Psoriasis Kulit Kepala: Simptom, Punca dan 14 Cara Merawat

Artikel ini bincang tentang psoriasis kulit kepala termasuk:

  • apa itu psoriasis kulit kepala
  • simptom-simptom psoriasis kulit kepala
  • punca psoriasis kulit kepala
  • cara merawat psoriasis kulit kepala

Jom kita mula!

Apa itu psoriasis kulit kepala?

psoriasis kulit kepala featured image

Psoriasis adalah keadaan keradangan sistemik yang dsebabkan oleh sistem imun. Ia adalah satu masalah kulit yang kronik dan menjejaskan kulit dan sistem organ lain, termasuk kulit kepala. Mengikut kajian, kulit kepala adalah kawasan yang paling kerap terjejas di badan disebabkan oleh psoriasis. 

Walaupun rawatan untuk psoriasis kulit kepala adalah agak sukar disebabkan dan faktor gaya hidup, terdapat beberapa cara merawat psoriasis kulit kepala melalui rawatan moden dan rawatan menggunakan bahan semulajadi.

Simptom-simptom psoriasis kulit kepala

simptom psoriasis kulit kepala

Psoriasis kulit kepala adalah sejenis psoriasis plak yang menyebabkan tompok bersisik merah yang kelihatan seperti warna keperakan atau keunguan. Tompok-tompok ini dikenali sebagai plak. 

Selain di kawasan kulit kepala, psoriasis kulit kepala dan plak juga boleh merebak ke bahagian belakang telinga, belakang leher, dahi dan garis rambut. Psoriasis kulit kepala boleh menyebabkan anda terasa kegatalan, sensasi rasa terbakar dan serpihan kulit putih atau kuning yang halus pada kulit kepala. Kulit kepala anda juga boleh berdarah akibat psoriasis. 

Keguguran rambut sementara adalah satu lagi gejala biasa dan kesan sampingan daripada psoriasis kulit kepala.  Pada kebiasaannya, rambut akan tumbuh kembali seperti biasa setelah psoriasis kulit kepala dirawat dan sembuh.

Punca-punca psoriasis kulit kepala

1. Penyakit auto imun

psoriasis penyakit auto imun

Psoriasis ialah penyakit autoimun yang telah menyebabkan sistem imun anda menganggap tisu sihat sebagai ancaman seperti virus atau parasit dan akan cuba untuk memusnahkannya.

Keadaan Ini akan menyebabkan keradangan dan gejala lain.

Aktiviti imun akan menyebabkan sel-sel kulit baru tumbuh lebih cepat daripada yang anda perlukan. Sel-sel baru akan terbentuk apabila sel-sel kulit yang lama sudah mula mengelupas. Kajian menerangkan psoriasis kulit kepala adalah penyakit kulit radang kronik yang dianggap berkaitan dengan disfungsi sistem imun.

Sistem imun akan tersilap menyerang sel kulit yang sihat dan menyebabkan mereka berkembang lebih cepat daripada biasa. Perolehan sel yang cepat ini membawa kepada pembentukan tompok kering dan bersisik pada kulit kepala. Sistem imun memainkan peranan penting dalam perkembangan psoriasis kulit kepala.

Apabila proses itu dipercepatkan, sel akhirnya bertindan antara satu sama lain dan sel yang mati tidak dapat menggelupas dengan baik. Itulah yang membentuk sisik psoriasis kulit kepala.

2. Ketidakseimbangan nutrien

Kekurangan nutrisi seperti vitamin D dan tembaga boleh menjadi punca psoriasis kulit kepala. Kajian menunjukkan vitamin D boleh menguatkan sistem imun, ini boleh membantu merawat psoriasis kulit kepala keadaan secara dalaman.

Kajian pula menunjukkan pesakit psoriasis mempunyai paras tembaga serum yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kawalan. Penemuan ini menunjukkan bahawa tembaga mungkin memainkan peranan utama dalam patogenesis dan keterukan psoriasis.

3. Genetik

Punca sebenar psoriasis kulit kepala tidak diketahui, tetapi kajian menunjukkan bahawa sistem imun dan genetik memainkan peranan. Kajian juga mendapati psoriasis menunjukkan corak pewarisan pelbagai faktor, dengan kedua-dua faktor genetik dan persekitaran memainkan peranan.

4. Persekitaran

Kajian ke atas 957 pesakit psoriasis plak kronik menyokong bahawa pencemaran udara mungkin menjadi faktor yang menyebabkan psoriasis berlaku. Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama juga tidak baik untuk pesakit psoriasis. Kajian menerangkan pendedahan matahari boleh merosakkan kulit dan menyebabkan penyakit berkaitan dengan kulit.

5. Gaya hidup

Tabiat merokok boleh memburukkan lagi keadaan psoriasis kulit kepala. Ia juga akan menyukarkan doktor anda untuk merawat anda. Jika anda merokok, rawatan psoriasis, seperti biologi, mungkin tidak berfungsi dengan baik jika anda tidak merokok. Kajian menunjukkan nikotin dapat memburukkan gejala psoriasis. Rokok yang mengandungi nikotin, merupakan faktor risiko untuk perkembangan psoriasis. 

Satu lagi faktor yang boleh mencetuskan gejala yang lebih teruk ialah pengambilan alkohol yang berlebihan. Kajian mendapati pengambilan alkohol telah dikaitkan keadaan psoriasis. Pesakit psoriasis dan pengambilan alkohol yang berlebihan cenderung mengalami keradangan yang lebih teruk dan corak penyakit yang tersendiri.

6. Tekanan psikologi

Tekanan psikologi seperti bimbang boleh menyebabkan psoriasis kulit kepala menjadi lebih teruk. Pakar percaya langkah pertama dalam membantu pesakit berasa kurang tertekan tentang psoriasis mereka ialah dengan memberikan mereka rawatan yang berkesan.

Kajian menunjukkan tahap tekanan harian yang tinggi, serta emosi psikologi negatif, telah dikaitkan dengan peningkatan penglibatan kawasan, skor kawasan Psoriasis dan indeks keparahan psoriasis yang lebih tinggi dan simptom kegatalan yang tinggi.

7. Keadaan kesihatan lain

Antara faktor lain yang boleh mencetuskan gejala psoriasis kulit kepala adalah: 

  • jangkitan, terutamanya sakit tekak
  • kecederaan pada kulit, seperti melecur, luka, atau lebam

8. Kesan daripada ubat-ubatan tertentu

Pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan psoriasis seperti: 

  • Penyekat beta
  • Ubat antimalaria
  • Perencat ACE (angiotensin-converting enzyme)

Selain itu, kajian juga menunjukkan psoriasis boleh berlaku akibat pengambilan jenis dadah berikut:

  • Indomethacin, yang digunakan untuk merawat arthritis
  • Beberapa jenis ubat kemoterapi
  • Pengeluaran steroid oral dengan cepat
  • Litium
  • Interferon
  • Imiquimod
  • Terbinafine
  • Antibodi monoklonal

9. Vaksin tertentu

Pengambilan vaksin tertentu juga boleh menyebabkan psoriasis, antaranya vaksin:

  • Influenza
  • Tuberkulosis
  • Adenovirus
  • Tetanus-difteria

Kajian menunjukkan psoriasis dan flare psoriasis bermula baru dilaporkan sebagai kejadian buruk kulit selepas vaksinasi COVID-19.

Cara merawat psoriasis kulit kepala

cara merawat psoriasis kulit kepala

1. Syampu

Penggunaan syampu yang mengandungi bahan seperti tar arang batu, asid salissilik, aloe vera dan capsaicin dapat menyelesaikan masalah psoriasis kulit kepala. Bahan-bahan ini boleh membantu melembapkan dan menenangkan kulit, menghilangkan sisik, dan melegakan gatal-gatal.

Kajian mendapati produk yang mengandungi asid salisilik pada kekuatan 5 hingga 10% boleh membantu mengurangkan kerak dan membolehkan produk lain menembusi kulit dengan lebih berkesan. Tetapi salah satu kesan sampingannya adalah ia boleh melemahkan rambut dan menyebabkan ia mudah patah.

2. Aloe Vera

Aloe vera adalah tumbuhan yang terkenal sifat penyembuhan kulitnya. Kajian menunjukkan krim yang mengandungi 0.5% aloe vera boleh membantu untuk mengurangkan kegatalan, keradangan, pengelupasan, dan kemerahan pada kulit kepala.

3. Baking soda

Baking soda adalah cara yang cepat dan mudah untuk merawat kulit kepala yang gatal. Ambil segelas kecil air dan kacau dengan satu sudu besar baking soda. Gunakan pad kapas atau kain lap untuk menyapu bahan campuran ke kawasan kulit kepala yang terjejas. Kajian menunjukkan baking soda bersifat antikulat yang boleh membantu mengurangkan keradangan di tempat yang terjejas juga.

4. Bawang putih

Bawang putih mempunyai ciri antiradang yang kuat dan antioksidan untuk memperbaiki keadaan kulit dan mencegah jangkitan kulit. Kajian mendapati bawang putih ia dapat mengurangkan beberapa gejala psoriasis.

5. Kunyit

Kunyit bersifat antiradang dan antioksidan.  Kajian mencadangkan mereka yang mempunyai psoriasis kulit kepala boleh mengurangkan gejala dengan mengambil suplemen kunyit setiap hari, atau dengan memasukkan lebih banyak kunyit segar atau dalam bentuk serbuk ke dalam masakan mereka. Pengambilan 1.5 gram hingga 3 gram kunyit setiap hari dianggap selamat dan mungkin boleh membantu dengan masalah kulit ini.

6. Kurkumin

Kurkumin adalah bahan aktif dalam rempah kunyit. Ia boleh mengurangkan keradangan dalam badan dan mengurangkan aktiviti psoriasis. Kajian pada tahun 2018 menunjukkan terdapat bukti kukuh untuk menyokong kesan terapeutik kurkumin dalam merawat psoriasis.

Kajian pada 2021 ke atas tikus pula mendapati kurkumin telah mengurangkan psoriasis. Anda boleh dapati kurkumin dalam bentuk pil atau kapsul.

7. Minyak pokok teh

Minyak pokok teh dipercayai boleh merawat kulit yang sedang mengalami keradangan. Ia berfungsi sebagai antiseptik dan boleh mengurangkan keradangan dan kemerahan yang berkaitan dengan psoriasis kulit kepala. Mengikut kajian, konstituen minyak pokok teh utama iaitu terpinen-4-ol , didapati mempunyai sifat anti-radang yang kuat dan mungkin merupakan agen berpotensi baru terhadap psoriasis.

Antara kesan sampingan minyak pokok teh adalah sesentengah individu mungkin akan mendapat alahan dan perubahan hormon. Dapat nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba.

8. Cuka epal sider

Cuka epal sider juga bersifat antiradang. Ia boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan dan iritasi kulit yang terjejas. Kajian mendapati sifat antiseptiknya juga boleh membantu mencegah sebarang jangkitan daripada berkembang pada kulit kepala.

9. Mahonia aquifolium (anggur Oregon)

Mahonia aquifolium juga dikenali sebagai anggur barberry atau Oregon, adalah herba yang mempengaruhi tindak balas imun badan. Ia dipercayai boleh membantu merawat psoriasis kulit kepala dengan mengurangkan keradangan dan gejala lain. Beberapa kajian telah menunjukkan Mahonia aquifolium membawa kepada peningkatan statistik yang ketara bagi simptom psoriasis dan dermatitis atopik dengan kesan sampingan yang minimum.

10. Fototerapi

Kajian menunjukkan fototerapi adalah rawatan psoriasis yang berkesan melibatkan kekerapan mendedahkan kulit kepala kepada cahaya UV dengan menggunakan alat khas yang memancarkan sinaran UVB. Alat khas itu mungkin seperti laser atau sikat, dan doktor mungkin menggunakan pengering rambut untuk memisahkan rambut.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ini  di hospital atau pusat klinikal lain. Kesan sampingan daripada rawatan ini adalah berasa sakit yang biasanya akan reda selepas 7 hari. Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan ini.

11. Garam laut

Kajian mencadangkan bahawa mandi dalam larutan garam laut (dead sea salt) dapat meningkatkan fungsi penghalang kulit dan penghidratan serta mengurangkan keradangan pada orang yang mempunyai kulit kering. Penyelidik mengaitkan keputusan ini dengan kandungan magnesium yang tinggi dengan garam laut.

12. Minyak kelapa

Minyak kelapa tinggi dengan lemak sihat yang dapat meningkatkan kesihatan kulit. Minyak kelapa adalah salah satu ubat terbaik untuk psoriasis kulit kepala. Kajian menunjukkan minyak ini akan memberikan kelegaan kulit anda daripada gejala dan menjaga nutrien minyak dalam kulit anda yang akan menghalang tompok kering daripada merebak atau berulang. 

Selain minyak kelapa, terdapat banyak minyak alternatif yang boleh digunakan untuk psoriasis kulit kepala, termasuk minyak argan, minyak jojoba, minyak mustard, dan minyak vitamin E.

13. Capsaicin

Lada cili mendapat habanya daripada sebatian yang dipanggil capsaicin. Penyelidik di Jerman

telah menemui beberapa bukti bahawa produk dengan capsaicin boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan, kemerahan, keradangan, dan pengelupasan kulit yang disebabkan oleh psoriasis. Kajian mendapati peningkatan keseluruhan yang lebih ketara telah diperhatikan pada bahagian yang dirawat dengan capsaicin. Pengurangan ketara kulit bersisik dan eritema  juga didapati dengan penggunaan capsaicin. 

Kesakitan seperti rasa terbakar, kepedihan, kegatalan dan kemerahan pada kulit telah diperhatikan oleh hampir separuh daripada pesakit pada penggunaan awal ubat kajian tetapi berkurangan atau hilang apabila penggunaan berterusan. Keputusan ini menunjukkan bahawa penggunaan topikal capsaicin mungkin merupakan pendekatan baru yang berguna dalam rawatan psoriasis.

Perlu diingatkan bahawa produk yang mengandungi capsaicin boleh ‘menyengat’ kulit. Elakkan daripada menyapunya pada luka terbuka,  menyentuh mata, mulut dan kawasan sensitif yang lain selepas mengendalikan krim capsaicin.

14. Asid lemak omega-3

Asid lemak omega-3 dalam bentuk minyak ikan dan makanan tambahan berasaskan tumbuhan boleh mengurangkan keradangan. Kajian mendapati rawatan tambahan dengan asid lemak omega-3 dapat melengkapkan rawatan topikal dalam psoriasis.

Ia memberi sumbangan penting untuk mengurangkan keterukan gejala psoriasis, seperti skor Psoriasis Area and Severity Index (PASI) dan Nail Psoriasis Severity Index (NAPSI) dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Asid lemak omega-3 juga boleh membantu mengurangkan lesi kulit kepala, pruritus, eritema dan kulit bersisik.

15. Probiotik

Probiotik adalah bakteria berfaedah yang terdapat dalam yogurt dan makanan yang ditapai. Kajian mencadangkan bahawa probiotik boleh membantu dalam menguruskan gejala psoriasis.

Kajian lain mendapati prebiotik mungkin mempunyai kesan positif untuk mengurangkan gejala klinikal psoriasis, tetapi sampel percubaan terkawal rawak  yang besar masih diperlukan untuk menyokong kesan terapeutiknya dalam psoriasis.

Terdapat juga kajian yang mendapati kesan probiotik Bifidobacterium infantis 35624 pada penghidap psoriasis. Penyelidik menyimpulkan bahawa mengambil probiotik oral mengurangkan biomarker untuk keradangan.

Kesimpulan

Psoriasis kulit kepala adalah sejenis psoriasis plak yang menyebabkan tompok bersisik merah yang kelihatan seperti warna keperakan atau keunguan. Berikut adalah punca psoriasis kulit kepala:

  1. Penyakit auto imun
  2. Ketidakseimbangan nutrien
  3. Genetik 
  4. Persekitaran (pencemaran, pendedahan matahari)
  5. Gaya hidup (Merokok, minum alkohol)
  6. Tekanan psikologi
  7. Keadaan kesihatan lain (diabetes, hipertensi) 
  8. Kesan daripada ubat-ubatan tertentu 
  9. Vaksin tertentu (influenza, tuberkulosis, adenovirus, tetanus-difteria)

Berikut adalah cara merawat punca psoriasis kulit kepala

  1. Syampu 
  2. Aloe Vera
  3. Baking soda
  4. Bawang putih
  5. Kunyit
  6. Minyak pokok teh
  7. Cuka epal sider
  8. Mahonia aquifolium (anggur Oregon) 
  9. Fototerapi 
  10. Garam laut
  11. Minyak kelapa
  12. Capsaicin
  13. Asid lemak omega-3
  14. Probiotik

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan