitamin B3)1.299 mg
Vitamin B60.16 mg
Folate (Vitamin B9)76 mcg
Vitamin C3 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium184 mg
Copper1.03 mg
Iron3.04 mg
Magnesium183 mg
Manganese2.9 mg
Phosphorus213 mg
Potassium350 mg
Selenium1.6 mcg
Sodium16 mg
Zinc 2.15 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Carotene28 mcg
Cryptoxanthin66 mcg
Choline8.8 mg

15 kebaikan buah pala yang anda perlu tahu

Buah pala selain daripada manfaat untuk masakan, ia juga mengandungi banyak manfaat kesihatan yang lain. Mari kita lihat bersama 16 kebaikan dan khasiat pengambilan buah pala yang penuh beraroma ini:

1. Membantu dalam cirit birit

Buah pala secara tradisinya digunakan sebagai ubat semulajadi untuk merawat masalah cirit-birit. Buah pala mengandungi sifat antimikrob yang membantu dalam melawan bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan cirit birit.

Selain itu juga, buah pala turut mengandungi sifat anti radang yang boleh membantu dalam mengurangkan keradangan dalam saluran penghadaman. Kajian juga membuktikan bahawa buah pala memang mempunyai sifat anti cirit birit.

2. Mengurangkan Kolesterol

Selain itu, buah pala juga turut mengandungi antioksidan yang membantu dan melindungi tubuh daripada tekanan oksidatif dan secara langsung boleh menyumbang kepada masalah sakit jantung termasuk pengurusan paras kolesterol. Satu kajian menunjukkan buah pala dapat mengurangkan kolesterol.

3. Baik untuk kulit

Buah pala telah digunakan dalam perubatan tradisional dan dalam penjagaan kulit sejak dulu lagi.

Mengandungi sifat anti radang yang boleh membantu dan mengurangkan keradangan kemerahan pada kulit, selain itu juga mengandungi antimikrob yang memerangi bakteria dan kulat pada kulit dan mencegah serta merawat jerawat dan jangkitan kulit yang lain.

Ini turut dibuktikan dalam kajian dimana buah pala dapat merawat jangkitan kulit. Buah pala juga digunakan dalam formulasi penjagaan kulit untuk membantu dalam mencerahkan bintik hitam, parut jerawat memberikan tona kulit yang lebih sekata.

4. Kurangkan risiko kanser

Biji pala yang dihasilkan oleh buah pala ini mempunyai banyak khasiat serta manfaat kesihatan yang boleh mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser kolon berdasarkan kajian.

Buah pala mengandungi sifat antioksidan seperti myristicin yang melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan DNA dan seterusnya boleh meningkatkan risiko kanser.

Ini dapat dibuktikan dengan kajian dimana apabila radikal bebas semakin tinggi ia akan dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik. 

Buah pala juga mengandungi sifat anti radang, dimana keradangan yang kronik memainkan peranan dalam perkembangan kanser, jadi dalam mengurangkan keradangan boleh membantu dalam mengurangkan risiko kanser.

5. Sifat anti kemurungan

Jika anda mengalami masalah kemurungan atau depresi dengan mengamalkan buah pala ini sedikit banyak dapat menghilangkan penyakit kemurungan anda.

Kajian menunjukkan bahawa buah pala bantu dalam kemurungan.

Buah pala mempunyai sifat menenangkan dan boleh membantu mengurangkan tekanan. Kesan ini membolehkan memberi sokongan kepada individu yang menghadapi sifat depresi.

6. Baik untuk kesihatan mulut

Buah pala mengandungi sifat anti bakteria. Ciri-ciri ini membantu dalam menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut yang boleh menyumbang kepada penyakit gusi, kerosakan gigi dan nafas berbau. Satu kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak buah pala menunjukkan kesan anti bakteria yang kuat. 

Jika anda menghadapi mulut yang berbau, dengan mengunyah buah pala dapat membantu menyegarkan nafas anda dan dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan dalam mulut. Anda juga boleh mencari ubat gigi atau ubat kumur yang mengandungi ekstrak buah pala.

7. Baik untuk sistem penghadaman

Buah pala boleh mengatasi berlakunya masalah pencernaan kerana mengandungi sifat anti radang seperti eugenol. Dengan mengurangkan keradangan buah pala boleh membantu dalam mengalakkan sistem pencernaan yang lebih sihat. Buah pala mempunyai bau yang sangat kuat, kandungan dalam buah pala ini membuatkan sesetengah orang menjadikannya sebagai penghilang rasa mual dan loya menenangkan perut.

8. Baik untuk insomnia

Buah pala telah digunakan dalam perubatan tradisional kerana mempunyai sifat sedatif yang berpotensi untuk membantu masalah kesukaran tidur atau insomnia. Selain sifat sedatif, buah pala juga digunakan untuk menenangkan sistem saraf.

Ia boleh membantu mengurangkan kebimbangan, keresahan yang boleh menyumbangkan kepada insomnia. Tambahan juga, buah pala boleh meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik dan menggalakkan tidur yang lebih lena.

9. Membantu dalam melegakan otot dan sakit sendi

Seperti anda ketahui, buah pala mengandungi sifat anti radang. Keradangan sering dikaitkan dengan sakit otot dan sakit sendi, jadi sifat anti radang pada buah pala boleh membantu dalam mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan.

10. Meningkatkan sistem imun badan

Buah pala mengandungi sifat anti radang. Keradangan kronik boleh menjejaskan fungsi imun secara negatif, dan kesan buah pala membantu tindak balas imun dalam mengekalkan sistem imun yang sihat.

Buah pala juga adalah sumber nutrien penting termasuk Vitamin A, Vitamin C dan besi. Kesemua nutrien ini penting dalam mengekalkan sistem imun yang sihat.

11. Anti radang

Buah pala juga dapat mengatasi kesakitan dan keradangan. Disebabkan anti radang dan analgesik (menghilangkan kesakitan), buah pala boleh membantu melegakan kesakitan dan bengkak yang berkaitan dengan keadaan keradangan seperti arthritis.

Ini dapat dikukuhkan lagi dengan kajian menunjukkan kesakitan keradangan dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan arthritis.

12. Bantu tingkatkan libido

Buah pala kaya dengan bau rempah yang kuat. Aroma buah pala ini dikatakan dapat membantu mewujudkan suasana romantis dan sensual yang berpotensi meningkatkan mood dan keinginan.

Satu kajian terhadap haiwan, tikus jantan diberi dos yang tinggi untuk ekstrak buah pala dan mengalami peningkatan aktiviti seksual berbanding dengan kumpulan kawalan.

13. Mempunyai sifat anti bakteria

Ekstrak buah pala terbukti mempunyai sifat antibakteria yang kuat. Komponen aktif dalam buah pala boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan melawan jangkitan.

elain itu, buah pala juga membantu melindungi saluran penghadaman daripada bakteria yang berbahaya, dan buah pala menghalang pertumbuhan bakteria yang dikaitkan dengan penyakit antaranya E.coli.

Kajian ada menunjukkan buah pala terbukti menghalang pertumbuhan bakteria E.coli.

14. Membantu dalam mengawal gula dalam darah

Buah pala mengandungi sifat antioksidan yang membantu dalam mengawal tekanan oksidatif dan radikal bebas dalam badan. Tekanan oksidatif dapat menyumbang kepada insulin dan diabetes. Dengan mengurangkan tekanan oksidatif,  buah pala dapat melindungi komplikasi berkaitan diabetes.

Satu kajian pada tikus menunjukkan bahawa rawatan dengan ekstrak buah pala dos tinggi dapat mengurangkan paras gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas dengan ketara.

15. Membantu detoksifikasi

Detoksifikasi yang betul adalah penting untuk memastikan kesihatan keseluruhan badan anda. Kebanyakan beban tugas ini jatuh pada hati dan buah pinggang.

Kajian menunjukkan buah pala menawarkan sokongan yang sangat diperlukan kepada organ-organ ini untuk memastikan fungsi optimumnya, dengan mengurangkan beban toksik pada badan.

Diperkaya dengan antioksidan, buah pala membantu mengurangkan aktiviti radikal bebas dalam hati dan mengaktifkan enzim dalam hati yang membantu membuang sebatian toksik. Ekstrak pala juga boleh terbukti bermanfaat dalam merawat gangguan hati, kecederaan, dan keradangan.

Juga, magnesium di dalamnya diperlukan untuk detoksifikasi sel. Ia juga membantu detoksifikasi logam daripada badan.

Kesan sampingan buah pala

Buah pala kesan sampingan

Pengambilan buah pala secara sederhana biasanya dianggap selamat. Walau bagaimanapun jika dimakan dalam kuantiti yang sangat banyak boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan pengambilan buah pala secara berlebihan:

  • Pengambilan buah pala dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan keracunan atau dos berlebihan. Kesan sampingan keracunan termasuk loya, muntah, pening, kekeliruan, sawan dan juga halusinasi.
  • Buah pala mengandungi myristicin, yang boleh memberi kesan psikotropik apabila dimakan dengan dos yang tinggi. Kesan ini termasuk halusinasi, mengantuk dan kekeliruan.
  • Kesan sampingan yang lain adalah gangguan penghadaman. Pengambilan secara berlebihan boleh mengganggu sistem pencernaan seperti loya, kembung perut dan cirit birit

Adalah sangat penting untuk mengambil perhatian bahawa kesan sampingan ini biasanya dikaitkan dengan pengambilan buah pala secara berlebihan atau dos yang sangat tinggi dan bukannya disebabkan penggunaan kulinari atau masakan. Segera berjumpa doktor jika anda mengalami salah satu kesan sampingan yang dinyatakan di atas.

Cara makan buah pala

Buah pala adalah rempah yang serba boleh digunakan dalam pelbagai penyediaan masakan bagi meningkatkan lagi rasa. Berikut adalah beberapa cara biasa untuk makan buah pala: 

  • Salah satu cara biasa yang dibuat ialah serbuk buah pala.Kisar halus terlebih dahulu buah pala tersebut. Boleh ditaburkan atau ditambah sebagai rempah dalam masakan. Ia juga sesuai ditabur dalam pencuci mulut seperti pai, kek dan biskut dan juga hidangan seperti sup dan kari
Cara Makan Buah Pala Serbuk
  • Buah pala juga boleh ditambah pada susu suam. Ia boleh menghasilkan minuman yang menenangkan dan beraroma. Caranya cukup mudah, panaskan susu  dan campurkan sedikit serbuk buah pala ke dalam susu tadi tambahkan pemanis jika perlu. Enjoy your milk!
  • Buah pala biasanya disertakan dalam adunan atau campuran rempah seperti garam masala
  • Buah pala juga boleh dibuat kepada jus dan diminum. Ia sangat lazat dan wangi diminum.
  • Buah pala juga biasa dimakan sebagai jeruk.

Bagi mengekalkan kesegaran dan aroma buah pala, anda perlu menyimpan dalam bekas kedap udara.

Kesimpulan

Buah pala mengandungi banyak khasiat dan manfaat seperti:

  1. Membantu dalam cirit birit
  2. Mengurangkan Kolesterol
  3. Baik untuk kulit
  4. Kurangkan risiko kanser
  5. Sifat anti kemurungan
  6. Baik untuk kesihatan mulut
  7. Baik untuk sistem penghadaman
  8. Baik untuk insomnia
  9. Membantu dalam melegakan otot dan sakit sendi
  10. Meningkatkan sistem imun badan
  11. Anti radang
  12. Bantu tingkatkan libido
  13. Mempunyai sifat anti bakteria
  14. Membantu dalam mengawal gula dalam darah
  15. Membantu detoksifikasi

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah pala. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah pala.

Buah pala digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk dalam masakan, perubatan tradisional, dan sebagai rempah ratus untuk meningkatkan rasa makanan. Pala juga digunakan dalam membuat minuman seperti eggnog dan kopi. Selain itu, buah pala diketahui mempunyai sifat antimikrob, antioksidan dan anti-radang yang memberikan manfaat kesihatan.

Buah pala mempunyai rasa yang unik dan kaya. Ia mempunyai rasa manis, hangat dan sedikit pedas dengan sentuhan kayu manis. Rasa buah pala juga boleh digambarkan sebagai sedikit pahit dan kuat. Ia sering digunakan sebagai rempah dalam pelbagai hidangan untuk menambah rasa dan aroma yang tersendiri.

Makan buah pala secara sederhana atau terkawal secara berkala biasanya dianggap selamat. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa buah pala mengandungi sebatian kimia tertentu yang dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Oleh itu, adalah disyorkan untuk tidak mengambil dos yang tinggi atau makan terlalu banyak buah pala setiap hari.

Ya, buah pala sememangnya selamat digunakan oleh lelaki. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan makanan atau rempah lain, mengambil terlalu banyak boleh menghasilkan kesan sampingan. Pengambilan buah pala yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan gastrousus, tindak balas alahan atau tindak balas toksik.

Buah pala digunakan secara meluas dalam pelbagai hidangan dan minuman di seluruh dunia. Ia merupakan rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan tradisional seperti kari, sup dan kuih muih. Selain itu, buah pala juga digunakan dalam membuat minuman seperti eggnog, coklat panas, dan minuman berperisa. Buah pala juga digunakan dalam membuat doh untuk roti, biskut dan kek untuk memberikan rasa yang tersendiri. Selain itu, ia juga digunakan dalam beberapa minyak urut dan produk penjagaan diri untuk aromaterapi dan manfaat kulit.

Tinggalkan Balasan