Buah Kedondong: 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Ambarella

Buah kedondong sememangnya enak dimakan. Ia juga mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri terhadap aspek kesihatan.

Jika sebelum ini anda menikmati tanpa mengetahui manfaatnya, kali ini kami akan bincangkan mengenai buah kedondong termasuk khasiat nutrisi, kebaikan, kesan sampingan dan cara untuk memakannya.

Jom kita mulakan!

khasiat buah kedondong infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah kedondong?

Buah Kedondong featured image

Buah kedondong atau turut digelar sebagai Ambarella fruit oleh masyarakat Barat, adalah tanaman yang tergolong sama kumpulan pokok mangga (Anacardiaceae). Ia tumbuh secara meluas di negara beriklim tropika di benua Asia dan Afrika.

Buah yang kaya dengan khasiat ini berkulit hijau atau kuning apabila matang. Manakala isinya pula berwarna putih, mempunyai tekstur keras dan berasa masam. Selain dimakan segar, kedondong juga enak dijadikan sebagai jeruk.

Di samping enak dan menyegarkan, buah kedondong juga memberi pelbagai khasiat nutrisi untuk kesihatan tubuh manusia.

Fakta nutrisi dan khasiat buah kedondong

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah kedondong:

Makronutrien:

Kalori46 Kcal
Jumlah Karbohidrat10.3g
Serat (Karbohidrat)2.6g
Protein1.0g
Lemak0.1g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.08 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.23 mg
Niacin (Vitamin B3)0.3 mg
Vitamin C30 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium15 mg
Copper0.03 mg
Iron2.8 mg
Phosphorus22 mg
Potassium216.2 mg
Sodium2 mg
Zinc 0.1 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Beta carotene164 mg

15 khasiat buah kedondong yang menakjubkan

Khasiat Buah Kedondong

Buah kedondong sememangnya kaya dengan mineral, vitamin dan zat nutrien. Maka tidak hairanlah jika ia mampu tawarkan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Jom semak 15 khasiat dan kebaikan buah kedondong :

1. Meningkatkan daya penglihatan

Manfaat pertama kedondong adalah dapat meningkatkan daya penglihatan dan menjaga kesihatan mata. Ini kerana kandungan beta-karoten yang terdapat padanya.

Kajian mendapati, beta-karoten membantu mengurangkan tekanan oksidatif pada mata yang datang dari cahaya peranti elektronik. Apabila dimakan, komponen ini akan diubah menjadi vitamin A oleh tubuh.

Selain menyihatkan mata, vitamin A boleh menajamkan daya penglihatan anda. Oleh itu, kedondong sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat masalah jangkitan mata.

2. Meningkatkan sistem imun tubuh

Tubuh akan mudah terdedah kepada bermacam penyakit jika sistem imun lemah. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap imunisasi adalah melalui pengambilan vitamin C.

Selain karbohidrat, buah kedondong juga kaya dengan kandungan Vitamin C. Ia menyokong sel darah putih untuk melawan sebarang ancaman kuman.

3. Mengurangkan keradangan

Khasiat lain buah sukun adalah melawan keradangan. Ia merupakan tindak balas semulajadi tubuh manusia setiap kali berlakunya kecederaan atau jangkitan.

Kajian menyatakan selain isi buah kedondong, ekstrak daunnya juga mengandungi flavonoid iaitu sejenis antioksidan bersifat anti-radang.

Ia didakwa mampu mengurangkan banyak komplikasi, termasuklah keradangan usus hingga sakit tekak.

4. Mencegah masalah penghadaman

Khasiatnya padat dengan antioksidan seperti flavonoid, terpenoid, dan tanin. 3 komponen ini bekerja secara sinergi untuk menggalakkan sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Kandungan air dalam kedondong pula dapat mencegah dehidrasi, yang boleh memburukkan lagi masalah pencernaan.

Buah kedondong juga mengandungi asid yang tinggi, justeru membantu aktifkan jus gastrik dalam perut secara semulajadi. Ini bertujuan untuk memudahkan asimilasi makanan.

5. Merawat anemia

Tahukah anda, vitamin C yang terdapat pada buah kedondong membantu dalam pembentukan sel darah merah. Ia juga menggalakkan penyerapan zat besi yang diperlukan untuk melawan penyakit anemia.

Satu kajian menunjukkan, sekumpulan pesakit anemia yang diberi vitamin C mengalami peningkatan dalam kualiti hidup mereka.

Selain itu, kandungan vitamin B1 juga menggalakkan penghasilan sel darah merah dan meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.

6. Menurunkan berat badan

Menariknya lagi, buah ini juga boleh jadi makanan diet yang ideal untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan. Ini kerana kedondong kaya dengan jumlah serat, selain rendah karbohidrat, lemak dan kalori.

Di samping membuatkan perut berasa kenyang lebih lama, kandungan serat dan air juga dapat menghalang anda daripada makan berlebihan.

Namun untuk dapatkan diet yang ideal, disaran ambil buah kedondong yang masih muda kerana sangat tinggi serat. Manakala buah yang telah matang lebih tinggi dengan sukrosa, seterusnya jumlah kalori pun bertambah.

7. Baik untuk kesihatan gigi dan tulang

Kajian menunjukkan, kalsium dan fosforus merupakan ‘duet’ terpenting yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang serta gigi. 

Dua komponen yang terdapat dalam buah kedondong ini meningkatkan ketumpatan tulang, seterusnya memastikan ia sihat untuk sokongan dan mobiliti. 

Kalsium juga menguatkan enamel pada gigi. Ini dapat mengelakkan kerosakan yang berpunca daripada mengunyah ataupun sakit gigi.

8. Melegakan batuk

Bagi mereka yang tidak tahu, buah kedondong juga mampu melegakan batuk secara semulajadi. Ia disebabkan oleh kandungan vitamin C yang mampu melegakan kegatalan di tekak.

Cara membuat ‘ubatnya’ agak mudah, cuma ambil 2-3 biji kedondong yang telah dibasuh dan diparut. Kemudian masukkan sedikit garam dan minum 3 kali sehari.

Namun sekiranya gejala batuk ataupun selsema terus berpanjangan, anda disaran untuk dapatkan ubat dengan preskripsi doktor.

9. Menjaga kesihatan jantung

Kedondong ternyata mempunyai khasiat untuk menjaga kesihatan jantung. Ini kerana kandungan serat yang terdapat dalam buah kedondong.

Sebuah jurnal menyatakan bahawa, pengambilan serat setiap hari boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

10. Mencegah saluran darah tersumbat

Bukan itu sahaja, kedondong juga boleh mencegah aterosklerosis. Ia adalah keadaan apabila saluran darah tersumbat, sehingga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Apabila oksigen dan nutrien dapat melalui saluran darah dengan lancar, maka risiko kolesterol tersumbat pada arteri juga dapat dielakkan.

Selain itu, buah kedondong juga mengandungi sejenis antioksidan yang membantu mengekalkan paras tekanan darah pada kadar normal.

11. Mengurangkan risiko diabetes

Serat dalam buah kedondong terbukti membantu kawal kadar gula dalam darah dan mengurangkan kesan diabetes. Dengan mencerna serat, tubuh tidak akan mendapat banyak kalori untuk disimpan semula seperti sebelum penghadaman. 

Antioksidan terdapat pada kedondong juga melindungi tubuh daripada radikal bebas, yang menyebabkan tubuh mudah terdedah pada komplikasi diabetes.

Ini sekaligus menjadikan buah sukun sebagai hidangan yang sihat untuk dimakan oleh penghidap kencing manis.

12. Mampu sembuhkan luka akibat terbakar

Dari segi khasiat perubatan, buah ini juga dapat mempercepat proses penyembuhan luka. Daun dan kulit kedondong boleh dijadikan ubat sapu pelbagai luka termasuklah luka akibat terbakar.

Sementara itu, kandungan vitamin C dalam buah kedondong sangat berguna untuk mekanisme pertahanan dalam tubuh serta memperbaiki tisu kulit.

13. Meningkatkan penghasilan kolagen 

Menurut kajian, buah ini juga kaya dengan antioksidan yang mendorong pembentukan kolagen iaitu flavonoid. Ekstrak daun kedondong boleh digunakan sebagai pengganti pelembap ataupun losyen badan. 

Di samping meningkatkan kecantikan kulit, flavonoid juga mampu melindunginya daripada radikal bebas berbahaya serta penyakit kulit.

14. Penambah tenaga semulajadi

Kedondong mempunyai kandungan gula yang tinggi terutama dalam bentuk sukrosa. Bahan ini sekaligus boleh menyumbang tenaga kepada tubuh dengan pantas.

Selain penambah tenaga semulajadi, khasiat buah ini juga amat penting untuk meningkatkan daya tahan tubuh.

15. Merawat cirit-birit

Serat yang tinggi juga terbukti melancarkan proses pencernaan makanan. Ini sekaligus dapat mengatasi cirit birit, serta membuang air besar dengan baik.

Bukan itu sahaja, sebatian kloroform dalam ekstrak daun kedondong mengandungi sifat antimikrob yang berpotensi untuk melawan bakteria Disentri Shigella.

Ia merupakan penyebab utama jangkitan pada saluran penghadaman, dan menyebabkan gejala seperti cirit-birit, demam, serta kekejangan perut.

Kesan sampingan buah kedondong

Secara umumnya, buah kedondong selamat untuk dimakan oleh masyarakat tanpa mengira umur. Banyak manfaat diperolehi tubuh jika dimakan secara teratur dan berkala.

Namun terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu anda ketahui, lebih-lebih lagi sekiranya kedondong diambil secara berlebihan seperti :

Menyebabkan ibu hamil rasa mual berlebihan

Pengambilan buah kedondong dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan rasa mual yang berlebihan pada wanita hamil muda.

Ini disebabkan rasa buah kedondong yang sangat masam, seterusnya mencetuskan gejala muntah-muntah pula.

Mengakibatkan ulser perut

Selain itu, rasa masam buah kedondong juga boleh membuatkan perut jadi lebih sensitif seterusnya mengakibatkan ulser.

Antara simptom ulser adalah, perut akan berasa sakit dan anda tidak boleh mengambil sebarang makanan dengan betul. Jika mengalaminya, anda perlu segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan serta ubat ulser.

Pedih ulu hati

Peningkatan asid dalam tubuh juga boleh berlaku jika buah ini diambil secara berlebihan. Ini boleh menyebabkan gejala pedih ulu hati.

Ia berlaku disebabkan oleh peningkatan paras asid dari perut, yang naik hingga ke esofagus. Jika keadaan semakin memburuk, anda perlu dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan.

Cara makan buah kedondong

Cara makan Buah Kedondong

Selain itu, kaedah pengambilan buah ini juga penting bagi memperoleh khasiat yang maksimum. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara makan kedondong yang betul. 

Sebenarnya, ia boleh dimakan begitu sahaja. Namun jika kulitnya dikupas, secara automatik anda juga kehilangan sebahagian besar serat dan nutrien yang terdapat pada setiap biji kedondong.

Oleh itu, buah ini boleh dimakan atau diolah dengan pelbagai cara seperti :

Dicicah dengan kuah rojak

Di sesetengah tempat, buah kedondong sering dijadikan ramuan rojak. Ia turut dicampur dengan beberapa jenis buah lain seperti mangga, betik muda, sengkuang dan bermacam lagi. 

Rasa kedondong yang masam manis sangat enak dimakan apabila dicicah kuah rojak petis yang pedas. Biasanya, peminat juadah ini terdiri daripada golongan ibu hamil yang sedang mengidam.

Jadikan sebagai menu salad

Buah kedondong yang matang juga sering dijadikan sebagai antara menu salad yang padat nutrien dan menyihatkan.

Khasiat buah ini membuatkan anda terasa kenyang lebih lama, selain dapat mengurangkan hormon ghrelin yang merangsang kelaparan.

Jeruk kedondong

Jeruk Buah Kedondong

Buah kedondong juga boleh dibuat jadi jeruk dan dimakan.

Jus kedondong

Jus kedondong

Buah yang kaya dengan vitamin A dan C ini juga boleh diproses sebagai jus kedondong.

Selain sifatnya yang rendah kalori, minuman ini juga dapat jadi pelega batuk dan masalah sakit tekak semulajadi.

Kesimpulan

Sekiranya anda mahu cari snek buah yang lazat dan berkhasiat, buah kedondong merupakan pilihan yang sangat tepat. 

Ia kaya dengan pelbagai nutrien, serat, vitamin dan sesuai dimakan oleh semua peringkat usia. Buah kedondong juga mempunyai banyak manfaat lain seperti :

  1. Meningkatkan daya penglihatan
  2. Meningkatkan sistem imun tubuh
  3. Mengurangkan keradangan
  4. Mencegah masalah penghadaman
  5. Merawat anemia
  6. Menurunkan berat badan
  7. Baik untuk kesihatan gigi dan tulang
  8. Melegakan batuk
  9. Menjaga kesihatan jantung
  10. Mencegah saluran darah tersumbat
  11. Mengurangkan risiko diabetes
  12. Mampu sembuhkan luka akibat terbakar
  13. Meningkatkan penghasilan kolagen
  14. Penambah tenaga semulajadi
  15. Merawat cirit-birit

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah kedondong. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah kedondong.

Buah kedondong berasal dari kawasan tropika Malaysia dan Indonesia. Ia juga biasa ditanam dan dimakan di negara lain di Asia Tenggara, seperti Thailand, Vietnam, dan Filipina.

Buah kedondong boleh memberi manfaat kepada individu yang menghidap diabetes apabila dimakan secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Ambarella mempunyai indeks glisemik yang rendah, yang bermaksud ia mempunyai kesan minimum terhadap paras gula dalam darah. Ia mengandungi serat yang tinggi. Ia boleh membantu mengawal paras gula darah dan meningkatkan kepekaan insulin.

Buah kedondong bersifat berasid. Apabila dimakan, buah kedondong boleh memberi kesan berasid pada badan.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa sifat berasid atau asas makanan bukanlah faktor penentu utama kesannya terhadap keseimbangan pH keseluruhan badan. Tubuh manusia mempunyai sistem pengawalan pH yang kompleks dan mampu mengekalkan keseimbangan pH darahnya.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan