26 Kebaikan Minyak Kelapa Untuk Rambut

Artikel ini bincang tentang kebaikan minyak kelapa untuk rambut. Jom kita mula!

Apakah perbezaan minyak kelapa dara dan minyak kelapa?

Minyak Kelapa Untuk Rambut featured image

Perbezaan antara minyak kelapa dara dan minyak kelapa adalah cara ia diproses. Minyak kelapa dara diekstrak daripada kelapa segar menggunakan kaedah cold-pressed, yang bermaksud ia tidak dipanaskan melebihi 49°C. Ini mengekalkan nutrien dan rasa semulajadi minyak.

Minyak kelapa pula boleh diekstrak menggunakan pelbagai kaedah termasuk menekan haba yang mempunyai potensi merosakkan khasiat minyak tersebut.

Kedua-dua minyak kelapa dara dan minyak kelapa telah terbukti mempunyai beberapa manfaat untuk kesihatan rambut. Minyak kelapa dara secara amnya dianggap lebih baik untuk rambut daripada minyak kelapa kerana ia mempunyai kepekatan asid lemak rantai sederhana yang lebih tinggi. Asid lemak ini boleh menembusi batang rambut dengan lebih mudah dan memberikan lebih kelembapan dan perlindungan.

Jika anda mencari cara semula jadi untuk meningkatkan kesihatan rambut anda, minyak kelapa dara adalah pilihan yang baik. Ia selamat digunakan pada semua jenis rambut dan boleh disapu pada rambut sama ada sebelum atau selepas mencuci.

Di dalam artikel ini, kebanyakkan kajian menerangkan kebaikan minyak kelapa untuk rambut. Anda boleh mendapati kebaikan yang sama (mungkin lebih baik) dengan minyak kelapa dara.

Kebaikan minyak kelapa untuk rambut

1. Tiada bahan kimia 

Minyak kelapa dara tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kegunaan semua baik bayi, dewasa atau warga emas. Tanpa bahan kimia tambahan, ia selamat untuk digunakan di badan dan rambut anda. 

Produk rambut yang mempunyai bahan kimia tambahan boleh menyebabkan iritasi kepada rambut dan kulit anda. Minyak kelapa dara sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai kulit sensitif dan cenderung mengalami alahan kepada penggunaan bahan kimia. Ini menyebabkan ramai menyukai kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut mereka!

2. Keupayaan melindungi rambut

Minyak kelapa dara berupaya untuk melindungi rambut anda daripada kerosakan. Menggunakan sedikit minyak kelapa pada rambut basah sebelum mengeringkan atau menggunakan penggayaan haba boleh melindungi rambut daripada kerosakan air dan haba.

Keletihan hygral berlaku apabila rambut membengkak akibat terlalu banyak air. Terlalu banyak bengkak boleh merosakkan rambut atau menjadikan rambut patah. Ini boleh menjadikan rambut lebih kering dan lemah. Kajian menunjukkan pembengkakan rambut dihadkan oleh kehadiran minyak. Oleh kerana proses pembengkakan dan pembengkakan rambut adalah salah satu punca kerosakan rambut oleh keletihan hygral, minyak kelapa merupakan penembus yang lebih baik daripada minyak mineral dan mungkin memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kerosakan oleh keletihan hygral.

3. Menyerap hingga ke batang rambut

Apabila rambut anda menjadi sangat kering dan rapuh, hujung rambut anda akan mula pecah dan bercabang. Menggunakan minyak kelapa dara untuk rambut boleh membantu menyembuhkan hujung bercabang itu dan juga membantu mengelakkannya daripada berlaku.

Kajian menunjukkan minyak kelapa boleh menyerap ke dalam helai rambut lebih baik daripada minyak mineral dan jenis minyak lain. Ini mungkin boleh membantu mengelakkan rambut patah dan bercabang.

4. Mencegah kehilangan protein rambut

Antara kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut adalah:

  • membantu memanjangkan rambut
  • melembapkan rambut 
  • mengurangkan kerosakan melindungi rambut anda daripada kehilangan protein dan kerosakan apabila basah
  • melindungi rambut anda daripada kerosakan alam sekitar seperti terdedah kepada matahari dan pencemaran udara

Kajian mendapati produk minyak kelapa berkemungkinan berguna dalam mencegah kerosakan rambut akibat kehilangan protein semasa proses dandanan dan pendedahan kepada ultraviolet (UV); bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kesan ini.

5. Menjadikan rambut lebih lembut dan licin

Minyak Kelapa Untuk Rambut lembut licin

Kandungan asid laurik iaitu sumber lemak utama di dalam minyak kelapa boleh memberikan kilauan pada rambut dan memberikan sentuhan yang licin dan lembut. Selain itu, minyak kelapa juga mempunyai vitamin dan asid lemak lain untuk membantu rambut kelihatan dan berasa sihat serta menyingkirkan sebarang pembentukan sebum.

Kajian mendapati minyak kelapa boleh membantu dengan masalah keguguran rambut. Ia boleh menegangkan akar rambut dan mengekalkan kelembapan yang akan membuatkan rambut anda kelihatan berkilat dan tebal.

6. Memanjangkan rambut anda

Kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut adalah cara semula jadi untuk membantu rambut anda tumbuh lebih panjang, lebih tebal dan lebih cepat. Vitamin dan asid lemak yang terdapat dalam minyak kelapa menyuburkan kulit kepala dan membantu menghilangkan pengumpulan sebum dari folikel rambut.

Mengikut kajian, peredaran darah yang lebih baik melalui urutan minyak kelapa memastikan akar rambut yang lebih kuat dan rambut yang sihat. Asid laurik minyak mempunyai sifat antibakteria yang boleh menguatkan akar rambut.

7. Mencegah keguguran rambut

Gaya dandanan yang berlebihan boleh merosakkan batang rambut dan menyebabkan keguguran rambut. Minyak kelapa dengan gabungan bahan lain boleh membantu mengekalkan rambut anda dalam keadaan baik dan mencegah keguguran rambut.

Kajian menunjukkan gabungan minyak kelapa dengan bahan aktif kunyit sebagai antikulat mempunyai keberkesanan yang lebih kurang sama dengan syampu ketaconazole 2% terhadap aduan kegatalan, keguguran rambut dan sisik yang disebabkan oleh kulat Pitysporum ovale sebagai penyebab kelemumur.

8. Merawat kelemumur

Minyak Kelapa Untuk Rambut kelemumur

Satu lagi kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut adalah sifat antimikrobnya.  Sifat antimikrob minyak kelapa boleh membantu membunuh kulat yang menyebabkan kelemumur. Kajian mendapati minyak kelapa boleh membantu merawat kelemumur dengan meningkatkan bakteria baik kulit anda, mengurangkan keradangan dan juga melawan dermatitis.

Kajian yang lain juga menunjukkan minyak kelapa mempunyai sifat antimikrob dan berguna untuk merawat kelemumur

9. Perlindungan dari cahaya matahari

Kajian menerangkan penapis UV boleh membantu melindungi rambut anda daripada kerosakan matahari. Beberapa kajian in vitro dan kulit mendapati minyak kelapa mempunyai faktor perlindungan matahari yang boleh melindungi rambut anda daripada kerosakan. 

Kajian lain juga mendapati minyak kelapa boleh memberikan sedikit perlindungan untuk rambut daripada kesan berbahaya matahari. Ia mempunyai nilai SPF semulajadi sekitar 8, yang bermaksud ia boleh menyekat kira-kira 75% sinaran UVB. Sinaran UVB bertanggungjawab menyebabkan selaran matahari dan boleh merosakkan batang rambut, menyebabkan kekeringan dan kerosakan.

10. Perlindungan daripada kutu rambut

Satu lagi kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut adalah ia dapat melindungi rambut daripada serangan kutu. Kajian menunjukkan apabila minyak kelapa digabungkan dengan bunga lawang dalam semburan, minyak kelapa menjadi 40% lebih berkesan untuk merawat kutu daripada permethrin kimia.

Seperti yang kita tahu,  minyak mempunyai tesktur yang berminyak dan likat. Minyak boleh membentuk lapisan tebal pada kulit kepala.Ini akan menyebabkan kutu sukar untuk dilepaskan dan bercantum pada kulit kepala dan folikel rambut. Mengikut kajian, apabila kutu tidak bergerak atau tersekat, adalah mudah untuk membersihkannya dengan sikat kutu bergigi halus atau rapat.  

11. Digunakan sebagai perapi

Kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut juga dapat melembapkan rambut anda. Memandangkan ia mudah diserap, ia berfungsi lebih baik daripada minyak lain untuk membaiki rambut kering. Maka tidak hairanlah, terdapat banyak perapi rambut di pasaran yang berasaskan minyak kelapa.

Kajian menunjukkan asid laurik minyak kelapa mempunyai berat molekul yang rendah dan mudah menembusi batang rambut, tidak seperti minyak mineral. Ia menghasilkan filem nipis di atas batang rambut, mengekalkan kelembapan, dan memastikan helai rambut dilindungi daripada haba dan kerosakan. Ini mengurangkan kerosakan rambut, menghalang hujung bercabang, dan menguatkan kutikula rambut.

12. Digunakan sebagai mask rambut

Di internet terdapat banyak petua mask rambut yang menggunakan minyak kelapa sebagai salah satu bahan yang berkesan melindungi rambut daripada kerosakan. Mask rambut yang diperbuat daripanda minyak kelapa mungkin mempunyai faedah berikut:

  • memperbaiki keadaan rambut
  • menghidratkan rambut kering
  • mengurangkan rambut kelihatan mengerbang dan meningkatkan kilauan

Salah satu petua yang anda boleh cuba adalah gabungan minyak kelapa dan madu untuk rambut rosak. Campurkan 2 sudu besar minyak kelapa dengan 1 sudu besar madu dan cairkan campuran di dalam kuali sehingga sebati. Sapukan campuran pada rambut yang lembap dan biarkan selama kira-kira 20 minit. Langkah terakhir, bilas dan syampu rambut anda. 

13. Rawatan kulit kepala

Mengikut kajian, minyak kelapa dara mempunyai sifat anti-radang dan boleh memberi perlindungan kepada kulit. Selain itu, minyak kelapa dara tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit dan boleh menenangkan dan melindungi kulit dengan meningkatkan fungsi penghalang kulit. Ini bermakna seseorang yang mempunyai masalah kulit kepala seperti kelemumur, psoriasis atau ekzema boleh mendapat manfaat daripada mask rambut minyak kelapa.

Kajian lain pula mendapati rawatan satu minggu dengan minyak kelapa telah memperkaya bakteria kulit kepala yang sihat dan mengurangkan spesies kulat yang menyebabkan kelemumur pada wanita di India.

14. Penyah kusut selepas cucian

Kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut juga boleh dipraktikkan sebelum dan selepas mencuci rambut. Sapukan minyak pada rambut anda sebelum anda mencucinya boleh mengurangkan jumlah air yang diserap oleh batang rambut. Ini menjadikannya kurang terdedah kepada kerosakan semasa ia basah.

Kajian menerangkan minyak kelapa dapat memberikan peningkatan gelinciran di antara helai rambut yang memudahkan anda untuk meleraikan rambut. Ia juga dapat melicinkan dan meratakan permukaan kutikula yang dapat meningkatkan kesihatan rambut dan penampilan rambut. 

15. Melindungi rambut sebelum mencuci rambut

Kajian menunjukkan apabila anda menggunakan minyak kelapa sebelum mencuci rambut, minyak kelapa boleh menghalang rambut anda daripada menyerap terlalu banyak air, yang membantu mengelakkan kerosakan dan kekeringan.

Bertindak sebagai perapi sebelum membasuh rambut, minyak kelapa boleh mengurangkan rambut rosak yang disebabkan oleh pendedahan air. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh memberus dan mengeringkan rambut basah. 

16. Membuat rambut kelihatan bersinar

Minyak Kelapa Untuk Rambut rambut bersinar

Kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut yang disukai ramai adalah ia dapat  mengembalikan kekuatan dan bersinar. Sapuan minyak kelapa yang kerap boleh memulihkan kekuatan dan bersinar pada rambut yang kering dan rosak. 

Apabila disapu pada rambut, minyak kelapa menembusi boleh menjadikan rambut kelihatan lebih berkilat dan berkilau.

17. Melindungi rambut daripada klorin dan air masin

Menggunakan minyak kelapa pada rambut anda sebelum berenang di kolam atau pantai ialah cara semula jadi dan mesra alam untuk melindungi rambut anda daripada klorin dan air masin. Sapukan rambut dengan minyak dan sikat untuk diedarkan  secara sama rata.

Contohnya, jika anda mahu berenang di kolam berklorin, anda boleh menggunakan minyak kelapa untuk mengurangkan kuantiti klorin yang masuk ke dalam rambut anda. 

18. Mengelakkan rambut daripada kelihatan mengerbang

Rambut akan kelihatan mengerbang apabila air masuk ke dalam batang rambut. Minyak kelapa boleh menghalang rambut daripada menyerap air, terutamanya dalam iklim lembap yang boleh membantu mencegah rambut kelihatan mengerbang. 

Rambut yang rosak cenderung kelihatanmengerbang walaupun dalam cuaca kering. Cuba sapukan setitik atau dua sebelum keluar dalam cuaca lembap atau basah.

19. Menyegarkan rambut 

Minyak kelapa berfungsi dengan baik sebagai penyegar rambut kerana ia menghalang air keluar dan boleh mengelakkan rambut daripada keriting. Hanya titiskan beberapa titis pada rambut sebelum meragut atau memulasnya.

20. Mencegah jangkitan kulit kepala

Sifat antimikrob yang terdapat dalam minyak kelapa boleh membantu untuk memastikan kawasan kulit kepala bersih dan bebas daripada jangkitan. Ia juga boleh membantu mencegah jangkitan kulit kepala dengan memastikan kulit kepala bersih dan bebas daripada bakteria dan kulat. Selain itu, Ia juga boleh membantu meredakan kegatalan dan iritasi yang berkaitan dengan keadaan ini.

Kajian menunjukkan metabolit minyak kelapa bukan sahaja mempunyai aktiviti antimikrob tetapi juga telah mendapati ia tidak akan menyebabkan organisma rintangan muncul. Tindakan mekanistik anti-mikrob juga membantu mengaktifkan sifat anti-radang tindak balas imun dalam tubuh manusia.

21. Mengurangkan keradangan

Sifat anti radang yang terdapat dalam minyak kelapa boleh membantu mengurangkan keradangan kulit kepala yang boleh membawa kepada pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Kajian mendapati minyak kelapa dara telah terbukti mempunyai ciri anti radang dan boleh melindungi kulit dengan meningkatkan fungsi penghalang kulit. Ini menjadikannya bermanfaat untuk merawat gangguan kulit seperti dermatitis atopik dan ekzema. Secara keseluruhan, minyak kelapa dara boleh membantu untuk mengurangkan keradangan dan menggalakkan kesihatan kulit kepala.

22. Menyokong pertumbuhan folikel rambut baharu

Khasiat yang terdapat dalam minyak rambut kelapa boleh membantu untuk menyokong pertumbuhan folikel rambut baru. Ini membawa kepada rambut tebal yang kelihatan lebat dan keguguran rambut akan berkurangan. Selain itu, ia juga boleh membantu mencegah uban pramatang.

Kajian menunjukkan mengurut minyak kelapa ke kulit kepala anda boleh meningkatkan peredaran darah. Urutan juga dapat memastikan nutrien dalam darah anda sampai dan menyuburkan folikel anda serta memastikan rambut anda sihat dan lebat.

23. Membantu dalam penggayaan rambut

Hanya setitik minyak kelapa boleh membantu dalam mengurangkan rambut keriting. Untuk penyerapan dan penggayaan yang lebih mudah, pastikan anda menggunakan minyak pada rambut yang lembap.

Kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut yang pelbagai menyebabkan ia menjadi pilihan orang ramai.

24. Penghalang antara rambut dan kulit kepala

Penghalang yang dicipta oleh minyak kelapa antara rambut dan kulit kepala dapat menghalang bakteria dan iritasi kulit kepala daripada terjadi yang boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan rambut. 

Kajian mendapati minyak kelapa telah didapati mempunyai kesan positif pada penghalang kulit. Minyak kelapa boleh bertindak sebagai penghalang oklusif yang membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit dan mengurangkan kehilangan air transepidermal . Ini boleh memberi manfaat kepada individu yang mempunyai kulit kering atau rosak kerana ia dapat membantu meningkatkan penghidratan dan mengelakkan kehilangan lembapan selanjutnya. Secara keseluruhan, sapuan minyak kelapa pada kulit boleh membantu meningkatkan fungsi penghalang kulit.

25. Berkemungkinan bersifat anti-penuaan

Minyak kelapa dara berkemungkinan bersifat anti-penuaan. Campuran lemon dan minyak kelapa boleh membantu dalam melambatkan uban kerana sifat anti-penuaan mereka. Kajian mendapati lemon tinggi dengan antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dan mengurangkan tekanan oksidatif. 

Rambut beruban adalah proses biologi yang dikawal oleh genetik, pembentukan atau kejadian uban hanya boleh ditangguhkan sahaja, proses ini tetap akan berlaku. Ramuan ini hanyalah salah satu ubat semula jadi yang boleh membantu anda, terutamanya jika anda mengalami uban pramatang.

26. Menguatkan kutikula rambut

Minyak kelapa dapat menguatkan kutikula rambut yang akan membantu melindungi rambut daripada toksin persekitaran dan memastikan rambut lebih sihat. Keadaan kutikula dengan kelembapan yang baik dapat melindungi rambut daripada kerosakan alam sekitar dan haba. 

Kajian menunjukkan kandungan emolien di dalam minyak kelapa akan membentuk salutan di atas batang rambut dan ini akan melindungi kutikula dan memerangkap kelembapan di dalamnya. 

Kesimpulan

Berikut adalah kebaikan minyak kelapa untuk rambut:

  1. Tiada bahan kimia 
  2. Keupayaan melindungi rambut
  3. Menyerap hingga ke batang rambut
  4. Mencegah kehilangan protein rambut
  5. Menjadikan rambut lebih lembut dan licin
  6. Memanjangkan rambut anda
  7. Mencegah keguguran rambut
  8. Merawat kelemumur
  9. Perlindungan dari cahaya matahari
  10. Perlindungan daripada kutu rambut
  11. Digunakan sebagai perapi
  12. Digunakan sebagai mask rambut
  13. Rawatan kulit kepala
  14. Penyah kusut selepas cucian
  15. Melindungi rambut sebelum mencuci rambut
  16. Membuat rambut kelihatan bersinar
  17. Melindungi rambut daripada klorin dan air masin
  18. Mengelakkan rambut daripada kelihatan mengerbang
  19. Mencegah hujung rambut bercabang dan rambut rapuh
  20. Mencegah jangkitan kulit kepala
  21. Mengurangkan keradangan
  22. Menyokong pertumbuhan folikel rambut baharu
  23. Membantu dalam penggayaan rambut
  24. Penghalang antara rambut dan kulit kepala
  25. Berkemungkinan bersifat anti-penuaan
  26. Menguatkan kutikula rambut

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan