Punca Rambut Gugur Teruk: Mitos dan Cara Berkesan Merawatnya

Nak tahu apakah punca rambut gugur?

Rambut gugur adalah perkara yang biasa terutamanya untuk sesiapa yang melebihi umur 35.

Kehilangan antara 50 dan 100 rambut sehari adalah biasa, menurut American Academy of Dermatology (AAD). Dengan kira-kira 100,000 rambut di kepala anda, kehilangan kecil itu tidak ketara. Rambut baru biasanya menggantikan rambut yang hilang, tetapi ini tidak selalu berlaku.

Keguguran rambut boleh menjadi teruk secara beransur-ansur selama bertahun-tahun atau berlaku secara tiba-tiba. Bergantung pada punca asas, ia mungkin sementara atau kekal.

Mari kita tengok apakah punca rambut gugur.

Apakah punca rambut gugur?

Punca Rambut gugur featured image

Rambut gugur yang juga dikenali sebagai alopecia atau kebotakan adalah keadaan di mana anda kehilangan rambut di bahagian kepala atau badan. Baik tua atau muda, anda berpotensi untuk mengalami punca rambut gugur yang mungkin disebabkan oleh faktor keturunan, perubahan hormon, menghidap penyakit-penyakit tertentu dan boleh juga disebabkan daripada ubat-ubatan.

Pada sesetengah individu pula, punca rambut gugur boleh disebabkan masalah psikologi. Punca rambut gugur dapat dirawat dengan beberapa cara dan jangka masa rawatan pada setiap individu adalah berbeza mengikut tahap kesihatan rambut, pemakanan, tabiat dan faktor-faktor tertentu.

Berikut adalah punca-punca utama yang menyebabkan rambut gugur:

1. Faktor keturunan

Sesetengah punca rambut gugur sukar untuk dirawat atas faktor keturunan. Alopecia androgenik adalah kondisi di mana punca rambut gugur adalah disebabkan oleh keturunan. Ia juga dikenali sebagai corak kebotakan alopecia dan boleh berlaku kepada wanita dan lelaki.

Kajian menunjukkan alopecia androgenic merupakan punca rambut gugur yang biasa dan mempunyai kebarangkalian untuk dihadapi oleh 50% orang wanita dan lelaki.

Ia juga merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa, yang menjejaskan sehingga 50% orang wanita dan lelaki

Keguguran rambut yang berkaitan dengan alopecia androgenik berlaku secara berperingkat. Ada yang mengalaminya seawal remaja, dan ada yang mengalami simptom rambut gugur di pertengahan usia.

Bagi wanita, corak kebotakan selalunya mengakibatkan penipisan di seluruh kulit kepala dan mungkin kelihatan seperti melebar atau menipis di sekitar bahagian tersebut. Ia biasanya berlaku selepas mereka berumur 65 tahun tetapi, bagi sesetengah wanita, ia boleh bermula pada awal kehidupan mereka.

Bagi lelaki pula, corak kebotakan melibatkan keguguran rambut yang progresif di atas pelipis dan penipisan di ubun-ubun kepala yang menghasilkan bentuk seperti huruf “M”.

2. Perubahan hormon

Perubahan hormon boleh menyebabkan punca rambut gugur. Hormon memainkan peranan dalam membentuk corak rambut di kepala serta seluruh badan anda. Perubahan hormon dan ketidakseimbangan yang menjejaskan pertumbuhan rambut boleh disebabkan oleh kehamilan,wanita selepas bersalin, menopaus serta masalah tiroid. 

Walau bagaimanapun, jangan khuatir kerana keguguran rambut yang berkaitan dengan hormon biasanya bersifat sementara dan pertumbuhan rambut yang normal akan kembali apabila hormon sudah seimbang. 

Kumpulan hormon yang berkaitan dengan punca rambut gugur adalah testosteron, androstenedione dan dihydrotestosterone, atau lebih dikenali sebagai DHT. Mengikut kajian ke atas tikus, DHT dapat  menggalakkan regresi rambut pramatang, penumbuhan rambut yang kurang sihat dan kehilangan ketumpatan rambut. 

Kajian juga menunjukkan kekurangan hormone estrogen semasa menopaus dikaitkan dengan female-pattern androgenic alopecia (FPAnA) atau alopecia androgenik corak perempuan , dengan ketumpatan dan diameter rambut yang berkurangan, dan penurunan panjang fasa pertumbuhan rambut (anagen).

Selain itu, kajian juga mendapati paras androstenedione adalah lebih tinggi terhadap 89 wanita dengan kebotakan bercorak atau patterned baldness

3. Penyakit

Sesetengah jenis penyakit dapat menjadi punca rambut gugur. Antara jenis penyakit yang menyebabkan rambut gugur adalah:

Polycystic ovary syndrome (PCOS):

Kandungan hormon androgen biasanya disebabkan oleh PCOS dan sebaliknya juga boleh berlaku. Ini termasuk testosteron, androstenedione, dihydrotestosterone (DHT), dehydroepiandrosterone (DHEA) dan DHEA sulfate (DHEA-S) yang menyekat pertumbuhan rambut sihat. 

Kajian menunjukkan DHT boleh menyebabkan folikel rambut di kulit kepala mengecut dan lemah untuk menyokong rambut.

Psoriasis kulit kepala:

Psoriasis adalah keadaan keradangan sistemik yang dimediasi imun, kronik dan ia menjejaskan kulit dan sistem organ lain. Kulit kepala adalah bahagian badan yang paling kerap terjejas dalam psoriasis. 

Kajian menunjukkan keguguran rambut adalah aduan biasa kepada pesakit psoriatik dengan penglibatan kulit kepala, tetapi telogen effluvium yang berlaku akibat proses keradangan dan trauma telah menyebabkan kegatalan pada kulit kepala dan menjadi punca rambut gugur.

Penyakit tiroid:

Penyakit  tiroid boleh menyebabkan keguguran rambut jika ia tidak dirawat. Kandungan zat besi yang rendah dikaitkan dengan punca rambut gugur. Tahap ferritin di dalam badan dikaitkan dengan kandungan zat besi anda. Ferritin yang rendah boleh menyumbang kepada keguguran rambut bercorak.

Kajian menunjukkan penyelidik menjelaskan bahawa masalah tiroid boleh menjejaskan tahap ferritin dalam badan.

4. Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menjadi punca rambut gugur. Kesan tindak balas ubat mungkin dapat menjejaskan pertumbuhan rambut secara sihat

Antara jenis-jenis ubat yang menjadi punca rambut gugur adalah:

  • Amfetamin
  • Ubat antidepresan, termasuk paroxetine (Paxil), fluoxetine (Prozac), dan sertraline (Zoloft)
  • Ubat antikulat
  • Pil perancang
  • Ubat penipisan darah, termasuk heparin (nama jenama bergantung pada bentuk ubat) dan warfarin (Coumadin)
  • Ubat penurun kolesterol, seperti clofibrate (Atromid-S) dan gemfibrozil (Lopid)
  • Steroid

5. Stress

punca rambut gugur stress

Stress atau tekanan boleh mengganggu proses pertumbuhan rambut dengan mengeluarkan rambut daripada fasa pertumbuhan lebih awal dan menyebabkan jumlah rambut yang gugur tinggi.

Kajian menunjukkan tekanan kronik akan melambatkan kemasukan anagen melalui mekanisme yang berbeza. Kajian juga dapatmengenal pasti mekanisme selular dan molekul yang mana dari tekanan kronik yang mempengaruhi kitaran rambut.

Kajian juga menunjukkan kortikosteron berperanan dalam menghalang pertumbuhan semula rambut. Para penyelidik di dalam kajian ini menguji peranan kelenjar adrenal, yang menghasilkan hormon tekanan utama iaitu kortikosteron dalam tikus dan kortisol pada manusia.

Pengeluaran kelenjar adrenal daripada tikus membawa kepada kitaran pesat pertumbuhan semula rambut. Penjanaan semula folikel rambut tidak terganggu kerana tikus ini semakin tua, seperti yang berlaku pada tikus kawalan. Sebaliknya, sel stem folikel rambut terus memasuki fasa pertumbuhan dan menjana semula folikel rambut sepanjang hayat haiwan. 

Dengan memberikan tikus tekanan ringan selama beberapa minggu dapat  meningkatkan tahap kortikosteron dan mengurangkan pertumbuhan rambut. Folikel rambut akan kekal di dalam fasa rehat yang panjang.

Ketika di dalam tempoh rehat, sel stem tidak aktif. Kitaran pertumbuhan rambut didorong oleh sel stem yang berada di dalam folikel rambut. Semasa pertumbuhan, sel stem membahagi menjadi sel baru yang menjana semula rambut.

6. Kehamilan

Ketidakseimbangan hormon lain juga boleh menyebabkan keguguran rambut, terutamanya hormon yang turun naik secara mendadak yang berlaku selepas kehamilan dan bersalin.

Keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara biasa dan boleh menjejaskan 40 hingga 50 peratus wanita yang baru melahirkan anak.

Tahap estrogen menaik semasa kehamilan, yang boleh mengubah sementara kitaran pertumbuhan rambut anda. Pada masa ini, anda mungkin mengalami kurang keguguran rambut daripada biasa.

Apabila tahap estrogen kembali normal selepas kehamilan, anda mungkin mendapati lebih banyak keguguran rambut daripada biasa. Ia juga bukan perkara biasa bagi ibu selepas bersalin untuk melihat rambut menipis.

Keguguran rambut selepas bersalin mungkin berlaku satu hingga enam bulan selepas bersalin, dengan gejala berlarutan sehingga 18 bulan.

7. Kekurangan Nutrien

Kekurangan dalam vitamin dan mineral tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut dan pertumbuhan rambut yang berkurangan kerana ia membantu dalam kitaran pertumbuhan rambut dan pertumbuhan cell.

Contoh kekurangan nutrien yang boleh menyebabkan keguguran rambut termasuk protein, biotin, zink, dan zat besi yang tidak mencukupi,

Selalunya orang yang menjalani diet yang amat ketat seperti diet buah atau diet salad yang tidak mengandungi nutrien seimbang untuk tempoh yang panhang akan mengalami risiko keguguran rambut.

8. Penuaan

Keguguran rambut pada wanita atau lelaki selepas usia tertentu adalah biasa dan tiada bukti yang mencukup punca ianya berlaku.

9. Tabiat buruk dalam gaya hidup

  1. Menangani rambut basah yang tidak betul
  2. Mengikat rambut dengan ketat
  3. Terlalu kerap ‘mengusik’ atau menyentuh rambut anda
  4. Menggaru kepala
  5. Berjemur di bawah sinar matahari
  6. Tidak mencuci rambut dengan bersih
  7. Kerap mengunakkan alat penggering dan pelurus rambut
  8. Produk penjagaan rambut yang tidak sesuai

Punca rambut gugur bagi kanak-kanak

Punca rambut gugur bukanlah sesuatu yang luar biasa pada kanak-kanak, tetapi puncanya mungkin berbeza daripada kebotakan pada orang dewasa. Pada kebiasaannya, kanak-kanak kehilangan rambut kerana gangguan kulit kepala.

Kebanyakkan puncanya tidak mengancam nyawa atau berbahaya. Namun, keguguran rambut boleh menjejaskan emosi kanak-kanak.

Kajian di Jordan menunjukkan 210 kanak-kanak mengadu keguguran rambut dan gangguan kulit kepala. Punca rambut gugur yang biasa ialah keguguran rambut bertompok tanpa gejala Gejala lain adalah kulit kepala bersisik, pengurangan, atau keguguran, rambut di seluruh kulit kepala , perubahan tekstur dan warna rambut , pruritus atau kegatalan pada kulit kepala dan rasa sakit pada kulit kepala.

Tinea capitis adalah penyebab keguguran rambut yang paling tinggi diikuti oleh alopecia areata dan telogen effluvium. 

Masalah rambut pada kanak-kanak mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrisi penting seperti unsur zat besi dan zink.

Perbezaan antara punca rambut gugur lelaki dan wanita

Rambut gugur lelaki

Punca keguguran rambut pada lelaki adalah disebabkan oleh kepekaan folikel rambut terhadap DHT iaitu hormon androgen lelaki yang menyebabkan folikel mengecut. Keadaan ini dapat mengakibatkan jangka hayat rambut yang lebih pendek dan mengurangkan pertumbuhan rambut. Kebotakan corak lelaki (alopecia androgenetik pada lelaki) mengikut corak garis rambut yang surut yang membentuk seperti huruf “M” dan kemudian membentuk  huruf “U”. 

Rambut gugur wanita

Kebotakan corak wanita (alopecia androgenetik pada wanita) pula boleh dilihat dari penipisan pada bahagian atas atau tengah kepala. Keguguran rambut wanita biasanya disebabkan oleh tahap tekanan yang tinggi, ketidakseimbangan hormon, keadaan tiroid atau pendedahan toksik. Kemungkinan besar wanita mengalami keguguran rambut akibat hormon. 

Kajian mendapati bahawa lelaki yang mengalami kebotakan pola lelaki pramatang mempunyai profil hormon yang serupa dengan wanita dengan polycystic ovary syndrome (PCOS) dan mereka juga mempunyai rintangan insulin yang jauh lebih tinggi. Justeru, keseimbangan hormon yang betul juga penting untuk kesihatan lelaki, khususnya kesihatan rambut.

Mitos punca rambut gugur

Tahukah anda terdapat beberapa mitos tentang punca rambut gugur? Antara mitos-mitos punca rambut gugur adalah:

  • Kelemumur menyebabkan keguguran rambut kekal pada wanita.
  • Terlalu banyak menggunakan syampu atau mewarnakan rambut boleh menyebabkan rambut gugur.
  • Tekanan menyebabkan keguguran rambut kekal pada wanita.
  • Rambut anda akan tumbuh semula dua kali lebih tebal jika anda mencukur rambut.
  • Memakai topi, tudung atau rambut palsu menyebabkan keguguran rambut pada wanita.
  • Rambut yang gugur tidak akan dapat tumbuh semula. 
  • Menyikat rambut anda sebanyak 100 kali sehari akan menjadikan rambut anda lebih sihat.
  • Keguguran rambut hanya memberi kesan kepada wanita intelek.

Petua dan jenis rawatan pakar yang dapat mengurangkan punca rambut gugur

Mengalami keguguran rambut adalah situasi yang sangat membimbangkan dan dapat memberi tekanan kepada anda. Jangan bimbang kerana terdapat solusi yang mungkin berkesan untuk masalah rambut anda:

Petua merawat rambut secara semula jadi

Minyak rosemary

Minyak rosemary dapat  meningkatkan ketebalan dan pertumbuhan rambut anda. Ia dapat meningkatkan metabolisme selular yang merangsang pertumbuhan rambut. Kajian menunjukkan minyak rosemary boleh merawat keguguran rambut topikal konvensional.

Minyak kelapa

Minyak kelapa dipercayai dapat membantu menguatkan rambut dan mengawal keguguran rambut. Kajian menunjukkan minyak kelapa boleh membantu menyembuhkan atau mencegah kelemumur dan kulat lain pada kulit kepala.

Jenis rawatan pakar untuk rawatan rambut

Analisa kulit kepala

Semasa prosedur analisis kulit kepala dilakukan, doktor akan memeriksa kulit kepala untuk melihat tanda-tanda penggelupasan, kemerahan, dan keguguran rambut. Cadangan rawatan lanjut akan diberikan mengikut keputusan analisa.

Biopsi kulit kepala

Rawatan biopsi kepala melibatkan pengambilan sampel kulit dari kawasan kulit kepala di mana keguguran rambut telah berlaku. Sampel kulit kepada akan dianalisis oleh pakar. Keputusan daripada biopsi kulit kepada dapat memberitahu doktor tentang kemungkinan penyebab alopecia atau keguguran rambut yang lain.

Jika anda nak tahu lagi tentang cara mengatasi rambut gugur, nantikan artikel terbaru dari kami yang hanya menfokuskan tentang topik itu

Kesimpulan

Keguguran rambut adalah biasa dan berikut adalah punca rambut gugur:

  1. Faktor keturunan
  2. Perubahan hormon
  3. Penyakit
  4. Ubat-ubatan
  5. Stress
  6. Kehamilan
  7. Kekurangan Nutrien
  8. Penuaan
  9. Menangani rambut basah yang tidak betul
  10. Mengikat rambut dengan ketat
  11. Terlalu kerap ‘mengusik’ atau menyentuh rambut anda
  12. Menggaru kepala
  13. Berjemur di bawah sinar matahari
  14. Tidak mencuci rambut dengan bersih
  15. Kerap mengunakkan alat penggering dan pelurus rambut
  16. Produk penjagaan rambut yang tidak sesuai

Anda boleh baca tentang cara mengatasi rambut gugur di sini.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan