12 Punca Kelemumur: Simptom dan Langkah Pencegahan

Terdapat banya punca kelemumur. Artikel ini bincang tentang punca kelemumur dan cara mencegah dari masalah kelemumur.

Jom kita mula!

Apa itu kelemumur: simptom dan punca kelemumur?

Punca kelemumur featured image

Kelemumur adalah kondisi kulit yang menjejaskan kulit kepala. Antara simptom kelemumur adalah kulit mengelupas dan kegatalan ringan. Masalah kelemumur boleh mengakibatkan tekanan kepada diri untuk berinteraksi dengan orang ramai kerana berasa kurang selesa dan malu dengan penggelupasan kulit kepala yang kadang-kadang kelihatan di bahagian bahu pakaian. 

Pada kebiasaannya, masalah kelemumur bermula ketika akil baligh dan dianggarkan berkurangan selepas berumur 50 tahun. Bagaimana kelemumur boleh berlaku?

Apabila lapisan kulit bertukar secara berterusan, sel-sel kulit lama akan ditolak ke luar di mana ia akan mati dan mengelupas. Bagi kebanyakan individu, kepingan kulit ini terlalu kecil untuk kelihatan untuk mata kasar. Walaubagaimanapun, keadaan tertentu menyebabkan pertukaran ganti sel menjadi lebih cepat daripada kebiasaannya terutamanya di kulit kepala. 

Boleh dikatakan sel-sel kulit individu yang mempunyai masalah kelemumur berkemungkinan menjadi matang dan gugur dalam masa dua hingga tujuh hari berbanding dengan, berbanding dengan individu yang tidak mempunyai masalah kelemumur iaitu kira-kira sebulan.

Hasilnya ialah sel-sel kulit mati didapati dalam gumpalan yang besar dan berminyak yang kelihatan seperti kepingan putih atau kelabu pada kulit kepala, kulit badan dan pakaian.

Berikut adalah punca kelemumur yang harus anda ketahui.

Punca kelemumur kepada bayi

Jika anda mempunyai kulit kering, bayi anda mungkin mewarisi keadaan kulit kering juga.

Mencuci kulit bayi anda secara berlebihan tidak menyebabkan kelemumur. Tetapi jika bayi anda mempunyai kulit kering, anda mungkin mahu mencuci kulit kepala mereka dengan secara tidak kerap. Cuaca sejuk dan kelembapan rendah juga boleh memburukkan lagi masalah kelemumur pada bayi. 

Alahan juga boleh menyebabkan bayi anda mempunyai kulit kepala kering, walaupun ini jarang berlaku. Jika kulit kepala kering disertai dengan ruam merah, gatal, alahan mungkin menjadi punca kelemumur.

Punca kelemumur kepada wanita dan lelaki

Kajian menunjukkan hormon androgen seperti testosteron dapat merangsang aktiviti dalam kelenjar sebum. Lebih banyak minyak dihasilkan bermakna peningkatan peluang tindak balas keradangan dan kelemumur. Dan kerana itulah lelaki lebih kerap terkena masalah kelemumur berbanding wanita.

Kajian pada tahun 2011 menerangkan terdapat dua kemungkinan mengapa lelaki lebih kerap mengalami masalah kelemumur berbanding wanita mengenai: 

  1. Populasi wanita secara relatifnya lebih konservatif dalam menggunakan pelbagai produk pada rambut dan kulit kepala. Ini memungkinkan tindak balas rawatan mungkin lebih baik dalam populasi wanita atau masalah kelemumur mungkin tidak lama dialami kaum wanita.
  2. Kerana liputan kulit kepala yang padat oleh rambut wanita, gambaran jelas tentang kelemumur mungkin tidak di ketahui atau kelihatan dan oleh itu kejadian kelemumur dalam populasi wanita nampaknya kurang dilaporkan.

Punca kelemumur

1. Kulit kepala kering

Kulit kepala yang kering meningkatkan kemungkinan punca kelemumur berlaku. Kajian menunjukkan kelemumur selalunya berlaku kepada individu yang mempunyai mempunyai kulit kepala kering. Kulit kering pada kulit kepala boleh disebabkan oleh cuaca sejuk yang melampau atau penggunaan syampu rambut yang tidak teratur.
Kajian juga menunjukkan individu yang berambut kerinting berkemungkinan mempunyai kulit kepala yang lebih kering daripada mereka yang mempunyai jenis rambut lain. Penggunaan syampu sulfat yang akan menghasilkan banyak buih boleh menyebabkan dan memburukkan lagi kelemumur yang berkaitan dengan kulit kering.

2. Kulit kepala berminyak

Punca kelemumur Kulit kepala berminyak

Mempunyai kulit kepala yang berminyak juga merupakan punca berlakunya kelemumur. Kajian menunjukkan kadangkala badan anda boleh mengeluarkan sebum berlebihan iaitu minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar sebum. Sebum dalam kuantiti normal boleh membantu melembapkan rambut dan kulit anda serta mengelakkannya daripada kering. Ia juga boleh membantu melambatkan tanda-tanda penuaan tertentu.

Walau bagaimanapun, pengeluaran sebum yang berlebihan yang berlaku akibat akil baligh, tekanan,kehamilan atau penggunaan syampu yang tidak teratur, boleh menyebabkan sebum berlebihan bercampur dengan kotoran dan sel kulit mati lalu membentuk kelemumur.

3. Kulat kelemumur

Kulat kelemumur berlaku adalah akibat jangkitan kulit kepala yang disebabkan oleh kulat Malassezia globosa.  Mengikut kajian, jangkitan kulat ini merebak dengan agak cepat apabila kulit kepala anda terlalu berminyak atau mempunyai ketidakseimbangan pH . Malassezia menghasilkan asid oleik yang meningkatkan penukaran sel kulit ganti dan ini menyebabkan kelemumur.

4. Penyakit kulit

Keadaan kelemumur boleh menjadi lebih teruk sehingga membabitkan keradangan kulit seperti seborrhoeic dermatitis (SD), ekzema dan psoriasis. SD adalah penyakit kulit radang biasa yang menunjukkan morfologi papulosquamous di kawasan yang kaya dengan kelenjar sebum, terutamanya kulit kepala, muka dan lipatan badan.

Kajian menunjukkan penyakit SD lebih kerap berlaku pada individu yang mempunyai kulit berminyak. Ia adalah bentuk kelemumur kulit berminyak yang teruk. Selain serpihan, keadaan kulit kepala yang biasa ini boleh menyebabkan tompok bersisik merah dan gatal-gatal.

Ekzema yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah radang kulit yang menyebabkan kulit kelihatan bertompok, menggelupas, gatal dan kadangkala kelihatan seperti ruam merah.

Psoriasis pula ialah keadaan autoimun di mana sel-sel kulit tumbuh terlalu cepat lalu menyebabkan tompok tebal dan bersisik terbentuk pada kulit. Kira-kira 50 peratus orang yang mempunyai psoriasis juga mengalami psoriasis kulit kepala.

Psoriasis pada kulit kepala kelihatan seperti kepingan serbuk halus dengan kekelabuan. Ia juga mungkin kelihatan sebagai tompok kulit yang timbul, meradang, bersisik yang dilitupi timbunan sel kulit mati berwarna putih kelabuan. 

Kajian menunjukkan psoriasis menyebabkan pengeluaran sel kulit baru yang cepat sebelum kulit mati yang lama mengelupas. Hasilnya ialah pembentukan tompok bersisik berwarna perak tebal pada kulit kepala, leher, lutut, dan belakang anda.

5. Kekurangan vitamin

Kelemumur dan tompok bersisik yang berada pada kulit kepala, kening, telinga, kelopak mata dan dada berkemungkinan disebabkan oleh kekurangan pengambilan zink, niasin, riboflavin, dan pyridoxine. Penambahan nutrien ini pada diet berpotensi membantu mengurangkan simptom kelemumur.

Kajian menunjukkan kelemumur dan seborrheic dermatitis mungkin berlaku disebabkan oleh banyak faktor termasuk diet yang kekurangan nutrien. Sebagai contoh, paras zink, niasin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2) dan piridoksin (vitamin B6) dalam darah yang rendah mungkin memainkan peranan.

Contoh makanan yang kaya dengan kandungan niasin, riboflavin dan pyridoxine adalah bijirin penuh, ayam, daging, ikan, telur, tenusu,  kekacang, sayur-sayuran hijau dan sayur-sayuran berkanji. 

Contoh makanan yang kaya dengaan zink adalah makanan laut, daging, kekacang, tenusu, kacang dan bijirin. 

6. Penggunaan produk pengayaan rambut

Punca kelemumur Penggunaan Produk Pengayaan Rambut

Menggunakan terlalu banyak produk penggayaan seperti perapi, gel, serum, pomade dan penyembur rambut boleh menyebabkan produk tersebut terkumpul di kulit kepala anda. Pengumpulan ini boleh bergabung dengan kotoran dan sel kulit mati untuk membentuk kelemumur. Ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Punca-punca lain yang boleh menyebabkan kelemumur

Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada punca kelemumur. Adalah agak sukar untuk menentukan punca sebenar kulit kepala anda gatal dan mengelupas. Mengikut kajian punca kelemumur berlaku adalah daripada:

  1. Pengeringan rambut berlebihan.
  2. Menyikat rambut secara berlebihan. Ini akan mewujudkan terlalu banyak geseran. dengan kulit sensitif pada kulit kepala.
  3. Produk penjagaan diri yang berbeza boleh menjadikan kulit kepala merah dan gatal
  4. Pendedahan terhadap cahaya matahari dengan kerap.
  5. Tekanan yang berlebihan pada kulit kepala dari pemakaian pakaian seperti topi.
  6. Pendedahan kepada habuk atau kotoran.

Cara mencegah dari masalah kelemumur

Jangan khuatir, anda masih boleh menghindari punca kelemumur dengan langkah pencegahan yang betul, seperti:

Mengurangkan tekanan

Tekanan merupakan salah satu punca kelemumur dan boleh menyebabkan sistem imun anda terjejas. Sistem imun yang terjejas boleh membuka peluang untuk kulat rambut tumbuh di kulit kepala anda.

Elakkan penggunaan syampu atau produk rambut secara berlebihan

Pengunaan syampu atau produk rambut yang banyak akan menjejaskan kesihatan rambut dan kulit kepala. Rambut dan kulit kepala mudah menjadi kering dan berisiko tinggi untuk mendapat kelemumur.

Jaga kebersihan kulit kepala

Kulit kepala yang bersih dapat mengurangkan kegatalan dan keinginan kita untuk menggaru kepala. Apabila anda menyentuh dan menggaru kepala, kebarangkalian untuk memasukkan kotoran dari persekitaran adalah tinggi dan menyebabkan punca kelemumur. 

Urut kulit kepala

Urutan kulit kepala boleh mencegah gejala kelemumur.

Pengunaan sikat rambut yang bersih

Pastikan sikat rambut anda bebas dari kotoran dan debu. Sikat rambut anda ketika dalam keadaan lembap.

Menghirup udara segar

Kajian menunjukkan pendedahan terhadap udara segar yang kerap ke luar boleh membantu mengurangkan pengumpulan minyak pada kulit kepala. Nampaknya, anda mempunyai alasan yang baik untuk menikmati udara segar!

Tanda-tanda anda memerlukan rawatan pakar

Pada kebiasaannya, masalah kelemumur boleh ditangani atau dirawat dirumah. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda ini anda haruslah mendapatkan rawatan pakar untuk rawatan selanjutnya. Ini adalah kerana kadangkala kelemumur boleh menunjukkan kondisi kesihatan yang lebih serius. 

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Terdapat tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, kelembutan, atau bengkak.
  • Keadaan kelemumur yang terlalu teruk dan rawatan di rumah tidak membantu.
  • Terdapat tanda-tanda ekzema, psoriasis, atau keadaan kulit yang lain.
  • Kulit kepala sangat gatal.
  • Komplikasi kadangkala boleh berpunca daripada rawatan. Jika syampu atau rawatan kulit kepala menyebabkan kerengsaan, anda boleh bertukar ke produk rawatan yang lain.

Kesimpulan

Kelemumur adalah kondisi kulit yang menjejaskan kulit kepala. Antara simptom kelemumur adalah kulit mengelupas dan kegatalan ringan.

Terdapat banyak punca seperti berikut:

  1. Kulit kepala kering
  2. Kulit kepala berminyak
  3. Kulat kelemumur
  4. Penyakit kulit
  5. Kekurangan vitamin
  6. Penggunaan produk pengayaan rambut
  7. Pengeringan rambut berlebihan.
  8. Menyikat rambut secara berlebihan. Ini akan mewujudkan terlalu banyak geseran. dengan kulit sensitif pada kulit kepala.
  9. Produk penjagaan diri yang berbeza boleh menjadikan kulit kepala merah dan gatal
  10. Pendedahan terhadap cahaya matahari dengan kerap.
  11. Tekanan yang berlebihan pada kulit kepala dari pemakaian pakaian seperti topi.
  12. Pendedahan kepada habuk atau kotoran.

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan