Buah Sukun: 15 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan

Buah sukun atau turut dikenali sebagai breadfruit sememangnya enak dimakan. Ia juga mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri terhadap aspek kesihatan.

Jika sebelum ini anda menikmati buah sukun tanpa tahu manfaatnya, kali ini kami akan bincangkan mengenainya termasuk khasiat nutrisi, kebaikan, kesan sampingan dan cara untuk memakannya.

Jom kita mulakan!

khasiat buah sukun infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah sukun?

Buah Sukun Featured Image

Sukun merupakan sejenis buah dari keluarga Moraceae yang sama dengan buah mulberi, nangka dan cempedak. Tanaman ini dipercayai berasal dari Kepulauan Borneo, sebelum tersebar hampir ke seluruh dunia oleh para pedagang sejak abad ke-17.

Buah sukun mempunyai nilai ekonomi cukup baik kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Di sesetengah negara ketiga, pokok sukun ditanam sebagai komoditi tanaman makanan kedua setelah beras. 

Daripada berwarna hijau terang, buah sukun akan bertukar menjadi kuning apabila sudah masak dan ranum. Bukan setakat isi buahnya enak, malah daun sukun juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Di Malaysia, ia sering diolah sebagai produk makanan lain seperti kerepek dan sebagainya. Manakala masyarakat Eropah gelar buah sukun sebagai breadfruit, kerana teksturnya menjadi lembut seperti roti apabila dibakar.

Fakta nutrisi dan khasiat buah sukun

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah sukun:

Makronutrien:

Kalori103 Kcal
Jumlah Karbohidrat27.1g
Serat (Karbohidrat)4.9g
Protein1.07g
Lemak0.23g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.011 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.03 mg
Niacin (Vitamin B3)0.9 mg
Pantothenic acid (Vitamin B5)0.457 mg
Vitamin B60.1 mg
Folate (Vitamin B9)14 µg
Vitamin C29 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium17 mg
Copper0.084 mg
Iron0.54 mg
Magnesium25 mg
Phosphorus30 mg
Potassium490 mg
Sodium2 mg
Zinc 0.12 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Lutein + zeaxanthin22 µg

15 kebaikan buah sukun yang ramai tidak tahu

kebaikan khasiat buah sukun

Buah sukun sememangnya kaya dengan mineral, vitamin dan zat nutrien. Maka tidak hairanlah jika ia mampu tawarkan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Jom semak 15 khasiat dan kebaikan buah sukun :

1. Cegah bakteria penyebab keracunan makanan 

Satu kajian mendapati, metanol yang terkandung dalam buah sukun menunjukkan kesan antibakteria yang kuat terhadap pelbagai ‘bakteria jahat’ yang boleh menjejaskan kesihatan.

Antaranya adalah, bakteria Clostridium perfringens dan Salmonella enterica yang sering menyebabkan keracunan makanan terhadap manusia.

2. Meningkatkan sistem imun tubuh

Tubuh akan mudah terdedah kepada bermacam penyakit jika sistem imuniti lemah. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap imunisasi badan adalah melalui pengambilan vitamin C.

Selain karbohidrat, buah sukun juga kaya dengan kandungan Vitamin C. Ia menyokong sel darah putih untuk melawan sebarang ancaman kuman.

3. Mengurangkan keradangan

Khasiat lain buah sukun adalah melawan keradangan. Ia merupakan tindak balas semulajadi tubuh manusia setiap kali berlakunya kecederaan atau jangkitan.

Kajian menunjukkan sejenis antioksidan iaitu flavonoid dalam buah sukun mampu mengurangkan proses keradangan. Selain itu, ekstrak daun sukun juga berkesan dalam mengurangkan bengkak akibat gejala tersebut.

4. Mencegah sembelit

Hampir setiap daripada kita pernah mengalami gejala sembelit atau masalah sukar untuk membuang najis. Selalunya, ia disebabkan oleh kekurangan air atau serat dalam diet harian. 

Kekurangan dua komponen inilah yang membuatkan najis untuk mengeras. Sebagai sumber serat yang bagus, buah sukun menggalakkan proses pergerakan usus (peristalsis) sekaligus dapat mencegah sembelit.

5. Meningkatkan kesuburan 

Ramai tidak tahu, khasiat sukun turut menggalakkan kesihatan sistem reproduktif. Ini disumbangkan oleh asid lemak omega-3 yang terdapat pada buah tersebut.

Sebuah kajian mendapati, sekumpulan wanita yang mengambil suplemen omega-3 adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan untuk hamil daripada wanita yang tidak mengambilnya.

Selain itu, asid lemak omega-3 terbukti menggalakkan sintesis dan meningkatkan mortaliti sperma lelaki. Bukan itu sahaja, antioksidan dalam sukun juga boleh mencegah kanser prostat dan ovari.

6. Mampu berikan tenaga

Tahukah anda, secawan sukun saja mengandungi sekitar 60 gram karbohidrat. Ini boleh membekalkan sumber tenaga utama dalam badan.

Bukan itu sahaja, sukun juga mengandungi asid amino dalam bentuk protein. Ia mampu mencipta struktur sel badan, mengangkut nutrien, dan menyokong semua sistem utama dalam tubuh seseorang.

7. Menurunkan berat badan

Menariknya lagi, buah ini juga boleh jadi makanan diet yang ideal untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan. Ini kerana sukun mengandungi jumlah serat yang tinggi dan rendah kalori.

Ini disokong oleh kajian sekumpulan penyelidik pada 2020. Ia boleh menjadi diet yang seimbang kerana tepung sukun bebas gluten, padat dengan nutrien lengkap, serta mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding nasi dan gandum.

8. Meningkatkan kesihatan tulang

Selain itu, buah ini mengandungi pelbagai mineral penting untuk tulang. Antaranya adalah kalsium, fosforus, mangan dan magnesium.

Kajian menunjukkan, kalsium dan fosforus merupakan ‘duet’ terpenting yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang serta gigi. 

Kandungan ini meningkatkan ketumpatan tulang, seterusnya membentuk struktur yang kuat. Justeru, ia dapat mengurangkan risiko seperti tulang patah dan osteoporosis.

9. Mengurangkan risiko kencing manis

Selain itu, buah sukun juga tinggi dengan serat yang terbukti membantu mengawal kadar gula dalam darah dan mengurangkan kesan diabetes terhadap tubuh. 

Dengan mencerna serat, badan tidak akan mendapat banyak kalori (gula) untuk disimpan semula seperti sebelum penghadaman. Ini sekaligus menjadikan buah sukun sebagai hidangan yang sihat untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.

10. Menurunkan tekanan darah

Ramai yang tidak tahu, khasiat buah sukun juga didapati bermanfaat untuk sistem kardiovaskular terutamanya kesihatan jantung.

Sebuah kajian mendapati, ekstrak buah sukun boleh meningkatkan aliran darah, mencegah pembuluh darah daripada tersumbat dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, penyelidikan selanjutnya masih lagi diperlukan untuk melihat potensi sukun dalam mencegah serangan jantung.

11. Bagus untuk perkembangan minda

Lemak asid omega-6 dan omega-3 adalah komponen yang sangat penting untuk pembangunan struktur membran sel otak manusia.

Jangan khuatir jika harga ikan salmon atau tuna agak mahal, lemak asid omega-3 juga terkandung dalam buah sukun. Oleh itu, ibu bapa digalakkan memberi anak yang sedang membesar makan buah ini supaya galakkan pertumbuhan minda mereka.

12. Menjadikan tidur lebih lena

Tidur adalah penting kerana ia berfungsi memulihkan sistem badan ketika dalam ‘mod rehat’. Namun sekiranya tidak mendapat waktu tidur yang cukup, mood atau fungsi harian akan terjejas.

Buah sukun telah lama diketahui dapat memperbaiki kualiti tidur kerana tinggi dengan magnesium. Kandungan mineral ini terbukti dapat meningkatkan kualiti, tempoh, dan ketenangan tidur seseorang.

Selain itu, ia juga efektif dalam mengawal metabolisme tubuh. Ini seterusnya dapat membantu kurangkan masalah insomnia dan juga gangguan tidur.

13. Merangsang pertumbuhan rambut

Buah sukun mengandungi beberapa khasiat mineral dan vitamin yang diperlukan untuk mengekalkan rambut yang tebal dan sihat.

Vitamin C memudahkan penyerapan mineral dan membekalkan khasiat kepada rambut. Selain itu, kandungan zat besi dalam sukun juga meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan merangsang pertumbuhan folikel rambut.

Oleh itu, pengambilan sukun secara berkala mampu menguatkan akar dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

14. Rawatan semulajadi cegah kelemumur

Selain itu, sukun juga berupaya menguatkan akar rambut dan merupakan rawatan semulajadi yang sangat bagus mencegah kerosakan rambut.

Kandungan asid lemak omega-3 dan omega-6 yang terdapat padanya mampu mengawal pengeluaran sebum pada kulit kepala. Ini sekaligus mengurangkan rasa kegatalan serta jumlah kelemumur.

Selain itu, manfaat kedua-dua asid lemak tersebut juga mencegah keguguran rambut dan keradangan pada kulit kepala.

15. Menjaga kesihatan kulit tubuh

Selain itu, kandungan serat dalam sukun juga dapat menjaga kulit supaya tetap lembut serta mencegah tanda-tanda penuaan.

Menurut kajian, kandungan flavonoid dalam buah ini mengandungi antioksidan yang cukup tinggi dalam penghasilan kolagen. Ia juga mampu melindungi kulit daripada radikal bebas berbahaya yang menyebabkan kerosakan. 

Ini bermaksud, khasiat buah sukun amat bagus dalam memperbaiki kualiti tubuh kita secara keseluruhan.

Kesan sampingan buah sukun

Secara umumnya, buah sukun selamat untuk dimakan oleh setiap lapisan umur. Banyak manfaat dan khasiat diperolehi oleh tubuh kita jika dimakan secara teratur.

Namun begitu, terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu anda ketahui lebih-lebih lagi jika buah ini diambil secara berlebihan seperti:

  • Masalah penghadaman: Buah sukun mengandungi serat yang tinggi, dan bagi sesetengah individu, pengambilan serat yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut, gas atau gangguan pencernaan yang lain. Adalah penting untuk mengambil sukun secara sederhana dan memastikan bahawa anda mempunyai air yang mencukupi dan pengambilan serat yang seimbang secara keseluruhan.
  • Alahan: Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap buah-buahan tertentu atau alahan kepada saluran pernafasan, mereka mungkin mengalami reaksi alahan terhadap sukun. Reaksi alahan mungkin termasuk ruam, gatal-gatal, bengkak, kesukaran bernafas, atau gejala lain yang berkaitan dengan alahan. Jika anda mempunyai sejarah alahan, elok berhati-hati dan pantau tindak balas badan selepas mengambil sukun.

Cara makan buah sukun

Selain itu, kaedah pengambilan buah ini juga penting bagi memperoleh khasiat yang maksimum. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara makan sukun dengan betul. 

Berbanding ‘saudara’ buahnya iaitu cempedak dan nangka yang boleh dimakan terus ketika mentah. Ini kerana, sukun merupakan buah yang lebih baik diproses terlebih dahulu sebelum dimakan.

Oleh itu, buah ini boleh dimakan atau diolah dengan pelbagai cara seperti :

Dimasak secara rebus

buah sukun rebus atau kukus

Cara paling mudah untuk makan buah ini adalah dengan merebusnya. Sukun akan menjadi lebih manis dan teksturnya menjadi lebih lembut.

Air rebusan daripada isi sukun yang telah matang juga boleh diminum selepas dicampur sedikit gula. Ia dipercayai mampu mengatasi masalah hempedu hati, perut dan juga usus besar.

Manakala air rebusan Isi buah sukun yang muda pula, jika diminum boleh dijadikan sebagai ubat batuk semulajadi.

Tepung sukun

Tanpa mengurangkan khasiat nutrien asalnya, buah ini juga boleh dikisar atau diproses menjadi tepung sukun. Ini sekali gus boleh dijadikan sebagai alternatif yang lebih sihat berbanding tepung gandum.

Penyelidik Barat juga mendedahkan bahawa, protein yang terdapat pada tepung sukun sebenarnya lebih mudah untuk dihadamkan berbanding gandum.

Goreng dengan minyak zaitun

cara makan Buah sukun goreng

Sukun juga sangat enak dimakan sebagai snek apabila dimasak jadi pengat sukun, cucur sukun ataupun sukun goreng. 

Namun untuk pastikan khasiat nutrisinya tidak hilang, anda digalakkan untuk menggoreng buah ini dengan minyak zaitun. Kaedah ini juga dapat menghindari kandungan ‘lemak jahat’.

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan guna minyak yang sama berulang kali untuk masak isi buah sukun. Ini kerana, makanan yang digoreng dalam minyak diguna semula akan menyerap sisa toksik dipanggil Aldehydes yang tertinggal dalam minyak lama.

Ia sekaligus boleh mengundang risiko penyakit kritikal lain termasuk masalah jantung, alzheimer, parkinson, barah dan salur darah tersumbat.

Kesimpulan

Sekiranya anda mahu cari snek buah yang lazat dan berkhasiat, buah sukun merupakan pilihan yang sangat tepat. 

Ia kaya dengan pelbagai nutrien, serat, karbohidrat dan sesuai diambil oleh semua peringkat usia. Buah sukun juga mempunyai banyak manfaat seperti :

  1. Cegah bakteria penyebab keracunan makanan
  2. Meningkatkan sistem imun tubuh
  3. Mengurangkan keradangan 
  4. Mencegah sembelit
  5. Meningkatkan kesuburan 
  6. Mampu berikan tenaga
  7. Menurunkan berat badan
  8. Meningkatkan kesihatan tulang
  9. Mengurangkan risiko kencing manis
  10. Menurunkan tekanan darah
  11. Bagus untuk perkembangan minda
  12. Menjadikan tidur lebih lena
  13. Merangsang pertumbuhan rambut
  14. Rawatan semulajadi cegah kelemumur
  15. Menjaga kesihatan kulit tubuh

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Soalan Lazim

Mungkin anda mempunyai beberapa soalan tentang buah sukun. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan buah sukun.

Rasa sukun itu unik dan sukar untuk diungkapkan dengan tepat. Walau bagaimanapun, ia sering digambarkan sebagai mempunyai rasa licin, berkrim, dan sedikit seperti ubi kayu dengan tekstur yang kenyal.

Sukun masak mempunyai rasa manis dengan sentuhan karamel yang ringan. Sesetengah orang juga mendapati ia sedikit berperisa seperti roti bakar, yang memberikannya nama Inggerisnya “breadfruit”. Rasa manisnya tidak manis kuat seperti buah-buahan tropika lain seperti mangga atau nenas.

Selain itu, sukun juga boleh mengambil rasa dan aroma makanan yang digunakan semasa memasaknya. Ini bermakna apabila dimasak dalam hidangan tertentu atau dihidangkan dengan sos atau rempah tertentu, ia boleh menambah dimensi yang berbeza untuk rasa.

Setiap jenis sukun juga boleh mempunyai sedikit perbezaan dalam rasa dan tekstur. Walaupun sesetengah jenis sukun lebih manis, yang lain mungkin lebih berair atau sedikit masam. Oleh itu, rasa sukun mungkin berbeza sedikit bergantung pada jenis sukun yang anda makan.

Ya, buah sukun boleh dimakan mentah, tetapi ia biasanya tidak dimakan dalam keadaan mentah kerana teksturnya yang berkanji dan pejal. Roti buah mentah selalunya dimasak atau disediakan dengan pelbagai cara untuk menjadikannya lebih sedap dan mudah dihadam.

Apabila sukun belum masak atau hijau, dagingnya padat dan berkanji, sama seperti kentang. Pada peringkat ini, ia biasanya digunakan dalam masakan yang lazat dan boleh direbus, dikukus, dibakar atau digoreng. Sukun masak yang belum masak mempunyai tekstur yang serupa dengan kentang rebus atau panggang.

Sebaliknya, apabila sukun masak sepenuhnya, daging menjadi lebih lembut, lebih manis dan teksturnya lebih berkrim. Sukun masak biasanya berwarna kuning atau keperangan, dan ia boleh dimakan mentah. Roti buah-buahan yang masak boleh dinikmati dengan hanya memotongnya dan mencedok daging lembut, mengeluarkan sebarang biji atau bahagian yang tidak boleh dimakan.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa rasa dan tekstur sukun mentah mungkin tidak begitu menyeronokkan seperti apabila ia dimasak atau masak sepenuhnya. Ramai orang lebih suka memasak atau mematangkan sukun sebelum memakannya untuk meningkatkan rasa dan menjadikannya lebih menyelerakan.

Sukun dan nangka adalah dua jenis buah yang berbeza walaupun mempunyai beberapa persamaan. Berikut adalah perbezaan antara sukun dan nangka:

  • Asal-usul dan pengedaran: Breadfruit berasal dari kawasan Pasifik Selatan dan Asia Tenggara, manakala nangka berasal dari India dan Asia Tenggara. Kedua-dua buah ini telah disebarkan dan ditanam di pelbagai kawasan tropika di seluruh dunia.
  • Saiz dan rupa: Sukun biasanya lebih kecil daripada nangka. Buah sukun mempunyai kulit yang kasar dan beralur, dengan daging berwarna putih atau kuning pucat. Sebaliknya, nangka mempunyai kulit yang lebih besar, berduri dan berkulit, dengan daging kuning atau oren terang.
  • Rasa dan tekstur: Rasa dan tekstur kedua-duanya juga berbeza. Sukun mempunyai rasa yang lembut, berkrim, dan sedikit seperti ubi kayu. Teksturnya kenyal dan sedikit padat. Nangka pula mempunyai rasa manis dengan sentuhan tropika yang kuat. Teksturnya lebih berserabut dan berisi.
  • Penggunaan kulit: Kulit sukun biasanya tidak dimakan dan lebih kerap dibuang sebelum memakan daging buah. Sebaliknya, kulit nangka boleh dimasak dan dimakan selepas dimasak dengan cara yang betul.
  • Penggunaan dalam masakan: Kedua-dua buah ini sering digunakan dalam masakan tradisional di pelbagai negara. Sukun biasanya dimasak sebelum dimakan seperti digoreng, direbus atau dibakar. Nangka pula boleh digunakan dalam pelbagai bentuk, sama ada masak dan muda, dan sering digunakan dalam kari, pencuci mulut atau sebagai ramuan dalam makanan tumbuhan.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan