Kulit Kepala Gatal: Punca dan Cara Hilangkan Gatal Kulit Kepala

Anda selalu mengalami kulit kepala gatal? Artikel ini bincang tentang:

  • Punca kulit kepala gatal
  • Cara hilangkan kulit kepala gatal

Jom kita mula!

Apa itu kulit kepala gatal?

Kulit Kepala Gatal featured image

Kulit kepala gatal berlaku apabila terdapat iritasi pada kulit anda yang membuatkan anda ingin menggaru kepala. Dalam istilah perubatan, kegatalan bermaksud pruritus. Pruritus kulit kepala adalah gangguan yang boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit asas. Ia bukan hanya berlaku pada kulit kepala malah boleh merebak ke kawasan badan yang lain.

Pruritus kulit kepala boleh diklasifikasikan sebagai dermatologi, neuropatik, sistemik, dan psikogenik berdasarkan potensi penyakit asas. Penilaian menyeluruh terhadap pesakit yang mengalami pruritus kulit kepala adalah penting termasuk sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal untuk diagnosis.

Faktor kulit kepala gatal adalah pelbagai antaranya adalah kelemumur, kulit kepala kering, kulit kepala berminyak, terdapat keradangan pada kulit kepala seperti kemerahan, bengkak atau terasa hangat, kulit kepala kelihatan timbul, kutu kepala, ekzema dan tinea capitis.

Sesetengah rawatan kulit kepala gatal memerlukan jangka masa yang panjang seperti kelemumur, dermatitis seborrheic  atau psoriasis. Menjaga kebersihan kulit kepala dan penggunaan syampu untuk kulit kepala gatal dapat mengurangkan dan menghilangkan simptom kegatalan. 

Mari ketahui tujuh kebiasaan punca kulit kepala gatal dan cara hilangkan kegatalan pada kulit kepala!

7 Punca Kulit Kepala Gatal

1. Kelemumur dan Dermatitis Seborrheic

Kelemumur dan dermatitis seborrheic adalah punca kebiasaan berlakunya kegatalan pada kulit kepala. Kelemumur adalah keadaan kulit yang menjejaskan terutamanya kulit kepala. Antara gejala kelemumur adalah penggelupasan kulit kepala dan dan kegatalan ringan. Simptom ini boleh menjadi lebih teruk dan mengakibatkan keradangan pada kulit kepala yang dikenali sebagai dermatitis seborrhoeic.

Kajian menunjukkan dermatitis seborrheic lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai kulit kepala berminyak yang teruk. Kulit kepala akan kelihatan seperti tompokan bersisik merah dan menyebabkan kulit kepala gatal.

Salah satu cara paling berkesan untuk merawat kelemumur yang disebabkan oleh dermatitis seborrheic adalah dengan syampu yang mengandungi zink pyrithione.

Kajian yang sama menunjukkan antara faktor yang menyebabkan kelemumur adalah

rembesan daripada kelenjar sebum, tidak membersih rambut seperti yang sepatutnya

penjajahan kulat pada permukaan kulit anda, pertumbuhan sel kulit kepala yang berlebihan dan pendedahan kepada habuk atau kotoran.

Antara tips untuk mengelakkan kulit kepala anda daripada mendapat kelemumur adalah:

  • Menjaga kebersihan kulit kepala
  • Menggunakan shampoo yang bersesuaian dengan kulit kepala
  • Mengurut kepala
  • Mengurangkan tekanan geseran kepada kulit kepala

2. Kurap kulit kepala

Kurap kulit kepala yang juga dikenali sebagai tinea capitis adalah ruam yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Keadaan ini biasanya akan menyebabkankebotakan pada kulit kepala, bersisik dan mempunyai tompokan kulit kepala gatal. Dalam bahasa Inggeris, kurap kulit kepala di namakan scalp ringworm kerana bentuk kulat yang bulat, tetapi anda tidak perlu bumbang kerana tiada cacing yang terlibat dalam masalah kulit ini.

Kajian menunjukkan kurap kulit kepala berlaku akibat jangkitan kulat yang berbentuk cincin yang menyebabkan ruam merah yang sangat gatal pada kulit kepala. Kurap kulit kepala dan jangkitan kulat lain boleh melemahkan folikel rambut seseorang dan menyebabkan keguguran rambut.

Krim antikulat preskripsi boleh merawat kurap kulit kepala dan rambut dijangka tumbuh semula selepas rawatan.

Kajian juga menunjukkan individu yang menghidap tinea capitis pada kebiasaanya perlu mengambil preskripsi ubat antikulat oral selama satu hingga 3 bulan.

Anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan mencegah jangkitan semula kulat kulit kepala dengan memastikan kulit kepala dikeringkan dengan baik dan tidak dibiarkan lembap, memastikan kebersihan cadar, sarung bantal dan alat penggayaan rambut

3. Gegata

Gegata yang juga dikenali sebagai hives merupakan penyumbang biasa kepada kegatalan kulit kepala. Gegata adalah benjolan merah yang sangat gatal dan boleh timbul pada mana-mana bahagian kulit termasuk kulit kepala. Pada kebiasaannya, gagata datang dan pergi dalam masa beberapa jam dan kadangkala ia bolehkembali. Jika simptom lebih daripada 6 minggu ia dikategorikan sebagai gegata kronik. 

Gegata selalunya akan hilang dengan sendirinya jika tidak, rawatan pakar dermatologi boleh membantu. 

Kajian menunjukkan gegata biasanya disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap sesuatu samada dari persekitaran atau pemakanan. Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan anda mula mengeluarkan histamin ke dalam darah anda. Histamin ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh badan anda dalam usaha untuk mempertahankan diri daripada jangkitan dan penceroboh luar yang lain.

Kajian juga menunjukkan pada sesetengah individu, histamin boleh menyebabkan bengkak, kegatalan dan banyak gejala lain disebabkan oleh gegata. Dari segi alergen, gegata boleh disebabkan oleh faktor seperti debunga, ubat-ubatan, makanan, bulu haiwan dan gigitan serangga.

Reaksi alahan terhadap produk rambut atau sesuatu yang lain dalam persekitaran anda boleh menyebabkan benjolan (gegata) pada kulit kepala anda. Keadaan ini dipanggil dermatitis kontak alahan.

Gegata mungkin menyebabkan kulit kepala gatal, penggelupasan, atau terasa kering dan bersisik. Untuk menghilangkan rasa kegatalan anda boleh mencuci kulit kepala dengan air sejuk

Selepas mencuci kulit kepala anda dengan air sejuk, tindak balas alahan anda mungkin akan reda. Jika kegatalan tidak hilan, anda mungkin perlu berbincang dengan doktor.

4. Kutu Rambut

Kulit Kepala Gatal kutu rambut

Kehadiran kutu rambut boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kulit kepala dan kulit kepala gatal. Kulit kepala gatal adalah simptom kutu rambut yang paling biasa. Jika anda rasa terdapat kutu rambut di kepala anda yang menyebabkan kegatalan, minta bantuan orang lain untuk memeriksa kulit kepala dan rambut anda dengan teliti.

Gigitan kutu rambut akan menyebabkan tindak balas alahan yang menyebabkan kulit kepala gatal. Anda mungkin tidak berasa gatal serta-merta jika ia adalah serangan ringan. 

Untuk menghilangkan kegatalan, anda perlu menghilangkan kutu rambut. Antaranya adalah dengan menggunakan shampoo kutu rambut dan sikat bergigi rapat untuk membuang telur kutu rambut dan kutu rambut.

Kajian menunjukkan kutu rambut boleh mengambil masa empat hingga enam minggu untuk kegatalan yang ketara bermula apabila kali pertama individu diserang kutu rambut.

Nits menetas menjadi nimfa. Nits adalah telur kutu yang diletakkan oleh kutu kepala betina dewasa di pangkal batang rambut yang paling hampir dengan kulit kepala, manakala nimfa adalah anak kutu kepala. Ia mengambil masa lapan hingga sembilan hari untuk telur kutu menetas. Pada ketika itu, gejala kegatalan dan anda mungkin dapat merasakan pergerakkan kutu di kulit kepala. 

5. Lichen planopilaris

Lichen planopilaris (LPP) adalah keadaan yang menyebabkan keradangan pada kulit kepala dan folikel rambut anda. Ia biasanya akan menyebabkan parut dan tompok rambut gugur kekal pada kepala anda.

Kajian menunjukkan lichen planopilaris adalah keadaan yang menyebabkan kulit kepala meradang. Pakar percaya lichen planopilaris terjadi daripada sistem imun yang lemah.

Penyakit ini boleh menyebabkan kegatalan, kulit bersisik dan keguguran rambut. 

Terdapat beberapa ubat dan rawatan yang berbeza untuk membantu anda menguruskan gejala lichen planopilaris (LPP). Pelan rawatan anda mungkin termasuk:

  • Antibiotik untuk melawan jangkitan kuman dan mengurangkan keradangan.
  • Krim atau pil retinoid untuk membantu mengawal pertumbuhan sel kulit dan merawat keadaan kulit tertentu.
  • Kortikosteroid untuk mengawal keradangan.
  • Ubat anti-malaria untuk merawat radang kulit tertentu.

6. Psoriasis

Kulit Kepala Gatal psoriasis

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan ruam kegatalan dan tompok bersisik pada bahagian lutut, siku, dada, perut dan kulit kepala. Psoriasis adalah penyakit jangka panjang yang kronik tanpa penawar. Penyakit ini boleh mengganggu tidur akibat kesakitan dan menjadikan anda sukar untuk menumpukan perhatian untuk menjalankan aktiviti harian. 

Kajian menunjukkan psoriasis adalah keadaan autoimun yang menyebabkan tompok merah kering, kulit bersisik dan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Keguguran rambut boleh berlaku jika pesakit menggaru kudis psoriasis pada kulit kepala mereka dan kudis itu gugur.

Terdapat pelbagai cara merawat psoriasis antaranya:

  • Terapi topikal
  • Terapi cahaya
  • Ubat oral atau suntikan
  • Perubatan alternatif seperti krim ekstrak aloe dan suplemen minyak ikan

7. Folikulitis

Folikulitis berlaku apabila terdapat keradangan pada folikel rambut meradang. Pada permulaannya, ia mungkin kelihatan seperti jerawat kecil di kawasan folikel rambut. Folikulitis boleh membuatkan kulit kepala anda terasa sakit, kegatalan dan kemerah-merahan.

Kajian menunjukkan faktor biasa terjadinya folikulitis termasuk jangkitan kulat dan bakteria.

Folikulitis boleh dirawat dengan antibiotik atau ubat antikulat untuk mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.

Cara Hilangkan Gatal Kulit Kepala Melalui Bahan Semula jadi

Kulit kepala gatal juga boleh dirawat menggunakan bahan semula jadi. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba petua-petua berikut untuk mengelakkan gejala pada kulit kepala menjadi lebih teruk. Adalah lebih baik untuk anda tidak menggunakan bahan semula jadi yang anda tahu akan membuatkan anda mudah mendapat alahan.

1. Gunakan minyak kelapa

Secara umumnya, minyak kelapa mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan termasuk kulit kepala. Minyak kelapa adalah pelembap yang baik dan dianggap dapat menenangkan kulit kepala yang gatal.

Kajian menunjukkan minyak kelapa mempunyai sifat antibakteria dan emolien. Emolien adalah salah satu bahan pelembap yang berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit dan menenangkan kulit yang terkena iritasi.

Kajian juga menunjukkan minyak kelapa adalah ubat yang berkesan untuk merawat serangan kutu.

2. Gunakan cuka epal

Cuka epal adalah bahan semula jadi yang telah digunakan sejak dahulu dalam masakan dan 

perubatan semula jadi. Ia mempunyai beberapa manfaat kepada kesihatan.

Kajian menunjukkan cuka sider epal mempunyai sifat antibakteria, antiradang dan antikulat. Ia boleh membantu untuk mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh kulit kering. Cairkan cuka epal ke dalam air suam dan gunakannya sebagai bilasan selepas anda mencuci rambut dengan syampu untuk mengurangkan kelemumur dan kulit kepala gatal.

Kajian juga menunjukkan cuka epal boleh membantu mengurangkan pembentukan kulit kepala (berlebihan) dan kelemumur yang boleh menyebabkan kulit kepala gatal.

3. Gunakan minyak pokok teh

Minyak pokok teh bersifat antimikrob, antikulat, antiseptik dan antiradang. Minyak pokok teh boleh menyebabkan iritasi pada kulit, jadi anda perlu mencairkannya sebelum menggunakannya. 

Anda boleh menambahkan beberapa titis minyak pokok teh ke dalam syampu atau campurkan dengan minyak zaitun sebagai minyak urutan untuk kulit kepala anda. Minyak pokok teh boleh membantu untuk mengurangkan atau menghilangkan kegatalan yang berkaitan dengan kelemumur, dermatitis seborrheic dan kutu kepala. 

Kajian menunjukkan minyak pokok teh boleh membunuh kutu rambut dan boleh melegakan kulit kepala yang gatal. Kajian juga menunjukkan minyak pokok teh boleh melembapkan dan menyuburkan kulit kepala serta menghilangkan kekeringan kulit. Ia mengandungi terpenes yang mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang boleh membantu merawat jangkitan kulit kepala.

4. Gunakan aloe vera

Gel aloe vera adalah pelembap semulajadi yang dapat melegakan kulit kepala yang gatal.

Kajian menunjukkan aloe vera bersifat antimikrob dan dapat membantu merawat kelemumur dan kulit kepala yang gatal. 

Anda boleh menggunakan gel yang dibeli di kedai jika anda tidak mempunyai akses kepada tumbuhan aloe vera dan sapukan di kulit kepala biarkan selama beberapa minit (15 ke 20 minit) dan bilas dengan air suam.

5. Gunakan minyak pudina

cara hilangkan Kulit Kepala Gatal minyak pudina

Minyak pudina berpotensi untuk mengurangkan kelemumur dan menenangkan kulit kepala daripada kegatalan. Anda boleh menggunakan teh pudina sebagai bilasan selepas mencuci rambut dengan syampu.

Kajian menunjukkan minyak pudina mempunyai sifat antibakteria yang kuat dan telah digunakan secara tradisional untuk memberi kesan penyejukan untuk menenangkan kulit kepala yang gatal.

6. Gunakan jus lemon

Jus lemon adalah antimikrob semulajadi kerana sifar keasidan dan fitokimianya.

Kajian menunjukkan fitokimia mempunyai kesan antiradang pada kulit kepala. 

Anda boleh cuba dengan mencairkan dua hingga tiga sudu besar jus lemon dalam setengah cawan air. Sapukan campuran ini ke seluruh kulit kepala anda dengan kapas, biarkan selama 5 hingga 10 minit dan bilas dengan air.

Anda harus berhati-hati kerana jus lemon boleh mencerahkan atau melunturkan rambut.

7. Gunakan minyak zaitun

Minyak zaitun mempunyai kualiti antibakteria dan antikulat yang dapat menenangkan pada kulit kepala anda. Selain itu, ia juga dapat merawat kekeringan, kelemumur, folikel tersumbat dan mengurangkan iritasi.

Kajian menunjukkan minyak zaitun mengandungi oleocanthal yang bersifat antiradang Sebatian ini boleh menyembuhkan keradangan kulit kepala.

8. Gunakan minyak neem

India. Minyak ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional dan telah menunjukkan kesan antiradang dan antibakteria.

Kajian menunjukkan minyak neem boleh berfungsi dengan membersihkan jangkitan yang menyebabkan kegatalan.

Anda boleh menambahkan beberapa titis minyak neem ke atas 2 sudu besar minyak kelapa. Sapukan campuran pada kulit kepala dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas rambut dengan syampu. 

Kesimpulan

Kulit kepala gatal berlaku apabila terdapat iritasi pada kulit anda yang membuatkan anda ingin menggaru kepala. Berikut adalah berberapa punca kulit kepala gatal:

  1. Kelemumur dan Dermatitis Seborrheic
  2. Kurap kulit kepala
  3. Gunakan minyak pokok teh
  4. Gunakan aloe vera
  5. Gunakan minyak pudina
  6. Psoriasis
  7. Folikulitis

Berikut adalah beberapa cara hilangkan gatal kulit kepala:

  1. Gunakan minyak kelapa
  2. Gunakan cuka epal
  3. Gunakan minyak pokok teh
  4. Gunakan aloe vera
  5. Gunakan minyak pudina
  6. Gunakan jus lemon
  7. Gunakan minyak zaitun
  8. Gunakan minyak neem

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan