Buah Markisa: 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Markisa

Buah markisa atau juga dikenali sebagai passion fruit ini mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Buah markisa juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat.

Jika sebelum ini anda makan buah markisa tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel ini kami akan membincang semua tentang buah markisa termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi, cara makan serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

Khasiat dan Kebaikan Buah Markisa Infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa Itu Buah Markisa

Apa Itu Buah Markisa

Buah markisa, juga dikenali sebagai Passiflora edulis, adalah sejenis pokok anggur dan ditanam di kawasan beriklim sederhana di Amerika Selatan, Australia, Afrika Selatan dan India. Buah markisa juga merupakan tumbuhan memanjat yang memerlukan para atau sokongan.

Buahnya berbentuk seperti buah beri dan berbentuk sfera atau ovoid. Dikenali dengan rasa masam dan manis, buah markisa sentiasa digunakan sebagai minuman.

Buah ini padat dengan biji berair dan sentiasa diperah untuk mendapatkan jus atau airnya yang benar-benar lazat.

Selain itu, markisa mempunyai dua jenis yang biasa ditanam iaitu buah kuning (Passiflora flavicarpa) dan buah ungu (Passiflora edulis). Kedua-duanya mempunyai rasa masam yang sama.

Namun, varieti markisa kuning lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang lebih banyak berbanding markisa ungu. Antara jenis markisa lain ialah markisa manis, markisa gergasi dan markisa pisang.

Fakta nutrisi dan khasiat buah markisa

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah markisa:

Makronutrien:

Kalori97 Kcal
Jumlah Karbohidrat23.4g
Serat (Karbohidrat)10.4g
Gula (Karbohidrat)11.2g
Protein2.2g
Lemak0.7g

Mikronutrien (Vitamin):

Folates14 µg
Niacin1.500 mg
Pyridoxine0.100 mg
Riboflavin0.130 mg
Vitamin A1274 IU
Vitamin C30 mg
Vitamin E0.02 µg
Vitamin K0.7 mg

Mikronutrien (Mineral):

Potassium348 mg
Calcium
12 mg
Copper0.086 mg
Iron1.60 mg
Magnesium29 mg
Phosphorus68 mg
Selenium0.6 µg
Zinc0.10 µg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Carotene-ß743 µg
Crypto-xanthin-ß41 µg


15 Kebaikan Buah Markisa

1. Baik untuk penyakit diabetes

Manfaat pertama buah markisa ialah ia mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 30 dan pada masa yang sama dapat mengekalkan paras gula dalam darah. Malah, markisa juga sesuai untuk pesakit kencing manis.

Selain itu, terdapat kajian menunjukkan bahawa biji yang terdapat dalam markisa ini mengandungi piceatannol yang boleh meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.

2. Baik untuk kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah

Dengan mengamalkan memakan markisa dapat menyokong kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah.

Kajian membuktikan pengambilan kalium (potassium) boleh menyumbang kepada penurunan tekanan darah dan boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti serangan jantung.

Buah markisa juga mengandungi kandungan mineral kalium yang tinggi iaitu 62.6 mg untuk setiap biji buah markisa.

3. Dapat kurangkan risiko kanser

Buah markisa ini mempunyai kandungan vitamin yang tinggi seperti Vitamin C, zat besi, kalium A dan juga serat makanan.

Kebaikan vitamin C dan Vitamin A dapat membantu dalam mencegah tubuh kita daripada risiko kanser. Kandungan antioksidan dalam buah ini dapat membantu dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Kajian (ini, ini, ini, ini dan ini) menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan beta karotena berasaskan tumbuhan telah dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk beberapa kanser, termasuk prostat, kolon, perut dan payudara.

4. Tingkatkan sistem imun

Buah markisa mempunyai beberapa manfaat dalam sistem imun tubuh manusia. Buah markisa kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan penting dalam menjaga kesihatan sistem imun.

Pada masa yang sama Vitamin C membantu melawan radikal bebas dan meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang penting dalam memerangi jangkitan dan penyakit berjangkit lain. Kajian juga membuktikan Vitamin C adalah antioksidan penting dalam mengekalkan sistem imun badan anda.

5. Baik untuk sistem pencernaan dan penghadaman

Jika anda mempunyai masalah pencernaan, anda boleh mengamalkan makan buah markisa. Ini kerana buah markisa mempunyai manfaat yang baik dalam masalah pencernaan.

Buah markisa mengandungi serat yang tinggi yang dibukti dapat membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.

Buah markisa juga membantu dalam meredakan sakit perut kerana mempunyai kandungan flavonoid yang dapat mengurangkan keradangan pada saluran pencernaan.

6. Dapat tingkatkan kesihatan kognitif dan kurangkan kebimbangan

Manfaat buah markisa seterusnya ialah dapat mengurangkan rasa kebimbangan atau kecemasan. Buah markisa mengandungi magnesium, yang merupakan mineral yang diperlukan untuk memastikan fungsi saraf yang sihat.

Selain itu, peranan magnesium dapat mengurangkan perasaan cemas dan tekanan. Satu kajian juga telah membuktikan bahawa kandungan magnesium boleh membantu dalam menguruskan tahap kebimbangan.

7. Baik untuk kesihatan tulang

Buah markisa juga mengandungi Vitamin K yang berfungsi dalam pembentukan tulang yang kuat dan sihat. Selain itu, markisa juga mengandungi kalsium yang berperanan dalam pembentukan tulang, dan juga membantu dalam kesihatan gigi dan otot.

Kajian telah menunjukkan bahawa penghidap osteoarthritis lutut telah mengambil ekstrak kulit buah markisa ungu dan mengalami sakit sendi yang kurang berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

8. Dapat bantu anda tidur lena

Jika anda mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur lena, dengan makan markisa anda boleh menyelesaikan masalah ini.

Dalam satu kajian telah terbukti bahawa buah markisa adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan tidur yang lebih lena. Sebelum tidur anda boleh minum segelas jus markisa untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik.

9. Baik untuk kesihatan mata

Buah markisa mengandungi Vitamin A yang penting untuk kesihatan mata. Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan sel mata dan meningkatkan fungsi penglihatan.

Buah markisa yang kaya dengan beta karotena juga baik untuk mata. Tubuh anda menukarnya menjadi vitamin A, yang penting untuk mengekalkan penglihatan yang baik.

Ia dibuktikan bahawa jika anda tidak mengambil vitamin A yang mencukupi, anda mungkin mengalami rabun malam, mata kering, atau keadaan yang lebih serius, bergantung kepada keterukan kekurangan anda.

10. Bantu turunkan berat badan

Buah markisa adalah buah yang rendah kalori dan rendah lemak dan sangat sesuai diamalkan jika anda merancang untuk menurunkan berat badan.

Buah markisa juga kaya dengan serat yang penting untuk melambatkan penyerapan glukosa dan menahan rasa lapar.

Selain itu juga buah markisa turut mengandungi Vitamin C untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lemak, ini dapat dibuktikan dengan kajian menyatakan Vitamin C adalah sumber antioksidan yang penting jika ada ingin menurunkan berat badan.

11. Dapat mencegah sembelit

Buah markisa kaya dengan kandungan serat, di mana kandungan seratnya dapat membantu merangsang pergerakan bahan di dalam usus dan melancarkan proses penghadaman.

Kajian juga menunjukkan bahawa serat makanan dan air boleh mencegah sembelit dan memperbaiki penghadaman.

Kajian juga menunjukkan bahawa buah markisa digalakkan untuk makan di China untuk rawatan batuk, serak, sembelit, dismenorea, artralgia, disentri, insomnia.

12. Kurangkan risiko serangan asma

Buah markisa juga dipercayai boleh merawat asma. Kandungan anti-radang yang terkandung dalam markisa boleh membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Kajian menunjukkan kesan pengambilan makanan tambahan buah markisa ungu selama 4 minggu dan terbukti dapat mengurangkan kesemutan, batuk dan sesak nafas.

13. Melancarkan peredaran darah

Kajian menunjukkan Scirpusin B, sebatian dalam biji markisa, bertindak sebagai bahan vasorelaxing. Ia melegakan saluran darah, dan ini boleh menggalakkan peredaran darah.

Buah markisa juga kaya dengan potassium yang dapat mengawal tekanan darah dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.

14. Baik sebagai anti penuaan

Vitamin A dan Vitamin C yang terkandung dalam biji markisa bertindak sebagai anti-oksidan yang dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.

Kajian menunjukkan Vitamin C yang terdapat dalam markisa penting untuk penghasilan kolagen. Dengan meningkatkan pengeluaran kolagen, markisa boleh membantu anda mengekalkan kulit yang lebih sihat dan anti-penuaan.

15. Baik untuk kecantikan kulit

Selain daripada menjaga kesihatan, markisa juga boleh memberi manfaat kepada kecantikan diri sendiri. Buah markisa mempunyai beta-karotena dan kandungan Vitamin C yang tinggi.

Kedua-dua bahan ini boleh membantu melambatkan proses penuaan dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dalam markisa, ia dapat menjadikan kulit anda lebih licin dan sihat. Kandungan air dalam buah markisa juga boleh membantu kulit kekal terhidrat dan lembap.

Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan biji markisa yang kaya dengan piceatannol boleh mengelakkan wajah anda menjadi kusam.

Kesan sampingan buah markisa

Secara amnya, pengambilan markisa adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan.

Tetapi tidak semua badan manusia adalah sama yang dibenarkan menerima buah markisa ini, sesetengah bahagian badan manusia mungkin mengalami reaksi alahan atau tidak bertoleransi terhadap buah markisa ini.

Beberapa kesan sampingan yang mungkin timbul akibat pengambilan yang berlebihan atau penggunaan berlebihan buah markisa termasuk:

  • Gangguan penghadaman: Makan berlebihan buah markisa boleh mengakibatkan gangguan penghadaman untuk jangka pendek kerana kandungan serat makanan yang tinggi seperti cirit-birit atau sakit perut.
  • Tindak balas alahan: Sesetengah orang yang mengamalkan buah markisa secara berlebihan boleh mengalami reaksi alahan antaranya ialah gatal-gatal kulit, ruam kulit atau sukar untuk bernafas.
  • Alahan lateks: Protein tumbuhan dalam buah mempunyai struktur yang serupa dengan protein lateks, yang boleh mencetuskan tindak balas alahan pada sesetengah orang.

Sekiranya anda mengalami sebarang alahan, hentikan segera pengambilan buah markisa dan berjumpa doktor dengan segera.

Cara makan buah markisa

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin makan buah markisa dengan cara yang betul. Buah markisa mempunyai kulit yang tebal, isinya yang berair dan banyak biji. Sebenarnya anda boleh sahaja makan begitu sahaja buah markisa ini.

Bijinya boleh dimakan, jadi anda boleh memakannya bersama-sama dengan isi dan jusnya.

Filem putih yang memisahkan kulit dari isu juga boleh dimakan, tetapi kebanyakan orang tidak memakannya, kerana ia sangat pahit.

Buah markisa juga boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti:

Minuman

Cara makan buah markisa minuman

Ia boleh diperah melalui penapis untuk membuat jus, yang boleh ditambah kepada koktel atau digunakan untuk membuat air kordial untuk perasa.

Pencuci mulut

Cara makan buah markisa minuman pencuci mulut

Ia sering digunakan sebagai topping atau perasa untuk kek dan pencuci mulut seperti kek keju atau mousse.

Tambah pada salad

Ia boleh digunakan untuk menambah tekstur rangup dan rasa manis pada salad.

Tambah dalam yogurt

Cara makan buah markisa yogurt buah markisa

Campurkannya dengan yogurt asli untuk membuat snek yang lazat.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari snek yang berkhasiat dan lazat, markisa adalah pilihan yang bagus.

Ia rendah kalori dan tinggi nutrien, serat dan antioksidan.

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah markisa. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah markisa.

Buah markisa memang mengandungi gula asli, tetapi ia tidak dianggap sebagai buah bergula tinggi. Satu biji markisa yang masak biasanya mengandungi kira-kira 11 gram gula.

Walau bagaimanapun, jika anda mengambil jus markisa yang mengandungi gula tambahan, ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah anda dan perlu diambil secara sederhana.

Buah markisa mengandungi banyak nutrien seperti vitamin C, vitamin A, kalium, serat dan antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun, mencegah kanser, meningkatkan penglihatan dan mengekalkan kesihatan jantung dan kulit. Selain itu, markisa juga boleh membantu menurunkan paras gula dan kolesterol dalam darah.

Ya, anda boleh minum jus markisa setiap hari kerana ia mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh.

Ya, anda boleh makan buah markisa mentah. Kulit markisa yang keras dan kasar boleh dipotong dan buahnya boleh dimakan mentah atau dicampur dengan salad buah.

Kita tidak boleh makan buah markisa jika kita mempunyai alahan kepada buah-buahan tertentu seperti kiwi atau betik, kerana kita mungkin mengalami reaksi alahan terhadap buah markisa juga.

Selain itu, orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu seperti antidepresan, antibiotik atau ubat cair darah juga dinasihatkan supaya tidak memakan markisa kerana ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan tersebut dan menjejaskan kesihatan kita.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau masalah kesihatan, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum memakan buah markisa.

Tiada tetapan kuantiti tetap mengenai berapa banyak buah markisa yang perlu dimakan dalam sehari.

Namun, digalakkan kita mengambil kira-kira 1-2 biji markisa setiap hari kerana ia mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh.

Makan terlalu banyak buah markisa boleh menyebabkan masalah pencernaan dan penurunan paras gula darah secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, kuantiti buah markisa yang perlu dimakan bergantung kepada keperluan pemakanan individu dan keadaan kesihatan individu.

Ya, anda boleh makan markisa pada waktu malam kerana ia bukan jenis buah yang menyebabkan masalah tidur atau mengandungi kafein.

Sebenarnya, markisa mengandungi magnesium yang boleh membantu menenangkan saraf dan membantu kita tidur lena pada waktu malam.

Namun, jika anda mengambil markisa dalam bentuk jus, pastikan jus tersebut tidak mengandungi gula tambahan yang boleh mengganggu kualiti tidur anda.

Mengikut konsep makanan dalam perubatan tradisional Asia, markisa dianggap sebagai makanan yang sejuk.

Namun, dalam konteks diet moden, markisa adalah makanan yang neutral atau tidak terlalu panas atau sejuk.

Oleh itu, tidak perlu risau tentang kesan buah markisa panas atau sejuk pada badan anda, dan anda boleh memasukkan buah markisa sebagai sebahagian daripada diet harian anda.

Ya, anda boleh makan buah markisa semasa perut kosong. Malah, makan markisa semasa perut kosong boleh membantu melancarkan penghadaman dan menyerap nutrien dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah individu, makan buah markisa semasa perut kosong mungkin menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut dan cirit-birit.

Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang masalah penghadaman atau bimbang tentang kesan makan markisa semasa perut kosong, anda dinasihatkan untuk makan markisa selepas makan atau dalam kuantiti yang sedikit semasa perut kosong terlebih dahulu dan lihat bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadapnya.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan