Buah Belimbing : 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan

Kalau anda peminat buah belimbing, tahukah bahawa buah ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat serta nutrisi. Bukan sahaja enak dimakan, ia juga ternyata memiliki banyak kelebihan tersendiri untuk kesihatan.

Jika sebelum ini anda makan belimbing betik tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel kali ini kami akan bincangkan tentang khasiat, kebaikan, kesan sampingan dan cara untuk makan buah tersebut.

Jom kita mulakan!

Kebaikan Khasiat belimbing infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah belimbing?

Buah Belimbing Featured Image

Belimbing atau nama saintifiknya Averrhoa Carambola merupakan sejenis buah yang tergolong dalam keluarga Averrhoa. Buah tropika ini berasal dari Sri Lanka, tetapi kini ia ditanam secara meluas di sekitar Asia Tenggara untuk tujuan komersial. 

Dari segi luaran, belimbing biasanya berwarna hijau ataupun kuning. Buah ini juga dapat gelaran starfruit kerana berbentuk seperti bintang apabila dipotong melintang. Ia mempunyai rasa yang bervariasi dari sangat manis hingga sedikit masam, bergantung pada jenis dan tahap kematangannya. 

Di samping itu, belimbing juga kaya dengan pelbagai nutrien penting. Justeru, artikel kali ini akan membincangkan lebih lanjut tentang potensi khasiat buah ini terhadap aspek kesihatan.

Fakta nutrisi dan khasiat buah belimbing

Buah Belimbing Nutrisi

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah belimbing:

Makronutrien:

Kalori31 Kcal
Jumlah Karbohidrat6.73g
Serat (Karbohidrat)2.8g
Protein1.04g
Lemak0.33g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.014 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.016 mg
Niacin (Vitamin B3)0.367 mg
Pantothenic acid (Vitamin B5)0.391 mg
Vitamin B60.017 mg
Folate (Vitamin B9)12 µg
Vitamin C34.4 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium3 mg
Copper0.137 mg
Iron0.08 mg
Phosphorus12 mg
Magnesium10mg
Potassium133 mg
Zinc 0.12 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Beta Carotene25 µg
Lutein + zeaxanthin66 µg

15 kebaikan buah belimbing yang ramai tidak tahu

Kebaikan Buah Belimbing

Buah belimbing sememangnya kaya dengan serat, mineral, vitamin dan nutrien. Maka tidak hairanlah ia mampu menawarkan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.

Jom semak 15 khasiat dan kebaikan buah ini :

1. Menyokong sistem penghadaman

Tahukah anda, belimbing sebenarnya dikategorikan sebagai antara buah yang tinggi dengan kandungan serat tidak larut. Antara cirinya adalah boleh menyimpan air dengan lebih banyak.
Kajian mendapati khasiat buah belimbing ini membantu memudahkan pergerakan najis dalam usus sekaligus dapat menyokong sistem penghadaman.

2. Meningkatkan imunisasi tubuh

Buah tropika ini juga merupakan sumber vitamin C yang sangat bagus. Dalam sebiji belimbing bintang saja, terdapat kira-kira 50% jumlah vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. 

Justeru, pengambilan kandungan vitamin C yang mencukupi mampu membina sistem pertahanan badan yang kuat untuk melawan bakteria jahat.

3. Mencegah anemia

Betik merupakan sejenis buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Seperti diketahui umum, vitamin C menawarkan banyak kelebihan. Antaranya adalah penting untuk penghasilan kolagen dan mencegah skurvi.

Selain itu, vitamin C terbukti membantu proses penyerapan zat besi dalam tubuh sekaligus dapat mencegah penyakit anemia.

4. Bantu hidratkan tubuh

Badan yang terhidrasi (kurang air) akan memberi kesan seperti sakit kepala, keletihan, kelesuan,masalah kulit, kekejangan otot dan tekanan darah rendah. Ditambah pula cuaca panas melampau, situasi ini boleh mengundang bahaya.

Bagaimanapun, belimbing berupaya untuk beri kesegaran serta menghidratkan tubuh kerana ia mengandungi jumlah air yang tinggi iaitu kira-kira 91%. 

Oleh itu, amalan pengambilan buah belimbing sangat bagus untuk mengelakkan masalah kekurangan air dalam badan.

5. Mengurangkan risiko ulser usus

Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya ulser pada usus adalah proses tekanan oksidatif daripada radikal bebas (lipid peroxidation) di dalam tubuh. 

Kandungan flavonoid yang tinggi dalam buah belimbing terbukti mampu mengurangkan proses tekanan oksidatif tersebut dengan memainkan fungsinya sebagai antioksidan.

6. Mengawal tekanan darah

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit kronik yang boleh mengundang strok dan serangan jantung. Namun begitu, belimbing mempunyai potensi untuk mengawal tekanan darah dengan kehadiran potassium dan serat.

Potassium yang terdapat pada belimbing juga berfungsi mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang dan seterusnya melancarkan aliran darah.

7. Mengatasi keradangan

Keradangan merupakan tindak balas imun semulajadi oleh tubuh manusia untuk berlindung daripada jangkitan. Jika dibiarkan menjadi kronik, keadaan ini boleh menjadi punca penyakit jantung, kanser, dan banyak komplikasi lain.

Kajian mendapati ekstrak belimbing mempunyai ciri-ciri antiradang yang berkesan disebabkan oleh kandungan bahan bioaktif seperti flavonoid dan polifenol. Selain bermanfaat untuk merawat kesan sakit, malah belimbing juga mampu merencatkan proses keradangan.

8. Menurunkan paras kolesterol

Ramai tidak menyedari mereka sebenarnya berdepan masalah paras kolesterol yang tinggi. Jika tidak dicegah segera, boleh mengundang pelbagai komplikasi seperti serangan jantung dan strok.

Antara cara terbaik untuk mengawal kolesterol adalah pengambilan betik yang kaya dengan serat tidak larut. Komponen ini berfungsi untuk menyingkirkan kolesterol (LDL-cholesterol) dan juga jus hempedu melalui proses perkumuhan. 
Kajian mendapati, pengambilan jus buah belimbing 2 kali sehari dalam tempoh sebulan terbukti membantu peserta warga emas untuk menurunkan paras kolesterol mereka.

9. Bagus untuk diet

Oleh kerana nutrisinya yang tinggi serat, buah belimbing juga bagus untuk dimasukkan dalam diet buat anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Selain sifatnya yang rendah kalori, buah belimbing juga boleh memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ini sekaligus membantu anda daripada pengambilan kalori secara berlebihan.

10. Berpotensi cegah pertumbuhan kanser

Buah belimbing juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Ia meningkatkan jumlah antioksidan seperti glutatahione, sekaligus membantu melawan radikal bebas di dalam badan.

Menurut kajian terhadap tikus makmal, ekstrak buah belimbing dapat mengurangkan pembentukan serta kesan tumor pada mamalia tersebut. 

Bagaimanapun, banyak lagi penyelidikan mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan untuk ketahui potensinya kepada manusia.

11. Membantu pengurusan diabetes

Serat tidak larut yang terkandung dalam buah belimbing boleh membantu mengurangkan penyerapan karbohidrat dalam badan. 

Ekstrak buah ini bukan saja dapat menurunkan paras glukosa dan trigliserida dengan ketara, malah turut meningkatkan paras insulin dalam darah. Penemuan ini menunjukkan potensi belimbing yang boleh membantu para pesakit diabetes.

12. Merawat gejala demam

Buah belimbing juga sering dijadikan sebagai rawatan alternatif yang berkos murah dan mudah didapati oleh sesetengah masyarakat.

Di Malaysia, herba yang diproses daripada daun pokok belimbing buluh digunakan untuk merawat demam. Untuk merawat demam campak pula, daun ini  digiling bersama beras dan direndam semalaman sebelum disapukan ke seluruh badan hingga sembuh.

Masyarakat di India pula menjamah buah belimbing yang sudah dikeringkan untuk mengurangkan gejala demam. Selain itu, mereka turut mencampurkan akar buah belimbing dengan gula untuk dijadikan penawar kesan mabuk.

13. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Salah satu khasiat buah ini adalah manfaat kandungan flavonoidnya dalam mengekalkan kesihatan jantung.

Flavonoid terbukti memainkan fungsi yang penting dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ini termasuklah aterosklerosis, penyakit kronik di mana plak akan berkumpul pada dinding arteri.

14. Mencantikkan kulit

Aktiviti radikal bebas boleh rosakkan jaringan kulit sehingga menyebabkannya kelihatan kusam dan berkedut. Paling menakutkan, ia juga boleh menjadi punca kanser kulit.

Selain penghasilan kolagen dirangsang oleh vitamin C, kandungan antioksidan seperti flavonoid juga mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah belimbing dijadikan sebagai masker untuk wajah.

15. Mencegah bakteria

Daun, kulit dan isi buah belimbing didapati mempunyai potensi untuk menghalang pertumbuhan pelbagai bakteria dan kulat. Ini kerana, ketiga-tiganya mempamerkan ciri-ciri anti-mikrob. 

Sebuah kajian mendapati, ekstrak daun belimbing mempunyai potensi untuk menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya kepada tubuh manusia seperti S. aureus, Klebsiella spp., E. coli, P. aeruginosa dan B. cereus.

Kesan sampingan buah belimbing+

Secara umumnya belimbing selamat untuk dimakan oleh masyarakat setiap lapisan umur dan jantina. Pelbagai manfaat boleh diperolehi sekiranya buah ini dimakan secara teratur.

Walaupun nilai pemakanannya bagus, tetapi pengambilan belimbing secara berlebihan boleh mengundang kesan sampingan seperti :

Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang

Penyelidikan mendapati buah belimbing tidak sesuai dimakan oleh penghidap penyakit buah pinggang kronik. 

Ini kerana belimbing tinggi dengan kandungan oxalate yang boleh mengakibatkan komplikasi dan kerosakan buah pinggang. Selain itu, kandungan caramboxin pula akan menyebabkan keracunan tisu saraf terhadap pesakit buah pinggang.

Boleh menyebabkan peningkatan dos ubat dalam badan

Pengambilan buah belimbing bersama dengan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan peningkatan dos di dalam badan.

Oleh itu, anda dinasihati agar dapatkan nasihat doktor bertauliah terlebih dahulu sama ada selamat atau tidak untuk makan buah belimbing.

Cara makan buah belimbing

Cara Makan Buah Belimbing

Kaedah pengambilan buah ini juga penting bagi memperoleh khasiat maksimum. Pasti anda tertanya-tanya apakah kaedah pengambilan yang betul untuk belimbing. 

Selain enak dimakan begitu saja, buah betik juga boleh diolah menjadi pelbagai juadah seperti :

Jus belimbing

Jus belimbing juga menawarkan banyak manfaat nutrisi kepada tubuh. Selain dapat mencegah dehidrasi, jus ini juga sangat bagus untuk mengekalkan sistem pencernaan sentiasa sihat.

Jeruk belimbing

Buah belimbing buluh biasanya tidak dimakan segar kerana rasanya yang terlalu masam. Oleh itu, ia lebih sesuai disimpan sebagai jeruk serta boleh dicampurkan ke dalam masakan.

Di Malaysia, jeruk belimbing ini cukup terkenal dalam sajian masak lemak kerana teksturnya masamnya itu menjadikan rasa hidangan lebih sedap.

Kerepek berasaskan belimbing

Di Indonesia pula, buah ini juga sering diproses dan dijual sebagai kerepek. Dengan tekstur yang rangup dan manis, tidak hairanlah snek berkhasiat ini diminati oleh rata-rata masyarakat di sana.

Kesimpulan

Tidak dinafikan, belimbing sememangnya antara buah yang sangat berkhasiat dan wajar diambil secara berkala untuk memastikan kesihatan tubuh dalam keadaan optimum.

Ia kaya dengan nutrien seperti serat, vitamin, antioksidan serta sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Buah ini juga terbukti menawarkan banyak manfaat lain seperti :

  1. Menyokong sistem penghadaman
  2. Meningkatkan imunisasi tubuh
  3. Mencegah anemia
  4. Bantu hidratkan tubuh
  5. Mengurangkan risiko ulser usus
  6. Mengawal tekanan darah
  7. Mengatasi keradangan
  8. Menurunkan paras kolesterol
  9. Bagus untuk diet
  10. Berpotensi cegah pertumbuhan kanser
  11. Membantu pengurusan diabetes
  12. Merawat gejala demam
  13. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  14. Mencantikkan kulit
  15. Mencegah bakteria

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan