15 Buah Untuk Diet Mesti Makan (Kalori Rendah dan Kenyang)

Buah untuk diet memang bantu menurunkan berat badan anda disebabkan buah rendah kalori dan tinggi dengan serat. Selain itu, buah juga sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Tujuan utama makan buah-buahan dalam penurunan lemak dan berat badan adalah untuk kenyang lebih lama dan mengurangkan nafsu makan. Dan sebagai pencuci mulut yang rendah kalori jika anda ada craving makanan manis.

Hari ini, kita akan bincang tentang 13 buah untuk diet cepat kurus. Mari kita mula.

buah untuk diet infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Kenapa kita patut makan lebih buah-buahan

Buah-buahan mempunyai kalori yang rendah, tinggi serat yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan. 

Selain itu, buah-buahan turut padat dengan sumber vitamin, mineral, protein dan segalanya yang anda perlu untuk pastikan anda kekal cergas dan sihat sentiasa.

Dengan mengamalkan diet buah juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Ia juga sesuai untuk anda yang ada craving dengan makanan manis. Buah-buahan adalah makanan rendah kalori yang boleh selesaikan nafsu makanan manis tanpa risiko tambah berat badan.

15 buah untuk diet cepat kurus

Berikut merupakan 13 jenis buah yang anda boleh amalkan untuk cepat kurus!

1. Buah epal

buah untuk diet epal

Kalori 100g buah: 52 kalori

Serat 100g buah: 2.4g

Epal adalah sumber serat dan mempunyai vitamin C yang baik. Epal juga mengandungi antioksidan seperti vitamin E dan polifenol yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatan. Epal  adalah rendah kalori dan tinggi serat dengan 116 kalori dan 5.4 g serat setiap buah besar (223g).

Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang menambah tiga epal setiap hari ke dalam diet mereka selama sepuluh minggu mengurangkan penggunaan tenaga mereka pada siang hari dan menurunkan berat badan.

Kajian  menunjukkan polifenol dalam buah epal ini adalah salah satu anti obesiti. Jadi dengan memakan satu biji epal satu hari dapat menghindarkan anda dari obesiti.

Cara makan buah untuk diet: Bagi menikmati buah epal ini anda boleh makan sebegitu sahaja atau masukkan dalam salad.

2. Buah pear

buah untuk diet pear

Kalori 100g buah: 58 kalori

Serat 100g buah: 3.1g

Buah pear atau nama saintifiknya Pyrus ini mempunyai banyak khasiat. Buah pir juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6. Sebiji buah pear dengan seberat 122gram boleh membekalkan 4.4g serat diet harian yang diperlukan oleh badan kita. 

Buah pear juga termasuk dalam jenis buah yang rendah kalori dan mengandungi tinggi serat. Dalam satu kajian menunjukkan selama 12 minggu 40 orang dewasa yang makan 2 biji  buah pear setiap hari  telah kehilangan 1.1 inci dari saiz pinggang asli mereka.

Jadi amalkan makan buah pear kalau anda nak kecilkan pinggang secara semulajadi tanpa alat bantuan yang lain.

Cara makan buah untuk diet: Anda boleh menikmati buah pear dengan makan begitu sahaja atau tambah sedikit yogurt dalam menu diet anda.

3. Pisang

buah untuk diet pisang

Kalori 100g buah: 89 kalori

Serat 100g buah: 2.6g

Buat penggemar pisang, ini berita baik untuk anda. Makan pisang juga boleh membantu dalam mengurangkan berat badan.

Pisang kaya dengan kandungan nutrisi seperti serat, vitamin C, vitamin B6, kalium dan magnesium. Dengan makan pisang anda akan cepat kenyang dengan masa yang lama. 

Pisang mengandungi vitamin B6 yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh, sekaligus dapat membakar kalori dengan lebih efisien dan membantu menurunkan berat badan.

Selain itu, kajian menunjukkan makan pisang sehari dapat menghindarkan kolesterol dan mengurangkan gula dalam darah.

Cara makan buah untuk diet: Banyak sebenarnya menu diet buah pisang ini, antaranya ialah anda boleh merebus pisang, makan bersama jem peanut butter plain dengan roti wholemeal dan pelbagai lagi.

4. Buah kiwi

buah untuk diet kiwi

Kalori 100g buah: 61 kalori

Serat 100g buah: 3g

Kiwi memiliki indeks glimeks yang rendah, jadi tidak hairan lah dengan mengamalkan buah kiwi dalam menu diet anda dapat mengurangkan berat badan.

Buah kiwi merupakan sumber vitamin C, vitamin E, folat dan serat yang baik. Dalam satu kajian 41 orang prediabetes telah makan dua biji kiwi setiap hari selama 12 minggu. Mereka mengalami tahap vitamin C yang lebih tinggi, tekanan darah berkurang dan pengurangan 1.2 inci dalam lilitan pinggang. 

Cara makan buah untuk diet: Buah kiwi boleh dinikmati dengan makan begitu sahaja atau dikupas. Boleh juga digunakan dalam salad dan juga jadikan sebagai sarapan pagi anda.

5. Buah oren

buah untuk diet oren

Kalori 100g buah: 47 kalori

Serat 100g buah: 2.4g

Dipanggil juga sebagai buah-buahan citrus, jangan tak tahu buah oren sesuai dijadikan sebagai menu buah diet. Buah oren dikenali sebagai buah tinggi vitamin C ini bukan sahaja dapat mencantikkan kulit malah dapat mengurangkan berat badan anda.

Dalam satu kajian menunjukkan bahawa makan buah-buahan keseluruhan bukan sahaja menyebabkan kurang rasa lapar tetapi meningkatkan rasa kenyang pada badan. 

Cara makan buah untuk diet: Lebih baik anda makan oren dan dijadikan salad atau pencuci mulut daripada minum jus oren yang tinggi kandungan gula tanpa serat. 

6. Beri

buah untuk diet beri

Kalori 100g buah: 52 kalori

Serat 100g buah: 6.5g

Buah beri merupakan buah yang paling sihat anda boleh makan. Selain sihat, beri juga mengandungi khasiat serta manfaat kesihatan yang baik. Beri juga adalah buah yang sangat mengenyangkan.

Satu kajian menunjukkan orang yang diberi snek beri sejumlah 65 kalori telah makan kurang makanan pada hidangan berikutnya berbanding mereka yang telah diberi gula-gula dengan jumlah kalori yang sama. 

Cara makan buah untuk diet: Anda boleh menikmati beri sama ada melalui sejuk beku atau buah yang segar. Anda boleh jadikan sebagai smoothie sarapan pagi, tambahkan dalam pencuci mulut dan yogurt plain.

7. Avokado

buah untuk diet avocado

Kalori 100g buah: 160 kalori

Serat 100g buah: 6.7g

Avokado atau alpukat adalah buah-buahan yang sangat berkhasiat dan merupakan sumber lemak sihat dan serat. Ia juga mengandungi banyak profil vitamin dan mineral. Pengambilan avokado secara kerap boleh membantu meningkatkan kualiti diet secara keseluruhan. 

Satu kajian membuktikan seramai 51 orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti telah mengikuti diet rendah kalori dengan avokado setiap hari selama 12 minggu. Mereka mengalami  penurunan berat badan yang ketara dan ini menunjukkan bahawa avokado adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Cara makan buah untuk diet: Avokado boleh digunakan sebagai pengganti mentega pada roti atau roti bakar. Anda juga boleh menambahkan pada salad anda dan juga smoothie.

8. Nenas

buah untuk diet nenas

Kalori 100g buah: 50 kalori

Serat 100g buah: 1.4g

Nenas mengandungi banyak nutrien dan sebatian manfaat seperti vitamin C, mangan dan enzim yang membantu dalam proses penghadaman. Nenas baik untuk usus, kaya dengan serat yang berperanan membantu dalam sistem pencernaan.

Selain itu buah nenas mengandungi bromelain yang membantu dalam mengurangi peradangan dan memecah molekul protein dalam badan. Nenas juga mengandungi kandungan serat yang larut dalam air.

Jika anda mengambil nenas secara konsisten anda akan mengalami rasa kenyang yang lama. 

Jadi tak salah jika anda mengamalkan nenas sebagai diet buah anda, tapi jika anda mempunyai gastrik, elakkan buah nenas dalam diet anda.

Cara makan buah untuk diet: Anda boleh menikmati nenas dengan pelbagai seperti minuman smoothies atau tambah dalam salad anda. Ia juga enak jika dimakan terus.

9. Tembikai

buah untuk diet tembikai

Kalori 100g buah: 30 kalori

Serat 100g buah: 0.4g

Buah tembikai mengandungi nutrien termasuk antioksidan, vitamin A dan vitamin C. Buah tembikai juga membantu anda dalam mengekalkan hidrasi dalam badan.

Disebabkan mempunyai kandungan air yang tinggi, tembikai merupakan salah satu buah kalori yang rendah, ini bermakna sebahagian tembikai mengandungi sedikit kalori.

Satu kajian menunjukkan makanan yang mempunyai ketumpatan kalori yang rendah dapat membantu dalam penurunan berat badan dengan mengalakan rasa kenyang dan kurangkan nafsu makan.

Cara makan buah untuk diet: Untuk menikmati buah tembikai anda boleh makan begitu sahaja ketika sejuk atau tambahkan tembikai dalam menu salad anda.

10.Jambu batu

buah untuk diet jambu batu

Kalori 100g buah: 68 kalori

Serat 100g buah: 5.4g

Banyak budaya di dunia ini menggunakkan daun jambut batu sebagai ubat tradisional dalam mengubati pelbagai penyakit. Beberapa bukti yang menunjukkan jambu batu boleh meningkatkan kawalan gula darah.

Dalam satu kajian membuktikan 19 orang yang telah meminum teh daun jambu batu dapat menurunkan paras gula dalam darah selepas makan dan kesanya kekal sehingga 2 jam.

Jambu batu juga merupakan buah yang mengandungi sumber serat makanan yang baik. Disebabkan itu, kerap makan jambu batu boleh membantu pergerakan usus yang sihat dan mengelakan sembelit.

Cara makan buah untuk diet: Untuk menikmati jambu batu anda boleh makan begitu sahaja atau celup dengan serbuk asam.

11. Betik

buah untuk diet betik

Kalori 100g buah: 39 kalori

Serat 100g buah: 1.8g

Seperti yang ramai tahu, buah betik merupakan buah yang popular untuk diet.

Dalam satu kajian membuktikan betik menunjukkan ciri-ciri yang boleh membantu dalam pengurusan obesiti dan pengawalan berat badan.

Satu kajian lagi menunjukkan sekitar 5% rakyat Amerika mengambil pengambilan serat makanan harian yang disyorkan. Menambah betik dalam diet anda dapat membantu mencapai matlamat serat harian anda.

Cara makan buah untuk diet: Untuk menikmati betik dalam menu diet anda, boleh tambahkan dalam salad, jadikan sebagai pencuci mulut dan sarapan.

12. Anggur

buah untuk diet anggur

Kalori 100g buah: 69 kalori

Serat 100g buah: 0.9g

Nama saintifik bagi buah anggur adalah Vitis Vinifera. Terdapat banyak bentuk dan buah anggur yang anda boleh jumpa antaranya ialah anggur hijau, merah dan hitam.

Buah anggur juga tergolong dalam golongan buah yang rendah kalori dan tinggi nutrient. Buah anggur juga sesuai diamalkan oleh pesakit kencing manis. Kepekatan nutrien dan antioksidan yang tinggi termasuk resveratrol terdapat pada kulit dan bijinya.

Tetapi jika anda merancang untuk mengurangkan berat badan, anda disarankan mengambil anggur hijau dalam menu diet anda.Ini kerana anggur hijau tidak mengandungi lemak dan kaya dengan vitamin C.

Cara makan buah untuk diet: Jadi untuk menikmati buah anggur jangan dikupas kulitnya kerana mempunyai banyak khasiat.

13. Buah markisa

buah untuk diet buah markisa

Kalori 100g buah: 97 kalori

Serat 100g buah: 10g

Buah markisa juga dikenali sebagai Passion fruit. Buah markisa mempunyai dua jenis warna iaitu kuning dan unggu tapi kedua-duanya masih mempunyai khasiat yang sama.

Buah markisa juga dapat membantu dalam proses pengurangan berat badan kerana rendah kalori, natrium dan lemak. Satu buah markisa ungu (18g) mengandungi hanya 18 kalori dan merupakan sumber yang kaya serat, vitamin C, vitamin A, zat besi dan kalium.

Secara umumnya buah markisa buah yang rendah kalori dan tinggi serat yang boleh memberi manfaat kepada tekanan darah kepekaan insulin yang berpotensi dalam penurunan berat badan. 

Cara makan buah untuk diet: Untuk menikmati buah markisa anda boleh makan begitu sahaja. Ataupun anda boleh campur dengan air untuk jadikan jus buah markisa.

14. Buah naga

buah untuk diet buah naga

Kalori 100g buah: 60 kalori

Serat 100g buah: 3g

Buah naga ialah buah tropika yang rendah kalori dan tinggi serat serta antioksidan seperti Betalains, Carotenoids, Hydroxycinnamates dan Flavonoids.

Disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, buah naga boleh bantu menurunkan berat badan. Serat tinggi membuatkan anda kenyang dan menghalang anda makan berlebihan. Oleh itu, buah naga boleh bantu mengurangkan pengambilan kalori harian anda.

Kajian menunjukkan pengambilan buah naga yang kaya dengan antioksidan boleh bantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan arthritis.

Cara makan buah untuk diet: Untuk menikmati buah naga anda boleh makan begitu sahaja ketika sejuk atau tambahkan buah naga dalam menu salad anda.

15. Tembikai susu

buah untuk diet tembikai susu

Kalori 100g buah: 36 kalori

Serat 100g buah: 0.8g

Tembikai susu adalah kira-kira 90% air dan mengandungi elektrolit, seperti kalium, magnesium, natrium dan kalsium. Ia bagus dan enak untuk dimakan dalam cuaca panas. Ia bantu menghidratkan badan kita.

Disebabkan mempunyai kandungan air yang tinggi, tembikai susu juga merupakan salah satu buah kalori yang rendah, ini bermakna sebahagian tembikai susu mengandungi sedikit kalori.

Tembikai susu juga mempunyai manfaat kesihatan lain seperti bantu mengurangkan tekanan darah, bantu dalam kesihatan tulang, kesihatan mata, kesihatan kulit dan pencernaan.

Cara makan buat untuk diet: Untuk menikmati buah tembikai susu anda boleh makan begitu sahaja ketika sejuk atau tambahkan tembikai susu dalam menu salad anda.

Kesimpulan

Jadi jika anda memang ingin kurus dengan cepat dan seorang yang craving dengan makanan manis. Anda patut masukkan buah untuk diet anda.

Buah-buahan yang kami senaraikan ini mempunyai rendah kalori, tinggi nutrien dan serat. Ia dapat bantu anda mengekalkan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan nafsu makanan manis 

Diet buah-buahan sebenarnya bukanlah kunci utama kepada penurunan berat badan. Anda harus seimbangkan juga dengan makanan yang sihat serta senaman.

Jika artikel ini dapat membantu anda, komen di bawah dan sharekan artikel ini.

Baca tips kurus lain di sini.

Anda juga boleh mengetahui panduan lengkap cara menurunkan berat badan dengan cepat.

Soalan Lazim

Ya, anda masih boleh kurus dengan memakan buah. Buah-buahan mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan, dan juga rendah kalori. Memakan buah-buahan yang sesuai dengan kandungan kalori dan nutrisi yang baik, serta dalam kuantiti yang sesuai, boleh membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan yang baik.

Semua buah-buahan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Walaupun begitu, beberapa buah yang rendah kalori dan tinggi serat adalah buah terbaik untuk penurunan lemak seperti epal, oren, anggur, jambu batu dan kiwi boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Buah-buahan ini membantu mengurangkan jumlah kalori yang dimakan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Tiada satu jenis buah-buahan yang secara langsung membakar lemak dengan cepat. Walau bagaimanapun, buah-buahan yang rendah kalori dan kaya dengan serat, seperti epal, oren, anggur, jambu batu dan kiwi dapat membantu anda rasa kenyang lebih lama. Secara tidak langsung, pengambilan kalori harian anda menurun yang boleh bantu bakar lemak. Pemakanan yang seimbang dan senaman yang berkala masih merupakan kaedah terbaik untuk membantu membakar lemak dan mencapai berat badan yang ideal.

Pemakanan yang sihat dan seimbang perlu mengandungi pelbagai jenis buah-buahan, tetapi jumlah yang tepat bergantung pada keperluan individu dan gaya hidup.

Sebagai panduan, seseorang dewasa disyorkan untuk memakan sekurang-kurangnya 2-3 hidangan buah-buahan setiap hari untuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, pemakanan yang berkalori rendah dengan kuantiti buah-buahan yang sesuai dan dalam gabungan dengan senaman yang berkala adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

Memulakan diet buah boleh menjadi cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan dan menurunkan berat badan. Berikut adalah beberapa tips untuk memulakan diet buah:

  1. Pilih pelbagai jenis buah-buahan yang berbeza untuk memastikan anda memperoleh pelbagai nutrisi yang diperlukan.
  2. Mulakan dengan memakan buah-buahan sebagai snek atau sebagai hidangan penutup setiap kali selepas makan.
  3. Ambil kira kuantiti buah-buahan yang sesuai dengan keperluan kalori harian anda dan gaya hidup.
  4. Elakkan buah-buahan yang dimasak dengan gula atau sirap, kerana ia boleh menambah kandungan kalori.
  5. Sentiasa minum banyak air untuk membantu menjaga tahap hidrasi dan kesihatan.

Hanya memakan buah-buahan selama sebulan boleh memberikan kesan yang signifikan pada tubuh anda. Berat badan anda akan turun banyak.

Walau bagaimanapun, ini tidak disyorkan kerana tubuh kita memerlukan pelbagai nutrisi yang berbeza-beda untuk berfungsi dengan baik. Memakan hanya buah-buahan sahaja boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting seperti protein dan lemak yang diperlukan untuk menjaga otot dan fungsi sel-sel tubuh. Ini juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan nutrisi dan mengganggu metabolisme tubuh anda.

Oleh itu, disyorkan untuk memakan diet yang seimbang dengan pelbagai jenis makanan, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein, dan lemak yang sehat untuk memastikan anda memperoleh nutrisi yang mencukupi dan memelihara kesihatan tubuh yang baik.

Ketika berpuasa, penting untuk memilih buah-buahan yang mengandungi nutrisi dan serat yang mencukupi untuk membantu mengekalkan tahap tenaga dan menjaga keseimbangan nutrisi dalam tubuh. Berikut adalah beberapa jenis buah yang baik untuk dimakan ketika berpuasa:

  1. Kurma: Kurma kaya dengan karbohidrat, serat dan antioksidan, dan ia juga mengandungi gula semula jadi yang boleh membantu menjaga tahap tenaga dalam tubuh ketika berpuasa.
  2. Pisang: Pisang mengandungi kalium, karbohidrat, serat dan vitamin B6 yang boleh membantu mengekalkan tahap tenaga dan membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan.
  3. Buah-buahan berair seperti tembikai, oren dan epal: Buah-buahan ini mengandungi banyak air, serta nutrien dan serat yang mencukupi untuk membantu mengekalkan badan terhidrat ketika berpuasa.
  4. banyak, serta nutrisi dan serat yang mencukupi untuk membantu mengekalkan penghidratan badan ketika berpuasa.
  5. Buah-buahan kering seperti kismis, buah zaitun: Buah-buahan kering mengandungi kalori dan nutrien yang tinggi yang penting untuk mengekalkan tahap tenaga dan membantu mengekalkan keseimbangan nutrien dalam badan.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan