13 Cara Tradisional Hilangkan Sembelit Yang Berkesan

Artikel ini bincang tentang 13 cara tradisional hilangkan sembelit. Sembelit ialah penyakit gastrousus biasa, yang bukan lagi asing bagi kita sejak berabad lamanya.

Cara Tradisional Hilangkan Sembelit featured image

Terdapat pelbagai cara untuk merawat sembelit, moden mahupun tradisional. Kaedah traditional pada kebiasaanya mengutamakan penggunaan bahan semula jadi dan pengubahsuaian gaya hidup untuk menggalakkan pergerakan usus yang kerap.

Bahan-bahan semulajadi ini dipercayai bukan sahaja mujarab tetapi juga dikatakan lebih selamat dan sama efektif seperti rawatan moden. 

Antara cara tradisional hilangkan sembelit adalah melibatkan pelarasan diet dan pengambilan makanan yang kaya dengan serat. Bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran telah lama digembar-gemburkan sebagai ubat semula jadi untuk sembelit yang dapat membantu untuk melembutkan najis dan memudahkan laluannya melalui saluran penghadaman. 

Selain itu, teh herba dengan bahan-bahan seperti senna dan halia menjadi pilihan popular sebagai cara tradisional hilangkan sembelit. Amalan tradisional juga menyokong kepentingan kekal terhidrat, kerana pengambilan air yang mencukupi membantu dalam melembutkan najis dan memastikan transit di kolon lebih lancar.

Cara Tradisional Hilangkan Sembelit

1. Minum teh halia

Teh halia dianggap sebagai salah satu cara tradisional hilangkan sembelit yang terbaik untuk merawat sembelit kerana sifat julap semula jadi dan penghadamannya.

Sebatian aktif dalam halia, seperti gingerol dapat merangsang sistem penghadaman untuk menggalakkan pergerakan usus yang lebih lancar dan mengurangkan sembelit. 

Keupayaan halia untuk melegakan saluran gastrousus boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kembung perut yang berkaitan dengan sembelit. Kajian menerangkan halia dikenali sebagai ubat rumah atau home remedy dan dapat merawat pelbagai penyakit gastrik termasuk masalah sembelit.

Halia telah terbukti bersifat antioksidan dan dapat menghapus radikal bebas, sifat-sifat ini menyumbang kepada kesan gastroprotektif yang melindungi lapisan perut daripada kerosakan.

2. Tambahkan bawang putih dalam masakan 

Cara Tradisional Hilangkan Sembelit bawang putih

Bawang putih dianggap sebagai salah satu cara tradisional tradisional hilangkan sembelit kerana mengandungi allicin, iaitu sebatian yang dikenali untuk menggalakkan keteraturan usus dengan merangsang proses pencernaan.

Kesan laksatif semulajadi bawang putih boleh membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangannya, manakala sifat antimikrobnya dapat menyokong kesihatan usus yang lebih sihat.

Kajian mendapati terdapat bukti dari perubatan kuno bahawa bawang putih disyorkan untuk rawatan sembelit. Avicenna, dalam bukunya “The Canon of Medicine,” juga ada mencadangkan bawang putih sebagai sebatian berguna dalam rawatan sembelit.

Sup bawang putih atau sup sayur-sayuran ditambah dengan bawang putih adalah antara cara yang anda boleh cuba dirumah.

3. Amalkan minyak kelapa dara dalam diet anda

Cara Tradisional Hilangkan Sembelit minyak kelapa

Penggunaan minyak kelapa dara di dalam masakan dan minuman di katakan mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan kita termasuk menyokong sistem pencernaan.

Minyak kelapa dara berpotensi merawat sembelit kerana asid lemak rantaian sederhananya, khususnya asid laurik, yang boleh membantu melembutkan najis dan menggalakkan keteraturan usus. 

Minyak kelapa dara boleh melincirkan saluran penghadaman, menjadikannya lebih mudah untuk membuang najis. Selain itu, sifat antimikrob minyak kelapa boleh membantu mengimbangi flora usus dan menangani potensi punca sembelit, meningkatkan lagi keberkesanannya sebagai penyelesaian semula jadi dan untuk masalah sembelit.

Kajian menunjukkan pemberian oral minyak kelapa dara mempamerkan kesan julap dalam sembelit yang disebabkan oleh loperamide. Kesan ini dapat  meningkatkan kandungan air najis dan meningkatkan kekerapan membuang air besar dan kuantiti najis.

4. Cuba makan madu 

Madu mempunyai sifat julap semulajadi dan kesan diuretik. Ia boleh membantu melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus dengan menarik air ke dalam usus yang membantu dalam transit yang lebih lancar.

Gula semulajadi dalam madu juga memberikan rangsangan tenaga yang boleh menyokong pengecutan peristaltik dalam sistem penghadaman yang membantu mengurangkan ketidakselesaan sembelit. 

Kajian menerangkan madu telah digunakan secara tradisional dalam rawatan gangguan sistem penghadaman dan sembelit. Ia  mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan antimikrob. Madu mengandungi pelbagai komponen seperti flavonoid, polifenol dan asid organik, yang dipercayai memainkan peranan dalam keupayaannya untuk merawat masalah sistem penghadaman dan mengurangkan sembelit.

5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi sodium

Makanan bergula boleh menyebabkan peningkatan pesat dalam paras gula darahyang berpotensi mengganggu keseimbangan semula jadi bakteria usus dan menyebabkan pergerakan usus tidak teratur.

Makanan tinggi sodium pula boleh menyumbang kepada dehidrasi yang boleh menyebabkan najis lebih keras, kering dan kesukaran untuk membuang air besar. 

Kajian mendapati produk bergula seperti jem, sos tomato, coklat, biskut, makanan ringan, ais krim dan gula-gula telah dikaitkan secara positif dengan skor sembelit. Makanan bergula ini biasanya rendah serat dan selalunya tinggi dengan lemak tidak sihat yang akan menyebabkan gangguan gastrousus, termasuk sembelit. Pengambilan snek manis yang kerap telah dikaitkan dengan peningkatan kemungkinan sembelit.

Diet tinggi garam boleh mengubah komposisi dan keseimbangan mikrobiota usus. Ini akan membawa kepada ketidakseimbangan antara bakteria sihat dan berbahaya, yang boleh menyebabkan gangguan usus. 

6. Perbanyakkan makanan berserat 

Mengambil makanan berserat tinggi adalah salah satu cara tradisional hilangkan sembelit kerana serat makanan akan menambah saiz najis, meningkatkan pembentukkan najis, menjadikan najis lebih lembut dan lebih mudah melalui saluran penghadaman. 

Makanan berserat tinggi seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menggalakkan pergerakan usus yang teratur dengan merangsang pengecutan peristaltik semula jadi usus. Ia juga membantu mengekalkan air dalam najis dan menghalangnya daripada menjadi terlalu kering dan keras. 

Kajian mendapati sajian yang dinamakan sebagai Okara adalah makanan yang berkesan untuk meningkatkan kekerapan membuang air besar dan untuk memperbaiki tabiat membuang air besar pada wanita muda di Jepun yang mengalami masalah sembelit.

Bahan utama di dalam sajian Okara adalah pulpa kacang soya. Antara bahan-bahan lain adalah sayur-sayuran seperti daun bawang, lobak merah, cendawan, bayam dan rumpai laut.  Anda boleh mengubah resipi ini mengikut cita rasa anda dengan makanan berserat tinggi pilihan anda.

Kajian lain pula menunjukkan buah-buahan, seperti buah kiwi boleh memperbaiki gejala sembelit. Ia dapat meningkatkan kekerapan najis dan meningkatkan konsistensi najis. Buah-buahan mengandungi nutrien yang bermanfaat seperti sorbitol, polifenol dan serat yang berpotensi merawat sembelit. 

7. Perbanyakkan makan sayur hijau

Cara Tradisional Hilangkan Sembelit sayuran hijau

Sayuran hijau adalah cara tradisional hilangkan sembelit  kerana kandungan seratnya yang tinggi yang dapat membantu dalam melembutkan najis dan menggalakkan pergerakan usus yang teratur. Ia kaya dengan serat tidak larut dan serat larut. Sayur-sayuran berdaun hijau menawarkan vitamin dan mineral penting yang menyokong kesihatan pencernaan secara keseluruhan.

Kajian menunjukkan sayur-sayuran adalah  penting dalam diet yang sihat dan boleh memainkan peranan dalam merawat sembelit. Beberapa jenis sayur-sayuran kaya serat yang boleh memberi manfaat untuk sembelit termasuk:

  • Sayur-sayuran berdaun: Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, salad (atau di Malaysia dikenali sebagai ulam) mengandungi serat yang tinggi dan boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang kerap.
  • Brokoli: Brokoli kaya dengan serat dan juga mengandungi sebatian yang dipanggil sulforaphane, yang telah terbukti mempunyai ciri anti-radang yang boleh membantu masalah sembelit.
  • Lobak merah: Lobak merah adalah sumber serat yang baik dan boleh membantu menambahkan saiz dan pembentukan najis. Ia juga mengandungi sebatian yang dipanggil beta-karotena yang boleh menyumbang kepada diet sihat yang menyokong pergerakan usus yang teratur dan boleh membantu mengurangkan gejala sembelit.

8. Minum air suam setiap pagi 

Minum air suam pada waktu pagi boleh merawat sembelit kerana ia bertindak sebagai perangsang semula jadi untuk sistem penghadaman. Air suam membantu merehatkan dan melebarkan saluran gastrousus, menggalakkan peristalsis dan memudahkan najis melaluinya.

Amalan yang mudah ini juga membantu dalam penghidratan, yang melembutkan najis dan menyokong pergerakan usus yang lebih lancar.

Kajian menunjukkan kerap minum air suam sebelum sarapan boleh dijadikan sebagai cara alternatif untuk mengatasi masalah sembelit.

9. Minum kopi

Minum kopi adalah cara tradisional hilangkan sembelit kerana kandungan kafeinnya yang bertindak sebagai perangsang semula jadi pada sistem pencernaan. Kafein boleh meningkatkan pengecutan usus dan meningkatkan motilitas kolon yang membawa kepada pergerakan usus yang lebih teratur.

Walaubagaimanapun adalah penting untuk meminum kopi secara sederhana untuk mengelakkan kesan sampingan yang berpotensi seperti dehidrasi, dan tindak balas terhadap individu adalah berbeza-beza.

Kajian menunjukkan kopi, sama ada berkafein atau tanpa kafein didapati menggalakkan keinginan untuk membuang air besar dalam sebahagian besar populasi, terutamanya wanita. Kesan ini dikaitkan dengan peningkatan aktiviti motor rectosigmoid yang berlaku sebaik 4 minit selepas minum kopi. 

10. Pastikan badan terhidrat dengan baik

Penghidratan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan fungsi usus yang sihat. Air dapat membantu melembutkan najis, menjadikannya lebih mudah melalui saluran penghadaman, dan menggalakkan pengangkutan sisa yang lancar. 

Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan najis kering dan keras, memburukkan lagi sembelit Jadi memastikan penghidratan yang betul adalah pendekatan yang mudah, semula jadi untuk mengurangkan dan mencegah masalah sembelit.

Kajian mendapati keberkesanan menambah cecair, khususnya air dalam melegakan sembelit mungkin berbeza bergantung pada status penghidratan individu. Bukti menunjukkan bahawa meningkatkan cecair hanya berguna pada individu yang berada dalam keadaan hipohidrat, bermakna mereka mengalami dehidrasi.

Pada individu yang cukup terhidrat (euhhydrated), meningkatkan pengambilan cecair mungkin mempunyai sedikit kegunaan dalam melegakan sembelit.

11. Kurangkan produk makanan yang ditapis 

Makanan yang ditapis akan memburukkan lagi masalah sembelit kerana ia biasanya rendah serat makanan. Makanan yang diproses ini sering tidak dapat menambahkan saiz dan pembentukkan najis dan tekstur najis.

Ia mengandungi gula yang tinggi dan lemak tidak sihat yang boleh mengganggu keseimbangan bakteria usus dan menyumbang kepada ketidakteraturan pencernaan. Ketiadaan serat semulajadi dan kehadiran bahan tambahan yang tidak sihat dalam makanan yang ditapis menjadikannya pilihan yang tidak baik dalam menguruskan sembelit kerana ia boleh menyebabkan najis lebih keras dan kering. 

Kajian mendapati  di kalangan wanita yang mengalami sembelit berfungsi, diet berasaskan beras perang dan diet berasaskan gandum kedua-duanya meningkatkan fungsi usus dengan mengurangkan jumlah masa transit kolon dan meningkatkan bilangan pergerakan usus berbanding kumpulan diet berasaskan nasi putih.

Diet nasi putih tidak mempunyai kandungan serat yang terdapat dalam bijirin penuh seperti beras perang atau gandum. Beras putih berpotensi menghasilkan najis yang lebih kering dan keras. Oleh itu, adalah lebih baik untuk memilih bijirin penuh dan makanan berserat tinggi untuk menyokong kesihatan pencernaan dan mengurangkan sembelit, daripada bergantung pada pilihan rendah serat dan ditapis seperti nasi putih.

12. Amalkan pengambilan herba

Cara Tradisional Hilangkan Sembelit herba

Pengambilan herba seperti daun senna adalah cara tradisional hilangkan sembelit kerana senna mengandungi sebatian yang dikenali sebagai antrakuinon, yang mempunyai kesan julap semula jadi pada sistem pencernaan.

Sebatian ini merangsang otot usus, menggalakkan pengecutan dan memudahkan pembuangan najis. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menggunakan senna dengan bijak, kerana penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kebergantungan dan potensi kesan sampingan.

Kajian menunjukkan senna adalah julap perangsang yang berfungsi dengan merangsang otot-otot di dalam usus, menggalakkan pergerakan usus. Gabungan senna dengan agen lain, seperti sekam ispaghula, didapati berkesan dalam merawat sembelit di kalangan pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik pra-dialisis.

Senna boleh menjadi pilihan rawatan yang berkesan untuk sembelit terutamanya apabila digunakan dalam kombinasi dengan agen lain.

13. Urutan minyak

Urutan minyak adalah cara tradisional hilangkan sembelit kerana ia membantu merangsang sistem penghadaman dengan menggalakkan kelonggaran dan meningkatkan peredaran darah.

Apabila minyak tertentu diurut perlahan-lahan ke kawasan perut, teknik ini boleh membantu dalam mengurangkan ketegangan, melegakan ketidakselesaan perut, dan menggalakkan pergerakan peristaltik yang lebih lancar yang boleh mengurangkan sembelit. 

Kajian mendapati urut perut dengan minyak zaitun didapati berkesan dalam merawat sembelit di kalangan warga emas. Dalam percubaan klinikal terkawal rawak, telah diperhatikan bahawa urutan perut dengan minyak zaitun extra virgin dapat mengurangkan gejala sembelit dengan ketara berbanding kumpulan kawalan.

Kesimpulan

Berikut adalah cara tradisional hilangkan sembelit:

  1. Minum teh halia
  2. Tambahkan bawang putih dalam masakan 
  3. Amalkan minyak kelapa dara dalam diet anda
  4. Cuba makan madu 
  5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi sodium
  6. Perbanyakkan makanan berserat  
  7. Perbanyakkan makan sayur hijau
  8. Minum air suam setiap pagi 
  9. Minum kopi
  10. Pastikan badan terhidrat dengan baik
  11. Kurangkan produk makanan yang ditapis
  12. Amalkan pengambilan herba
  13. Urutan minyak

Anda boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan