Buah Rambutan : 14 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan

Kalau anda peminat Buah rambutan, tahukah anda buah ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat serta nutrisi yang tersendiri. Bukan sahaja enak dimakan tapi kaya dengan kesihatan untuk badan. 

Jika sebelum ini anda makan buah rambutan tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel kali ini kami akan membincangkan semua mengenai buah rambutan termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

kebaikan khasiat rambutan infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah rambutan?

buah rambutan featured image

Buah rambutan atau juga dikenali sebagai Nephelium lappaceum adalah buah yang berasal daripada pokok rambutan ini biasanya ditemui di kawasan tropika seperti Asia Tenggara.

Buah rambutan ini mempunyai permukaan luar yang berduri serta isi buah yang sangat manis dan berair. Saiz buah  rambutan berbentuk bulat atau bujur, dan berukuran sekitar 3 sehingga 6 sentimeter. Jika dilihat buah rambutan ini juga mirip dengan buah laici. Terdapat satu biji keras dalam buah rambutan yang tidak boleh dimakan.

Buah rambutan boleh dimakan begitu sahaja atau juga boleh dijadikan sebagai salad buah-buahan. Buah rambutan kaya dengan antioksidan, Vitamin C dan serat menjadikannya pilihan yang berkhasiat. Jom semak bersama 14 kebaikan serta khasiat untuk kesihatan.

Fakta nutrisi dan khasiat buah rambutan

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah rambutan:

Makronutrien:

Kalori82 Kcal
Jumlah Karbohidrat20.9g
Serat (Karbohidrat)0.9g
Protein0.65g
Lemak0.21g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.013 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.022 mg
Niacin (Vitamin B3)1.35 mg
Pantothenic acid (Vitamin B5)0.018 mg
Vitamin B60.02 mg
Folate (Vitamin B9)8 µg
Vitamin C4.9 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium22 mg
Copper0.066 mg
Iron0.35 mg
Phosphorus9 mg
Magnesium7 mg
Potassium42 mg
Sodium11 mg
Zinc 0.08 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Beta Carotene2 µg

14 khasiat buah rambutan

khasiat buah rambutan

Buah rambutan walaupun manis tapi mempunyai kebaikan serta khasiatnya tersendiri. Antara kebaikan buah rambutan ialah dapat menurunkan berat badan kerana  buah ini kaya dengan serat. Pasti anda ingin tahu lebih lanjut lagi kebaikan buah rambutan ini. Jom baca 14 kebaikan pengambilan buah rambutan yang manis ini.

1. Baik untuk sistem penghadaman

Buah rambutan adalah sumber serat yang baik terutamanya serat tidak larut. Serat memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dan mengalakkan pergerakan usus yang baik. Ia juga boleh membantu dalam mencegah sembelit. Kajian juga menunjukkan bahawa serat tidak larut dapat membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit. 

Buah rambutan juga mempunyai kandungan air yang tinggi dan boleh membantu dalam mengekalkan penghidratan dalam badan. Penghidratan yang mencukupi sangat penting untuk sistem pencernaan kerana boleh melembutkan najis dan mengelakkan sembelit.

2. Penurunan berat badan

Buah rambutan adalah buah yang mengandungi kalori yang rendah berbanding buah-buahan yang lain. Memilih buah rambutan dalam menu diet anda boleh membantu mewujudkan defisit kalori yang diperlukan dalam proses penurunan berat badan. 

Selain itu buah rambutan juga merupakan sumber serat baik yang boleh membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Kajian juga membuktikan diet buah-buahan dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan boleh menurunkan berat badan.

Rambutan mempunyai kandungan air yang tinggi dan boleh mengekalkan kelembapan. Kekal hidrasi adalah penting untuk kesihatan dan boleh menyokong penurunan berat badan dengan meningkatkan metabolisme dan mengurangkan keinginan untuk makan.

3. Baik untuk sistem imun badan

Buah rambutan kaya dengan Vitamin C. Vitamin C membantu merangsang pengeluaran sel darah putih yang penting untuk melawan jangkitan. Satu kajian juga membuktikan Vitamin C menggalakan pengeluaran sel darah putih untuk melawan penyakit berjangkit. 

 Selain itu buah rambutan juga kaya dengan sumber nutrien penting seperti iron, copper dan mangan. Kesemua mineral ini memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi sistem imun badan dan mengekalkan kesihatan.

4. Mengurangkan risiko kanser

Buah rambutan juga seperti buah-buahan yang lain mengandungi sebatian bermanfaat yang boleh menyumbang untuk mengurangkan risiko kanser yang tertentu. Ini kerana buah rambutan kaya dengan sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan yang merupakan molekul yang tidak stabil yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan meningkatkan risiko kanser. Dengan mengurangkan tekanan oksidatif, antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser yang tertentu.

5. Baik untuk jantung

Rambutan adalah sumber kalium yang baik dan memainkan peranan penting dalam kesihatan jantung. Kalium membantu mengawal tekanan darah, dengan mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Mencegah anemia

Buah rambutan mengandungi sejumlah kecil zat besi yang merupakan mineral penting untuk penghasilan sel darah merah. Mengambil makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti buah rambutan boleh membantu menyokong pengeluaran sel darah merah yang sihat dan mencegah anemia.

7. Mengawal tekanan darah

Buah rambutan adalah sumber kalium yang baik, salah satu mineral yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Kalium juga membantu mengimbangi kesan natrium yang boleh meningkatkan tekanan darah.

Buah rambutan mempunyai kandungan air tinggi yang boleh membantu dalam mengekalkan penghidratan badan. Penghidratan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan tekanan darah yang optimum.

Apabila badan mengalami hidrasi, jumlah darah boleh berkurangan menyebabkan saluran darah mengecut dan berpotensi menyebabkan peningkatan tekanan darah.

8. Menambah tenaga

Selain itu buah rambutan juga adalah sumber karbohidrat yang baik, merupakan sumber utama tenaga badan. Dengan pengambilan buah rambutan dalam menu diet anda boleh membekalkan sumber karbohidrat semulajadi yang boleh membakar badan anda dan menyokong tahap tenaga badan anda.

Dehidrasi boleh menyebabkan rasa letih dan penurunan tahap tenaga, pengambilan buah rambutan dapat membantu mengekalkan penghidratan dan menyokong tenaga badan anda.

9. Kaya dengan antioksidan

Buah rambutan juga kaya dengan banyak vitamin dan mineral yang bermanfaat. Kaya dengan sumber Vitamin C yang kuat dalam membantu dalam meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan oksidatif pada sel.

Ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang menunjukkan buah rambutan kaya dengan Vitamin C dan bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan anda. Jangan tak tahu kulit dan biji rambutan juga kaya dengan sumber antioksidan.

10. Melembapkan kulit

Vitamin C yang terdapat dalam rambutan memainkan peranan penting kolagen, salah satu protein yang memberikan struktur dan keanjalan pada kulit. Dengan pengambilan buah rambutan dalam menu diet anda dapat menyokong pengeluaran kolagen dan menyumbang kepada kulit lebih sihat dan muda. Buah rambutan juga boleh melembabkan kulit. Penghidratan yang betul dapat menganjalkan kulit dan mencegah kulit dari kering.

Beberapa sebatian yang terdapat dalam buah rambutan mengandungi sifat antiradang. Keradangan kulit boleh menyumbang kepada penyakit kulit seperti ekzema, jerawat dan psoriasis, melalui pengambilan buah rambutan dapat mengurangkan gejala dan dapat memberikan kulit yang lebih sihat. 

11. Merawat masalah rambut

Jika anda mempunyai masalah rambut, dengan pengambilan buah rambutan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Buah yang kaya dengan Vitamin C ini boleh menyokong pertumbuhan rambut yang sihat dan dan kuat. 

Sifat anti radang yang terdapat dalam buah rambutan ini boleh membantu menyokong kulit kepala yang sihat. Selain itu, buah rambutan juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin yang menyokong kesihatan rambut. Ini termasuk zat besi penting untuk membawa oksigen ke folikel rambut dan Vitamin B yang penting untuk mengekalkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kesihatan kulit kepala.

12. Baik untuk mata

Buah rambutan mengandungi antioksidan yang membantu melindungi mata daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berbahaya dan boleh menyumbang kepada penyakit mata.

Selain itu juga, buah rambutan juga mempunyai Vitamin A salah satu nutrien penting dalam mengekalkan penglihatan mata yang baik. Sebatian anti radang boleh membantu mengurangkan keradangan pada mata. Keradangan kronik dikaitkan dengan pelbagai penyakit mata seperti sindrom mata kering. 

Kekal hidrat adalah penting untuk kesihatan mata, buah rambutan mempunyai kandungan air yang tinggi dan boleh membantu mengekalkan mata dan tisu mata anda di sekelilingnya terhidrat dengan baik.

13. Bantu tingkatkan zat besi

Buah rambutan mempunyai sejumlah kecil zat besi. Kajian juga menunjukkan buah rambutan mempunyai sejumlah kecil nutrien termasuk zat besi, dengan memakan buah rambutan 3.5 auns bersamaan 100gram dapat memenuhi semua keperluan nutrien.

Walaupun buah rambutan mungkin menyumbang sejumlah kecil zat besi adalah penting untuk memberi tumpuan kepada diet yang seimbang yang merangkumi pelbagai makanan yang kaya dengan zat besi.

14. Baik untuk tulang

Buah rambutan adalah sumber Vitamin C yang baik dan diperlukan dalam penghasilan kolagen salah satu protein yang menyediakan struktur pada tulang. Dengan pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C seperti buah rambutan dapat menyumbang kepada kesihatan tulang secara keseluruhan.

Kesan Sampingan Buah Rambutan

Memakan buah rambutan biasanya selamat untuk kebanyakan orang, siapa sahaja tidak suka dengan buah yang manis ini. Walau bagaimanapun pengambilan buah rambutan secara berlebihan mungkin mengalami kesan tertentu kepada seseorang individu. Berikut merupakan kesan sampingan yang mungkin berlaku:

  • Sesetengah orang mungkin mengalami ketidakselesaan pada sistem penghadaman, seperti kembung perut dan cirit-birit. Ini boleh terjadi disebabkan buah rambutan mempunyai kandungan air yang tinggi. Jika anda mempunyai masalah sistem penghadaman yang sensitif adalah dinasihatkan untuk makan dengan sedikit dahulu
  • Mungkin ada yang alah dengan buah rambutan, laici dan longan. Tidak semua badan manusia mempunyai penerimaan makanan yang sama. Reaksi alahan termasuklah gatal-gatal, bengkak dan kesukaran bernafas. Jika anda mempunyai simptom berikut, segera berjumpa dengan doktor

Cara makan buah rambutan

Cara makan buah rambutan

Buah rambutan boleh dimakan begitu sahaja dan juga dijadikan sebagai pelengkap hidangan pencuci mulut anda. Jika anda pertama kali ingin mencuba makan buah rambutan, berikut adalah langkah mudah untuk makan buah ini:

  1. Perlulah mencari buah rambutan yang sudah masak. Buah rambutan yang sudah masak selalunya berwarna merah terang dan kuning
  2. Gunakan pisau untuk membelah buah rambutan, hati-hati semasa ingin membelah untuk mengelakkan daripada terpotong habis buah rambutan, nak lagi mudah anda boleh menggigit menggunakan gigi pada kulit buah rambutan
  3. Kemudian, pusing secara perlahan supaya buah rambutan tidak terjatuh
  4. Biji rambutan harus dibuang dan tidak boleh dimakan
  5. Sentiasa beringat mencuci dahulu buah rambutan sebelum dimakan untuk menghilangkan kekotoran pada permukaan luar buah rambutan

Kesimpulan

Buah rambutan mengandungi banyak khasiat dan manfaat yang diperlukan dalam badan kita seperti: 

  1. Baik untuk sistem penghadaman
  2. Penurunan berat badan
  3. Baik untuk sistem imun badan
  4. Mengurangkan risiko kanser
  5. Melindungi penyakit jantung
  6. Mencegah anemia
  7. Mengawal tekanan darah
  8. Menambah tenaga
  9. Kaya dengan antioksidan
  10. Melembapkan kulit
  11. Merawat masalah rambut
  12. Baik untuk mata
  13. Tingkatkan zat besi
  14. Baik untuk tulang

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan