Buah Cempedak : 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Cempedak

Buah betik ternyata memiliki banyak kelebihan dan khasiat tersendiri terhadap aspek kesihatan selain sedap dimakan. Tidak kira dimakan secara segar atau digoreng, cempedak telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. 

Walaupun bentuknya seakan nangka, buah cempedak sebenarnya memiliki saiz yang lebih kecil dan isi buahnya juga banyak. Bukan itu sahaja, buah ini juga mempunyai banyak manfaat buat penggemarnya. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai kebaikan, khasiat nutrisi, kesan sampingan dan cara untuk menikmatinya dalam pelbagai cara. 

Jom kita mulakan !

khasiat buah cempedak infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah cempedak ?

buah cempedak featured image


Artocarpus Champeden Spreng merupakan nama saintifik buah cempedak dan sejenis tanaman bermusim dari keluarga Moraceae. Selain Malaysia, buah cempedak juga didapati hidup subur di Brunei, Thailand dan Indonesia. Tanaman bermusim ini selalunya menghasilkan pengeluaran antara bulan Julai sehingga Oktober.

Ketinggian pokok cempedak boleh mencecah 25 meter. Ia juga boleh hidup dengan subur dan baik di kawasan tanah rendah tropika berserta suhu antara 22 dan 35 darjah Celcius. Setiap pokok akan mula mengeluarkan hasil selepas 4 tahun disemai. Di Malaysia, pokok cempedak ditanam secara meluas di negeri-negeri Utara seperti Kedah dan Perak. 

Cempedak dikenali kerana isi buahnya yang manis berwarna kuning, bertekstur lembut dan mempunyai aroma kuat yang boleh membuka selera penggemarnya. Walaupun harganya makin meningkat setiap tahun sehingga mencecah belasan ringgit untuk satu kilogram, tapi permintaan terhadap buah cempedak tidak pernah berkurang.

Meskipun rakyat Malaysia lebih menggemari buah cempedak yang digoreng berbanding yang segar, ia masih membekalkan nutrisi yang baik untuk tubuh badan. Ini kerana, cempedak mengandungi serat yang tinggi dan kaya antioksidan.

Fakta nutrisi dan khasiat buah cempedak

buah cempedak nutrisi

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah cempedak:

Makronutrien:

Kalori447 Kcal
Jumlah Karbohidrat28.3g
Serat (Karbohidrat)7.6g
Protein11.2g
Lemak2.4g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.016 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.015 mg
Vitamin C17.7 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium3.4 mg
Iron0.5 mg
Magnesium46 mg
Potassium434 mg
Zinc 2.00 mg

15 kebaikan buah cempedak yang perlu diketahui

kebaikan buah cempedak

Buah cempedak mengandungi banyak vitamin, serat dan antioksidan. Justeru, kesemua nutrisi yang terdapat dalam buah ini sangat diperlukan oleh tubuh manusia.

Jom semak 15 khasiat dan kebaikan buah cempedak : 

1. Melancarkan proses penghadaman

Selain tinggi kandungan air, buah cempedak juga mengandungi dua jenis serat yang penting iaitu serat boleh larut dan serat tidak boleh larut. Kesemua komponen ini penting untuk menyokong sistem penghadaman yang sihat dan mencegah sembelit. 

Kajian menunjukkan, responden yang menghidap sembelit kronik berkurangan selepas menambahkan pengambilan serat dalam menu harian mereka. Ia memudahkan pergerakan najis keluar dari usus, seterusnya melancarkan lagi proses percernaan.

2. Membantu kawal selera makan

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, boleh tambahkan buah cempedak dalam menu harian anda.

Ia mengandungi nutrisi seperti karbohidrat, kalsium, protein, vitamin A, B dan C serta zat besi yang diperlukan setiap hari.

Buah cempedak juga membuatkan anda akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Oleh itu anda dapat mengelak daripada pengambilan makanan secara berlebihan, seterusnya mencapai berat badan yang ideal.

3. Bagus untuk penglihatan

Bukan sahaja lobak merah baik untuk mata, cempedak juga memiliki khasiat yang sama. Beta karoten dalam 6 biji buah cempedak cukup tinggi iaitu sekitar 79 mikrogram. 

Apabila sudah berada di dalam badan, beta karoten akan bertukar secara semulajadi menjadi vitamin A. Kajian menunjukkan vitamin A penting untuk meningkatkan tahap kesihatan mata. Ia mampu melindungi kornea mata anda daripada rabun dan katarak.

4. Mengatasi masalah kulit

Penghasilan vitamin A dari beta karoten tidak hanya baik untuk kesihatan mata tetapi juga baik untuk kulit. Pengambilan buah cempedak dengan kuantiti yang secukupnya dapat mengatasi masalah kulit.

Manfaat dari kandungan beta karoten yang tinggi dapat mencegah masalah awal penuaan, kedutan dan ekzema. Siapa sangka dengan hanya makan buah cempedak kulit jadi awet muda.

5. Merendahkan tekanan darah

  1. Selain serat, buah cempedak juga kaya dengan mineral magenesium. 100 gram isi buah ini boleh membekalkan sekitar 11% Recommended Nutrient Intake (RNI) untuk magnesium bagi rakyat Malaysia.

Khasiat daripada pengambilan magnesium yang mencukupi adalah boleh merendahkan tekanan darah. Kajian mendapati suplemen magnesium hanya menurunkan tekanan darah bagi mereka yang hipertensi sahaja, dan tidak bagi mereka yang memiliki paras tekanan darah normal.

6. Membekalkan tenaga segera

Jadual harian selalu padat dan anda perlukan tenaga segera? Buah cempedak adalah pilihan yang sangat tepat. Setiap 100 gram hidangan buah cempedak mengandungi sebanyak 117 kcal tenaga.

Khasiat ini dapat membekalkan anda tenaga secara sihat walaupun anda sibuk dengan rutin harian yang padat.

7. Mencegah kanser

Hasil kajian yang dijalankan oleh Prof. Sjamsul Arifin Achmad, kulit batang cempedak juga mempunyai khasiat iaitu artoindonesianidin.

Artoindonesianidin merupakan sejenis antioksidan dalam golongan flavonoid. Melalui ujian biologi, dengan hanya kepekatan kurang daripada 4 mikrogram per mililiter, artoindonesianidin dapat mengurangkan sel tumor leukimia sebanyak 50%.

8. Meningkatkan metabolisma badan

Metabolisma yang tinggi sangat membantu sistem dalam tubuh badan untuk mencerna makanan dengan cepat, seterusnya mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Selepas anda makan buah cempedak, bijinya jangan terus dibuang. Khasiat yang terdapat pada biji buah cempedak yang sudah direbus mampu meningkatkan metabolisma tubuh seseorang individu.

9. Melambatkan proses kerosakan sel

  1. Radikal bebas yang berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan sel, seterusnya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Antaranya seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan penyakit berkaitan mata.

Kajian mendapati, buah cempedak menunjukkan nilai sebatian 2 jenis antioksidan iaitu fenolik dan flavonoid yang sangat tinggi. Ini membuktikan potensinya sebagai sumber antioksidan semulajadi. 

Kehadiran fenolik dan flavonoid berupaya melambatkan kerosakan sel yang berpunca daripada radikal bebas berlebihan. 

10. Mencegah strok

Buah cempedak yang kaya dengan kandungan mineral bukan sahaja membuatkan badan kekal hidrasi tetapi memberikan manfaat lain juga.

Mineral yang tinggi berfungsi untuk mengekalkan cairan dalam tubuh dan melancarkan peredaran darah. Hal ini dapat memastikan tiada darah yang tersumbat dan seterusnya mencegah daripada masalah strok.

11. Menyingkirkan parasit 

Berdasarkan kajian dalam Jurnal Teknologi Laboratorium yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Indonesia, menunjukkan bahawa ekstrak dari buah cempedak boleh membunuh parasit jenis S.aureus.

Pertumbuhan parasit ini dapat dihalang dengan berkesan dengan adanya ekstrak dari biji buah cempedak. Ia juga berhasil untuk membunuh parasit seperti cacing. 

12. Membantu penyerapan air dengan baik

Cempedak kaya dengan mineral yang membuatkan tubuh badan dapat menyerap air dengan baik. Kebaikan ini juga dapat mengelakkan badan mengalami dehidrasi dan memastikan kulit sentiasa lembap. Selain itu, air yang mencukupi akan melancarkan proses untuk mengurangkan lebihan berat badan.

Berdasarkan jadual zat makanan, kandungan mineral dalam buah cempedak ialah sebanyak 67% dan ini membuktikan bahawa buah cempedak dapat membuatkan air dalam badan anda sentiasa mencukupi.

13. Mengatasi jangkitan saluran pundi kencing

Buah cempedak bermanfaat untuk mengatasi jangkitan saluran pundi kencing. Bakteria amat mudah menyerang organ dalam sistem pundi kencing, seperti uterus, kantung saluran pundi, dan uretra. 

Buah cempedak berupaya mengatasi infeksi saluran pundi kencing hasil daripada persenyawaan antibakteria di dalamnya. Oleh itu, ia berperanan memerangi bakteria yang menjadi penyebab jangkitan.

14. Menguatkan gigi dan tulang

Kandungan fosfor sebanyak 30mg dan kalsium sebanyak 20mg dalam cempedak sangat penting untuk menguatkan tulang dan gigi anda.

Buah cempedak memiliki kalsium yang lebih tinggi berbanding kalsium yang terdapat dalam buah epal dan buah pisang. 

15. Mengurangkan kejang otot atau cramp

Khasiat biji cempedak juga mampu menyihatkan otot sekaligus mengurangkan risiko berlakunya kekejangan atau cramp. Keadaan ini selalu terjadi terutamanya ketika waktu wal pagi atau cuaca sejuk.

Kandungan mineral tinggi yang terdapat dalam buah cempedak membantu keseimbangan garam dalam badan untuk mengurangkan risiko kekejangan.

Kesan sampingan buah cempedak

kesan sampingan buah cempedak

Tidak kira peringkat umur atau lapisan masyarakat, cempedak umumnya selamat untuk dimakan. Banyak manfaat boleh diperolehi daripada buah ini jika diambil dengan kuantiti dan cara yang betul.

Walaupun memiliki nutrisi makanan yang bagus, tetapi pengambilan cempedak secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti :

Punca kembung perut dan pedih ulu hati

Kehadiran sejenis karbohidrat iaitu oligosakarida memberikan reaksi yang berbeza mengikut mikroflora yang terdapat dalam usus. Oleh itu, sesetengah individu berpotensi alami masalah kembung perut dan pedih ulu hati apabila makan cempedak.

Cara yang terbaik untuk mengurangkan gejala ini adalah dengan memasaknya terlebih dahulu. Cempedak yang digoreng dapat dinikmati dengan perut selesa.

Meningkatkan gejala GERD

Gastroesophageal reflux disease (GERD) berlaku apabila bahan yang terkandung di dalam perut beserta asid mengalir kembali (refluks) ke esofagus dan menyebabkan iritasi. 

Kesannya termasuklah gejala mual, sakit dada, pedih ulu hati, masalah pernafasan dan banyak lagi.

Penyebab kontraksi awal dan keguguran

Gejala GERD teruk juga boleh menyebabkan suhu dalam kandungan ibu hamil meningkat. Selain berlakunya kontraksi awal, komplikasi yang paling merisaukan adalah menyebabkan kelahiran pramatang.

Justeru bagi ibu hamil yang teringin makan buah cempedak, anda disarankan untuk mengambil seulas dua sahaja bagi menghilangkan rasa mengidam.

Cara makan buah cempedak

cara makan buah cempedak

Bagi mendapatkan khasiat yang maksimum, kaedah pengambilan buah cempedak juga penting. Pelbagai cara akan kami kongsikan untuk anda menikmati buah cempedak dengan betul.

Selain enak dimakan segar, buah cempedak juga boleh diolah seperti :

Goreng dengan tepung

Buah cempedak yang digoreng melalui teknik celup tepung sememangnya menjadi pilihan ramai sebagai menu minum petang.

Cempedak goreng juga membantu mengurangkan gejala GERD. Walaupun begitu, makanlah dengan kuantiti yang sederhana sahaja.

Jus buah cempedak

Jus sememangnya minuman yang menjadi pilihan ramai ketika cuaca panas. Rasa buah cempedak yang lemak manis dan teksturnya yang juga lembut senang untuk dikisar. 

Jus cempedak sesuai dinikmati sejuk dan memiliki khasiat yang diperlukan tubuh badan.

Biji buah cempedak direbus

Biji buah cempedak juga boleh dimakan tetapi haruslah direbus terlebih dahulu. Setelah direbus, teksturnya seakan buah berangan. Rasa manis dan masin berlemak membuatkan biji cempedak rebus sesuai dijadikan kudapan.

Kesimpulan

Sekiranya anda mahu cari snek buah yang lazat dan berkhasiat, buah cempedak merupakan pilihan yang sangat tepat. 

Ia kaya dengan pelbagai nutrien, serat, vitamin dan sesuai dimakan oleh semua peringkat usia. Buah ini juga mempunyai banyak manfaat lain seperti :

  1. Melancarkan proses penghadaman
  2. Membantu kawal selera makan
  3. Bagus untuk penglihatan
  4. Mengatasi masalah kulit
  5. Merendahkan tekanan darah
  6. Membekalkan tenaga segera
  7. Mencegah kanser 
  8. Meningkatkan metabolisma badan
  9. Melambatkan proses kerosakan sel
  10. Mencegah strok
  11. Menyingkirkan parasit 
  12. Membantu penyerapan air dengan baik
  13. Mengatasi jangkitan saluran pundi kencing
  14. Menguatkan gigi dan tulang
  15. Mengurangkan kejang otot atau cramp

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan