Buah Naga: 14 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Dragon Fruit

Buah naga atau juga dikenali sebagai dragon fruit ini mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Buah naga juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat.

Jika sebelum ini anda makan buah naga tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel ini kami akan membincang semua tentang buah naga termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi, cara makan serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

kebaikan buah naga infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah naga

Apa itu buah naga

Buah naga adalah sejenis buah tropika yang berasal dari keluarga kaktus iaitu Hylocereus, dikenali juga sebagai Pitaya yang berasal dari Sepanyol.

Buah naga memiliki bentuk yang sangat unik, mempunyai kulit yang berduri dan isi yang padat dengan air dan rasa yang manis.

Buah naga juga tumbuh di kawasan tropika dan subtropika seperti Amerika Selatan, Mexico dan Asia Tenggara.

Terdapat dua jenis buah naga yang biasa kita lihat iaitu buah naga merah dan buah naga putih. Seperti namanya, buah naga merah mempunyai isi berwarna merah atau merah jambu, manakala buah naga putih mempunyai isi berwarna putih.

Bahagian dalamnya berwarna putih dan merah jambu, mempunyai biji kecil hitam yang boleh dimakan bersama isinya. Kedua-duanya mempunyai rasa yang sama iaitu manis.

Kalau anda nak tahu buah naga ini kaya dengan nutrisi seperti Vitamin C, serat dan antioksidan, buah naga juga mengandungi nutrien yang lain seperti besi, magnesium dan kalsium.

Buah yang mempunyai rupa unik ini sebenarnya memiliki banyak khasiat buah naga yang pasti anda rasa menakjubkan.

Fakta nutrisi dan khasiat buah naga

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah naga:

Makronutrien:

Kalori57 Kcal
Jumlah Karbohidrat15.2g
Serat (Karbohidrat)3.1g
Gula (Karbohidrat)9.75g
Protein0.36g
Lemak0.14g

Mikronutrien (Vitamin & Minerals):

Calcium9 mg
Iron0.18 mg
Magnesium7 mg
Phosphorus12 mg
Potassium116 mg
Vitamin C4.3 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Carotene-ß14 µg
Lutein + zeaxanthin44 µg

15 kebaikan buah naga yang menakjubkan

Kebaikan dragon fruit

Seperti kita tahu, buah naga mengandungi banyak khasiat, vitamin dan nutrien. Jadi tidak hairan jika buah naga mempunyai banyak kebaikan atau manfaat untuk kesihatan badan kita.

Jom semak 15  kebaikan dan manfaat buah naga:

1. Baik untuk usus

Buah naga kaya dengan serat, yang boleh membantu dalam melancarkan pergerakan usus dan mencegah sembelit.

Serat membantu dalam mengekalkan sistem penghadaman yang baik. Buah naga kaya dengan prebiotik. Prebiotik sejenis serat yang menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus anda.

Kajian menunjukkan pengambilan prebiotik secara kerap boleh mengurangkan risiko jangkitan pada saluran penghadaman dan cirit-birit anda. Ini kerana prebiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, yang mana penyelidik percaya boleh mengatasi bakteria buruk.

Buah naga kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksidan penting yang boleh membantu melindungi usus dari keradangan.

2. Menurunkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung

Buah naga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan jantung, antaranya menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan fungsi saluran darah. Buah naga juga kaya dengan serat, termasuk serat larut dan serat tidak larut.

Serat larut boleh membantu menurunkan paras kolesterol dan mengeluarkanya dari badan. Serat tidak larut pula meningkatkan sistem penghadaman dan membantu mengawal paras gula darah yang juga boleh menyumbangkan kepada masalah kesihatan jantung.

Buah naga adalah sumber antioksidan yang baik yang boleh melindungi tubuh dari tekanan oksidatif dan keradangan.

Kajian juga menunjukkan sumber antioksidan boleh mencegah penyakit kronik seperti risiko penyakit jantung. Selain itu biji hitam yang terdapat dalam buah ini juga kaya dengan lemak omega 3 dan omega 9 yang boleh mencegah penyakit jantung.

3. Menguatkan sistem imun badan

Buah naga adalah sumber Vitamin C yang baik dan merupakan nutrien penting untuk fungsi imun badan. Vitamin C membantu merangsang pengeluaran sel darah putih yang penting untuk melawan penyakit berjangkit.

Satu kajian membuktikan Vitamin C yang ada dalam buah naga ini boleh meningkatkan sistem imun serta melindungi sel darah putih anda dan melawan penyakit berjangkit.

Buah naga juga kaya dengan sumber antioksidan seperti betalain dan flavonoid yang boleh membantu melindungi sel anda daripada kerosakan akibat radikal bebas, sekaligus membantu menguatkan sistem imun anda, melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

4. Bantu stabilkan gula darah

Buah naga kaya dengan serat yang boleh melambatkan penyerapan gula dalam aliran darah dan ini boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dah mengelakan turun naik paras gula dalam darah,

Buah naga juga mempunyai indeks glimeks yang rendah bermakna jika pesakit diabetes mengamalkan buah naga ini ia tidak akan menyebabkan paras gula yang tinggi dalam darah selepas dimakan.

Kajian menunjukkan bahawa buah naga boleh bantu menurunkan gula darah.

Buah naga rendah kalori dan lemak menjadikannya salah satu buah yang baik dalam membantu mengawal paras gula mereka.

5. Bantu turunkan berat badan

Jika anda sedang merancang untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mengamalkan buah naga dalam menu diet anda.

Ini kerana buah naga kaya dengan serat yang boleh membantu melambatkan rasa lapar dan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama.

Buah naga juga mempunyai kandungan gula yang rendah berbanding buah-buahan yang lain jadi ia dapat membantu mengurangkan penggunaan gula yang berlebihan dan buah naga membantu menurunkan berat badan anda.

Kajian juga menunjukkan betacyanin yang terdapat dalam buah naga merah boleh membantu menguruskan diabetes dan mencegah obesiti dengan mengawal pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus.

6. Tingkatkan tahap zat besi

Buah naga mengandungi zat besi yang cukup tinggi dengan pengambilan buah naga secara kerap boleh membantu meningkatkan tahap zat besi dalam badan.

Dalam satu kajian menunjukkan masih ramai yang tidak mendapat zat besi yang cukup, dianggarkan kira-kira 30% penduduk dunia kekurangan zat besi.

Buah naga juga kaya dengan dengan Vitamin C yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan, malah Vitamin C menukarkan zat besi kepada bentuk yang lebih mudah diserap oleh badan.

7. Kurangkan risiko kanser

Buah naga yang kaya dengan nutrient ini mempunyai beberapa kebaikan dalam mencegah kanser. Mengandungi antioksidan seperti Vitamin C, beta karotena dan polifenol yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh merosakan sel dan menyumbang kepada perkembangan kanser.

Kajian juga membuktikan sebatian yang melindungi sel daripada molekul yang tidak stabil dipanggil radikal bebas yang berkaitan dengan penyakit kronik.

Kajian juga mendapati bahawa betacyanin yang terdapat dalam buah naga boleh menghalang pertumbuhan dan penyebaran kanser payudara.

8. Bantu dalam sakit arthritis

Buah naga mengandungi sebatian anti radang yang membantu dalam mengurangkan keradangan dalam badan yang berkaitan dengan sakit arthritis. Kajian membuktikan buah naga turut mempunyai sifat anti radang dan antioksidan yang kuat.

9. Menggalakan kesihatan reproduktif

Buah naga kaya dengan sumber magnesium yang penting dalam mengekalkan kesihatan reproduktif.

Kajian menunjukkan magnesium memainkan peranan dalam mengawal tahap hormon yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan dan kesihatan reproduktif.

10. Baik untuk wanita hamil

Wanita hamil selamat jika mengambil buah naga ini sebagai makanan harian mereka, ini kerana buah naga mengandungi pelbagai nutrisi yang terkandung didalamnya.

Buah naga adalah sumber Vitamin C yang membantu dalam meningkatkan penyerapan zat besi, zat besi adalah penting semasa kehamilan untuk mengelakkan anemia. Buah naga juga sumber zat besi yang bagus.

Kajian juga menunjukkan kesan pengambilan buah naga untuk menangani anemia dalam kalangan wanita hamil. Selain itu juga dengan sumber serat yang ada pada buah naga ini dapat membantu mencegah sembelit

11. Baik untuk kesihatan mata

Buah naga adalah sumber Vitamin A yang baik dan penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan yang baik.

Kajian juga menunjukkan bahawa beta-karotena, lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam buah naga boleh membantu meningkatkan penglihatan dan mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula.

12. Baik untuk kesihatan otak

Buah naga adalah sumber magnesium yang baik dan penting untuk kesihatan otak. Ini kerana magnesium membantu dalam merawat kemurungan dan meningkatkan lagi fungsi otak.

Dalam satu kajian membuktikan buah naga mengandungi sumber magnesium.

Kajian (ini, ini dan ini) menunjukkan bahawa magnesium bagus untuk kemurungan dan kesihatan otak.

13. Baik untuk tulang

Buah naga juga untuk baik untuk tulang anda. Buah naga mempunyai sumber kalsium yang baik dan penting dalam kesihatan tulang.

Kalsium diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis.

Selain itu kajian menunjukkan sumber magnesium yang tinggi dalam buah naga memainkan peranan dalam mengawal tahap kalsium dalam badan yang memberi kesan kekuatan tulang.

14. Baik untuk kulit

Pengambilan buah naga dengan cara konsisten juga dapat memberi kesihatan yang baik untuk kulit. Buah naga adalah sumber Vitamin E yang  baik dan penting untuk kesihatan kulit.

Vitamin E adalah antioksidan yang kuat dan boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV. Kajian membuktikan Vitamin E dan Vitamin C dapat mengurangkan risiko tindak balas sunburn dan kerosakan kulit akibat UV.

Selain itu, buah naga mengandungi antioksidan seperti kandungan Vitamin C yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, radikal bebas ini boleh menyumbang kepada proses penuaan dan memberi kesan kepada kulit seperti kedutan dan garis halus.

Kajian juga menunjukkan Vitamin C adalah sumber antioksidan yang boleh merawat dan melambatkan proses penuaan. Selain mencegah penuaan, Vitamin C yang terdapat dalam buah naga ini juga diperlukan untuk penghasilan kolagen. Kolagen merupakan sumber protein yang dapat memberikan struktur kepada kulit dan memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal.

Kesan sampingan buah naga

Walaupun buah naga dianggap selamat, tetapi jika pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan kepada sesetengah manusia yang mengalami reaksi alahah.

Dalam satu kajian yang dilaporkan seorang wanita mengalami tindak balas alahan sehingga 15 minit selepas mengambil jus buah yang mengandungi buah naga antara gejalanya ialah muntah dan bengkak pada lidah.

Sesetengah orang mungkin mengalami alahan terhadap buah naga terutamanya jika mereka alah kepada buah-buahan lain seperti kiwi, nenas atau mangga.

Pengambilan buah naga secara berlebihan juga dapat mengganggu sistem penghadaman seperti cirit-birit atau kembung perut.

Jika anda mempunyai kesan sampingan yang lain hentikan pengambilan buah naga dan segera berjumpa dengan doktor anda.

Cara makan buah naga

cara makan buah naga

Cara pengambilan buah naga boleh dimakan dengan pelbagai cara mengikut citarasa anda. Buah naga boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus, kerana buah naga mempunyai kandungan air yang sangat banyak.

Berikut adalah beberapa cara atau idea untuk makan buah naga:

  • Potong buah naga dan jadikan sebagai kiub dan gunakanya sebagai topping dalam menu salad, yogurt dan oat
  • Kisar buah naga dan jadikan sebagai smoothie atau jus
  • Jadikan buah naga sebagai pencuci mulut seperti puding atau agar-agar buah
  • Untuk mendapatkan buah naga yang dah masak, anda perlu lihat keadaan kulit buah naga yang sekata dan cerah.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari snek yang berkhasiat dan lazat, buah naga adalah pilihan yang bagus.

Ia rendah kalori dan tinggi nutrien, serat dan antioksidan. Ia juga mempunyai banyak manfaat seperti:

  1. Baik untuk usus
  2. Menurunkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung
  3. Menguatkan sistem imun badan
  4. Bantu stabilkan gula darah
  5. Bantu turunkan berat badan
  6. Tingkatkan tahap zat besi
  7. Kurangkan risiko kanser
  8. Bantu dalam sakit arthritis
  9. Menggalakan kesihatan reproduktif
  10. Baik untuk wanita hamil
  11. Baik untuk kesihatan mata
  12. Baik untuk kesihatan otak
  13. Baik untuk tulang
  14. Baik untuk kulit

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah naga. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah naga.

Ya, buah naga boleh dimakan setiap hari. Buah naga adalah sumber pemakanan yang baik dan rendah kalori, dan juga mengandungi banyak serat yang baik untuk kesihatan pencernaan.

Bagaimanapun, seperti semua makanan, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, dinasihatkan mengambil buah naga dalam jumlah mengikut keperluan individu.

Tidak, buah naga tidak tinggi kandungan gula. Walaupun buah naga manis dan mempunyai kandungan gula semulajadi, ia tidak mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti buah-buahan lain.

Dalam 100 gram buah naga, terdapat lebih kurang 9 gram gula bergantung kepada jenis buah naga. Oleh itu, buah naga sesuai dimakan oleh individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula.

Ya, anda boleh makan buah naga pada waktu malam. Buah naga adalah buah yang rendah kalori dan tinggi serat, jadi ia tidak akan menyebabkan penambahan berat badan jika dimakan pada waktu malam.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah penghadaman seperti pedih ulu hati atau masalah gastrousus, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk tidak makan buah naga terlalu dekat dengan waktu tidur.

Ya, buah naga diketahui baik untuk penghidap diabetes kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah.

Ini bermakna ia tidak menyebabkan kenaikan gula darah yang besar seperti makanan lain yang tinggi karbohidrat. Selain itu, kandungan serat dalam buah naga juga membantu mengurangkan penyerapan gula oleh badan dan membantu mengawal paras gula dalam darah.

Bagaimanapun, individu yang mengalami masalah kesihatan berkaitan diabetes tetap dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum mengambil buah naga dalam kuantiti yang banyak.

Kedua-dua jenis buah naga sama ada merah atau putih mempunyai khasiat dan khasiat yang sama. Perbezaan utama antara kedua-dua jenis adalah warna dan kepekatan nutrien.

Buah naga merah mempunyai lebih banyak antioksidan terutama betacyanin yang memberikan warna merah, manakala buah naga putih mempunyai rasa yang lebih manis dan kurang kandungan gula berbanding buah naga merah.

Oleh itu, sama ada merah atau putih, pilihan terbaik buah naga bergantung kepada citarasa individu.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan