Buah Tarap: 11 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Buah Tarap

Buah tarap sememangnya enak dimakan. Ia juga mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri terhadap aspek kesihatan.

Jika sebelum ini anda menikmati tanpa mengetahui manfaatnya, kali ini kami akan bincangkan mengenai buah tarap termasuk khasiat nutrisi, kebaikan, kesan sampingan dan cara untuk memakannya.

Jom kita mulakan!

Khasiat Buah Tarap Infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah tarap?

Apa itu buah tarap

Buah tarap atau nama saintifiknya Artocarpus odoratissimus adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Moraceae. Buah tarap juga dikenali sebagai marang, madang, timadang, terap, kiran, pedalai hijau, atau johey oak. 

Buah tarap berasal dari Borneo, Palawan, dan Pulau Mindanao. Ia berkait rapat dengan pokok nangka, cempedak, dan sukun yang kesemuanya tergolong dalam genus yang sama, Artocarpus.

Buah tarap ialah pokok malar hijau boleh tumbuh hingga 25 meter tinggi. Anggaran saiz daunnya adalah 16 sentimeter hingga 50 sentimeter panjang dan 11 sentimeter–28 sentimeter lebar. 

Buah tarap akan berubah warna menjadi kuning kehijauan apabila sudah ranum, dan rasanya manis. Bahagian dalam buah tarap agak serupa dengan nangka, tetapi warnanya putih dan isinya bertekstur lebih lembut.

Fakta nutrisi dan khasiat buah tarap

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g isi buah tarap:

Makronutrien:

Kalori334 – 379 Kcal
Jumlah Karbohidrat12.0 – 25.2g
Serat (Karbohidrat)0.8 – 1.3g
Protein1.2 – 1.5g
Lemak0.3g

Mikronutrien (Mineral):

Calcium0.5 – 1.4 mg
Copper0.39 – 0.67 mg
Iron0.3 – 0.5 mg
Magnesium15 – 31 mg
Potassium176 – 298 mg
Sodium1.1 – 1.7 mg
Zinc 0.17 – 0.45 mg

11 Khasiat & kebaikan buah tarap

Khasiat buah tarap

1. Membantu pesakit anemia

Kandungan zink dan zat besi yang terkandung di dalam buah tarap boleh membantu pesakit yang menghidap anemia. 

Kajian menunjukkan  sebahagian besar kes kekurangan zink wujud bersama dengan kekurangan zat besi, yang mungkin menjadi punca utama kekurangan zink yang menyumbang kepada anemia. 

Kajian pula menunjukkan keletihan  adalah salah satu tanda-tanda biasa bagi penyakit anemia ialah kekurangan zat besi. Pengambilan zink dan iron yang cukup boleh membantu mengurangkan risiko untuk anda menghidap penyakit anemia.

2. Bagus untuk kesihatan gigi dan tulang

Kandungan fosforus dan kalsium di dalam buah tarap dapat membantu dalam melindungi kesihatan gigi dan tulang daripada rosak. Kuantiti nutrisi kalsium dan fosforus yang mencukupi adalah penting untuk mineralisasi pergigian.

Kajian menunjukkan diet yang mengandungi kalsium dan fosforus adalah penting untuk kalsifikasi tulang dan dentin yang normal pada tikus dari umur 23 hingga 70 hari.

Selain itu, kajian lain menunjukkan fosforus adalah nutrien penting dalam kesihatan manusia dan mempunyai pelbagai peranan fisiologi. Fosforus ialah komponen utama membran sel (iaitu fosfolipid dwilapisan), tulang belakang gula-fosfat asid nukleik, dan hidroksiapatit dalam tulang dan gigi.

3. Mengurangkan risiko kanser

Kandungan beta karotena dalam buah tarap dapat mengurangkan risiko kanser. Beta karotena juga dipanggil provitamin A karotenoid di mana badan boleh menukarkan beta karotena menjadi vitamin A (retinol). 

Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan makanan yang tinggi antioksidan seperti beta karotena boleh membantu melindungi daripada perkembangan kanser tertentu. Antara jenis-jenis kanser adalah kanser payudara pramenopaus, kanser paru-paru dan barah pankreas.

Dalam kajian ini menunjukkan pengambilan vitamin A dan beta karotena diet boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Kajian pula menunjukkan pengambilan vitamin A, karotena, beta-karotena dan likopena tahap tinggi mungkin merupakan faktor berpotensi yang berkaitan dengan risiko kanser pankreas yang rendah.

4. Membantu menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol

Kandungan asid Pantothenik, mangan dan karbohidrat dapat membantu menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol. 

Kajian terhadap asid panthothenik atau vitamin B5 pula menunjukkan pengambilan dos harian pantethine sehingga 16 minggu boleh menurunkan LDL-C, atau kolesterol “tidak baik”. Kajian ini juga mendapati ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Kajian menunjukkan mangan terlibat dalam pengeluaran insulin, yang mengeluarkan gula dari darah anda. Oleh itu, mangan boleh menyumbang kepada rembesan insulin yang betul dan membantu menstabilkan gula dalam darah.

Kajian juga menunjukkan individu yang menghidap diabetes mempunyai tahap enzim antioksidan mangan superoxide dismutase (MnSOD) yang lebih rendah. Kandungan mangan yang cukup dalam badan amat penting dalam melindungi anda dari tekanan darah dan paras kolesterol yang abnormal.

Dalam buku kajian menyatakan karbohidrat bertindak sebagai sumber tenaga, membantu mengawal glukosa darah dan metabolisme insulin, mengambil bahagian dalam metabolisme kolesterol dan trigliserida. Saluran pencernaan mula memecahkan karbohidrat kepada glukosa, yang digunakan untuk tenaga apabila digunakan.

5. Mengatasi efek radikal bebas 

Kandungan vitamin A, tembaga dan zink di dalam buah tarap dapat mengatasi efek radikal bebas di dalam badan anda. Apabila kandungan radikal bebas di dalam badan melebihi kandungan antioksidan, ia boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan. Keadaan ini dinamakan tekanan oksidatif. Selain menyumbang kepada penuaan, ia juga berpotensi menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya.

Kajian menunjukkan provitamin A karotenoid melindungi badan anda daripada radikal bebas iaitu molekul yang sangat reaktif yang boleh membahayakan tubuh anda dengan mewujudkan tekanan oksidatif. 

Kajian yang lain menunjukkan tembaga penting untuk pertahanan antioksidan yang optimum, dan kekurangan tembaga boleh mengurangkan keupayaan tubuh untuk menangani tekanan oksidatif.

Kajian juga menunjukkan zink mempengaruhi ekspresi glutamat-cysteine ligase iaitu enzim yang terlibat dalam sintesis glutation, yang bertindak secara langsung pada peneutralan radikal bebas.

6. Bersifat antiradang, antibakteria dan antivirus 

Kandungan vitamin C di dalam buah tarap yang bersifat antiradang, antibakteria dan antivirus dapat melindungi badan daripada mudah sakit.

Kajian menunjukkan asid askorbik yang juga dikenali sebagai vitamin C diiktiraf secara meluas sebagai molekul yang mempunyai ciri anti-radang serba boleh. Asid askorbik dapat merendahkan tahap protein C-reaktif (CRP), yang merupakan penanda stabil keradangan dalam plasma.

Selain itu, kajian menunjukkan Vitamin C boleh mengakibatkan perencatan pertumbuhan bakteria. Vitamin C mampu menghalang pertumbuhan S. aureus dan streptokokus walaupun dalam keadaan pH neutral. Kesan perencatan pertumbuhan yang kuat terhadap bakteria tahan pelbagai ubat atau multi-drug resistant (MDR) seperti methicillin-resistant S. aureus (MRSA)  dan kesan sinergi dengan sebatian antibiotik semulajadi atau sintetik telah membuka cara baru untuk memerangi jangkitan.

Kajian lain menunjukkan Vitamin C juga berkesan untuk mencegah jangkitan virus dengan meningkatkan tindak balas imun semula jadi.

7. Menyokong sistem pencernaan 

Kandungan niasin dan magnesium di dalam buah tarap berpotensi menyokong sistem pencernaan anda.
Kajian menunjukkan niasin boleh memastikan morfologi usus dengan cekap dan melemahkan keradangan usus anak khinzir yang diputuskan susu.

Kesan perlindungan niasin pada kesihatan usus mungkin dikaitkan dengan peningkatan jumlah Lactobacillus dan Dorea dan kandungan butirat serta penurunan jumlah Peptococcus. Lactobacillus, Dorea, dan Peptococcus adalah semua spesies bakteria yang terdapat dalam usus manusia. Butirat pula, ialah asid lemak rantai pendek atau short-chain fatty acid (SCFA) yang dihasilkan oleh penapaian serat oleh bakteria usus. Ia adalah sumber tenaga utama untuk sel-sel yang melapisi kolon.

Kajian yang lain pula menunjukkan magnesium menyerap  air ke dalam usus, proses ini akan melembutkan dan meningkatkan saiz najis lalu membantu menjadikan najis lebih mudah dikeluarkan.

8. Memperbaiki kesihatan mata

Kandungan riboflavin di dalam buah tarap dapat memperbaiki kesihatan mata.

Kajian menunjukkan peningkatan riboflavin dengan penambah kesan norepinephrine (NE) hanya menyebabkan kemerosotan epitelium kornea secara minima danmempunyai potensi besar untuk aplikasi klinikal.

Dan kajian menunjukkan terdapat tindak balas dos yang konsisten dengan kepekatan riboflavin yang lebih tinggi yang mencapai keberkesanan penghubung silang kornea atau corneal cross-linking (CXL) yang lebih tinggi, menunjukkan bahawa manipulasi dos riboflavin serta protokol (riboflavin/ultraviolet A) UVA boleh digunakan untuk mengoptimumkan penghubung silang kornea.

9. Mencegah diri dari risiko strok 

Kandungan asid pantotenik atau vitamin B5 di dalam buah tarap dapat mencegah diri anda daripada risiko strok. 

Kajian menunjukkan asid pantotenik yang dikenali sebagai pantethine, yang telah dikaji berpotensi untukmembantu melindungi arteri dan mencegah pembentukan plak berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

Kajian yang sama juga menunjukkan vitamin B5  boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik untuk badan) dan paras trigliserida dalam darah orang yang mempunyai lemak darah yang tinggi. Pada masa yang sama, ia membantu meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik untuk badan).

10. Melindungi sistem imun badan

Kandungan tembaga dan tiamin di dalam buah tarap dapat melindungi sistem imun badan anda. 

Kajian menunjukkan kekurangan tembaga membawa kepada peningkatan terhadap jangkitan bakteria dan fungsi neutrofil (sejenis sel darah putih) terjejas. Pengambilan tembaga yang cukup dapat melindungi diri anda dari mudah jatuh sakit. 

Selain itu, kajian juga menunjukkan penyerapan tiamin ke dalam saluran penghadaman adalah penting kerana proses ini akan sihat membolehkan badan anda untuk mengekstrak nutrien daripada makanan dengan lebih baik. Penyerapan tiamin juga dapat meningkatkan imuniti dan mempertahankan anda daripada menjadi sakit.

11. Melindungi kulit 

Kandungan beta karotena di dalam buah tarap juga dapat membantu melindungi kulit anda. 

Kajian menunjukkan diet yang tinggi dengan karotenoid, seperti beta karotena, boleh membantu mencegah kerosakan sel, penuaan kulit dan penyakit kulit. Karotenoid juga boleh membantu melindungi kulit anda daripada punca persekitaran seperti pencemaran dan sinaran UV, yang juga boleh menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit. 

Kajian lain pula menunjukkan metabolisme beta karotena berlaku di pelbagai jenis organ, termasuk kulit. Banyak kajian mendapati beta karotena dapat membantu mencegah pembentukan eritema yang disebabkan oleh UV, atau iritasi kulit dan kemerahan.

Apa kesan sampingan buah tarap

Walaupun buah tarap enak dimakan dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, individu tertentu mungkin boleh mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  1. Reaksi alergi: Reaksi alahan yang boleh terjadi adalah, gatal-gatal, bengkak, kesukaran bernafas, atau ketidakselesaan gastrousus. Jika anda alergik kepada buah-buahan di bawah keluarga yang sama iaitu Moraceae seperti sukun dan nangka, adalah lebih baik untuk anda mengelak daripada memakan buah tarap.
  2. Isu Gastrointestinal:Pengambilan buah tarap secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit, kembung perut, atau ketidakselesaan perut.
  3. Kandungan Kalori Tinggi: Pengambilan buah tarap secara berlebihan boleh menyebabkan kepada pertambahan berat badan atau kandungan gula yang tinggi dalam darah. 
  4. Alahan Lateks: Buah tarap mengandungi lateks. Jika anda mempunyai alahan lateks anda mungkin akan mengalami gejala alahan seperti gatal-gatal, bengkak atau ketidakselesaan tekak.

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, jika anda mengalami simptom yang teruk atau berterusan selepas memakan buah tarap.

Cara makan buah tarap

Cara makan buah tarap

Masyarakat Kadazandusun di Sabah mempunyai pelbagai resipi menarik untuk memakan buah tarap. Mungkin rakyat Malaysia yang menetap di semenanjung boleh cuba bila berpeluang menikmati buah eksotik ini. 

Berikut adalah cara makan buah tarap:

  • Buah tarap yang sudah ranum boleh di makan begitu sahaja.
  • Boleh disalutkan dengan bancuhan tepung gandum dan digoreng untuk dijadikan cucur.
  • Buah tarap yang muda atau mentah boleh dijadikan sup sayur dan dicampurkan dengan ayam kampung atau ikan masin.
  • Ada juga yang makan buah tarap bersama susu.
  • Dicampurkan dengan adunan tepung untuk dijadikan kuih.
  • Boleh digunakan untuk menyediakan sos, salad dan pastri.

Kesimpulan

Buah tarap kaya dengan pelbagai nutrien, serat, vitamin dan sesuai dimakan oleh semua peringkat usia. Buah tarap juga mempunyai banyak manfaat lain seperti :

  1. Membantu pesakit anemia 
  2. Bagus untuk kesihatan gigi dan tulang
  3. Mengurangkan risiko kanser
  4. Membantu menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol 
  5. Mengatasi efek radikal bebas 
  6. Bersifat antiradang, antibakteria dan antivirus 
  7. Menyokong sistem pencernaan 
  8. Memperbaiki kesihatan mata
  9. Mencegah diri dari risiko strok 
  10. Melindungi sistem imun badan
  11. Melindungi kulit 

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan