Buah Delima: 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Pomegranate

Buah Delima atau juga dikenali sebagai Pomegranate ini mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Buah delima juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat.

Jika sebelum ini anda makan buah delima tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel ini kami akan membincang semua tentang buah delima termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi, cara makan serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

Khasiat Kebaikan Buah delima infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah delima?

buah delima featured image

Buah delima, juga dikenali sebagai Punica Granatum adalah sejenis pokok renek atau kecil dalam keluarga Lythraceae. Tumbuhan yang berasal dari Asia Barat Daya ini boleh membesar sehingga lapan meter dan telah ditanam secara meluas seperti di Algeria, Armenia dan Turki. 

Buahnya mempunyai kulit yang tebal dan keras dan berwarna merah apabila sudah ranum. Isinya pula berbentuk bijian-bijian kecil heksagon, berkilat, lutsinar dan rasanya manis.

Dianggarkan dalam satu biji buah delima terdapat 200 hingga 1400 isi buah dan setiap satunya dikelilingi isi selaput berjus berwarna merah dan lutsinar. 

Di Malaysia, anda boleh dapati buah delima di pasar raya besar dan kecil. Isi bijinya boleh dimakan begitu sahaja, dicampurkan ke dalam makanan seperti salad atau dibuat jus sebagai makanan tambahan yang berkhasiat.

Fakta nutrisi dan khasiat buah delima

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah delima:

Makronutrien:

Kalori83 Kcal
Jumlah Karbohidrat18.7g
Serat (Karbohidrat)4.0g
Gula (Karbohidrat)13.70g
Protein1.67g
Lemak1.17g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.067 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.053 mg
Niacin (Vitamin B3)0.293 mg
Pantothenic acid (Vitamin B5)0.377 mg
Vitamin B60.075 mg
Folate (Vitamin B9)38 mcg
Vitamin C10.2 mg
Vitamin E0.6 mg
Vitamin K16.4 mcg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium10 mg
Copper0.16 mg
Iron0.3 mg
Magnesium12 mg
Manganese0.119 mg
Phosphorus36 mg
Potassium236 mg
Selenium0.5 mcg
Sodium3 mg
Zinc 0.35 mg

15 kebaikan buah delima yang menakjubkan

1. Membantu masalah kulit seperti jerawat dan ruam

buah delima bantu masalah kulit

Buah delima dapat membantu dalam menjaga kulit anda. Ekstrak daripada buah delima dapat mengurangkan masalah jerawat dan masalah kulit yang lain jadi tidak hairanlah mengapa terdapat banyak jenama penjagaan kulit di Malaysia dan luar negara menggunakan ekstrak buah delima di dalam produk kecantikan mereka.

Kajian menunjukkan ekstrak buah delima dapat digunakan untuk mengurangkan masalah jerawat kerana mengandungi pelbagai kapasiti anti-jerawat termasuk antibakteria yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang berkaitan dengan jerawat.

2. Mengurangkan kedutan dan melambatkan proses penuaan

Di dalam zaman serba moden ini, ramai yang inginkan wajah yang nampak muda dari usia. Mungkin khasiat buah delima adalah salah satu solusinya untuk mengurangkan kedutan dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi. 

Kajian menunjukkan ekstrak kulit delima berkesan dalam melambatkan penuaan dan kedutan kulit dan satu kajian dari Hallym Universiti di Korea lagi menyatakan asid ellagic yang terdapat dalam ekstrak kulit delima boleh mengurangkan kedutan.

3. Kurangkan risiko kanser

Buah delima dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana bersifat anticancerogenic.

Kajian menunjukkan terdapat bukti bahawa delima mempunyai kesan anticancerogenic yang dapat membantu kanser prostat dan boleh digunakan dengan selamat dalam dos yang tinggi.

Kajian lain pula menunjukkan ekstrak buah delima mengandungi agen pencegahan yang melawan serangan kanser kulit.

Namun, disebabkan banyak produk yang berasaskan ekstrak buah delima di pasaran, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam memilih produk yang bersesuaian dengan kesihatan anda dan harus mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan apa-apa jenis perubatan.

4. Kurangkan sakit tekak dan batuk

Mengikut perubatan tradisional, kulit buah delima dalam dapat melegakan batuk dengan dan serbuk kulit buah delima yang dicampurkan dengan air dapat mengurangkan sakit tekak.

Menurut kajian,  ekstrak kulit buah delima berkesan sebagai penyediaan antipatogenik dan prebiotik untuk melawan bakteria. Dalam kajian yang lain menunjukkan ekstrak hidroalkohol dari kulit buah delima bersifat antibakteria pada bakteria mulut iaitu S. sanguinis, S. mutans, S. salivarius, S. sobrinus, dan E. faecalis.

5. Baik ketika badan berasa demam

Jus buah delima kaya dengan vitamin C. Disebabkan itu ramai menyukai jus buah delima yang rasanya pahit manis kerana dipercayai dapat menguatkan sistem imun badan.

Menurut kajian, vitamin C dapat melindungi kita dari serangan jangkitan kuman yang boleh mengganggu sistem imun. 

Dalam satu kajian lain menunjukkan jus buah delima dapat membantu untuk mengelakkan jangkitan kuman.

6. Baik untuk kesihatan jantung

Kandungan polifenol yang tinggi di dalam buah delima dipercayai dapat membantu dalam mengawal penyakit jantung.

Kajian menunjukkan Pesakit jantung yang minum satu cawan jus delima setiap hari  dapat mengurangkan kadar intensi dan tempoh kesakitan dada yang ketara berbanding dengan kumpulan plasebo.

Walau bagaimanapun, kajian yang mendalam mengenai kebaikan jus delima dalam menyokong kesihatan jantung harus dikaji secara mendalam lagi untuk membuktikan keberkesanannya dalam meningkatkan kesihatan jantung.

7. Baik untuk menguatkan tulang

Kulit buah delima berkesan dalam mengurangkan kehilangan ketumpatan tulang dan membantu dalam kesihatan tulang. Kulit buah delima kaya dengan tanin, polifenol, dan flavonoid, dan pengambilan ekstraknya sebagai makanan tambahan mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang.

Kajian menunjukkan pengambilan ramuan yang diperbuat daripada kulit buah delima boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis selepas putus haid.

8. Baik untuk penjagaan usus

Usus yang dijaga dengan baik berpotensi untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Ini kerana usus yang sihat dapat menjalankan sistem pencernaan makanan dengan lancar.

Buah delima boleh merangsang bakteria usus yang sihat dan mengurangkan keradangan dalam saluran penghadaman. Biji buah delima kaya dengan serat  yang bagus untuk probiotik dan membantu mencegah masalah  pencernaan tertentu.

Kajian menunjukkan kandungan serat yang terdapat dalam buah-buahan adalah penting untuk pencernaan dan melindungi daripada beberapa masalah usus seperti sembelit, buasir, kanser kolon, penyakit refluks gastroesophageal dan diverticulitis.

9. Dapat mengurangkan keradangan

Keradangan pada organ badan manusia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan berkemungkinan menghidap penyakit kronik. Antioksidan yang terdapat di dalam buah delima berpotensi untuk mengurangkan keradangan dalam badan.

Kajian mendapati dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima  boleh mengurangkan penanda keradangan seperti Interlukin-6 dan protein C-reaktif. 

Kajian lain menunjukkan pengambilan buah delima boleh membantu mencegah peningkatan risiko penyakit kronik.

10. Bersifat antimikrob dan antibakteria

Saintis percaya khasiat buah delima boleh memainkan peranan yang berguna dalam mengawet makanan, termasuk mencegah pentumbuhan bakteria salmonella kerana buah delima bersifat antibakteria.

Kajian menunjukkan asid elagic dan tanin yang terkandung di dalam buah delima mempunyai kesan antimikrob, antibakteria dan antivirus. 

Kajian pada tahun 2021 pula menunjukkan sebatian daripada delima juga mempunyai kesan antibakteria terhadap Listeria monocytogenes, bakteria yang terdapat dalam persekitaran lembap yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya jika tertelan.

11. Menguatkan buah pinggang

Sebatian dalam delima boleh membantu mengurangkan batu karang yang mungkin hasil daripada sifat antioksidannya.

Kajian menunjukkan khasiat buah delima boleh membantu dalam pencegahan batu karang. 

Dalam kajian lain terhadap haiwan pula mendapati bahawa ekstrak buah delima boleh membantu mengawal kepekatan oksalat, kalsium, dan fosfat dalam darah, yang merupakan komponen yang membentuk batu karang.

12. Baik untuk kesihatan otak

Sebatian dalam buah delima boleh membantu melindungi kesihatan otak, terutamanya penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan pemulihan daripada kecederaan otak.

Kajian menunjukkan sebatian dalam buah delima, ellagitannins boleh membantu melindungi otak daripada mengalami penyakit Alzheimer dengan mengurangkan kerosakan oksidatif dan meningkatkan kemandirian sel-sel otak.

13. Dapat mencegah arthritis

Buah delima boleh membantu mencegah arthritis daripada berlaku. Arthritis adalah penyakit yang berkaitan dengan tulang sendi yang boleh menyebabkan bengkak, kemerahan dan kekejangan. 

Kajian menunjukkan ekstrak buah delima boleh mencegah signal genetik yang menyumbang kepada osteoarthritis (OA). 

Jus buah delima juga dapat membantu dalam mengurangkan pecahan tulang rawan. Kajian menunjukkan peserta yang mengambil jus buah delima melaporkan fungsi tulang rawan yang lebih baik dan kurang kekakuan daripada mereka yang tidak mengambil jus buah delima.

14. Baik untuk penjagaan gigi dan mulut yang sihat

Kulit buah delima sering digunakan dalam serbuk gigi dan ubat gigi.

Kajian menunjukkan kulit buah delima dikatakan mempunyai kesan antibakteria dan antireput yang boleh membantu menangani pelbagai masalah pergigian seperti gingivitisi, plak gigi, gigi reput dan ulser mulut.

Kajian lain juga menemui buah delima dapat menghalang pertumbuhan kuman yang menyumbang kepada periodontitis (penyakit gusi radang).

15. Membantu masalah disfungsi erektil (ED)

Jus buah delima dapat membantu masalah disfungsi erektil (ED). 

Kajian mendapati bahawa pengambilan jus delima sebanyak 8 auns (oz) setiap hari telah membantu hampir separuh peserta kajian melihat peningkatan dalam ereksi mereka.

Apa kesan sampingan buah delima

kesan sampingan buah delima

Jus buah delima yang diambil secara sederhana berkemungkinan besar selamat untuk kebanyakan orang. Walaupun terdapat banyak khasiat buah delima, individu dengan kondisi kesihatan tertentu harus berhati-hati jika mahu makan atau minum buah delima.

Bagi sesetengah orang, mereka boleh diserang alah seperti kegatalan, bengkak, hidung berair, kesukaran bernafas dan anafilaksis (sejenis tindak balas yang mengancam nyawa). 

Kajian menunjukkan pengambilan buah delima menghasilkan tindak balas terhadap ubat-ubatan tertentu seperti:

  • Antiarrhythmics: Ubat untuk degupan jantung yang tidak teratur, termasuk Cordarone (amiodarone), Norpace (disopyramide), dan quinidine
  • Imunosupresan: Ubat untuk penyakit autoimun, termasuk Sandimmune (siklosporin), Neoral (siklosporin), dan Prograf (tacrolimus)
  • Protease inhibitors: ubat Anti-retroviral ,  termasuk Norvir (ritonavir)

Cara makan buah delima

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara makan buah delima. Tekstur buahnya yang keras bukan penghalang untuk ada merasai buah yang mempunyai banyak khasiat ini. 

Cara potong buah delima

Sebelum mengetahui cara makan, kita harus belajar dulu cara memotong buah ini terlebih dahulu:

  1. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong bahagian atas buah delima.
  2. Tarik kulit bahagian atas buah delima.
  3. Potong buah delima kepada beberapa bahagian dari atas ke bawah.
  4. Setelah selesai memotong buah delima kepada beberapa bahagian, tarik setiap bahagian hirisan buah delima tadi dari bahagian atas. 
  5. Asingkan biji buah delima di dalam bekas. 

Terdapat pelbagai cara lain untuk memotong buah delima di internet untuk anda pilih yang bersesuaian dengan anda. 

Buah delima boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti:

Minuman jus delima

jus buah delima

Khasiat buah delima dapat dinikmati dalam bentuk minuman atau jus dan rasanya yang pahit manis menjadi kesukaan pelbagai usia. Masukkan bijinya ke dalam mesin jus, letakkan air mengikut cita rasa anda dan kisar sehingga biji-biji buah delima itu hancur. 

Boleh juga dicampurkan dengan buah-buahan yang lain.

Pencuci Mulut dan Hiasan Makanan

cara makan buah delima

Biji buah delima sangat sesuai untuk dihiaskan di atas masakan atau digunakan sebagai pencuci mulut. Warnanya yang merah boleh menarik selera dan mencantikkan lagi hidangan anda. 

Taburan biji buah delima boleh memberikan tekstur dan rasa yang pelbagai terhadap resipi anda. Contohnya salad, sayur-sayuran panggang, oat, kek dan ais krim.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari snek yang berkhasiat dan lazat, buah delima adalah pilihan yang bagus.

Ia rendah kalori dan tinggi nutrien, serat dan antioksidan. Ia juga mempunyai banyak manfaat seperti:

  1. Membantu masalah kulit seperti jerawat dan ruam
  2. Mengurangkan kedutan dan melambatkan proses penuaan
  3. Kurangkan risiko kanser
  4. Kurangkan sakit tekak dan batuk
  5. Baik ketika badan berasa demam
  6. Baik untuk kesihatan jantung
  7. Baik untuk menguatkan tulang
  8. Baik untuk penjagaan usus
  9. Dapat mengurangkan keradangan
  10. Bersifat antimikrob dan antibakteria
  11. Menguatkan buah pinggang
  12. Baik untuk kesihatan otak
  13. Dapat mencegah arthritis
  14. Baik untuk penjagaan gigi dan mulut yang sihat
  15. Membantu masalah disfungsi erektil (ED)

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah delima. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah delima.

Ya, selamat makan buah delima setiap hari. Delima mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin C, vitamin K, dan kalium. Ia juga kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. Pengambilan buah delima secara konsisten boleh memberikan manfaat kesihatan yang berpanjangan.

Tidak, delima tidak dikelaskan sebagai buah yang tinggi kandungan gula. Walaupun delima mengandungi gula asli, ia tidak tinggi kandungan gula seperti dalam minuman manis atau makanan yang diproses. Secara purata, buah delima mengandungi kira-kira 24 gram gula dalam setiap cawan bersaiz sederhana. Selain itu, buah delima juga mengandungi serat yang membantu mengimbangi kesan gula dalam badan. Walau bagaimanapun, jika anda menghidap diabetes atau perlu memantau pengambilan gula anda, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat khusus.

Delima diketahui memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang baik untuk lelaki. Berikut adalah beberapa sebab mengapa buah delima baik untuk lelaki:

  • Menggalakkan kesihatan jantung: Delima kaya dengan antioksidan seperti punicalagin, yang telah dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Antioksidan ini membantu melindungi jantung daripada kerosakan oleh radikal bebas dan juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Menggalakkan kesihatan prostat: Delima telah dikaitkan dengan kesihatan prostat yang lebih baik. Kajian menunjukkan ekstrak buah delima boleh membantu mengurangkan pembesaran prostat dan mengurangkan risiko penyakit prostat seperti kanser prostat.
  • Meningkatkan kecekapan seksual: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa delima boleh membantu meningkatkan prestasi seksual lelaki. Ia dikaitkan dengan peningkatan aliran darah ke kawasan kemaluan, yang boleh meningkatkan ereksi dan prestasi seksual.
  • Meningkatkan kesuburan: Delima diketahui membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Kandungan antioksidan dalam buah delima dapat membantu melindungi sperma daripada kerosakan oksidatif dan meningkatkan kualiti sperma.
  • Mengekalkan kesihatan umum: Delima adalah sumber vitamin C, vitamin K, kalium dan serat yang baik. Nutrien ini penting untuk kesihatan dan kecergasan am lelaki.

Ya, anda boleh makan buah delima pada waktu malam. Delima adalah sumber pemakanan yang baik dan tiada bukti saintifik mengaitkannya dengan sebarang masalah tertentu jika dimakan pada waktu malam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.

Sebaliknya, elakkan mengambil makanan berat atau terlalu banyak sebelum tidur, termasuk buah delima. Oleh kerana delima mengandungi serat, asid organik dan air, ia mungkin memerlukan penghadaman yang lebih lama, dan makan terlalu banyak pada waktu malam boleh menyebabkan ketidakselesaan perut atau gangguan tidur.

Selain itu, jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu atau mengikuti diet yang mempunyai sekatan makanan pada waktu malam, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan pakar pemakanan atau doktor anda untuk mendapatkan nasihat khusus mengenai pengambilan buah delima pada waktu malam.

Secara keseluruhannya, adalah selamat untuk makan buah delima pada waktu malam, tetapi pastikan anda memantau jumlah yang dimakan dan mengekalkannya sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup sihat secara keseluruhan.

Ya, anda boleh makan buah delima semasa perut kosong. Delima adalah makanan ringan dan mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh. Makan semasa perut kosong tidak akan menyebabkan sebarang masalah kesihatan yang ketara.

Malah, makan buah delima semasa perut kosong dapat membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik. Jika perut kosong, proses penghadaman dan penyerapan nutrien berjalan dengan lebih cekap. Oleh itu, makan buah delima semasa perut kosong dapat memaksimumkan khasiat khasiat yang diperolehi daripadanya.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan