23 Cara Hilangkan Kelemumur Secara Berkesan

Nak tahu cara hilangkan kelemumur? Artikel ini bincang tentang kelemumur termasuk:

  • Apa itu kelemumur
  • 12 cara hilangkan kelemumur

Jom kita mula!

Apa itu kelemumur?

Cara hilangkan kelemumur featured image

Masalah kelemumur adalah kondisi yang menyebabkan kulit pada kulit kepala mengelupas. Kelemumur tidak berjangkit dan selalunya tidak serius. Tetapi ia boleh memberi tekanan kepada individu yang mengalami masalah kelemumur kerana mereka akan berasa malu untuk bergaul disebabkan kehadiran kelemumur yang mudah kelihatan dengan mata kasar.

Antara tanda dan simptom kelemumur adalah kulit mengelupas pada kulit kepala, rambut, kening, janggut atau misai, dan bahu anda, kegatalan pada kulit kepala, kulit kepala bersisik dan berkerak pada bayi. Tanda-tanda dan gejala kelemumur mungkin akan menjadi lebih teruk apabila anda tertekan dan masalah ini cenderung untuk berlaku pada pada musim sejuk dan musim kering.

Apakah punca yang menyebabkan kelemumur? Masalah kelemumur boleh disebabkan oleh beberapa punca antaranya ialah iritasi pada kulit, kulit berminyak, kulit kering, kulat kelemumur yang dikenali sebagai Malassezia (kulat ini memakan minyak pada kulit kepala pada kebanyakan orang dewasa), sensitiviti terhadap produk penjagaan rambut dan masalah kulit lain seperti psoriasis dan ekzema.

Anda boleh baca tentang punca kelemumur dengan lebih lanjut di sini.

Hampir semua orang boleh mengalami masalah kelemumur, tetapi sesetengah faktor tertentu boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada masalah ini, antaranya: 

  • Faktor umur: Masalah kelemumur biasanya bermula ketika fasa akil baligh  dan berterusan hingga pertengahan umur. Tetapi Itu tidak bermakna orang dewasa yang lebih tua tidak mengalami msalah ini. Untuk sesetengah individu, masalah ini boleh dialami seumur hidup.
  • Faktor jantina: Masalah kelemumur lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding wanita.
  • Faktor penyakit: Penyakit Parkinson dan penyakit lain yang menjejaskan sistem saraf berpotensi untuk meningkatkan risiko masalah kelemumur. Ini juga termasuk penyakit HIV atau sistem imun yang lemah.

Masalah kelemumur yang biasa dinamakan  seborrheic  dermatitis (SD). Ia boleh dirawat dengan penggunaan syampu harian yang lembut. Jika tidak berkesan, syampu berubat juga boleh membantu masalah ini. 

Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat 12 cara hilangkan kelemumur secara berkesan yang anda boleh cuba untuk merawat masalah ini. 

23 Cara Hilangkan Kelemumur

1. Gunakan minyak kelapa

Cara hilangkan kelemumur minyak kelapa

Minyak kelapa boleh meningkatkan penghidratan pada kulit dan mengurangkan kekeringan kulit. Ia sangat baik untuk digunakan untuk merawat gejala ekzema dan kelemumur.

Terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, minyak kelapa juga digunakan sebagai ubat semula jadi untuk kelemumur.

Kajian menunjukkan minyak kelapa dan sebatiannya telah terbukti mempunyai sifat antimikrob dalam beberapa kajian tabung uji. 

Kajian pula menemui minyak kelapa mungkin berkesan untuk berfungsi seperti minyak mineral dalam meningkatkan penghidratan kulit apabila digunakan sebagai pelembap 
Selain itu, kajian selama 8 minggu pada tahun 2013 pula menunjukkan minyak kelapa yang disapu pada kulit mengurangkan gejala dermatitis atopik iaitu sejenis ekzema yang boleh disebabkan oleh gatal-gatal dan keradangan sebanyak 68%.

2. Gunakan aloe vera

Cara hilangkan kelemumur aloe vera

Aloe vera mempunyai ciri antibakteria dan antikulat yang boleh mengurangkan keradangan dan mengurangkan gejala kelemumur. Namu tetapi lebih banyak kajian diperlukan.

Kajian menunjukkan apabila aloe vera digunakan pada kulit, ia boleh membantu merawat keadaan kulit seperti melecur, psoriasis dan kudis selsema. Kajian lain juga menunjukkan aloe vera berpotensi berkesan merawat beberapa spesies kulat dan boleh membantu mengawal jangkitan kulat tertentu.

Selain itu, kajian juga menunjukkan sifat antibakteria dan antikulat aloe vera juga boleh melindungi daripada masalah kelemumur. 

Kajian tabung uji juga mendapati bahawa aloe vera boleh mengurangkan keradangan yang boleh melegakan simptom penyakit tertentu. 

Manfaat daripada sumber aloe vera menyebabkan ia adalah cara hilangkan kelemumur secara berkesan.

3. Gunakan minyak pokok teh

Minyak pokok teh atau tea tree oil mempunyai ciri antimikrob dan anti-radang yang boleh membantu mengurangkan simptom kelemumur.

Kajian pada tahun 2002 menunjukkan 126 orang yang mengalami kelemumur menggunakan syampu yang mengandungi sama ada 5% minyak pokok teh atau plasebo setiap hari. Selepas 4 minggu, minyak pokok teh telah mengurangkan keterukan simptom kelemumur sebanyak 41% dan dapat merawat masalah rasa berminyak dan kegatalan, berbanding dengan plasebo. 

Kajian menunjukkan minyak pokok teh mempunyai ciri antimikrob dan anti-radang yang kuat, yang boleh membantu mengurangkan gejala kelemumur. Kajian turut menemui minyak pokok teh berkesan untuk melawan kulat yang boleh menyebabkan kelemumur dan seborrheic dermatitis.

Perlu diingatkan bahawa minyak pokok teh boleh menyebabkan iritasi pada individu yang mempunyai kulit sensitif. Adalah lebih baik untuk mencairkannya dengan beberapa titis carrier oil seperti minyak kelapa sebelum menyapunya terus ke kulit kepala anda.

4. Gunakan cuka epal sider

Cara hilangkan kelemumur apple sider

Cuka epal sider dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan mengimbangi pH kulit kepala anda untuk mengurangkan kelemumur. Ia dikenali untuk memberikan kelegaan segera daripada kegatalan dan dan mungkin adalah cara ghilangkan kelemumur dengan hanya beberapa sapuan.

Kajian tabung uji menunjukkan cuka epal sider dan sebatiannya boleh menghalang pertumbuhan jenis kulat tertentu. 

Kajian juga menunjukkan sebatian di dalam cuka epal sider bersifat antikulat boleh menghalang jenis kulat tertentu daripada tumbuh dalam tabung uji.

Anda boleh campurkan cuka epal sider dengan air dan urut pada kulit kepala. Biarkan selama beberapa minit, dan bilas. Anda boleh ulangi langkah ini hingga nampak perbezaan yang positif. Jika anda mengalami sebarang iritasi pada kulit, anda harus hentikan penggunakan. 

Selain itu, anda boleh tambahkan beberapa sudu besar pada syampu anda atau gabungkan dengan minyak pati dan sembur terus ke rambut anda.

Jika anda menggunakannya cuka epal sider, keasidan dalam cuka sari apel boleh menghilangkan minyak semulajadi kulit kepala anda. Jarakkan waktu penggunaan bahan ini jika anda merasakan kulit kepala anda menjadi terlalu kering. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan rambut rosak dan kering. 

5. Makan makanan kaya omega-3

Cara hilangkan kelemumur omega 3

Asid lemak omega-3 adalah penting untuk kesihatan kulit dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Kekurangan omega-3 boleh menyebabkan kulit kering, rambut kering, dan juga kelemumur.

Kajian menunjukkan kekurangan asid lemak omega-3 boleh menyebabkan pelbagai gejala termasuk rambut kering, kulit kering dan juga kelemumur. 

Kajian turut menunjukkan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan keradangan yang berkemungkinan dapat melegakan kerengsaan dan gejala kelemumur.

Contoh makanan yang mengandungi tinggi kandungan omega-3 adalah ikan yang berlemak seperti ikan tenggiri, ikan trout dan ikan salmon, kekacang seperti kacang walnut dan biji chia. 

Anda juga boleh mengambil suplemen minyak ikan yang mudah didapati di farmasi. 

6. Makan makanan kaya probiotik

Probiotik adalah bakteria baik dan suplemen yang membantu melindungi dan menjaga kesihatan sistem pencernaan terutamanya usus dan perut. Probiotik berpotensi untuk membantu meningkatkan fungsi imun dan dapat mengurangkan gejala kelemumur.

Kajian menunjukkan bakteria ini dapat meningkatkan fungsi imun, yang boleh membantu badan melawan jangkitan kulat yang menyebabkan kelemumur. 

Malah kajian menunjukkan pengambilan probiotik selama 56 hari telah mengurangkan gejala kelemumur terhadap 60 orang peserta kajian.

Kajian lain turut menunjukkan probiotik boleh membantu merawat dan mencegah masalah kulit seperti dermatitis terutamanya pada bayi dan kanak-kanak. 

Anda boleh dapati probiotik secara mudah melalui makanan yang ditapai seperti kimchi dan tempeh.

7. Makan makanan kaya zink dan vitamin B

Pengambilan zink, vitamin B dan lemak sihat boleh membantu mencegah kelemumur. Kajian menunjukkan makan diet yang sihat secara keseluruhan dan cari peluang untuk meningkatkan pengambilan nutrien tertentu ini. Contoh makanan adalah seperti daging lembu, ayam, kacang kuda, kacang soya dan tauhu.

8. Penggunaan minyak pati (Essential Oil)

Salah satu cara hilangkan kelemumur adalah dengan menggunakan minyak pati.

Kajian pada tahun 2015 menunjukkan terdapat beberapa minyak pati yang boleh digunakan untuk membantu mengawal masalah kelemumur termasuk:

  • Minyak pati thyme (Thymus vulgaris L.)
  • Minyak pati pokok teh (Melaleuca alternifolia)
  • Minyak pati bergamot (Citrus bergamia)
  • Minyak pati bawang putih (Allium sativum L.)

Kajian lain menunjukkan tonik rambut anti-kelemumur yang mengandungi minyak serai (Cymbopogon flexuosus) dapat mengurangkan kelemumur dengan ketara.

Terdapat juga ulasan mengenai kajian minyak pati pudina pada tahun 2009 mengatakan minyak pudina (mentha x piperita) dapat memberikan kesan penyejukan pada kepala dan membantu menghilangkan kelemumur.

9. Sapukan jus lemon pada rambut dan kulit kepala

Jus lemon berpotensi menjadi cara hilangkan kelemumur. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan keberkesanan bahan ini.

Jus lemon dipercayai mampu membekalkan vitamin C, asid sitrik, flavonoid dan zat besi yang penting untuk kesihatan rambut dan kulit, menguatkan folikel rambut, menghilangkan lebihan minyak di kulit kepala, menyeimbangkan pH kulit kepala untuk mengelakkan kelemumur

Kajian pada tahun 2015 menunjukkan asid sitrik yang terdapat dalam lemon adalah pelaras pH semula jadi untuk kulit kepala yang dapat mencegah dari masalah kelemumur.

Lemon mempunyai kandungan vitamin B. Vitamin B boleh membantu memperbaiki keadaan kulit termasuk kulit kepala.  Kajian pada tahun 2017 menunjukkan kekurangan vitamin B boleh mencetuskan jangkitan kuku, ruam kulit dan seborrheic dermatitis iaitu salah satu punca utama kelemumur.

10. Sapukan soda penaik pada rambut dan kulit kepala

Soda penaik mempunyai sifat antikulat dan boleh membantu melegakan kegatalan dan iritasi pada kulit.  Ia dipercayai bertindak sebagai pengelupasan lembut untuk membuang sel kulit mati yang dapat mengurangkan kerak dan kegatalan. 

Kajian pada tahun 2005 menunjukkan kesan soda penaik pada 31 orang dengan masalah psoriasis. Rawatan dengan mandian soda penaik telah dapat mengurangkan kegatalan dan iritasi dengan ketara selepas hanya 3 minggu 

Kajian tabung uji menunjukkankesan antikulat soda penaik pada beberapa jenis kulat yang  menyebabkan jangkitan kulit telah menghalang pertumbuhan kulat sepenuhnya dalam 79% spesimen selepas 7 hari. 

Anda boleh cuba dengan menyapukan soda penaik terus ke rambut basah dan urut kulit kepala anda. Biarkan selama 1 hingga minit dan kemudian cuci rambut anda seperti biasa.

11. Campurkan aspirin dalam syampu

Aspirin mengandungi asid salisilik iaitu bahan yang terdapat di dalam kebanyakkan syampu anti-kelemumur. Asid salisilik telah terbukti berkesan dalam rawatan seborrheic dermatitis dan kelemumur.

Kajian pada tahun 2018 menunjukkan aspirin dapat menghilangkan kulit bersisik dan melonggarkan kepingan supaya ia boleh dikeluarkan dari kulit kepala. 

Kajian selama 4 minggu menunjukkkan 19 orang yang mengalami masalah kelemumur menggunakan dua syampu yang mengandungi sama ada piroctone olamine dan asid salisilik atau zink pyrithione. Kedua-dua syampu dapat mengurangkan kelemumur tetapi syampu yang mengandungi asid salisilik lebih berkesan dalam mengurangkan kesan kulit bersisik. 

Anda boleh cuba cara hilangkan kelemumur ini dengan menghancurkan dua tablet aspirin dan campurkan pada syampu anda sebelum mencuci rambut. 

12. Kurangkan tahap stress

Umumnya kita tahu stress boleh melemahkan sistem imun anda dan mengurangkan keupayaan badan anda untuk melawan jangkitan termasuk dalam merawat kelemumur. 

Kajian menunjukkan tekanan tidak menyebabkan kelemumur tetapi boleh memburukkan lagi gejala seperti kekeringan dan kegatalan rambut. 

Kajian juga menunjukkan tahap tekanan yang tinggi pada jangka masa yang panjang boleh mengubah atau menyekat aktiviti sistem imun anda. Ini berkemungkinan menjejaskan keupayaan tubuh anda untuk melawan beberapa jangkitan kulat dan keadaan kulit yang menyumbang kepada kelemumur.

Tambahan lagi dalam kajian ke atas 166 orang yang menghidap seborrheic dermatitis  melaporkan tekanan merupakan salah satu punca gejala dermatitis.

13. Elakkan makanan tertentu

Mengubah diet dengan mengelakkan diri dari memakan makanan tertentu boleh mengurangkan keradangan dan mencegah jangkitan kulat. Sesetengah makanan juga boleh menyebabkan gejala ekzema yang juga akan menyebabkan kegatalan kulit dan kelemumur.

Terdapat kajian yang mencadangkan beberapa jenis makanan yang mungkin anda boleh elakkan untuk mengelakkan keradangan pada badan seperti makanan yang diproses, makanan dan minuman yang manis dan makanan karbohidrat yang ditapis seperti roti putih dan pasta putih,

Kajian pula mencadangkan antara makanan yang banyak dilaporkan menyebabkan masalah kulit iaitu tepung putih, produk yang mengandungi gluten dan sayur-sayuran nightshades seperti tomato dan terung.

Tambahan lagi, kajian menunjukkan pengubahsuaian diet berpotensi untuk mencegah jangkitan kulat dengan mengawal pertumbuhan yis dan meningkatkan mikrobiom usus. Ini dapat membantu dalam rawatan kelemumur.

14. Syampu berubat dan rawatan kulit kepala

Selain rawatan dari rumah, anda mungkin memerlukan ubat topikal atau syampu untuk merawat kelemumur.

Pakar penjagaan kesihatan akan memberi cadangan yang bersesuaian dengan kondisi kelemumur anda. Contoh ubat yang mungkin akan disarankan oleh pakar adalah ubat antikulat topikal, kortikosteroid dan imunomodulator untuk merawat kelemumur dan keadaan kulit yang lain seperti  dermatitis dan psoriasis. 

Anda boleh mendapati banyak syampu dan rawatan kulit kepala berubat yang mengandungi bahan antikulat atau antibakteria untuk mengurangkan masalah kelemumur.

Jika anda mendapati tiada perubahan yang positif, anda boleh berjumpa dengan pakar dermatologi untuk menentukan sama ada syampu atau ubat preskripsi lain yang dapat menjadi cara hilangkan kelemumur secara berkesan.

15. Syampu yang mengandungi asid salisilik atau tar arang batu

Kajian menunjukkan bahan anti kelemumur utama yang perlu dicari termasuklah asid salisilik dan sulfur. Bahan-bahan ini melembutkan sel-sel kulit mati pada kulit kepala anda supaya ia hilang semasa mandi. Gunakan perapi selepas mencuci untuk mengurangkan kekeringan kulit kepala.

Syampu yang mengandungi tar arang batu pula dapat melambatkan penghasilan sel kulit mati yang akhirnya menjadi kelemumur dan boleh menyebabkan perubahan warna rambut yang lebih cerah.

16. Gunakan produk kortikosteroid atau antikulat

Anda boleh mencuba, sebagai contoh, hidrokortison 0.5% atau 1%, iaitu krim kortikosteroid. Sapukan produk satu hingga dua kali sehari sehingga kondisi anda bertambah baik, kemudian gunakan mengikut keperluan. Sebagai alternatif, cuba terbinafine 1%, antikulat , sapu satu hingga dua kali sehari sehingga keadaan anda bertambah baik.

Masa yang terbaik untuk menggunakan salah satu krim ini pada kulit kepala anda adalah apabila rambut anda berada pada keadaan sedikit lembap selepas mencucinya dengan syampu anti-kelemumur. Ia juga boleh digunakan pada kulit kepala anda apabila rambut anda kering.

17. Lembapkan kulit kepala anda dengan minyak semalaman

Sapukan minyak suam boleh menambah kelembapan dan melonggarkan kelemumur. Sebelum anda tidur, panaskan semangkuk kecil minyak mineral, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak badam, atau minyak semula jadi lain, kemudian urut ke dalam kulit kepala anda dengan jari anda. 

Pakai topi mandi atau balut rambut anda dengan tuala semalaman. Kajian menunjukkan anda boleh membilas minyak di bilik mandi keesokan harinya dengan mencuci dengan syampu kelemumur.

18. Bahan semulajadi yang bersifat anti-kulat

Campurkan bahan semulajadi seperti cuka epal sider dan air kosong  ke dalam mangkuk, urut campuran ke dalam kulit kepala anda, dan basuh selepas beberapa minit. 

Dalam kaedah lain, anda boleh mencairkan beberapa titis minyak pokok teh dalam minyak pembawa semulajadi (carrier oil), seperti minyak kelapa, urut minyak ke dalam kulit kepala anda, dan bilas selepas beberapa minit.

Anda juga boleh menyapukan gel aloe vera ke rambut dan kulit kepala anda dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman. Aloe vera jug berfungsi sebagai gel rambut semula jadi.

19. Hadkan penggunaan produk penggayaan rambut

Produk penggayaan seperti semburan rambut, gel rambut, mousse dan lilin rambut boleh menyebabkan pengumpulan minyak pada rambut dan kulit kepala anda, yang membantu menghasilkan kelemumur dan memerangkapnya dalam rambut anda. 

Kurangkan penggunaan produk penggayaan anda, terutamanya jika anda sudah mempunyai kulit kepala berminyak atau mula mengalami kelemumur.

20. Luangkan sedikit masa di bawah sinar matahari

Cara hilangkan kelemumur sinar matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari boleh mengurangkan kulat penyebab kelemumur pada kulit kepala anda, tetapi ingat untuk mengamalkan keselamatan matahari.

Bagi kebanyakan orang, 10 hingga 15 minit di bawah sinar matahari adalah sudah mencukupi.

Walau apa pun, jangan dedahkan kulit kepala anda sangat lama lama hingga menyebabkan sunburn. Jangan lupa sapukan pelindung matahari pada muka dan kawasan kulit yang terdedah sebelum menghabiskan masa di bawah sinar matahari.

21. Produk rambut teh hijau

Tonik rambut teh hijau boleh merawat pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, gatal-gatal, dan keguguran rambut. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau kaya dengan polifenol dan epigallocatechin gallate (EGCG) yang menghalang jangkitan kulat.

22. Sapukan biji fenugreek (Halba)

Cara hilangkan kelemumur halba

Kajian ke atas arnab mendapati ekstrak daun fenugreek merupakan ubat herba yang berkesan dan selamat untuk jangkitan kulat seperti kelemumur. Kajian lain menunjukkan ekstrak biji halba bersifat antikulat yang dapat menghalang pembentukan kelemumur.

23. Gunakan garam

Tekstur garam biasa yang agak keras berfungsi dengan baik untuk menyental kepingan kelemumur sebelum anda menggunakan syampu. Gunakan saltshaker dan goncangkan sedikit garam pada kulit kepala anda yang kering. 

Kemudian sapukan pada rambut anda dan urut kulit kepala. Gandingkan dengan salah satu ubat kelemumur dengan syampu anda untuk rawatan penuh.

Kesimpulan

Terdapat banyak cara hilangkan kelemumur. Antaranya adalah:

  1. Gunakan minyak kelapa
  2. Gunakan aloe vera
  3. Gunakan minyak pokok teh
  4. Gunakan cuka epal sider
  5. Makan makanan kaya omega-3
  6. Makan makanan kaya probiotik
  7. Makan makanan kaya zink dan vitamin B
  8. Penggunaan minyak pati (Essential Oil)
  9. Sapukan jus lemon pada rambut dan kulit kepala
  10. Sapukan soda penaik pada rambut dan kulit kepala
  11. Campurkan aspirin dalam syampu
  12. Kurangkan tahap stress
  13. Elakkan makanan tertentu
  14. Syampu berubat dan rawatan kulit kepala
  15. Syampu yang mengandungi asid salisilik atau tar arang batu
  16. Gunakan produk kortikosteroid atau antikulat
  17. Lembapkan kulit kepala anda dengan minyak semalaman
  18. Bahan semulajadi yang bersifat anti-kulat
  19. Hadkan penggunaan produk penggayaan rambut
  20. Luangkan sedikit masa di bawah sinar matahari
  21. Produk rambut teh hijau
  22. Sapukan biji fenugreek (Halba)
  23. Gunakan garam

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan