Roti Diet Untuk Kurus (Menu Roti Gardenia Sedap & Mudah)

Betulke roti diet untuk kurus? Ya. makan roti pun boleh turun berat badan.

Makan roti tidak akan menyebabkan berat badan anda bertambah.

Tetapi jika makan terlalu banyak roti dan makan roti dengan cara yang salah akan menambahkan berat badan.

Jika anda seorang yang suka makan roti, anda mesti baca artikel ini.

Anda akan mengetahui tentang:

  • Bagaimana makan roti diet boleh bantu anda kurus
  • Kesalahan makan roti yang boleh menjadi anda gemuk
  • Tips makan roti untuk diet
  • Menu diet roti dengan roti gardenia yang sedap dan mudah disediakan

Jom! Kita mulakan artikel roti diet ini.

Roti Diet Infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Mengapa roti dianggap tidak baik untuk dimakan?

Ramai orang yang diyakini oleh artikel atau media bahawa makanan karbohidrat adalah musuh untuk berat badan. Ini adalah kesilapan yang sangat besear.

Sebab utama berat badan anda naik adalah kerana anda makan berlebihan. Pengambilan kalori harian anda melebihi daripada kalori yang anda bakar setiap hari. Dan ini kita panggilkan kalori surplus.

Selain itu, semua jenis roti adalah makanan yang diproses, dan serat di dalamnya tidak sama dengan serat semula jadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Roti juga tinggi dalam karbohidrat dan kalori serta rendah nutrien, seperti serat, lemak, dan protein, berbanding makanan lain, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Walau bagaimanapun, beberapa jenis roti menawarkan jumlah serat dan vitamin penting yang lebih tinggi, seperti roti wholemeal.

Inilah sebab roti dianggap tidak baik.

Tetapi sebernarnya, roti adalah baik untuk diet. Sebab ia:

  • mudah disediakan
  • murah
  • sedap dimakan

Yang penting tu, berapa keping roti anda makan, dan cara anda makan roti yang akan memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan.

Kebaikan makan roti untuk diet

roti diet featured image

Seperti dinyatakan, roti sebenarnya adalah baik. Cuma ia telah diyakini oleh media dan artikel bahawa ia adalah buruk. Inilah beberapa kebaikan roti diet.

1. Roti adalah sangat murah

Roti adalah sangat murah untuk dimakan sebagai sarapan. Satu Gardenia hijau hanya berharga RM 4. Dan setiap hidangan anda hanya makan 2 keping roti.

Jika anda makan 2 roti bersama 2 biji telur, satu sarapan yang berkhasiat dan seimbang hanya kurang daripada RM 2.00.

Anda juga berasa kenyang dengan sarapan roti dengan telur. Ia jauh lebih berkhasiat dan sihat daripada sarapan seperti nasi lemak, bihun goreng atau mee goreng.

2. Roti senang disediakan

Ramai yang sibuk dengan kerja dan risau tentang kesesakan lalu lintas setiap pagi. Oleh itu, ramai yang nak sarapan yang ringkas, yang boleh disediakan dalam 5 minit sahaja.

Roti adalah sarapan yang sangat mudah disediakan. Kami sudah menyediakan beberapa resepi yang mudah di bawah.

3. Roti adalah sumber tenaga

Trend diet rendah dan tanpa karbohidrat membuatkan ramai orang anggap karbohidrat adalah tidak baik.

Tetapi sebenarnya, karbohidrat dikenali sebagai makronutrien, dan ia bertanggungjawab untuk memberikan tenaga kepada badan kita.

Karbohidrat terdiri daripada kanji, serat dan gula – yang kemudiannya boleh dibahagikan kepada karbohidrat kompleks dan ringkas. Serat dan kanji adalah kompleks, manakala gula adalah ringkas, dan roti mengandungi semua jenis karbohidrat tersebut.

Sarapan yang seimbang dan berkhasiat seperti roti dengan makanan protein boleh memberikan sumber tenaga yang mencukupi untuk harian anda tanpa menaikkan berat badan anda.

4. Roti membuat anda kenyang

Roti seperti roti gandum penuh yang kaya dengan serat boleh membantu anda kenyang lebih lama dan mengurangkan selera makan anda.

Ini boleh membantu anda mengurangkan jumlah kalori yang anda makan dan mencapai matlamat penurunan berat badan anda.

5. Roti baik untuk kesihatan

Pilihan roti yang betul juga bermanfaat untuk kesihatan kita seperti:

  • Baik untuk kesihatan jantung – Kajian menunjukkan roti yang diperbuat daripada gandum penuh mengandungi serat yang boleh bantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol rendah boleh membantu mencegah penyakit jantung dan strok.
  • Baik untuk pencernaan – Kajian menunjukkan roti yang diperbuat daripada gandum penuh mengandungi serat yang membantu mengekalkan kesihatan pencernaan. Serat membantu penghadaman dan bantu mencegah sembelit.
  • Mengurangkan risiko kanser – Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan bijirin penuh seperti roti gandum penuh dikaitkan dengan risiko kematian kanser sebanyak 6% hingga 12% lebih rendah.

Kesilapan yang menyebabkan anda gemuk dengan makan roti

Roti diet sebenarnya dapat bantu anda turunkan berat badan. Namun, beberapa kesilapan yang sering dilakukan semasa makan roti akan menyebabkan berat badan naik.

1. Makan terlalu banyak roti

Makan terlalu banyak roti pada satu masa boleh menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan menyebabkan penambahan berat badan. Anda dinasihatkan untuk makan 2 keping roti sahaja untuk setiap hidangan.

2. Memilih roti yang salah

Kesilapan diet roti Memilih roti yang salah

Memilih roti yang kurang baik sebagai pilihan seperti roti putih.

Makan roti yang diproses dengan cara yang tidak sihat Roti putih boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan memberikan sedikit manfaat pemakanan. Ini boleh menyebabkan penambahan berat badan.

3. Memilih roti yang mengandungi krim atau gula

Ramai yang sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk sediakan sarapan yang sihat. Oleh itu, mereka sering beli roti berkrim seperti Gardenia roti coklat krim. Ia mengandungi kandungan gula ang tinggi.

Malangnya, bahan tambahan manis ini mempunyai kesan negatif kepada paras darah gula. Ia akan menyebabkan gula darah anda melonjak.

Tapi yang naik mesti turun. Tidak lama selepas makan, paras gula dalam darah anda akan menurun disebabkan insulin dalam padan kita.

Dan anda akan mendapati diri anda menjadi lebih labar dengan perut yang berbunyi dan mengidam lebih banyak karbohidrat.

4. Makan roti dengan makanan lain yang tinggi karbohidrat atau gula

Ramai yang kejar masa waktu pagi disebabkan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, ramai yang makan sarapan pagi yang mudah disediakan.

Ramai yang makan roti dengan menyapukan jem atau sapuan bermanis seperti nutella. Kebanyakkan jem ini adalah sangat tinggi dalam kandungan gula.

Sebagai contoh, satu sudu nutella (15g) mengandungi lebih kurang 80 kalori. Dan 42% kalori adalah daripada gula.

Seperti dinyatakan, sapuan manis ini tidak hanya menambah lebih kalori dalam makanan anda. Kajian juga menunjukkan bahawa makanan yang manis akan menyebabkan anda lebih lapar.

Secara tidak langsung, anda akan makan lebih makanan.

5. Anda tak makan roti dengan protein atau lemak sihat

Kalau anda nak rasa kenyang masa diet, anda perlu makan roti bersama makanan protein seperti telur, tuna atau avokado.

Makanan protein dan lemak yang sihat boleh membantu melambatkan penghadaman dan meningkatkan rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih panjang.

Tetapi, anda dinasihtkan untuk elakkan daripada protein diproses seperti sosej atau daging burger.

Tips makan roti untuk menurunkan berat badan

Telah dijelaskan bahawa roti boleh membantu anda menurunkan berat badan jika diambil dengan betul.

Namun, masih ramai yang tidak tahu cara makan roti yang betul ketika menjalankan program diet. Berikut adalah beberapa tips makan roti semasa diet yang boleh anda amalkan:

1. Hanya makan 2 keping roti untuk setiap hidangan

Jangan makan terlalu banyak roti pada satu masa. Anda dinasihatkan untuk makan 2 keping roti sahaja untuk setiap hidangan.

2 keping roti Garnenia hijau – roti gandum penuh mengandungi lebih kurang 145 kalori. Ia bersamaan dengan lebih kurang separuh mangkuk nasi (100g).

2. Pilih roti yang rendah kalori tanpa gula berlebihan

Pilih roti yang rendah kalori dan rendah gula sebagai menu sarapan pagi atau snek antara waktu makan. Roti gandum penuh atau roti rai adalah beberapa jenis roti yang rendah kalori. Anda boleh makan roti ini dengan sayur-sayuran atau protein untuk menambahkan nutrisi.

3. Pilih roti yang tinggi serat

Roti yang mengandungi serat tinggi boleh membantu mengurangkan rasa lapar dan melambatkan proses penghadaman, jadi anda berasa kenyang lebih lama. Roti gandum dan roti rai adalah beberapa jenis roti yang mengandungi serat yang tinggi.

Anda boleh baca tentang oat untuk diet yang tinggi serat.

4. Makan roti bersama dengan protein dan sayuran

tips roti diet Makan roti bersama dengan protein dan sayuran

Hidangkan roti anda dengan makanan protein seperti tuna, ayam atau telur rebus. Anda juga boleh membuat sandwic dengan menambahkan sayur-sayuran dan juga avokado untuk lemak sihat.

Makanan protein dapat membuat anda lebih kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori harian anda. Protein juga bantu meningkatkan metabolisme anda.

5. Pilih sapuan roti yang rendah dengan gula

tips roti diet Pilih sapuan roti yang rendah dengan gula

Seperti yang dinyatakan, makanan kandungan tinggi gula dan manis akan membuat anda rasa lebih lapar disebabkan lonjakan paras gula dalam darah. Secara tidak langsung, anda akan makan berlebihan semasa lapar.

Elakkan sapuan roti yang tinggi gula seperti nutella, kaya, jem buah-buahan yang tinggi gula. Jika anda suka jem buah-buahan, pilih yang rendah gula atau tidak mengandungi gula.

Anda juga boleh pilih mentega kacang (peanut butter) sebagai sapuan. Kajian menunjukkan kacang yang tinggi dengan protein dan lemak sihat boleh bantu menurunkan berat badan.

Roti Gardenia untuk roti diet (Kalori & kandungan nutrisi)

Roti Gardenia yang sesuai untuk diet

Berikut adalah roti yang susuai untuk sesiapa yang ingin diet dan nak kurus. Ia adalah roti rendah kalori dan kandungan serat tinggi.

1. Gardenia Roti Gandum Penuh (Roti Gardenia Hijau)

Gardenia Roti Gandum Penuh (Roti Gardenia Hijau)

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 145
  • Karbohidrat: 23.6g
  • Serat: 3.4g
  • Jumlah gula: 3.7g
  • Protein: 8.5g

2. Gardenia Roti Mil Penuh dengan Gandum Unggu Kanada (Roti Gardenia Purple)

Gardenia Roti Mil Penuh dengan Gandum Unggu Kanada (Roti Gardenia Purple)

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 150
  • Karbohidrat: 23.4g
  • Serat: 3.6g
  • Jumlah gula: 3.7g
  • Protein: 9.8g

Roti Gardenia yang tidak sesuai untuk diet

1. Gardenia Roti Putih (Roti Gardenia Merah)

Gardenia Roti Putih (Roti Gardenia Merah)

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 179
  • Karbohidrat: 33.1g
  • Serat: 0.9g
  • Protein: 5.8g

2. Gardenia Roti Butterscoth

Gardenia Roti Butterscoth

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 211
  • Karbohidrat: 31.4g
  • Serat: 0.7g
  • Jumlah gula: 9.5g
  • Protein: 5.9g

3. Gardenia Roti Choco Raisin

Gardenia Roti Choco Raisin

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 202
  • Karbohidrat: 31.2g
  • Serat: 1.4g
  • Jumlah gula: 11.6g
  • Protein: 6.8g

4. Gardenia Roti Raspberry Milk & Cranberries

Gardenia Roti Raspberry Milk & Cranberries

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 206
  • Karbohidrat: 31.9g
  • Serat: 1.0g
  • Jumlah gula: 10.5g
  • Protein: 5.7g

5. Gardenia Roti Pandan Coconut

Gardenia Roti Pandan Coconut

Maklumat pemakanan – 2 keping

  • Kalori: 220
  • Karbohidrat: 30.4g
  • Serat: 0.9g
  • Protein: 5.8g

Menu dan resepi roti untuk diet (5 minit siap)

Ramai orang yang ada jadual yang sibuk dan juga risau dengan kesesakan lalu lintas tiap pagi. Oleh itu, kami akan kongsikan menu roti untuk diet atau resepi roti yang mudah disediakan dan juga sedap dimakan. Anda boleh siap sediakan sarapan dalam masa 5 minit sahaja.

1. Sandwic mentega kacang dan pisang

Menu roti diet Sandwic mentega kacang dan pisang

Sandwic ini paling mudah nak disediakan. Ia ambil kurang daripada 5 minit untuk disediakan.

Bahan-bahan:

  • Roti gandum penuh (Gardenia hijau) – 2 keping (145 kalori)
  • Mentega kacang – 1 sudu besar (96 kalori)
  • Pisang dihiris – 1 sederhana (109 kalori)

Cara menyedia:

  1. Sapukan mentega kacang pada dua keping roti panggang.
  2. Letakkan pisang dihiris atas roti.

Jumlah kalori:

350 kalori

2. Sandwic tuna salad

Menu roti diet Sandwic tuna salad

Bahan-bahan:

  • Roti gandum penuh (Gardenia hijau) – 2 keping (145 kalori)
  • Ayam Brand tuna chunks in water – 1/2 tin (60 kalori)
  • Mayonis – 1 sudu besar (49 kalori)
  • Tomato
  • Daun salad

Cara menyedia:

  1. Campurkan 1 sudu besar mayonis dengan 1/2 tin tuna. Anda boleh tambah serbuk lada putih jika anda suka.
  2. Letak 1 atau 2 daun salad dan 2 keping tomato.
  3. Sapukan tuna yang disediakan pada dua keping roti panggang.

Jumlah kalori:

254 kalori

3. Sandwic telur rebus

Menu roti diet Sandwic telur rebus

Bahan-bahan:

  • Roti gandum penuh (Gardenia hijau) – 2 keping (145 kalori)
  • Telur – 2 biji (132 kalori)
  • Mayonis – 1 sudu besar (49 kalori)
  • Tomato
  • Daun salad

Cara menyedia:

  1. Rebus 2 biji telur selama 8 minit. Kupaskan kulit telur rebus.
  2. Campurkan 1 sudu besar mayonis dengan 2 biji telur. Anda boleh tambah serbuk lada putih jika anda suka.
  3. Letak 1 atau 2 daun salad dan 2 keping tomato.
  4. Sapukan telur rebus yang disediakan pada dua keping roti panggang.

Jumlah kalori:

326 kalori

4. Roti Bakar Perancis Klasik (French Toast)

Menu roti diet Roti Bakar Perancis Klasik (French Toast)

Bahan-bahan:

  • Roti gandum penuh (Gardenia hijau) – 2 keping (145 kalori)
  • Telur – 1 biji (66 kalori)
  • Susu segar – 50ml (33 kalori)
  • Mentega – 1 sudu besar (102 kalori)
  • Gula perang – 1 sudu teh ( 12 kalori)
  • Serbuk kayu manis

Cara menyedia:

  1. Cumpurkan telur, susu segar, gula perang dan sedikit kayu manis dalam mangkuk dan kacau.
  2. Panaskan kuali non stick dan masukkan mentega.
  3. Celupkan roti dalam campuran telur dengan cepat.
  4. Masak untuk 2 hingga 3 minit untuk setiap sisi. Atau sehinga warna menjadi keemasan.

Jumlah kalori:

358 kalori

Kesimpulan

Roti diet memang boleh bantu menurunkan berat badan.

Inilah tips makan roti untuk diet:

  • Makan 2 keping roti untuk setiap hidangan sahaja
  • Pilih roti yang tinggi serat tanpa gula bertambahan
  • Makan roti bersama makanan protein dan sayur-sayuran
  • Pilih sapuan roti yang rendah dengan gula seperti mentega kacang

Anda dinasihatkan untuk pilih roti Garnedia hijau dan unggu untuk diet. Anda boleh cuba makan menu roti untuk diet seperti Sandwic mentega kacang dan pisang, Sandwic tuna salad, Sandwic telur rebus dan Roti Bakar Perancis Klasik (French Toast).

Jika artikel ini dapat membantu anda, komen di bawah dan sharekan artikel ini.

Baca tips kurus lain di sini.

Anda juga boleh mengetahui panduan lengkap cara menurunkan berat badan dengan cepat.

Soalan Lazim

Jika anda mempertimbangkan nak amalkan roti diet untuk bantu kuruskan badan, mungkin anda mempunyai beberapa soalan. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan roti diet dan penurunan berat badan.

Ya, anda boleh makan roti dan masih menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih jenis roti yang betul dan hanya makan 2 keping roti setiap hidangan. Pilih roti yang tinggi serat, seperti gandum penuh atau roti gandum, dan elakkan roti yang tinggi kandungan gula atau tepung putih.

Roti bijirin penuh dan roti gandum adalah pilihan terbaik untuk penurunan berat badan. Roti bijirin penuh mengandungi lebih banyak serat dan nutrien daripada roti putih. Roti gandum yang diperbuat daripada bijirin penuh tanpa pengawet atau pemanis tambahan juga merupakan pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, pastikan anda memberi perhatian kepada saiz bahagian roti yang anda makan untuk mengawal pengambilan kalori anda.

Anda tidak perlu berhenti makan roti untuk menghilangkan lemak perut. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menurunkan berat badan atau lemak perut, anda perlu memberi perhatian kepada jumlah roti yang anda makan dan jenis roti yang anda pilih.

Pilih roti yang tinggi serat, seperti gandum penuh atau roti gandum, dan elakkan roti yang tinggi kandungan gula atau tepung putih. Di samping itu, pastikan anda hanya makan 2 keping roti untuk setiap hidangan.

Sebagai rujukan umum, adalah disyorkan untuk makan 2-3 keping roti sehari. Walau bagaimanapun, pastikan anda memilih roti yang sihat seperti roti gandum.

Pengambilan roti perlu disesuaikan dengan keperluan kalori dan aktiviti fizikal anda. Jumlah roti yang boleh dimakan setiap hari berbeza-beza bergantung kepada keperluan kalori individu dan jenis roti yang diambil.

Kedua-duanya boleh menjadi pilihan makanan yang baik dalam program penurunan berat badan, tetapi anda perlu memberi perhatian kepada jenis roti dan nasi yang diambil serta jumlahnya. Pilih nasi atau roti yang tinggi serat dan rendah kalori, seperti beras perang atau roti gandum.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kunci penurunan berat badan adalah pengambilan kalori. Oleh itu, adalah penting untuk memberi perhatian kepada jumlah yang diambil dan mengimbanginya dengan pengambilan makanan lain yang sihat dan seimbang serta aktiviti fizikal yang kerap.

Jika anda suka makan roti, anda boleh gantikan nasi dengan roti setiap hari.

Tetapi perlu memberi perhatian kepada jenis roti yang digunakan dan jumlahnya. Pilih roti yang sihat dan mengandungi serat yang tinggi, seperti roti gandum.

Pastikan untuk mengehadkan kepada 2 keping roti untuk setiap hidangan supaya pengambilan kalori tidak berlebihan. Kalori 2 keping roti adalah bersamaan dengan separuh mangkuk nasi putih.

Roti tidak akan menjadikan anda lebih gemuk, tetapi jika diambil dalam jumlah yang berlebihan atau jenis roti yang diambil mengandungi banyak gula atau tepung putih, maka ini menyebabkan penambahan berat badan.

Pengambilan roti secara berlebihan boleh menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan mengakibatkan pengumpulan lemak dalam badan.

Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk memilih roti yang sihat seperti roti gandum atau dan makan hanya 2 keping roti untuk setiap hidangan.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan