13 Punca Sembelit Yang Akan Membuat Anda Rasa Tidak Selesa!

Mengetahui punca sembelit adalah sangat penting jika anda nak mengatasi sembelit. Mari kita bincang tentang 13 punca sembelit yang and perlu ketahui.

Apa itu sembelit?

Punca Sembelit Featured Image

Secara ringkasnya, sembelit adalah keadaan di mana anda sukar untuk membuang air besar.

Mengikut kajian, Sembelit ialah disfungsi usus yang menyebabkan pergerakan usus menjadi jarang atau sukar untuk dikeluarkan. Najis anda selalunya akan terasa keras dan kering.

Antara gejala-gejala sembelit yang lain adalah sakit perut dan kembung perut. Kekerapan normal pembuangan air besar orang dewasa adalah antara tiga kali sehari dan tiga kali seminggu.

Bayi selalunya mempunyai tiga hingga empat pergerakan usus setiap hari manakala kanak-kanak kecil biasanya mempunyai dua hingga tiga kali sehari.

Kajian lain menerangkan antara kriteria yang digunakan untuk mendiagnosis sembelit adalah

  • Pergerakan usus adalah kurang daripada 3 kali seminggu
  • Meneran secara kerap ketika membuang air besar
  • Najis yang keras dan berketul
  • Berasa seolah-olah ada sesuatu yang menghalang anda daripada membuang air besar
  • Berasa usus anda belum dikosongkan sepenuhnya

Untuk mengelakkan diri anda daripada mengalami sembelit, mari ketahui 13 punca sembelit! 

13 Punca Sembelit Yang Akan Menyukarkan Proses Pembuangan Air Besar

1. Gangguan di kawasan kolon

Gangguan di kawasan kolon merupakan salah satu punca sembelit. Kajian menunjukkan sembelit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk gangguan pada kolon. Kolon yang dikenali sebagai usus besar memainkan peranan penting dalam proses penghadaman dan penyingkiran bahan buangan. Apabila terdapat gangguan pada kolon, ia boleh menyebabkan sembelit.

Satu jenis sembelit yang biasa adalah sembelit transit perlahan atau slow transit constipation (STC), yang dicirikan oleh pergerakan najis yang tertunda melalui kolon. Kelewatan ini boleh disebabkan oleh faktor seperti pengurangan kontraksi otot dalam kolon atau fungsi saraf terjejas. Apabila najis bergerak perlahan melalui kolon, ia boleh menjadi kering dan keras, menjadikannya sukar untuk dikeluarkan.

Satu lagi jenis sembelit ialah pembuangan air besar disynergik atau dyssynergic defecation  (DD), yang dicirikan oleh penguncupan yang tidak sesuai atau kegagalan mengendurkan otot lantai pelvis semasa membuang air besar. Ini boleh mengakibatkan pemindahan tidak lengkap dan keperluan untuk meneran yang berlebihan.

2. Gangguan gastrousus

Gangguan gastrousus seperti sindrom iritasi usus atau irritable bowel syndrome (IBS) boleh menyebabkan punca sembelit. Kajian menerangkan kaitan antara sindrom iritasi usus besar dan sembelit adalah kompleks dan melibatkan pelbagai faktor.

IBS adalah gangguan gastrousus berfungsi yang dicirikan oleh sakit perut berulang dan tabiat usus yang berubah. Sembelit adalah salah satu gejala utama IBS, bersama-sama dengan sakit perut, kekejangan, kembung perut, dan perubahan dalam corak najis.

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangan sembelit dalam IBS. 

  • Motilitas gastrousus yang tidak normal
  • keradangan gred rendah
  • peningkatan kebolehtelapan epitelium
  • hipersensitiviti visceral adalah beberapa faktor endogen dan eksogen yang terlibat
  • aspek pemakanan dan psikososial juga diiktiraf sebagai faktor penting.

Interaksi antara diet dan mikrobiota usus juga menjadi penyumbang berpotensi kepada patofisiologi IBS. Walaupun tiada diet khusus untuk IBS dengan sembelit, kajian menunjukkan bahawa pengambilan serat, terutamanya serat larut seperti inulin berkemungkinan mempunyai kesan positif terhadap gejala sembelit.

3. Ubat-ubatan dan suplemen

Punca Sembelit ubat

Ubat-ubatan dan suplemen tertentu, termasuk antasid yang mengandungi aluminium, suplemen kalsium, antikolinergik dan antispasmodik yang sering digunakan untuk merawat kekejangan dalam usus, anticonvulsants untuk mencegah sawan, suplemen zat besi untuk merawat penyakit Parkinson dan ubat antidepresan antara jenis ubat yang boleh menjadi punca sembelit.

Kajian mendapati terdapat beberapa jenis ubat yang didapati boleh menyebabkan sembelit, antaranya adalah: 

  • Ubat antikolinergik
  • Derivatif Benzodiazepine
  • Antidepresan antikolinergik 
  • Suplemen zat besi 
  • Penyekat saluran kalsium

Kajian lain pula mendapati suplemen dengan kalsium khususnya kalsium karbonat lebih cenderung menyebabkan kesan sampingan gastrousus, termasuk sembelit, kembung perut dan kembung. Dalam kajian selama 5 tahun, sembelit didapati meningkat dengan rawatan kalsium karbonat. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kesan suplemen kalsium pada penyakit gastrousus tidak konsisten dalam semua kajian.

4. Tempat atau rutin yang baru

Punca Sembelit tempat baru

Perubahan dalam rutin harian anda juga boleh menyebabkan punca sembelit. Sesetengah individu mendapati bahawa lebih sukar untuk membuang air besar semasa dalam perjalanan ke satu tempat. Adakah anda perasan tentang hal ini? 

Kajian tentang tabiat buang air besar sebelum dan semasa perjalanan menunjukkan 82.1% tidak mempunyai sebarang gejala sebelum melakukan perjalanan. Semasa dalam perjalanan, 63% telah mengalami cirit-birit, 9% mengalami sembelit, 24% mengalami IBS, 45% mengalami kembung perut; dan 16% mengalami dispepsia. Kehadiran simptom usus semasa dan selepas perjalanan tidak dikaitkan dengan umur, jantina, destinasi perjalanan atau tempoh perjalanan.

Memakan probiotik dan makanan atau minuman yang tidak akan membuatkan perut anda berangin dan tidak selesa mungkin dapat mengurangkan risiko sembelit. 

5. Tidak cukup serat

Punca Sembelit tak cukup serat

Serat yang tidak mencukupi dapat menyebabkan sembelit. Serat diperlukan untuk mengelakkan sembelit kerana dua sebab utama:

  • Serat mengumpul najis. Ini memudahkan najis melalui saluran penghadaman.
  • Serat membantu mengekalkan air dalam najis. Ini menjadikan najis lembut dan menghalangnya daripada menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Terdapat dua jenis serat: serat larut dan tidak larut air. Kedua-dua jenis serat ini penting untuk mengelakkan sembelit. Mengikut kajian, diet rendah serat boleh menyumbang kepada sembelit kerana serat berfungsi dalam mengumpul najis dan membantu najis bergerak melalui sistem pencernaan dengan lebih mudah.

Apabila kekurangan serat dalam diet, najis menjadi lebih keras dan sukar untuk dikeluarkan dan menyebabkan sembelit. Serat juga membantu mengawal pergerakan usus dan menggalakkan keteraturan. Oleh itu, diet rendah serat boleh mengganggu fungsi normal sistem pencernaan dan mengakibatkan sembelit.

Walaubagaimanapun, kandungan serat yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan sembelit. Kajian pada tahun 2012 ke atas 63 orang yang mengalami sembelit, kembung perut dan sakit perut mendapati individu yang mengurangkan pengambilan serat mereka mempunyai pergerakan usus yang lebih kerap, kurang kembung perut, dan kurang sakit perut berbanding mereka yang tidak menukar pengambilan serat mereka.

6. Kurang pergerakan fizikal

Kurang melakukan pergerakan fizikal merupakan salah satu punca sembelit. Kajian menunjukkan sembelit telah dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang tidak mencukupi dan tingkah laku sedentari yang berlebihan di kalangan remaja cina di Hong Kong. Menggalakkan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengurangkan sembelit. 

Tingkah laku sedentari merujuk kepada aktiviti yang melibatkan keadaan duduk atau berbaring dengan sedikit atau tiada aktiviti fizikal atau pergerakan. Aktiviti ini biasanya mengggunakan tenaga yang rendah dan tidak meningkatkan kadar denyutan jantung atau pernafasan dengan ketara.

Contohnya seperti menonton televisyen, bekerja pada komputer, membaca, bermain permainan video dan duduk lama di meja atau di dalam kereta.

7. Tinggi kafein

Punca Sembelit tinggi kafein

Kafein dapat membantu pembuangan air besar tetapi jika terlalu tinggi dalam badan ia boleh menyebabkan sembelit. Pengambilan kafein yang tinggi seperti minum kopi secara kerap dapat menyebabkan anda sukar untuk membuang air besar.

Kajian menerangkan theophylline, bahan kimia yang terdapat dalam teh, kopi dan coklat boleh menyebabkan dehidrasi dengan meningkatkan kadar penapisan glomerular buah pinggang dan mengurangkan penyerapan semula tiub. Dehidrasi ini boleh menyebabkan sembelit 

Pengambilan kopi juga boleh mengurangkan penyerapan magnesium yang penting untuk mengekalkan keteraturan usus. Pengurangan dalam penyerapan magnesium ini boleh menyumbang kepada sembelit. 

8. Faktor penuaan

Apabila kita meningkat usia, adalah mudah untuk kita mengalami masalah sembelit. Kajian menerangkan sembelit adalah aduan biasa di kalangan orang dewasa yang lebih tua, dan kelazimannya meningkat dengan usia.

Bagi individu yang berumur 65 tahun ke atas, prevalens sembelit adalah 26% untuk wanita dan 16% untuk lelaki dalam komuniti. Kadar ini meningkat kepada 34% untuk wanita dan 26% untuk lelaki dalam usia 84 tahun ke atas. 

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit pada orang dewasa yang lebih tua. Ini termasuk lebih banyak penyakit dan ubat-ubatan dalam populasi ini, serta faktor gaya hidup seperti penurunan aktiviti dan kurang selera makan yang dikaitkan dengan kemurungan. Adalah penting untuk mempertimbangkan faktor-faktor ini apabila menguruskan sembelit pada orang dewasa yang lebih tua.

9. Penggunaan julap secara berlebihan

Sesetengah individu bimbang  mereka tidak cukup kerap menggunakan bilik air dan akan  mengambil julap untuk menyelesaikan masalah. Julap boleh membantu dengan pergerakan usus, tetapi penggunaan julap tertentu secara berkala boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Kajian mendapati penggunaan julap yang kronik boleh menyebabkan peningkatan sembelit dan keperluan untuk pembersihan yang lebih kuat. Penyalahgunaan julap boleh mengganggu fungsi normal usus dan menyumbang kepada sembelit.

Pesakit yang menyalahgunakan julap mungkin berusaha keras untuk menyembunyikan pengambilan julap mereka, walaupun mengalami gejala yang serius dan juga memerlukan campur tangan pembedahan. Penyalahgunaan julap juga boleh mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit, seperti hipokalemia dan hipokalsemia, yang boleh menyumbang kepada sembelit.

10. Tidak cukup air

Punca Sembelit tak cukup air

Air yang cukup dalam badan adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anda. Kurang meminum air boleh menjejaskan kesihatan anda seperti dehidrasi, kegagalan buah pinggang dan juga sembelit.

Kajian menunjukkan kekurangan cecair dari 2500 hingga 500ml sehari akan menyebabkan sembelit di kalangan orang berusia. Pengambilan cecair yang rendah mungkin menunjukkan hipohidrasi. Hypohidrasi ialah keadaan kekurangan air dalam badan daripada yang diperlukan untuk berfungsi normal. Ia boleh berlaku apabila anda kehilangan lebih banyak cecair daripada yang anda makan, atau apabila badan anda tidak dapat menyimpan cecair dengan betul.

Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan euhidrasi sebagai pencegahan sembelit. Euhidrasi ialah keadaan mempunyai tahap penghidratan yang optimum. Ini bermakna bahawa badan mempunyai cecair yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, tetapi tidak terlalu banyak sehingga ia mengalami kelebihan cecair.

11. Penyakit tertentu

Sesetengah jenis penyakit akan menyebabkan masalah sembelit. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan pada kesihatan dan ubat-ubatan yang di ambil untuk mengatasi masalah kesihatan tersebut. Antara penyakit yang merupakan punca sembelit adalah:

  • Diabetes: Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak menggunakan insulin dengan betul. Insulin adalah hormon yang membantu tubuh menukar makanan kepada tenaga. Penghidap diabetes mungkin mengalami sembelit kerana paras gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saraf yang mengawal sistem penghadaman.
  • Hypothyroidism: Hypothyroidism ialah keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi. Hormon tiroid bertanggungjawab untuk mengawal metabolisme, pertumbuhan, dan perkembangan. Orang yang mengalami hipotiroidisme mungkin mengalami sembelit kerana tahap hormon tiroid yang rendah boleh melambatkan sistem pencernaan.
  • Multiple sclerosis: Multiple sclerosis adalah penyakit kronik yang menjejaskan sistem saraf pusat. Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk keletihan, masalah penglihatan, dan kelemahan otot. Orang yang mengalami multiple sclerosis mungkin mengalami sembelit kerana penyakit ini boleh merosakkan saraf yang mengawal sistem pencernaan.

Kajian menerangkan disfungsi usus termasuk sembelit adalah perkara biasa pada pesakit dengan multiple sclerosis. Patofisiologi disfungsi usus dalam multiple sclerosis melibatkan pengurangan aktiviti kolon dan masa transit yang tertunda, menunjukkan motilitas kolon terjejas sebagai punca utama sembelit. 

  • Diverticulitis: Diverticulitis adalah keadaan di mana kantung dalam kolon menjadi meradang atau dijangkiti. Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk sakit perut, demam dan sembelit.
  • Penyakit celiac: Penyakit celiac adalah gangguan autoimun yang dicetuskan oleh penggunaan gluten. Gluten adalah protein yang terdapat dalam gandum, barli dan rai. Individu yang mempunyai penyakit celiac mungkin mengalami sembelit kerana gluten boleh merosakkan lapisan usus kecil.
  • Kanser kolon: Kanser kolon ialah sejenis kanser yang berkembang di dalam kolon. Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk sakit perut, pendarahan dari rektum, dan sembelit.

12. Mengandung

Sesetengah wanita akan mengalami sembelit semasa hamil. Ini boleh terhasil daripada faktor perubahan hormon, perubahan fizikal, seperti apabila rahim menekan usus, perubahan diet atau aktiviti fizikal.

Kajian menerangkan ramai wanita mengambil suplemen zat besi semasa hamil. Ini boleh menyumbang kepada sembelit dan perubahan lain dalam tabiat buang air besar. Dalam kajian lain pula menunjukkan semasa mengandung, sembelit boleh berlaku disebabkan oleh perubahan fisiologi dan anatomi dalam saluran gastrousus. Peningkatan tahap progesteron dan tahap hormon motilin yang berkurangan boleh menyebabkan masa transit usus yang lebih perlahan. 

Selain itu, peningkatan penyerapan air dari usus boleh menyebabkan najis menjadi kering. Penurunan aktiviti dan penambahan vitamin tambahan boleh menyumbang kepada sembelit. Apabila rahim membesar kemudian dalam kehamilan, ia mungkin melambatkan pergerakan najis. 

13. Stress

Punca Sembelit stress

Keadaan yang terlalu stress bukan hanya memberi kesa negatif pada kesihatan mental anda. Ia juga boleh menjadi punca sembelit yang anda tidak sedar. Kajian menerangkan tekanan psikologi boleh membawa kepada pembebasan faktor pelepas kortikotropin atau corticotrophin-releasing factor (CRF).

CRF boleh menjejaskan usus secara langsung dan juga bertindak melalui sistem saraf pusat. CRF boleh mengurangkan aktiviti otot yang mengawal pergerakan najis melalui kolon. Akibat daripada kesan ini, CRF boleh meningkatkan risiko sembelit.

Selain itu, tekanan boleh menyebabkan keradangan usus dan mengubah komposisi mikrobiota usus. Gangguan mikrobiota usus telah dikaitkan dengan tekanan dan boleh menyebabkan ketidakupayaan usus, keradangan, dan peningkatan kebolehtelapan.

Kajian telah menunjukkan bahawa tekanan boleh membawa kepada perubahan dalam mikrobiota usus dalam model haiwan, dan rawatan dengan probiotik atau antibiotik boleh membantu mengurangkan disfungsi usus yang disebabkan oleh tekanan.

Kesimpulan

Berikut adalah punca sembelit:

  1. Gangguan di kawasan kolon
  2. Gangguan gastrousus
  3. Ubat-ubatan dan suplemen
  4. Tempat atau rutin yang baru
  5. Tidak cukup serat
  6. Kurang pergerakan fizikal
  7. Tinggi kafein
  8. Faktor penuaan
  9. Penggunaan julap secara berlebihan
  10. Tidak cukup air
  11. Penyakit tertentu
  12. Mengandung
  13. Stress

Anda boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan