Faktor Obesiti: Memahami Punca Berat Badan Berlebihan

Faktor obesiti adalah gaya hidup yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami obesiti. Faktor ini boleh dibahagikan kepada dua kategori: yang boleh diubah dan tidak boleh diubah.

Faktor Obesiti Featured Image

Faktor yang boleh diubah ialah faktor yang boleh diubah oleh individu, seperti diet, tabiat senaman dan corak tidur mereka. Faktor yang tidak boleh diubah ialah seperti umur, jantina, genetik dan sejarah keluarga mereka.

Mengikut kajian, terdapat banyak faktor risiko untuk berat badan berlebihan dan obesiti. Anda mungkin tidak dapat mengubah semua faktor risiko anda untuk berat badan berlebihan atau obesiti.

Tetapi mengetahui risiko anda adalah penting untuk membantu anda mengambil langkah untuk mencapai berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan berkaitan obesiti, seperti penyakit jantung.

Ketahui lebih lanjut 5 faktor obesiti yang boleh diubah dan 5 faktor obesiti yang tidak boleh diubah.

Faktor Obesiti Yang Boleh Diubah

Pemilihan diet

Faktor Obesiti Pemilihan diet

Diet yang tidak sihat seperti  tinggi dengan kandungan gula dan karbohidrat boleh meningkatkan risiko obesiti dalam beberapa cara:

  • Gangguan hormon: Diet yang tidak baik boleh mengganggu hormon yang mengawal selera makan dan metabolisme. Contohnya, makan terlalu banyak gula boleh menyebabkan tahap insulin yang tinggi. Insulin ialah hormon yang boleh menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Keradangan: Keradangan dianggap memainkan peranan dalam perkembangan obesiti dan penyakit kronik lain.
  • Pengambilan kalori yang tinggi: Makanan yang tinggi kalori dan rendah nutrien boleh menyebabkan lebihan kalori di mana mengambil lebih banyak kalori daripada yang anda bakar. Ini boleh menyebabkan penambahan berat badan dan obesiti.
  • Pengambilan nutrien yang rendah: Pemakanan yang rendah nutrien pada kebiasaanya kekurangan vitamin, mineral dan serat. Nutrien penting dalam memainkan peranan dalam pengurusan berat badan. 

Kajian menunjukkan diet yang tidak baik boleh meningkatkan risiko obesiti dengan ketara. Peralihan dalam tingkah laku makan ke arah diet yang padat tenaga, tinggi lemak dan gula menyumbang kepada peningkatan obesiti. Pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi rendah nilai pemakanan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan pengumpulan lemak badan yang berlebihan. 

Selain itu, kekurangan nutrien dan serat penting dalam diet yang tidak baik boleh menyumbang kepada peningkatan rasa lapar dan makan berlebihan. Adalah penting untuk mengekalkan diet yang seimbang dan berkhasiat untuk mengurangkan risiko obesiti dan menggalakkan kesihatan keseluruhan.

Aktiviti fizikal

Faktor Obesiti aktiviti fizikal

Kekurangan aktiviti fizikal boleh meningkatkan faktor obesiti dalam beberapa cara seperti pengurangan pembakaran kalori, kehilangan jisim otot dan peningkatan keradangan. Ini boleh membuatkan anda berasa kurang bermaya, bertambah berat badan dan berpotensi untuk menghidap penyakit kronik, termasuk obesiti.

Antara contoh bagaimana kekurangan aktiviti fizikal boleh meningkatkan faktor obesiti adalah:

  • Duduk di satu tempat sepanjang hari lebih cenderung untuk menambah berat badan daripada orang yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan lebih banyak pergerakan.
  • Menghabiskan masa menonton TV atau bersama gajet lebih berkemungkinan mendapat berat badan berbanding orang yang lebih aktif secara fizikal.

Kajian mendapati pengurangan aktiviti fizikal telah dikenal pasti sebagai faktor risiko penyebab obesiti, terutamanya obesiti abdomen yang berlaku semasa peralihan dari remaja kepada awal dewasa. Gaya hidup yang tidak aktif boleh menyebabkan penambahan berat badan dan bukan disebabkan oleh faktor genetik.

Ini menekankan kepentingan menangani ketidakaktifan fizikal sebagai sasaran utama untuk pencegahan obesiti terutamanya dalam kalangan individu muda.

Tidur yang cukup

Faktor Obesiti tidur cukup

Tidur yang tidak cukup bukan sahaja boleh menjejaskan emosi tetapi juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, perubahan hormon, peningkatan pengambilan kalori dan mengurangkan aktiviti fizikal. Ini akan menyebabkan:

  • Hormon tekanan kortisol meningkatkan selera makan dan menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Anda lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat dan mengidamkan makanan tinggi karbohidrat dan tinggi lemak.
  • Anda berasa letih dan kurang bermotivasi untuk bersenam.

Mengikut kajian, corak tidur yang terganggu didapati meningkatkan risiko obesiti. Ia boleh membawa kepada perubahan hormon yang boleh mengakibatkan peningkatan dalam pengambilan kalori dan pengurangan dalam penggunaan tenaga yang akan menyebabkan penambahan berat badan.

Antara tips yang boleh membantu anda mendapat tidur yang cukup adalah tetapkan waktu tidur yang sama setiap hari, pastikan bilik tidur anda gelap dan tidak ada gangguan, dan elakkan pengambilan kafein sebelum tidur. 

Mengawal stress

Faktor obesiti yang anda boleh ubah adalah stress. Kajian menunjukkan berada dalam tertekan tekanan dalam masa yang lama telah disyaki saling berkaitan dengan obesiti, terutamanya obesiti abdomen. Namun begitu, terdapat perbezaan antara individu dalam hubungan ini mengikut tahap glukokortikoid (sejenis kortisol) individu tersebut.

Peningkatan tahap kortisol jangka panjang juga berkaitan dengan obesiti  dan gangguan mental tertentu. Tekanan mungkin memainkan peranan utama dalam perkembangan dan pengekalan obesiti pada individu dengan tahap glukokortikoid yang meningkat.

Berikut adalah cara untuk menguruskan tekanan dengan baik:

  • Luangkan masa bersama orang tersayang
  • Cari hobi yang boleh menceriakan hati anda
  • Lakukan senaman yang anda gemari seperti zumba dan aerobik
  • Tulis jurnal mengenai apa yang anda syukuri setiap hari, contohnya, ‘Saya bersyukur dapat membersihkan rumah hari ini’, ‘Saya bersyukur kerana dapat melihat matahari pagi’, dan ‘Saya bersyukur kerana dapat bersenam selama 15 minit hari ini.’

Pilihan gaya hidup 

Pilihan gaya hidup yang akan menjejaskan kesihatan seperti tabiat merokok bukan sahaja antara faktor yang menjejaskan kesihatan paru-paru tetapi ia juga merupakan faktor obesiti yang boleh diubah. Bermakna jika anda kurangkan atau berhenti merokok kadar risiko untuk anda tidak mengalami obesiti adalah agak tinggi.

Kajian menerangkan merokok meningkatkan risiko obesiti melalui pelbagai faktor, termasuk kesan penurunan berat badan sementara disebabkan oleh kandungan nikotin, kebimbangan tentang penambahan berat badan, dan salah tanggapan bahawa merokok dapat melindungi daripada obesiti. Berhenti merokok mungkin juga dapat dikaitkan dengan penambahan berat badan sementara adalah penting untuk kita mengutamakan kesihatan dengan berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, meminum alkohol juga merupakan faktor obesiti. Kajian menunjukkan pengambilan alkohol yang tinggi dikaitkan dengan risiko obesiti, hipertensi, dan dislipidemia yang lebih tinggi pada lelaki Korea. Peminum minuman keras dikaitkan dengan risiko obesiti, hipertensi, diabetes, dan dislipidemia yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak minum minuman keras.

Faktor Obesiti Yang Tidak Boleh Diubah

Umur

Kajian menunjukkan prevalens obesiti menurun dengan peningkatan umur. Prevalens tertinggi (48.5%) diperhatikan dalam kumpulan umur 60-69 tahun, diikuti oleh 20.8% dalam kumpulan umur 70-79 tahun, dan 11.8% dalam kumpulan umur ≥80 tahun. Oleh itu, kumpulan umur yang mempunyai risiko tertinggi untuk mengalami obesiti dalam kalangan warga emas di Malaysia ialah kumpulan umur 60-69 tahun.

Kajian lain juga mendapati faktor penuaan dikaitkan dengan peningkatan obesiti abdomen, yang merupakan penyumbang utama kepada rintangan insulin dan sindrom metabolik. Prevalens obesiti meningkat secara berterusan di kalangan kumpulan umur yang lebih tua.

Obesiti dan penuaan adalah keadaan yang membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan peningkatan risiko penyakit dan kematian. Oleh itu, kumpulan umur yang lebih tua berada pada peningkatan risiko obesiti.

Jantina

Wanita dikatakan lebih berisiko untuk mengalami obesiti berbanding lelaki. Menurut kajian, jantina wanita dikaitkan dengan dua kali ganda risiko berat badan berlebihan atau mengalami obesiti berbanding lelaki. Wanita juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami komorbiditi fizikal dan psikologi berkaitan obesiti dan mempunyai risiko kematian dua kali ganda lebih tinggi daripada lelaki yang berlebihan berat badan. 

Kajian pula menyarankan antara cara wanita boleh mengurangkan risiko obesiti adalah:

  • Mengubah Gaya Hidup: Adalah disyorkan untuk mengehadkan pengambilan kalori kepada 1,200-1,500 kcal/hari dan mensasarkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap minggu.
  • Pendekatan Komprehensif: Pendekatan komprehensif untuk penurunan berat badan boleh diambil, dengan mengambil kira faktor seperti percubaan penurunan berat badan sebelum ini, tabiat pemakanan, aktiviti fizikal, sejarah keluarga yang obesiti, dan keadaan perubatan yang boleh menjejaskan berat badan. Menetapkan matlamat pengurangan berat badan yang realistik dan menyimpan rekod makanan harian boleh membantu dalam mencapai penurunan berat badan.
  • Pemakanan dan Aktiviti Fizikal: Kuantiti dan kualiti pemakanan serta aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam perkembangan berat badan berlebihan dan obesiti. Adalah penting untuk mengurangkan pengambilan kalori dan memberi perhatian kepada kesan makanan tertentu, seperti makanan tambahan yang tinggi lemak dan gula, terhadap peningkatan risiko makan kompulsif dan obesiti.

Genetik

Kajian menerangkan punca genetik obesiti boleh dikelaskan kepada tiga kategori:

  • Punca monogenik: disebabkan oleh mutasi genetik tunggal, terutamanya yang terletak di laluan leptin-melanocortin. 
  • Obesiti sindrom:  obesiti teruk yang dikaitkan dengan fenotip lain seperti keabnormalan perkembangan saraf dan kecacatan organ atau sistem lain. 
  • Obesiti poligenik: disebabkan oleh sumbangan kumulatif sejumlah besar genetik yang lebih terkesan dalam persekitaran peningkatan berat badan.

Terdapat beberapa jenis senaman yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko obesiti. Mengikut kajian, berjoging secara kerap dan konsisten dapat mengurangkan risiko obesiti disebabkan genetik. Selain itu, mendaki gunung, berjalan kaki, menari standard antarabangsa seperti tarian waltz dan tango, dan yoga dapat melemahkan kesan genetik pada indeks jisim badan (BMI). Latihan-latihan ini disyorkan untuk orang yang secara genetik terdedah kepada obesiti.

Faktor persekitaran

Kajian menerangkan pendedahan kepada toksin alam sekitar adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penambahan berat badan. Ini termasuk jenis syampu, makanan, pembungkusan makanan, plastik, bekalan bangunan dan pembersih rumah. Salah satu bahan yang dikaitkan dengan obesiti dan gangguan endokrin ialah bifenil A yang didapati terutamanya dalam plastik dan produk penjagaan diri. 

Faktor persekitaran terutamanya pemakanan, tekanan, gaya hidup, toksin dan metabolisme yang rendah, boleh memberi kesan positif dan negatif terhadap obesiti di awal kehidupan. Oleh itu, mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil adalah sangat penting dalam mencegah penyakit tidak berjangkit, walaupun di negara membangun.

Tambahan lagi, kajian terdapat kaitan antara pendapatan dan obesiti. Tahap pendapatan yang lebih tinggi dikaitkan dengan kadar obesiti yang lebih rendah. Namun begitu, hubungan ini berbeza-beza antara kumpulan kaum dan etnik yang berbeza. 

Tahap pendidikan juga memainkan peranan dalam risiko obesiti terutamanya di kalangan wanita. Tahap pendidikan yang lebih tinggi dikaitkan dengan indeks jisim badan (BMI) yang lebih rendah pada wanita di beberapa negara Eropah. 

Status sosial juga boleh mempengaruhi risiko obesiti. Individu yang mempunyai status sosial subjektif yang lebih rendah mungkin terlibat dalam tingkah laku berkaitan diet yang membawa kepada penambahan berat badan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, hubungan antara status ekonomi sosial dan obesiti adalah pelbagai rupa dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, tidak terhad kepada faktor pendapatan dan pendidikan .

Sejarah keluarga 

Faktor Obesiti Sejarah keluarga

Sejarah keluarga merupakan faktor obesiti yang tidak boleh diubah dipengaruhi oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran. Kajian menunjukkan subjek yang mempunyai sejarah keluarga hipertensi mempunyai BP dan BMI diastolik yang lebih tinggi, kepekatan kolesterol dan asid urik yang lebih tinggi, dan peningkatan risiko obesiti. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga obesiti mempunyai BMI yang lebih tinggi dan berisiko tinggi untuk obesiti. 

Dalam kajian lain, sejarah keluarga obesiti menunjukkan peningkatan ketara  risiko obesiti kanak-kanak. Perkaitan ini berkemungkinan disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran, seperti ciri gaya hidup keluarga yang dikongsi.

Pakar kanak-kanak harus sedar tentang faktor risiko ini dan memainkan peranan utama dalam mengenal pasti serta melaksanakan program pencegahan.

Kesimpulan

Faktor obesiti boleh dibahagikan kepada dua kategori: yang boleh diubah dan tidak boleh diubah seperti berikut:

Faktor obesiti yang boleh diubah:

  • Pemilihan diet
  • Aktiviti fizikal
  • Tidur yang cukup
  • Mengawal stress
  • Pilihan gaya hidup

Faktor obesiti yang tidak boleh diubah:

  • Umur
  • Jantina
  • Genetik
  • Faktor persekitaran
  • Sejarah keluarga

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan