14 Tips Cara Penjagaan Rambut yang Betul dan Sihat

Nak tahu cara penjagaan rambut yang betul dan sihat? Artikel ini bincang tentang:

  • Tips cara penjagaan rambut yang betul
  • Tabiat-tabiat yang boleh merosakkan rambut

Jom kita mula!

Kenapa anda harus jaga rambut anda?

cara penjagaan rambut yang betul featured image

Ia sangat penting kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri, mengalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, mencegah keguguran rambut pra-matang dan melambangkan kesihatan anda secara keseluruhan. 

Penjagaan rambut penting bukan sahaja untuk penampilan kita, tetapi ia juga untuk kebersihan diri kita. Rambut yang sihat membolehkan kita kelihatan terbaik dan dapat memastikan rambut dan kulit kepala kita sihat. 

Keadaan rambut anda boleh memberikan impak yang besar pada pandangan pertama. Contohnya, jika rambut anda kelihatan tidak bermaya dan tidak terurus ketika waktu temuduga, anda berkemungkinan memberi persepsi yang tidak baik untuk imej anda seperti mengambil sambil lewa tentang keterampilan anda atau melambangkan anda seorang yang tidak yakin dengan diri sendiri. 

Bagi wanita yang bertudung, cara penjagaan rambut yang betul dan sihat adalah sama pentingnya kerana rambut yang tidak dijaga dengan betul boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan kegatalan pada kulit kepala.

Bayangkan jika anda asyik mengaru kepala ketika bersama kawan-kawan, ia boleh mengganggu perbualan anda dan membuat kawan-kawan anda tertanya-tanya tentang tindakan anda itu. Sebab itu anda tidak boleh mengambil ringan tentang cara penjagaan rambut yang betul. 

Baik lelaki ataupun wanita, rambut yang sihat adalah tanda keyakinan dan membolehkan orang lain melihat anda secara positif.

Anda tidak perlu khuatir kerana cara penjagaan rambut yang betul tidak memerlukan kos yang banyak dan kebanyakan cara penjagaan rambut yang betul boleh dilakukan dirumah anda. Yang penting anda harus buang tabiat tidak ambik tahu tentang kesihatan rambut anda, dan rajin menjaga rambut.

14 Tips Cara Penjagaan Rambut yang Betul dan Sihat

1. Mencuci rambut

cara penjagaan rambut yang betul cuci rambut

Cara penjagaan rambut yang betul dan paling asas adalah dengan mencuci rambut. Mencuci rambut dengan syampu sekerap yang diperlukan. Setiap individu mempunyai jenis kulit kepala dan rambut yang berlainan, begitu juga dengan gaya hidup. Sesetengah jenis kulit kepala akan lebih berminyak apabila melakukan aktiviti tertentu. 

Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, mereka perlu mencuci rambut dengan syampu yang bersesuai dengan keadaan rambut mereka. Jenis syampu juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan rambut yang sihat. 

Kajian menunjukkan syampu yang mengandungi cannabidiol spektrum luas dapat  mengurangkan keterukan dan simptom keradangan kulit kepala dalam masa 2 minggu untuk subjek yang mempunyai masalah psoriasis kulit kepala ringan hingga sederhana atau dermatitis seborrheic.

Kajian juga menunjukkan syampu poliherba yang diformulasikan adalah syampu bebas kimia. Ia dapat memberi khasiat tambahan kepada kesihatan rambut dengan kesan pelembap, pembersihan dan antimikrob yang sangat baik.

Selain itu, kajian mendapati pendedahan berulang kepada air atau tanpa syampu akan mengeluarkan kortisol daripada rambut. Hormon kortisol memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan rambut. Apabila terdapat perubahan dalam tahap kortisol, ia boleh menyebabkan keguguran rambut dan keradangan dalam badan termasuk kulit kepala. Keradangan pada kulit kepala boleh merosakkan folikel rambut dan menghalangnya daripada menghasilkan rambut baru. 

2. Menggunakan perapi rambut

Perapi rambut dapat melembutkan rambut dan memastikan rambut tidak kusut dan berada dalam keadaan sangat kering. Untuk menghentikan rambut keriting selepas mandi, cara yang baik untuk merapikan dan melembapkan rambut anda dengan cara semula jadi ialah mengurutnya dengan minyak rambut. Urut sedikit kelapa, badam atau minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala anda sejam sebelum anda mencucinya. 

Kajian menunjukkan penggunaan minyak kelapa, badam atau zaitun sebelum mandi dapat menembusi batang rambut dan menyuburkannya dari dalam untuk memberikan anda rambut yang lebih lembut, berkilat dan bebas keriting

Kajian juga menunjukkan bahan utama yang terdapat di dalam perapi dipanggil surfaktan kationik. Apabila rambut anda sedang basah, bahan ini melekat padanya dan menyaluti helaian untuk menambah kelembapan yang mungkin telah dikeluarkan oleh syampu.

3. Pengeringan rambut

cara penjagaan rambut yang betul kering rambut

Terdapat beberapa cara untuk mengeringkan rambut sebagai salah satu cara penjagaan rambut yang betul dan sihat.

Kajian menunjukkan kaedah menggosok rambut mereka dengan kuat dengan tuala atau melilitkannya dalam topi tuala untuk mengeringkan rambut selepas mandi adalah tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan simpulan pada rambut, kekusutan dan kerapuhan.

Kajian juga menunjukkan Haba daripada pengering boleh merosakkan rambut anda dan menyebabkan hujung rambut bercabang seperti yang dilakukan oleh alat penggayaan haba yang lain. 

4. Menyikat rambut

Cara anda menyikat rambut juga penting untuk memastikan rambut anda sihat. Akan tetapi, jika anda menyikat rambut anda secara berlebihan, ia boleh memberikan tekanan kepada rambut anda.

Kajian menunjukkan rambut anda berada dalam keadaan paling mudah rosak apabila ia basah.

Jika anda mendapati terdapat keguguran rambut semasa anda menyikat rambut, ini mungkin kerana anda menyikat rambut sebaik sahaja anda keluar dari bilik mandi, ini akan menyebabkan rambut anda mudah patah. 

Kajian selama 4 minggu menunjukkan keguguran rambut dapat dikurangkan dengan kurang kerap menyikat rambut. Menyikat rambut dengan terlalu kerap dikaitkan dengan lebih banyak keguguran rambut.

5. Penggunaan minyak rambut atau serum rambut

Terdapat pelbagai jenis minyak rambut atau serum rambut daripada bahan semula jadi yang bagus untuk rambut anda. Antaranya ialah, minyak kelapa, minyak jojoba, minyak zaitun, minyak argan dan aloe vera.

Kajian menunjukkan sesetengah serum rambut mengandungi protein keratin terhidrolisis, yang menawarkan beberapa manfaat rambut termasuk meneutralkan cas statik negatif yang menyebabkan rambut keriting, flyaway dan geseran pada rambut. 

Kajian juga menunjukkan penggunaan minyak rambut dengan kerap dapat mengurangkan keletihan hygral. Keletihan hygral adalah kerosakan pada folikel rambut anda yang disebabkan oleh keadaan bengkak dan tidak bengkak yang berulang. Minyak dapat melindungi folikel daripada surfaktan dengan mengisi jurang antara sel kutikula.

6. Pengayaaan rambut

Penggayaan rambut yang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala dapat menjejaskan cara penjagaan rambut yang betul.

Kajian menunjukkan pengayaan rambut yang bertegangan tinggi seperti rambut ditarik ke belakang dengan ketat boleh menyebabkan alopecia daya tarikan atau traction alopecia. Traction Alopecia adalah sejenis keguguran rambut yang disebabkan oleh daya tarikan rambut berterusan. Ia boleh membawa kepada perkembangan tompok botak.

Kajian juga menunjukkan amalan pengayaan rambut biasa yang melibatkan ketegangan ialah ekor kuda/pigtail, chignon, tocang, cornrows, twists, sister lock, dreadlocks, weavers, penyambungan rambut dan pengeriting rambut

7. Penjagaan kulit kepala

Kulit kepala yang sihat dapat menentukan kesihatan keseluruhan rambut. Kulit kepala yang bermasalah atau tidak dijaga dengan baik akan menghasilkan rambut yang kurang bermaya, berminyak dan mudah gugur.

Kajian menunjukkan kulit kepala mempunyai mikrobiom. Gangguan dalam keseimbangan mikrobiom kulit kepala telah dikaitkan dengan kelemumur, dermatitis seborrheic (keadaan yang menyebabkan tompok kelemumur dan bersisik), dan dermatitis atopik (ekzema).

Kajian juga menunjukkan masalah kulit kepala seperti kelemumur, dermatitis seborrheic, dermatitis atopik dan psoriasis dikaitkan dengan rambut kasar, rambut rapuh dan rambut kurang bermaya. Kesihatan kulit kepala yang lemah juga dikaitkan dengan keguguran rambut pramatang.

8. Pemakanan

Pemakanan yang seimbang adalah baik untuk kesihatan badan dan juga salah satu cara penjagaan rambut yang betul. Untuk mendapatkan pertumbuhan rambut yang sihat, anda perlu makan makanan yang berkhasiat seperti tinggi dengan protein dan mengandungi nutrien penting untuk rambut. 

Kajian menunjukkan nutrien seperti protein, B-vitamin, dan mineral  yang ada di dalam telur dapat meningkatkan kesihatan rambut dan membantu mengurangkan keguguran rambut. 

Kajian juga menunjukkan kekurangan daging merah yang kaya dengan zat besi  boleh menyebabkan uban pramatang dan keguguran rambut pada wanita. 

Selain itu, kajian juga mendapati probiotik boleh membantu meningkatkan kualiti rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
 

9. Urut kulit kepala

Urut kulit kepala dapat membantu peredaran darah yang lancar di kepala dan pertumbuhan rambut yang sihat.

Kajian menunjukkan urutan kulit kepala yang kerap boleh menyebabkan rambut menjadi lebih tebal. Kajian ini melibatkan sembilan lelaki yang menerima urutan kulit kepala selama 4 minit setiap hari selama 24 minggu. Pada akhir kajian, didapati bahawa lelaki mempunyai rambut yang lebih tebal daripada pada permulaan kajian. 

Kajian juga menunjukkan urutan kulit kepala selama 15 minit boleh mengurangkan tahap tekanan anda dan memberi kesan positif kepada tahap hormon tekanan, kadar denyutan jantung, dan tahap tekanan darah. 

10. Penggunaan produk penjagaan rambut

cara penjagaan rambut yang betul serum rambut

Bahan yang terdapat didalam produk syampu, perapi dan penjagaan rambut yang lain dapat membantu dan juga menjejaskan kesihatan rambut anda. Jadi, anda harus berhati-hati dalam pemilihan produk supaya tidak merosakkan rambut anda.

Kajian menunjukkan di dalam syampu formaldehid berfungsi sebagai pengawet yang juga merupakan karsinogen yang boleh menyebabkan alahan sentuhan atau dermatitis dan menjejaskan keadaan kulit seperti dermatitis alahan dan ekzema.

Kajian menunjukkan sulfat adalah bahan kimia dengan agen pembersih yang kuat. Teori di sebalik keguguran rambut dan sulfat ialah bahan seperti sodium lauryl sulfat boleh merosakkan dan menyebabkan iritasi folikel rambut.Kerosakan pada folikel rambut boleh mengakibatkan kerosakan yang kelihatan seperti keguguran rambut.

11. Kekal hidrat

Penghidratan yang betul dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,  memberikan anda kulit yang lembut dan mempengaruhi pertumbuhan rambut. Dikatakan bahawa mengekalkan tahap penghidratan boleh menggalakkan kesihatan rambut dan merangsang pertumbuhan rambut kerana mengandungi zink, zat besi, tembaga dan kalsium.

Kajian menunjukkan kekurangan tembaga boleh menjejaskan pigmentasi rambut anda dan menyebabkan keabnormalan pada rambut. Kalsium dapat memastikan rambut anda sihat dan berkilat. Kekurangan zat besi pula boleh menyebabkan keguguran rambut dan telogen effluvium (keguguran rambut sementara). 

Kajian juga menunjukkan kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran rambut dan suplemennya boleh merangsang pertumbuhan rambut. Zink juga dapat mengawal percambahan sel dan saiz kelenjar sebum yang penting untuk pertumbuhan rambut

12. Potong hujung rambut

Hujung rambut yang kering, rapuh dan bercabang akan menjadikan rambut lebih mudah patah. Anda boleh potong rambut anda di rumah atau di salun setiap tiga atau empat bulan untuk memastikan rambut sihat. Helaian rambut anda akan mula bercabang apabila kutikel rambut rosak dan mula hilang.

Kajian menunjukkan rambut bercabang disebabkan oleh lapisan dalam rambut yang halus terdedah dan lemah atau dehidrasi.

Kajian juga menyatakan rambut yang diproses secara kimia atau dicelup akan menyebabkan rambut menjadi lebih rapuh di hujung. Pemotongan hujung rambut berpotensi dapat mengawal keguguran rambut. 

13. Lindungi rambut

Lindungi rambut anda semasa melakukan aktiviti-aktiviti tertentu seperti aktiviti berenang. Lindungi rambut anda daripada klorin dengan membasahkan dan menyejukkan rambut anda sebelum berenang. 

Pakai topi renang yang ketat dan gunakan syampu dan perapi yang dirumus khas selepas berenang untuk menggantikan kelembapan rambut yang hilang.

14. Rawatan rambut

Sekali sekala (mengikut kemampuan), anda boleh mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala di salun. Terdapat rawatan yang boleh mengekalkan kesihatan rambut anda dan mengelakkan rambut anda daripada menjadi rosak. 

Kajian menunjukkan rawatan kulit kepala boleh membantu untuk membuka folikel tersumbat, merangsang peredaran untuk pertumbuhan dan menenangkan masalah seperti kegatalan.

Kajian juga menunjukkan keriting berlaku akibat geseran antara gentian dalam batang rambut. Rawatan melicinkan atau melembutkan rambut  adalah untuk individu yang perlu berurusan dengan keriting, statik dan flyaways. Rawatan ini menjadikan rambut selembut sutera dengan mengurangkan keriting pada rambut dengan mengurangkan geseran interfiber dan melembutkan helai rambut.

Tabiat-tabiat yang boleh Merosakkan Rambut

Terdapat tabiat-tabiat yang kita amalkan yang boleh merosakkan rambut kita. Antaranya ialah:

  • Mencuci rambut dengan air panas: Mandi air panas akan menanggalkan minyak semula jadi dari kulit kepala anda menjadikannya kering dan mengelupas. 
  • Tekanan: tekanan dapat menjejaskan kesihatan rambut. Lakukan senaman ringan dan aktiviti sihat yang dapat mengurangkan tekanan anda. 
  • Semburan minyak wangi: Semburan minyak wangi mengandungi bahan kimia yang boleh mengeringkan rambut dan mengubah warna rambut
  • Rawatan berlebihan: Rawatan rambut yang berlebihan seperti proses mewarna, meluruskan dan pelunturan kerana ia akan melemahkan rambut.
  • Tidak membersihkan alat penjagaan rambut: Bersihkan berus dan sikat anda dengan cara merendamkan ke dalam air suam dan sabun seminggu sekali.
  • Terdedah kepada haba: Pakai topi atau tudung untuk melindungi rambut anda daripada matahari pada waktu yang sangat panas.

Kesimpulan

Berikut adalah tips dan cara penjagaan rambut yang betul dan sihat.

  1. Mencuci rambut
  2. Menggunakan perapi rambut
  3. Pengeringan rambut
  4. Menyikat rambut
  5. Penggunaan minyak rambut atau serum rambut
  6. Pengayaaan rambut
  7. Penjagaan kulit rambut
  8. Pemakanan 
  9. Urut kulit kepala
  10. Penggunaan produk penjagaan rambut
  11. Kekal hidrat
  12. Potong Hujung Rambut
  13. Lindungi rambut
  14. Rawatan Rambut

Berikut adalah tabiat-tabiat yang boleh merosakkan rambut:

  1. Mencuci rambut dengan air panas
  2. Tekanan
  3. Semburan minyak wangi
  4. Rawatan berlebihan
  5. Tidak membersihkan alat penjagaan rambut
  6. Terdedah kepada haba

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan