Kulit Kepala Kering: Punca dan 13 Cara Hilangkan

Anda mengalami kulit kepala kering? Artikel ini bincang tentang

  • Punca kulit kepala kering
  • Cara hilangkan kulit kepala kering
  • Tips untuk elakkan daripada kulit kepala kering
  • Tanda-tanda kulit kepala kering yang memerlukan rawatan pakar

Jom kita mula!

Apakah punca kulit kepala kering?

Kulit Kepala Kering Featured Image

Kulit kepala kering berlaku disebabkan oleh kekurangan kelembapan dalam kulit. Kulit kepala kering dan menggelupas adalah gejala utama kulit kepala kering dan juga kelemumur. Kedua-dua kelemumur dan kulit kepala kering mempunyai simptom utama yang sama iaitu serpihan yang jatuh dan kulit kepala yang gatal, tetapi kulit kepala kering dan kelemumur adalah dua keadaan kulit kepala yang berbeza.

Apabila kulit kepala kering, anda akan terasa iritasi pada kulit kepala dan kulit kepala anda mudah untuk menggelupas. Berbanding dengan kelemumur, puncanya adalah lebih rembesan minyak yang berlebihan dan pertumbuhan yis yang berlebihan pada kulit kepala yang diberi nama Malassezia.

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, anda perlu mengetahui simptom yang anda alami.

Antara punca kulit kepala kering adalah:

1. Cuaca

Cuaca yang terlalu kering, sejuk atau panas boleh menyebabkan kulit kepala kering.

2. Kekurangan minyak atau pelembap kulit kepala

Kekurangan kelembapan pada kulit kepala boleh menyebabkan kulit kepala sangat kering.

3. Dermatitis Kontak

Produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia dan bahan yang anda mungkin sensitif atau mempunyai alahan.

4. Dermatitis Seborrheic

Kajian menunjukkan dermatitis seborrheic menjejaskan kulit kepala serta muka, kawasan retro-aurikular, dan bahagian atas dada, menyebabkan mengelupas, bersisik, keradangan dan pruritus, dan boleh mempunyai eritema yang ketara. Penggelupasan dalam dermatitis seborrheic dan kelemumur biasanya berwarna putih hingga kekuningan, dan mungkin berminyak atau menyebabkan kekeringan pada kulit kepala.

5. Dehidrasi

Dehidrasi adalah punca biasa kulit kepala kering dan gatal. Faktor penuaan, cuaca sejuk, rawatan kimia dan produk pembersihan yang terlalu kuat boleh menyumbang kepada pengeringan kulit kepala. Penggunaan air panas untuk mencuci juga boleh menghilangkan kelembapan kulit kepala dan menyebabkan keadaan lebih kering.

6. Kurang Nutrisi

Kekurangan nutrisi seperti vitamin A dan vitamin E boleh menyebabkan kulit kepala kering.

Kajian menunjukkan vitamin A boleh mengawal pengeluaran sebum dan membantu menjaga kesihatan rambut.

Kajian juga menunjukkan kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia hemolitik, masalah neurologi dan kekeringan kulit. Harus diingatkan untuk tidak mengambil vitamin E secara berlebihan kerana boleh mengakibatkan hipervitaminosis E yang boleh meningkatkan risiko pendarahan dan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid.

7. Penggunaan Produk Penggayaan Rambut

Punca Kulit Kepala Kering Gunakan Produk Rambut

Penggunaan produk penggayaan rambut yang berlebihan boleh membuatkan rambut kering dan rosak.

Kajian menunjukkan 27% daripada tindak balas buruk yang berkaitan dengan kosmetik adalah disebabkan khusus untuk kosmetik rambut. Semburan rambut dan produk pewarna rambut dikaitkan dengan kerosakan paru-paru, manakala syampu berkaitan dengan rambut keriting dan kekeringan tanpa gejala kulit kepala dilaporkan.

Cara Hilangkan Kulit Kepala Kering

Terdapat pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan untuk merawat kulit kepala kering. Antaranya ialah:

1. Asid salisilik

Asid salisilik berfungsi dengan melarutkan sel kulit mati. Masalah keadaan kulit dan kulit kepala tertentu boleh menyebabkan sel kulit mati boleh terkumpul dan menghasilkan tompok tebal kulit kering. Syampu asid salisilik boleh membantu untuk memecahkan tompok ini dan meningkatkan kelembapan untuk membantu menghalangnya daripada terbentuk.

2. Syampu kelemumur atau syampu merawat kulit kepala kering

Cara Hilankan Kulit Kepala Kering Terapi Cahaya Merah

Menggunakan syampu yang dikhaskan untuk mengurangkan kulit kepala kering boleh mengurangkan kelemumur, kegatalan, iritasi dan ketidakselesaan pada kulit kepala.

Penggunaan syampu yang betul boleh membantu untuk mencuci rambut anda dengan kurang kerap dan mengelakkan daripada menggunakan produk penjagaan rambut yang mengeringkan rambut anda.

3. Ubat preskripsi seperti kortikosteroid, antihistamin, emolien dan biologi

Kajian menunjukkan steroid topikal adalah rawatan yang berkesan untuk dermatitis seborrhoeic pada muka dan kulit kepala untuk remaja dan dewasa.

4. Calcipotriene (Sorilux, Dovonex)

Calcipotriene, yang juga salah satu bentuk vitamin Dm digunakan untuk merawat psoriasis plak pada kulit dan kulit kepala. Ia berfungsi dengan mengubah cara sel kulit dibuat di kawasan yang terjejas oleh psoriasis. Ubat ini hanya boleh didapati dengan preskripsi daripada doktor anda.

5. Tazarotene (Tazorac)

Tazarotene ialah produk retinoid yang berkaitan dengan Vitamin A. ia digunakan untuk merawat keadaan kulit tertentu termasuk psoriasis, jerawat dan gejala penuaan kulit akibat kerosakan matahari. Ia dipercayai berkesan untuk mengawal pertumbuhan sel kulit.

6. Tar arang batu

Tar arang batu ialah ubat yang digunakan pada kulit dan kulit kepala untuk merawat kegatalan, iritasi dan tompok kering yang bersisik dan mengelupas. Ia juga bersifat antibakteria.

Anda boleh dapati rawatan tar arang batu dalam bentuk krim, salap, losyen kulit kepala, syampu atau cecair yang anda perlu tambahkan ke dalam mandian anda (tambahan emulsi).

7. Terapi cahaya merah

Cara Hilankan Kulit Kepala Kering Terapi Cahaya Merah

Rawatan ini digunakan pada kulit kepala pada tempoh, keamatan dan panjang gelombang yang ideal dan berpotensi menggalakkan pertumbuhan semula rambut.

Kajian menunjukkan kesan terapi cahaya merah 650-nm pada folikel rambut ex vivo dan set transkrip yang melibatkan peranan cahaya merah dalam menggalakkan pertumbuhan rambut dan membalikkan proses pengecilan Androgenetic alopecia (AGA) atau alopecia antrogenetik telah dikenalpasti.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba rawatan-rawatan ini untuk memastikan ia selamat untuk kondisi kesihatan anda dan tiada kesan sampingan yang teruk.

Cara Hilangkan Kulit Kepala Kering melalui Bahan Semula Jadi

Kulit kepala kering boleh juga dirawat dengan bahan semula jadi. Sebelum mencuba rawatan menggunakan bahan semula jadi, anda harus pastikan bahan semula jadi yang anda gunakan tidak memberikan anda alahan dan kesan sampingan yang akan memudaratkan kesihatan anda. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.

8. Minyak kelapa

Minyak kelapa dikenali sebagai pelembap yang berkesan.

Kajian semula penyelidikan menunjukkan minyak kelapa adalah selamat dan berkesan dalam merawat kulit kering . Ia juga berpotensi untuk merawat kulit kepala kering. 

Kajian juga menunjukkan minyak kelapa boleh menembusi batang rambut dan kulit kepala dan juga melembutkannya secara mendalam. Minyak kelapa berfungsi sebagai pelembap untuk kulit kepala dan mencegah kekeringan.

9. Aloe vera

Aloe vera dikatakan boleh membantu mengurangkan kegatalan yang berkaitan dengan kulit kepala yang kering dan boleh membantu melembapkan kulit kepala.

Kajian menunjukkan aloe vera boleh memberikan kelegaan pada kulit kerana bersifat antiradang. 

Selain itu, kajian pada tahun 2019 menunjukkan perbandingan penggunaan gel aloe vera dengan plasebo dalam 44 peserta yang menghidap dermatitis seborrheic mendapati gel aloe vera lebih berkesan dalam mengurangkan kerak pada kulit kepala dan kegatalan kulit kepala. 

10. Minyak pokok teh

Minyak pokok teh dikatakan mempunyai sifat antikulat, antiseptik dan antibiotik yang boleh membantu dengan kulit kepala kering.

Kajian menunjukkankeberkesanan 5% syampu minyak pokok teh dan plasebo pada pesakit dengan kelemumur ringan hingga sederhana. Selepas tempoh rawatan selama empat minggu, peserta dalam kumpulan pokok teh menunjukkan peningkatan 41% dalam masalah kelemumur, manakala hanya 11% daripada mereka dalam kumpulan plasebo menunjukkan peningkatan. 

11. Minyak zaitun

Unsur kimia utama minyak zaitun ialah asid oleik, asid palmitik dan squalene. Ini semua adalah emolien mempunyai kualiti melembutkan. Terdapat banyak syampu, perapi dan pomade yang mengandungi versi emolien buatan makmal.

Kajian semula penyelidikan menunjukkan minyak zaitun telah membantu meningkatkan penyembuhan luka dan pertumbuhan semula kulit dalam kajian haiwan melalui kesan antiradang. Keradangan kulit boleh menyebabkan kulit kering.

12. Witch hazel

Witch hazel adalah astringen yang bersifat antivirus dan antiradang. Ia boleh membantu melegakan keradangan dan melawan jerawat. 

Kajian terhadap 1,373 orang menunjukkan syampu yang mengandungi ekstrak witch hazel berkesan dalam mengurangkan iritasi pada kulit kepala.

Kajian juga menunjukkan sebagai astringen witch hazel boleh menyebabkan tisu anda mengecut dan membantu untuk mengecilkan liang-liang pori dan melegakan keradangan.

13. Minyak avocado

Minyak avocado boleh melembapkan kulit dan kulit kepala.

Kajian terhadap haiwan menunjukkan penggunaan topikal minyak avocado boleh meningkatkan penyembuhan luka, mengurangkan keradangan dan membantu merawat kulit kepala kering.

Kajian juga menunjukkan rawatan mewarnakan rambut, penggunaan syampu detergen dan keadaan perubatan tertentu boleh membuat kulit kepala anda kering dan mengelupas. Asid lemak monotaktepu seperti asid oleik mempunyai formula cepat meresap ke dalam kulit kepala.

Kerap menyapu minyak pada kulit kepala anda adalah titik permulaan yang baik untuk mengelakkan kulit kepala kering.

Tips untuk mengelak daripada mendapat kulit kepala kering

  • Gunakan syampu yang tidak mempunyai bahan kimia yang kuat.
  • Jangan menggosok atau menggaru kulit kepala dengan kuat.
  • Kurangkan membasuh kepala dengan air panas dengan terlalu kerap.
  • Elakkan pemakaian aksesori kepala atau rambut yang menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. 
  • Minum air dengan secukupnya.
  • Gunakan skrub kulit kepala jika perlu. 
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Elakkan kulit kepala anda dalam keadaan yang lembap.

Tanda-tanda kulit kepala kering yang memerlukan rawatan pakar

Pada kebiasaannya, masalah kulit kepala kering boleh diselesaikan dengan menggunakan syampu yang betul, dan melalui perubahan gaya hidup dan pemakanan. Akan tetapi, jika masalah kulit kepala kering masih tidak sembuh, anda perlu mendapatkan rawatan pakar untuk mengelakkan daripada mengalami masalah kulit kepala dan rambut yang lebih teruk. 

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pakar jika mengalami masalah kulit kepala berikut:

  • Kulit kepala terasa sakit apabila disentuh.
  • Kulit kepala anda mula bengkak.
  • Kulit kepala anda kemerahan.
  • Kulit kepala anda terasa hangat atau panas apabila disentuh.
  • Kulit kepala anda mengalami ruam.
  • Kulit kepala anda mengalami kegatalan pada setiap masa dan menjejaskan aktiviti harian anda.

Pakar rawatan kulit kepala atau doktor akan melakukan pemeriksaan ke atas kulit kepala anda, menentukan masalah kulit kepala yang anda alami dan mencadangkan jenis rawatan yang sesuai untuk kondisi kulit kepala anda daripada keputusan pemeriksaan.

Kesimpulan

Kulit kepala kering berlaku disebabkan oleh kekurangan kelembapan dalam kulit. Puncanya adalah:

  1. Cuaca
  2. Kekurangan minyak atau pelembap kulit kepala
  3. Dermatitis Kontak
  4. Dermatitis Seborrheic
  5. Dehidrasi
  6. Kurang Nutrisi
  7. Penggunaan Produk Penggayaan Rambut

Berikut adalah cara hilangkan kulit kepala kering:

  1. Gunakan syampu asid salisilik
  2. Gunakan syampu kelemumur atau syampu merawat kulit kepala kering
  3. Ubat preskripsi seperti kortikosteroid, antihistamin, emolien dan biologi
  4. Gunakan Calcipotriene (Sorilux, Dovonex)
  5. Gunakan Tazarotene (Tazorac)
  6. Gunakan Tar arang batu
  7. Terapi cahaya merah
  8. Gunakan Minyak kelapa
  9. Gunakan Aloe vera
  10. Gunakan Minyak pokok teh
  11. Gunakan Minyak zaitun
  12. Gunakan Witch hazel
  13. Gunakan Minyak avocado

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan