15 Punca Obesiti Yang Perlu Anda Ketahui

Artikel ini bincang tentang 15 punca obesiti anda mesti ketahui supaya anda boleh elakkan. Dengan mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan obesiti, anda boleh kurangkan risiko menghadapi obesiti.

Jom kita mula!

Apakah penyakit obesiti?

Punca Obesiti Featured Image

Penyakit obesiti tidak asing lagi di Malaysia. Mengikut kajian,  obesiti ialah keadaan perubatan yang kadangkala dianggap sebagai penyakit. Ia berlaku apabila lemak badan berlebihan telah terkumpul sehingga ke tahap yang menjejaskan kesihatan secara negatif. Penyakit obesiti mempunyai 3 tahap:

Pakar kesihatan mengklasifikasikan obesiti ke dalam  3 jenis kelas berdasarkan tahap keparahan kondisi penyakit. Pakar menggunakan BMI untuk mengetahui tahap kesihatan pesakit obesiti. Jika BMI anda antara 25.0 dan 29.9 kg/m², mereka meletakkan anda dalam kategori berat badan berlebihan. Terdapat tiga kelas umum obesiti yang digunakan untuk menilai rawatan yang paling sesuai untuk setiap individu, iaitu:

  • Obesiti Kelas I: BMI 30 hingga <35 kg/m²
  • Obesiti Kelas II: BMI 35 hingga <40 kg/m²
  • Obesiti Kelas III: BMI 40+ kg/m².

Baik dewasa, wanita, lelaki ataupun kanak-kanak boleh menghidapi penyakit obesiti. Artikel ini menyenaraikan 15 punca obesiti yang perlu anda ketahui!

15 Punca Obesiti Yang Perlu Anda Ketahui

1. Genetik

Obesiti mempunyai komponen genetik yang kuat. Anak kepada ibu bapa yang mengalami obesiti lebih berkemungkinan mengalami obesiti. Komponen genetik memang boleh kebarangkalian anda untuk menambah berat badan. Kajian ke atas kembar seiras telah menunjukkan punca obesiti ini dengan baik. 

Namun begitu, dalam kebanyakan kes, keturunan sahaja tidak menyebabkan obesiti. Ia juga boleh berlaku disebabkan persekitaran anda, seperti corak pemakanan yang tidak sihat, untuk mempengaruhi berat badan anda. Tabiat gaya hidup sihat boleh membantu mengimbangi kesannya.

2. Hormon (Insulin & Leptin)

Insulin adalah hormon yang sangat penting dalam mengawal penyimpanan tenaga. Insulin membolehkan sel-sel dalam otot, lemak dan hati menyerap glukosa yang ada dalam darah. Glukosa berfungsi sebagai tenaga kepada sel-sel ini, ia juga boleh ditukar menjadi lemak apabila diperlukan. Insulin juga mempengaruhi proses metabolik lain, seperti pemecahan lemak atau protein.

Kajian menunjukkan walaupun peranan insulin dalam obesiti adalah kontroversi, beberapa kajian mencadangkan bahawa tahap insulin yang tinggi mempunyai peranan kausal dalam perkembangan punca obesiti.

Dalam kajian lain, salah satu cara terbaik untuk menurunkan insulin adalah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas atau ditapis sambil meningkatkan pengambilan serat.

Leptin adalah satu lagi hormon yang memainkan peranan penting dalam obesiti. Ia dihasilkan oleh sel lemak dan paras darahnya meningkat dengan jisim lemak yang lebih tinggi. Atas sebab ini, paras leptin sangat tinggi pada orang yang mengalami obesiti.

Untuk individu yang sihat, paras leptin yang tinggi dikaitkan dengan selera makan yang berkurangan. Apabila leptin bekerja dengan betul, ia harus memberitahu otak anda betapa tingginya simpanan lemak anda.

Kajian menerangkan leptin tidak berfungsi dengan baik pada kebanyakan orang yang mengalami obesiti  kerana atas sebab tertentu ia tidak boleh melepasi halangan darah ke otak.

3. Faktor persekitaran

Punca obesiti yang ramai tidak sedar adalah persekitaran anda. Kadangkala, faktor persekitaran anda boleh mempengaruhi berat badan anda. 

Contohnya, jika kawasan kejiranan anda mempunyai banyak restoran makanan segera, kebarangkalian anda untuk makan diluar berbanding memasak di rumah adalah tinggi. Jika kawasan kejiranan anda kurang mempunyai restoran makanan segera, anda mungkin cenderung untuk masak sendiri dirumah. 

Kajian mendapati satu kajian pada orang dewasa yang lebih tua menunjukkan bahawa penduduk yang makan 1 hingga 2 kali seminggu di restoran makanan segera (beserta kriteria polulasi yang tertentu di dalam kajian) dan tinggal di kawasan kejiranan makanan segera berketumpatan tinggi lebih berkemungkinan mengalami obesiti berbanding dengan orang dewasa yang lebih tua yang tinggal dalam makanan segera berketumpatan rendah kejiranan. 

4. Makanan dan minuman ringan

Punca Obesiti Mananan Ringan

Makanan dan minuman ringan selalunya mudah untuk didapati tetapi tidak baik untuk kesihatan kerana tidak mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan anda. Antara jenis makanan dan minuman ringan adalah keropok atau snek dan air berkarbonat. 

Kajian menunjukkan pengambilan makanan ringan yang tinggi, yang tinggi kandungan tenaga, lemak, gula bebas, bahan tambahan kimia, dan natrium, serta rendah mikronutrien dan serat, didapati menyumbang kepada berat badan berlebihan dan obesiti pada kanak-kanak dan remaja. Tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, digabungkan dengan ketidakaktifan fizikal, boleh menyebabkan penambahan berat badan dan mempunyai kesan jangka panjang terhadap kesihatan individu pada masa hadapan.

5. Ketagihan terhadap makanan

Punca Obesiti Ketagihan Makan

Kajian menunjukkan banyak makanan ringan bergula dan tinggi lemak merangsang pusat ganjaran dalam otak anda. Di tengah-tengah sistem ganjaran ialah striatum. Ia adalah kawasan otak yang menghasilkan perasaan ganjaran atau keseronokan. Striatum berfungsi untuk menyelaraskan pelbagai aspek pemikiran yang membantu kita membuat keputusan.

Makanan ringan boleh menyebabkan ketagihan pada individu yang kerap memakan makanan ringan. Golongan ini mudah kehilangan kawalan ke atas tingkah laku makan mereka, sama seperti orang yang bergelut dengan ketagihan alkohol kehilangan kawalan ke atas tingkah laku minum mereka.

Ketagihan adalah isu kompleks yang boleh menjadi sangat sukar untuk diatasi. Apabila anda ketagih kepada sesuatu, anda kehilangan kebebasan untuk membuat keputusan yang baik untuk kesihatan anda. 

6. Iklan

Kita tidak asing lagi dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan dan minuman ringan setiap hari di kaca televisyen dan media sosial. Rasa nak beli kan bila asyik tengok iklan ? Atau dalam slang orang sekarang, teracun untuk menjadi orang yang dapat memakan makanan atau minuman tersebut.

Pengeluar makanan ringan adalah pemasar yang sangat agresif. Kadang-kadang mereka akan cuba memasarkan produk yang sangat tidak sihat sebagai makanan yang sihat menggunakan warna yang menarik, musik terkini dan bunyi makanan atau minuman yang mengiurkan. 

Kajian menerangkan bagi setiap 10% peningkatan dalam pengiklanan makanan, terdapat kemungkinan lebih besar untuk mendapat berat badan berlebihan atau obesiti. Mereka yang tinggal di kawasan di mana 30% daripada iklan adalah untuk tentang makanan akan mempunyai peningkatan 2.6% dalam kebarangkalian untuk menjadi obes.

7. Ubat-ubatan

Sesetengah jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan atau menghalang penurunan berat badan, seperti:

  • Steroid
  • Antidepresan tertentu
  • Antipsikotik
  • Ubat tekanan darah tinggi dipanggil beta-blocker

Kajian menunjukkan terdapat banyak ubat farmaseutikal boleh menyebabkan penambahan berat badan sebagai kesan sampingan. Kajian mendapati ubat-ubatan ini tidak mengurangkan kemahuan anda, tetapi mereka mengubah fungsi badan dan otak anda, mengurangkan kadar metabolisme atau meningkatkan selera makan. 

Terdapat kajian juga mendapati sesetengah jenis ubat menyebabkan individu menambah berat badan dalam tempoh beberapa bulan seperti antipsikotik atipikal, gabapentin dan ubat hipoglikemia. 

8. Penyakit lain

Beberapa keadaan perubatan atau penyakit lain boleh menyebabkan berat badan berlebihan seperti hipotiroidisme, sindrom Cushing dan dindrom ovari polikistik (PCOS).

Kajian menunjukkan keadaan perubatan boleh menyumbang kepada perkembangan obesiti, kerana obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit dan keadaan. Patofisiologi obesiti melibatkan interaksi kompleks faktor, termasuk peraturan penggunaan kalori, selera makan, aktiviti fizikal, serta faktor genetik, epigenetik dan persekitaran. Memahami mekanisme ini adalah penting untuk membangunkan strategi rawatan dan pencegahan yang berkesan untuk obesiti.

9. Pengambilan gula berlebihan

Punca Obesiti Gula

Punca obesiti boleh terjadi disebabkan pengambilan gula yang berlebihan. Itu kerana gula boleh mengubah hormon dan biokimia badan anda apabila diambil secara berlebihan. Ini dapat menyumbang kepada penambahan berat badan.

Gula tambahan ialah separuh glukosa, separuh fruktosa. Kita boleh mendapat glukosa daripada pelbagai makanan, termasuk kanji, tetapi kebanyakan fruktosa berasal daripada gula tambahan. Kajian menerangkan pengambilan fruktosa yang berlebihan boleh menyebabkan rintangan insulin dan paras insulin meningkat. Ia juga tidak menggalakkan rasa kenyang dengan cara yang sama seperti glukosa.

Kajian mendapati penggunaan berlebihan gula tambahan adalah faktor risiko dalam perkembangan jangka panjang obesiti. Gula tambahan merujuk kepada semua gula yang ditambahkan pada makanan, bukannya gula yang berlaku secara semula jadi (seperti dalam buah).

Atas semua sebab ini, gula menyumbang kepada peningkatan simpanan tenaga dan obesiti.

10. Kurang aktiviti fizikal

Kekurangan aktiviti fizikal menyumbang kepada penambahan berat badan juga. Tahap aktiviti anda bukan sahaja termasuk rutin senaman anda, tetapi semua cara anda menggerakkan badan anda setiap hari. 

Di seluruh dunia, orang ramai memandu lebih kerap, menggunakan lebih banyak peranti atau gadgets dan berkemungkinan kurang mempunyai pekerjaan yang melibatkan aktiviti fizikal, berbanding dulu. Malah, 1 daripada 3 orang di seluruh dunia melakukan sedikit atau tiada senaman.

Kajian mendapati kekurangan aktiviti fizikal menyumbang kepada penambahan berat badan dan obesiti. Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan mencegah pelbagai masalah kesihatan.

11. Tidak cukup tidur

Individu yang tidak mendapat tidur yang cukup berisiko lebih tinggi untuk obesiti. Hormon yang dikeluarkan oleh badan anda semasa tidur dapat membantu mengawal selera makan dan metabolisme anda. Apabila anda terlalu letih, anda mungkin kurang bersenam dan lebih cenderung memilih makanan yang tidak sihat.

Kajian menunjukkan individu yang kerap tidur kurang daripada 7  jam setiap malam lebih berkemungkinan mempunyai purata indeks jisim badan yang lebih tinggi dan mengalami obesiti berbanding mereka yang tidur lebih banyak. Kajian menunjukkan bahawa sekatan tidur eksperimen dikaitkan dengan peningkatan tahap ghrelin, pengekalan garam dan penanda keradangan serta penurunan tahap leptin dan sensitiviti insulin.

12. Stress

Punca Obesiti Stress

Apabila anda tertekan, marah, bosan atau sedih, anda mungkin cenderung untuk makan lebih banyak. Anda juga mungkin lebih cenderung memilih makanan berkalori tinggi seperti makanan manis dan minuman. Jika anda mempunyai masalah mood seperti kemurungan, anda mungkin tidak mahu bersenam.

Isu yang sering menyertai obesiti, seperti diskriminasi dan kesakitan fizikal, cenderung mempengaruhi mood anda. Ini boleh mewujudkan kitaran pergolakan emosi dan penambahan berat badan.

Kajian menunjukkan tekanan sosial kronik telah dicadangkan sebagai faktor penyumbang kepada perkembangan obesiti. Pendedahan kepada tekanan kronik boleh menyebabkan perubahan dalam keutamaan diet, penggunaan makanan, dan pengedaran tisu adiposa. 

Kajian yang sama telah menunjukkan bahawa tekanan kronik boleh mengaktifkan sistem saraf simpatetik dan paksi hipotalamus-pituitari-adrenal yang membawa kepada hiperaktif dan menggalakkan obesiti visceral. 

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa hubungan antara tekanan dan obesiti adalah kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti cara mengatasi tekanan dan berat sedia ada.

13. Faktor psikologi

Tahap psikologi yang tidak baik juga boleh menjadi punca obesiti. Kebimbangan dan kemurungan boleh menyebabkan makan berlebihan. Ia boleh membuatkan anda cenderung untuk memakan makanan yang lebih tinggi kalori. Makan untuk berasa lebih baik adalah naluri manusia. 

Kajian menunjukkan kebimbangan dan kemurungan adalah dua keadaan kesihatan mental yang sering dikaitkan dengan obesiti. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang berlebihan berat badan lebih berkemungkinan mengalami peningkatan kebimbangan dan kemurungan, dengan kesan sederhana diperhatikan di seluruh negara yang berbeza. 

Kekerapan kebimbangan adalah lebih tinggi pada individu yang mengalami obesiti berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Beberapa penambahan berat badan pada individu yang mengalami gangguan mental boleh dikaitkan dengan ubat yang digunakan untuk merawat keadaan ini, tetapi tidak semua kesan boleh dijelaskan dengan ubat sahaja.

14. Faktor sosial

Faktor sosial yang berbeza dan tertentu boleh menjadi punca obesiti seperti kejiranan, tahap pendapatan , pendidikan, akses kepada penjagaan kesihatan dan hubungan sosial.

Individu yang berpendapatan rendah dan tahap pendidikan rendah lebih berkemungkinan menghidapi obesiti.  Makanan yang berkualit dan sihat pada kebiasaanya lebih mahal daripada makanan yang diproses.

Orang yang berpendapatan rendah mungkin tidak mampu membayar keahlian gim, atau mempunyai pengangkutan yang boleh dipandu ke tempat untuk bersenam atau membeli makanan yang sihat.

Pengasingan sosial boleh meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami obesiti serta masalah kesihatan kronik yang lain. Rangkaian sokongan atau support system yang boleh dipercayai boleh membuat perubahan besar apabila anda cuba menurunkan berat badan.

Kajian menunjukkan faktor sosioekonomi menyumbang kepada obesiti pada peringkat individu dan komuniti. Perbezaan dalam kadar obesiti berdasarkan kaum atau etnik, jantina, jantina dan status sosioekonomi dipengaruhi oleh tingkah laku kesihatan, tekanan kumulatif dan faktor persekitaran. Menangani faktor-faktor ini adalah penting dalam menangani wabak obesiti secara berkesan.

15. Reka bentuk perjalanan

Tidak semua dapat menikmati reka bentuk perjalanan atau akses untuk ke satu tempat ke tempat yang lain dengan berjalan kaki atau berbasikal. Dua aktiviti ini dapat member peluang kepada anda untuk ‘bersenam’ sebelum sampai ke destinasi perjalanan atau tempat kerja.

Di Malaysia, lebih-lebih lagi di bandar agak sukar untuk berbuat begitu. Cuaca yang panas, jarak perjalanan yang agak jauh, dan keadaan jalan yang tidak selamat atau bersesuaian untuk ‘bersenam’ ke tempat kerja agak mustahil untuk berlaku. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, kebanyakan orang hanya akan memilih untuk memandu dari satu tempat ke satu tempat. 

Masa yang dihabiskan di jalan raya dan di tempat kerja menjadikan sesentengah individu tiada masa untuk bersenam. Kajian mendapati obesiti dikaitan dengan orang dewasa yang berusia lebih 50 tahun yang bekerja dan mempunyai waktu kerja yang panjang pada wanita. Kajian lanjut diperlukan untuk menyiasat mekanisme asas hubungan ini dan potensi implikasinya untuk pencegahan dan pengurusan berat badan berlebihan dan obesiti.

Kesimpulan

Berikut adalah punca obesiti yang anda perlu mengetahui:

  1. Genetik
  2. Hormon (Insulin  & Leptin)
  3. Faktor persekitaran
  4. Makanan dan minuman ringan
  5. Ketagihan terhadap makanan
  6. Iklan
  7. Ubat-ubatan
  8. Penyakit lain
  9. Pengambilan gula berlebihan
  10. Kurang aktiviti fizikal
  11. Tidak cukup tidur
  12. Stress
  13. Faktor psikologi
  14. Faktor sosial
  15. Reka bentuk kejiranan

Anda boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan