Buah Pear: 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Buah Pear

Buah pear atau turut dikenali sebagai buah lai oleh rakyat Malaysia sememangnya enak dimakan. Ia juga mengandungi banyak khasiat, nutrien dan kelebihan yang tersendiri terhadap aspek kesihatan.

Jika sebelum ini anda menikmati buah pear tanpa tahu manfaatnya, kali ini kami akan bincangkan mengenainya termasuk nutrisi, kebaikan, kesan sampingan dan cara untuk memakannya.

Jom kita mulakan!

Kebaikan Khasiat Buah Pear Infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah pear?

Buah Pear Featured Image

Buah pear merupakan sejenis buah yang berasal dari genus pyrus dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Tanaman ini berasal dari negara Eropah dan Asia Barat, kemudian dibawa ke Amerika Utara pada abad ke-17.

Isinya berwarna putih, manakala kulitnya pula ada banyak variasi daripada warna kuning, hijau dan merah. Walaupun kulitnya sedikit kelat, tapi isinya mempunyai rasa yang manis apabila buah ini sudah masak. Tapi kedua-dua kulit dan isi pear selamat untuk dimakan.

Dianggarkan terdapat lebih seribu jenis pear di dunia ini, tapi hanya kira-kira 100 jenis saja yang ditanam untuk perdagangan. Khasian buah ini sudah sekian lama dimanfaatkan dalam bidang perubatan tradisional.

Fakta nutrisi dan khasiat buah pear

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah pear:

Makronutrien:

Kalori57 Kcal
Jumlah Karbohidrat15.2g
Serat (Karbohidrat)3.1g
Protein0.36g
Lemak0.14g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.012 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.026 mg
Niacin (Vitamin B3)0.161 mg
Pantothenic acid (Vitamin B5)0.049 mg
Vitamin B60.029 mg
Folate (Vitamin B9)7 µg
Vitamin C4.3 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium9 mg
Copper0.082 mg
Iron0.18 mg
Magnesium7 mg
Phosphorus12 mg
Potassium116 mg
Sodium1 mg
Zinc 0.1 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Cryptoxanthin-ß2 µg
Lutein + zeaxanthin44 µg

15 kebaikan buah pear yang menakjubkan

Buah pear sememangnya kaya dengan mineral, vitamin dan zat nutrien. Maka tidak hairanlah jika ia mampu tawarkan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Jom semak 15 khasiat dan kebaikan buah pear :

1. Bagus untuk sistem penghadaman

Kajian mendapati, pear adalah unik berbanding buah lain yang biasa dimakan kerana tinggi dengan serat, sorbitol dan fruktosa. Kesemua nutrien ini berfungsi untuk mengawal pencernaan secara semulajadi.

Selain itu, kandungan serat di dalam buah pear juga bertindak sebagai ‘makanan’ kepada probiotik (bakteria baik) dalam usus kita. 

Oleh itu, pengambilan serat yang mencukupi bukan sahaja dapat melancarkan sistem penghadaman. Malah ia turut meningkatkan daya tahan usus daripada serangan patogen (kuman jahat).

2. Meningkatkan imuniti tubuh

Tubuh mudah terdedah kepada pelbagai penyakit jika sistem imuniti lemah. Antara cara untuk meningkatkan tahap imuniti adalah melalui pengambilan vitamin C.

Selain antioksidan, buah pear juga tinggi dengan kandungan Vitamin C yang bagus untuk imunisasi badan. Ia menyokong sel darah putih untuk melawan sebarang ancaman kuman.

3. Boleh melawan keradangan

Khasiat buah pear turut disumbang oleh sifatnya yang boleh melawan keradangan. Keradangan merupakan tindak balas semulajadi tubuh manusia jika berlaku kecederaan atau jangkitan.

Tapi jika keradangan ini berlarutan panjang, ia boleh membawa kepada penyakit kronik lain seperti diabetes dan penyakit jantung. 

Kajian melaporkan, jumlah kandungan fenolik dan flavonoid yang tinggi dalam buah pear sangat efektif untuk merawat masalah radang.

4. Meningkatkan penyerapan zat besi

Anemia adalah satu keadaan di mana kurangnya sel darah merah yang membawa oksigen (hemoglobin) ke seluruh badan. Ini menjadikan penghidapnya berasa cepat penat, lesu, dan pucat. 

Paling dirisaukan, komplikasi anemia yang teruk boleh menyebabkan jantung jadi sangat lemah dan gagal berfungsi dengan baik. 

Bagaimanapun, Vitamin C yang terdapat dalam buah pear dapat membantu penyerapan zat besi. Ini menggalakkan lagi penghasilan sel darah merah.

5. Membantu turunkan berat badan

Buah pear dapat memberikan rasa kenyang lebih lama kerana memiliki kandungan serat yang tinggi. Menariknya lagi, pengambilan buah pear juga terbukti boleh membantu untuk turunkan berat badan. 

Khasiatnya dapat dilihat dalam satu kajian melibatkan 49 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Hasilnya mendapati, kumpulan yang diberi makan buah pear alami penurunan ketara dari segi berat badan dan pengambilan kalori harian.

6. Mengekalkan kesihatan tulang

Selain itu, buah ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tulang. Antaranya adalah boron dan vitamin K.

Elemen boron berperanan untuk memudahkan tubuh menyerap kalsium. Ia turut mampu redakan masalah keradangan pada tulang.

Sementara itu, Vitamin K bersama mineral lain seperti kalsium, magnesium, dan fosfor penting dalam menjaga kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis.

7. Mengurangkan risiko diabetes

Walaupun rasanya agak manis, tetapi buah pear memiliki tahap indeks gliserin yang rendah. Ini dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah dan mencegah diabetes.

Dalam satu kajian melibatkan kira-kira 200,000 peserta di Amerika Syarikat, buah-buahan yang kaya dengan antosianin seperti pear merah didapati efektif untuk mengurangkan risiko kencing manis.

8. Mencegah sembelit

Hampir setiap daripada kita pernah mengalami gejala sembelit atau masalah sukar untuk membuang najis. Selalunya, ia disebabkan oleh kekurangan air atau serat dalam diet harian. 

Kekurangan dua komponen inilah yang mengeraskan najis. Sebagai sumber serat yang bagus, buah pear boleh menggalakkan peristalsis iaitu proses pergerakkan usus dan sekaligus mencegah masalah sembelit.

9. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Ramai tidak tahu, makan buah pear rupanya dapat mengurangkan risiko hidap penyakit jantung. Khasiat ini disumbang oleh kandungan antioksidan dan serat yang tinggi di dalamnya.

Ini terbukti apabila sejenis antioksidan seperti kuersetin mampu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam badan. Ini seterusnya memberi perlindungan daripada penyakit jantung.

10. Bagus untuk ibu mengandung

Bukan itu sahaja, ibu-ibu mengandung juga digalakkan makan buah ini sepanjang proses kehamilan. Ini kerana pear kaya dengan vitamin B atau asid folik. 

Pengambilan asid folik begitu penting, supaya kandungan sihat dan terhindar daripada sebarang masalah kesihatan serius. Oleh itu, buah pear boleh dimakan secara teratur untuk dapatkan khasiatnya.

11. Berpotensi cegah kanser

Seperti buah-buahan yang tinggi antioksida lain, pear juga berpotensi untuk mencegah kerosakan pada sel-sel tubuh termasuklah kanser.

Dalam satu kajian menggunakan tabung uji, kandungan antosianin pada buah pear dilaporkan mampu mengurangkan pembentukan tumor dan sel kanser yang ketara.

Bagaimanapun, masih banyak penyelidikan lagi yang diperlukan untuk melihat potensi buah ini melawan kanser sepenuhnya.

12. Mampu meningkatkan tenaga

Kadar glukosa yang tinggi dalam buah pear juga mampu meningkatkan tenaga. Ia perlu diambil ketika kita merasakan tubuh yang lemah. 

Ini kerana gula akan cepat diserap oleh tubuh dan khasiat glukosanya akan terus ditukar menjadi tenaga. Ia bagus untuk diamalkan sebagai diet ‘pre-workout’ anda.

13. Boleh mengurangkan risiko strok

Strok atau angin ahmar adalah keadaan di mana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Ia adalah penyakit yang merbahaya kerana mengakibatkan kecacatan kekal.

Kajian mendapati, buah-buahan yang kaya serat dan memiliki isi berwarna putih seperti pear boleh mengurangkan risiko serangan strok sehingga 52%. 

Oleh itu, warga emas atau mereka yang ada sejarah keluarga pernah menghidap strok digalakkan untuk ambil buah ini secara berkala.

14. Mencegah skurvi

Skurvi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C di dalam badan. Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit skurvi adalah melibatkan pendarahan, penanahan gusi serta kehilangan gigi. 

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah pear dapat mencegah skurvi. Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen yang penting dalam sokongan gigi dan gusi.

15. Melindungi kulit dari kerosakan dan penuaan

Selain itu, buah pear juga dapat menjaga kulit kita agar tetap halus dan lembut. Kandungan serat dapat menjauhkan kulit kita daripada tanda-tanda penuaan.

Menurut kajian, kandungan flavonoid dalam buah ini mengandungi antioksidan yang cukup tinggi dalam penghasilan kolagen. Ia juga mampu melindungi kulit daripada radikal bebas berbahaya yang menyebabkan kerosakan. 

Ini menjadikan khasiat buah pear bagus untuk memperbaiki kualiti kulit wajah dan tubuh kita secara keseluruhan.

Kesan sampingan buah pear

Secara umumnya, buah pear adalah selamat untuk dimakan termasuklah bahagian kulitnya. Banyak khasiat diperolehi oleh tubuh kita jika dimakan secara teratur.

Biarpun bermanfaat untuk kesihatan, terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu anda ketahui lebih-lebih lagi jika buah ini diambil secara berlebihan seperti :

Menyebabkan kembung perut

Mungkin ramai tidak tahu, antara kesan jika buah pear dimakan terlalu banyak boleh akibatkan masalah perut kembung. 

Di samping serat, vitamin, dan antioksida, pear turut mengandungi fruktosa iaitu gula buah yang sukar dihadam bagi sesetengah orang. Selain itu, komponen sorbitol yang terdapat di dalamnya juga berpotensi menyebabkan perut kembung.

Risiko asid folik berlebihan

Walaupun bagus untuk ibu hamil, tapi terlalu banyak makan buah pear sebenarnya boleh menyebabkan risiko asid folik berlebihan.

Keadaan ini mengundang masalah lain seperti menghidap ruam, kekejangan, loya, sawan, dan gangguan tidur. Oleh itu, wanita hamil disaran ambil buah pear padan jumlah yang sederhana saja setiap hari.

‘Sifat sejuk’ buah pear boleh menyebabkan gangguan pencernaan

Sifatnya yang ‘sejuk’ berupaya melegakan demam dengan meminum segelas besar jus pear. Namun ia boleh memudaratkan apabila pear dimakan terlalu banyak dan minum sekali air sejuk.

Sudah tentu, kesan dingin ini boleh akibatkan risiko gangguan pencernaan kerana makanan dalam tubuh anda sukar untuk dihadam.

Cara makan buah pear

Selain itu, kaedah pengambilan buah-buahan juga penting bagi memperoleh khasiat yang maksimum. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara makan buah pear dengan betul. 

Sebenarnya, ia boleh dimakan begitu sahaja. Malah jika kulitnya dikupas, secara automatik anda juga kehilangan sebahagian besar serat dan nutrien yang terdapat pada sebiji buah pear.

Selain itu, buah ini juga boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti :

Minuman jus pear

minuman jus pear

Khasiat buah pear juga boleh dinikmati dalam bentuk jus atau minuman. Caranya mudah sahaja, perah atau kisar terus isi buah pear dan ia sedia diminum kerana mengandungi banyak air.

Jus pear turut jadi kegemaran ramai, kerana antioksida yang terdapat padanya mampu bersihkan usus daripada toksin.

Menu diet dan hiasan pencuci mulut

Cara makan buah pear pencuci mulut

Buah pear turut sesuai dipotong kecil atau dalam bentuk menarik untuk dijadikan sebagai hiasan pencuci mulut. 

Ia juga sering disertakan dalam menu diet seperti salad dan oat, kerana khasiatnya yang dapat beri rasa kenyang berpanjangan.

Kesimpulan

Sekiranya anda mahu cari snek buah yang lazat dan berkhasiat, pear merupakan pilihan yang sangat tepat. 

Ia kaya dengan pelbagai nutrien, serat, antioksidan dan sesuai dimakan oleh semua golongan usia. Buah pear juga mempunyai banyak manfaat seperti :

  1. Bagus untuk sistem penghadaman
  2. Meningkatkan imuniti tubuh
  3. Boleh melawan keradangan
  4. Meningkatkan penyerapan zat besi
  5. Membantu turunkan berat badan
  6. Mengekalkan kesihatan tulang
  7. Mengurangkan risiko diabetes
  8. Mencegah sembelit
  9. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  10. Bagus untuk ibu mengandung
  11. Berpotensi cegah kanser
  12. Mampu meningkatkan tenaga
  13. Boleh mengurangkan risiko strok
  14. Mencegah skurvi
  15. Melindungi kulit dari kerosakan dan penuaan

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah pear. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah pear.

Mengambil pear adalah bahagian penting dalam diet yang sihat dan seimbang. Walau bagaimanapun, tiada jumlah tepat pear yang perlu dimakan setiap hari kerana keperluan pemakanan boleh berbeza-beza bagi setiap individu. Walau bagaimanapun, mengikut garis panduan am, makan 2 hingga 3 hidangan buah setiap hari, termasuk pear, boleh menjadi matlamat yang baik.

Satu hidangan pear biasanya bersamaan dengan satu pear sederhana. Pear adalah buah yang rendah kalori dan mengandungi serat, vitamin C, dan beberapa nutrien lain yang bermanfaat untuk tubuh. Makan pear dengan kerap boleh membantu meningkatkan pengambilan serat, mengekalkan kesihatan pencernaan, dan menyediakan nutrien penting.

Ya, pear adalah pilihan buah yang sihat dan mempunyai khasiat yang serupa dengan epal. Walaupun terdapat beberapa perbezaan pemakanan antara pir dan epal, kedua-duanya mempunyai kualiti pemakanan yang baik dan boleh menjadi bahagian penting dalam diet yang sihat.

Kedua-dua pear dan epal mengandungi serat tinggi, vitamin C, dan antioksidan. Serat membantu mengekalkan kesihatan pencernaan, mengawal paras gula dalam darah dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Vitamin C memainkan peranan dalam sistem imun yang sihat dan membantu dalam penyerapan zat besi. Antioksidan membantu melindungi sel badan daripada kerosakan oksidatif.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan dalam komposisi pemakanan antara pear dan epal. Pear cenderung mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi sedikit daripada epal, manakala epal mungkin mengandungi lebih banyak vitamin C. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak ketara pada skala kesihatan keseluruhan.

Perkara yang paling penting ialah memasukkan pelbagai buah-buahan dalam diet harian anda untuk meraih pelbagai manfaat pemakanan. Kedua-duanya boleh menjadi pilihan yang sihat dan menyediakan badan anda dengan nutrien penting. Pilih buah yang segar, masak, dan mengikut citarasa anda.

Buah pear mempunyai kandungan gula asli, tetapi tidak boleh dikategorikan sebagai buah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Secara umumnya pir termasuk dalam kategori buah yang agak rendah kandungan gulanya berbanding beberapa jenis buah lain.

Kandungan gula dalam pear boleh berbeza-beza bergantung pada jenis dan saiz buah. Sebagai perbandingan, satu pear sederhana biasanya mengandungi kira-kira 17-22 gram gula asli. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa gula yang terdapat dalam buah adalah gula semula jadi yang turut disertai dengan serat, vitamin dan nutrien lain yang bermanfaat untuk tubuh.

Ya, penghidap diabetes boleh makan pear sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Pear adalah pilihan buah yang baik untuk individu yang menghidap diabetes kerana ia agak rendah pada skala indeks glisemik (GI). Indeks glisemik mengukur seberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah.

Pear mempunyai GI rendah hingga sederhana, yang bermaksud ia mempunyai kesan sederhana terhadap paras gula dalam darah apabila dimakan dalam bahagian yang munasabah. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tindak balas glisemik boleh berbeza-beza di kalangan individu, jadi adalah dinasihatkan bagi individu yang menghidap diabetes untuk memantau paras gula darah mereka dan membuat pilihan pemakanan yang diperibadikan berdasarkan keperluan dan tindak balas individu mereka.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan