Buah Binjai: 12 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Buah Binjai

Buah Binjai mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri dan memiliki banyak manfaat.

Jika sebelum ini anda makan buah binjai tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel ini kami akan membincang semua tentang buah binjai termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi, cara makan serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

Apa itu buah binjai?

buah binjai featured image

Buah binjai, atau nama saintifiknya Mangifera caesia  tergolong dalam genus yang sama dengan mangga. Ia ditanam secara meluas di negara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan Papua New Guinea. Buah binjai ialah spesies tumbuhan bunga dalam keluarga gajus yang diberi nama, Anacardiaceae.

Di luar negara buah binjai dikenali dengan nama lain. Di negara barat ada yang menamakannya white mango dan jack, di Bali buah ini dipanggil wani, yaa-lam dalam bahasa Thai, dan bayuno dalam bahasa Filipina. 

Bentuk luaran buah binjai adalah seperti mangga. Kulitnya nipis, bertompok dan berwarna hijau dan kecoklatan. Biji benihnya berbentuk bulat melonjong atau meruncing. Berbanding dengan buah mangga yang isinya kuning, isi buah binjai berwarna putin kekuningan, tekstur isinya lembek. Baunya agak kuat dan rasanya masam atau masam-manis. 

Pada tahun 1999, buah binjai dipaparkan dalam setem Malaysia dan menjadi sebahagian daripada siri cetakan setem bagi spesies buah-buahan nadir.

Fakta nutrisi dan khasiat buah binjai

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah binjai:

Makronutrien:

Kalori128 Kcal
Jumlah Karbohidrat29.2g
Serat (Karbohidrat)4.8g
Protein2g
Lemak0.4g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.2 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.4 mg
Niacin (Vitamin B3)2.4 mg
Vitamin C148.2 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium14 mg
Iron0.6 mg
Phosphorus34 mg
Potassium240 mg
Sodium2 mg

12 Kebaikan Buah Binjai

1. Bagus untuk penjagaan kulit

Buah binjai juga dapat membantu anda untuk medapatkan kulit yang sihat. Buah binjai sarat dengan Vitamin C yang dapat membantu pelbagai fungsi badan. Pengambilan buah binjai dipercayai dapat menjadikan kulit kelihatan segar, lembap dan sihat.

Kajian  menunjukkan vitamic C dapat memberi manfaat penghidratan yang baik kepada kulit, meminimumkan keradangan dan mengurangkan kemerahan untuk tona kulit yang lebih sekata.
Tambahan lagi, kajian menunjukkan vitamin C boleh membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak yang berkaitan dengan jerawat apabila digunakan secara topikal. Oleh itu, ia boleh memperbaiki lesi jerawat dipermukaan kulit.

2. Melindungi kesihatan mata

Buah binjai mengandungi beta karotena yang juga dikenali sebagai provitamin A karotenoid, bermakna badan boleh menukarnya menjadi vitamin A (retinol). Beta karotena dapat membantu dalam melindungi kesihatan mata anda. Ia juga dapat mengekalkan kesihatan retina mata yang berkurangan semasa usia tua.
Kajian menunjukkan kandungan karotenoid yang tinggi dalam darah, termasuk beta karotena, boleh mengurangkan risiko mengalami degenerasi makula berkaitan dengan lanjut usia sebanyak 35 peratus. Degenerasi makula atau age-related macular degeneration (AMD) adalah keadaan yang berkaitan dengan usia dan ia adalah gangguan pada mata yang disebabkan oleh kemerosotan makula iaitu kawasan kecil di tengah retina di bahagian belakang mata.

Dalam kajian pula menunjukkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi beta karotena berpotensi dalam mengurangkan risiko AMD bagi orang yang merokok.

3. Mencegah daripada osteoarthritis

Kandungan beta karotena di dalam buah binjai juga dapat Mangga membantu melambatkan proses osteoarthritis. Osteoartritis (OA) adalah bentuk arthritis yang paling biasa. Ada yang memanggilnya penyakit sendi degeneratif atau arthritis. Ia berlaku paling kerap di tangan, pinggul, dan lutut. Osteoartritis akan menyebabkan tulang rawan dalam sendi rosak dan mengubah keadaan tulang asas. 

Kajian menunjukkan individu yang mempunyai jumlah vitamin A tertinggi dalam diet mereka mempunyai penurunan risiko patah tulang sebanyak 6%. 

Dalam kajian yang lain pula, provitamin A berpotensi membantu kesihatan tulang dengan merangsang aktiviti osteoblastik dan pembentukan tulang serta menghalang aktiviti osteoklastik dan penyerapan tulang.

4. Membantu masalah pernafasan

Buah binjai yang kaya dengan vitamin C dan beta karotena dapat menyokong kesihatan paru-paru dalam mengatasi masalah pernafasan seperti bronkitis dan asma.

Kajian menunjukkan penyelidikan terhadap manusia dan haiwan terhadap gabungan vitamin C dan makanan berkhasiat yang lain berkemungkinan dapat mengurangkan keradangan paru-paru dalam penyakit pernafasan yang teruk yang disebabkan oleh H1N1 (“selesema babi”) atau virus lain.

Kajian ke atas lebih 10,000 orang dewasa mendapati bahawa perokok dengan paras darah alfa karotena dan beta cryptoxanthin yang tinggi mempunyai risiko 46% dan 61% lebih rendah untuk mati akibat kanser paru-paru, dibandingkan dengan orang yang tidak merokok dan bernutrisi rendah.

5. Merawat masalah sembelit

Buah binjai dapat merawat masalah sembelit kerana ia kaya dengan kandungan serat.

Kajian menunjukkan serat dipercayai dapat membantu menyerap air dalam badan, meningkatkan kadar pembuangan air besar dan mempercepatkan pergerakan najis melalui usus. Walau bagaimanapun, kajian secara terperinci perlu dilakukan untuk membuktikan kebersanannya.

Kajian yang lain pula menunjukkan 77% orang yang mengalami sembelit kronik mendapati sedikit kelegaan dengan meningkatkan pengambilan serat mereka.

6. Melindungi sistem ketahanan badan

Kandungan vitamin A dan vitamin C di dalam buah binjai juga dapat melindungi sistem ketahanan badan. Vitamin A memainkan peranan penting dalam mengekalkan pertahanan semula jadi badan anda. Vitamin C pula ialah nutrien penting yang boleh membantu memendekkan tempoh dan tahap selsema.

Kajian menunjukkan kekurangan vitamin A di dalam badan boleh menyebabkan anda mudah untuk mendapatkan jangkitan dan melambatkan pemulihan anda apabila anda sakit.

Kajian tentang vitamin C pula boleh membantu anda untuk bebas selsema dengan lebih cepat dan mengalami gejala selesama yang kurang teruk.

7. Menghapuskan radikal bebas di dalam badan

Radikal bebas bertanggungjawab menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser. Buah binjai kaya dengan antioksidan yang dapat untuk membantu mengelakkan kanser.

Kajian menunjukkan antara buah-buahan yang diuji, M. caesia atau buah binjai menunjukkan aktiviti penghapusan radikal bebas yang kuat.

Kajian pula menunjukkan vitamin A memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan sel anda, peranannya dalam pencegahan kanser menarik minat saintis. 

Dalam kajian berkaitan dengan vitamin A dan kanser juga menunjukkan,  pengambilan vitamin A yang mencukupi, terutamanya daripada tumbuh-tumbuhan, adalah penting untuk pembahagian sel yang sihat dan boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

8. Mengurangkan kelesuan

Kandungan tiamin atau vitamin B1 yang ada di dalam buah binjai dapat mengurangkan kelesuan. Kandungan tiamin yang  tidak mencukupi dalam badan bermakna badan tidak dapat menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk kita kekal bertenaga. 

Kajian menunjukkan kekurangan tiamin boleh menyebabkan kelesuan bergantung kepada tahap kekurangan tiamin. Sesetengah sumber menganggarkan kelesuan boleh terjadi dalam masa beberapa minggu selepas kekurangan tiamin.

9. Membantu melindungi otak dan perkembangan otak 

Beta karotena boleh meningkatkan fungsi kognitif anda, menurut beberapa kajian, disebabkan oleh kesan antioksidannya.

Kajian mengenai antioksidan menunjukkan suplemen yang mengandungi beta karotena boleh memberi manfaat yang kecil pada fungsi kognitif dan ingatan. Namun begitu, kajian ini hanya menunjukkan kesan kognitif jangka panjang selama purata 18 tahun. Para penyelidik tidak menemui kesan yang ketara dalam jangka pendek, dan membuat kesimpulan bahawa lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Kajian  yang lain pula menunjukkan dengn mengamalkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secara amnya termasuk yang kaya dengan beta karotena, boleh mengurangkan risiko penurunan kognitif dan keadaan seperti demensia.

10. Membantu meningkatkan selera makan

Kandungan tiamin di dalam buah binjai juga berkemungkinan dapat membantu meningkatkan selera makan. Kehilangan selera makan yang tidak tipikal boleh menjadi salah satu gejala awal kekurangan tiamin.

Kajian menunjukkan tiamin mungkin memainkan peranan penting dalam mengawal rasa lapar dan kenyang di otak. Kandungan tiamin yang tidak mencukupi di dalam badan boleh mengganggu keberkesanan proses ini di mana ia dapat membuatkan anda berasa kenyang walaupun anda sebenarnya masih memerlukan makanan. 

Kajian ke atas haiwan mendapati bahawa tikus makan lebih sedikit makanan selepas menerima diet yang mengandungi kekurangan tiamin selama 16 hari. Pengambilan makanan mereka menurun hampir 75% pada hari ke-22.

11. Menyokong kesihatan jantung 

Pengambilan buah binjai yang mengandungi beta-karotena boleh menjadi sumber vitamin E yang kaya, ia baik untuk merosakkan kolesterol jahat yang menyebabkan pengoksidaan dalam sistem kardiovaskular.

Kajian pada tahun 2019 menunjukkan suplemen vitamin E mengurangkan tekanan darah sistolik (bilangan bacaan tekanan darah atas) tetapi bukan diastolik (bilangan bacaan tekanan darah bawah) dengan ketara.

Satu lagi kajian menunjukkan pengambilan vitamin E dengan suplemen omega-3 boleh mengurangkan tahap LDL dan trigliserida pada individu yang mengalami sindrom metabolik. Keadaan di mana dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dan risiko kesihatan yang lain.

12. Menyokong Pertumbuhan dan Pembiakan Sihat

Kandungan Vitamin A yang ada di dalam buah binjai berpotensi untuk menyokong pertumbuhan dan pembiakan sihat. Untuk wanita hamil, vitamin A juga terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan banyak organ dan struktur utama bayi dalam kandungan, ini termasuk rangka, sistem saraf, jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan pankreas.

Kajian ke atas tikus menunjukkan vitamin A dalam pembiakan tikus jantan telah menunjukkan bahawa kekurangan vitamin A menghalang perkembangan sel sperma dan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Dalam kajian lain ke atas haiwan menunjukkan kekurangan vitamin A pada haiwan betina boleh memberi kesan kepada pembiakan dengan menyebabkan pengurangan kualiti telur dan menjejaskan implantasi telur dalam rahim.

Apa kesan sampingan buah binjai

Pengambilan buah binjai yang banyak berkemungkinan menyebabkan tindak balas yang tidak baik untuk badan. 

Mengikut sumber kajian, anda perlu berhati-hati kerana jus putih buah binjai yang belum matang adalah beracun, dan boleh menyebabkan iritasi jika ia bersentuhan dengan kulit dan apabila tertelan. 

Selain itu, banyak langkah penjagaan yang perlu dilakukan semasa menuai buah binjai. Antaranya adalah buruh harus melindungi diri mereka menggunakan sarung tangan dan dengan menutup seluruh badan mereka.

Cara makan buah binjai

cara makan buah binjai white mango

Buah binjai boleh dimakan dan disediakan dalam beberapa cara:

  • Boleh dimakan begitu sahaja (buang kulitnya). 
  • Celupkan ke dalam cili yang dicampur dengan kicap pekat.
  • Campurkan ke dalam jus untuk mendapatkan tekstur jus yang berkrim. 
  • Dijadikan rempah sambal cili yang sesuai dimakan bersama ikan sungai.
  • Digunakan untuk membuat pelbagai sos pencicah untuk ambuyat, hidangan sagu yang dianggap sebagai hidangan kebangsaan di Brunei.
  • Boleh dijadikan jeruk dan simpan dengan garam.

Kesimpulan

Sekiranya anda mahu cari snek yang lazat dan berkhasiat, maka buah binjai adalah salah satu pilihan yang bagus. 

Ia kaya dengan pelbagai nutrien, serat, antioksidan dan sesuai dimakan oleh semua golongan usia. buah binjai juga mempunyai banyak manfaat seperti :

  1. Bagus untuk penjagaan kulit
  2. Melindungi kesihatan mata
  3. Mencegah daripada osteoarthritis
  4. Membantu masalah pernafasan
  5. Merawat masalah sembelit
  6. Melindungi sistem ketahanan badan
  7. Menghapuskan radikal bebas di dalam badan
  8. Mengurangkan kelesuan
  9. Membantu melindungi otak dan perkembangan otak 
  10. Membantu meningkatkan selera makan
  11. Menyokong kesihatan jantung 
  12. Menyokong Pertumbuhan dan Pembiakan Sihat

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan