Buah Peach: 12 Kebaikan, Khasiat dan Cara Makan Buah Pic

Kalau anda peminat Buah peach, tahukah anda buah ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat serta nutrisi yang tersendiri. Bukan sahaja enak dimakan tapi kaya dengan kesihatan untuk badan. 

Jika sebelum ini anda makan buah peach tanpa tahu manfaatnya, dalam artikel kali ini kami akan membincangkan semua mengenai buah peach termasuk kebaikan, khasiat, nutrisi serta kesan sampingan.

Jom kita mulakan!

Khasiat Buah Peach Infographic
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML Code

Apa itu buah peach?

Buah Peach Pic Featured Image

Buah peach atau nama saintifiknya Prunus persica, ialah poko daun luruh yang ditanam pertama kali di wilayah Zhejiang di Timur China. Buah peach tergolong di dalam genus Prunus. Antara buah-buahan yang termasuk dalam kumpulan genus yang sama adalah plum, badam, aprikot dan ceri. 

Buah peach dan buah nektarin adalah spesies yang sama. Tekstur kulit buah pic adalah berbulu tetapi kulit buah nektarin tidak berbulu. Mutasi dalam gen tunggal iaitu MYB25 dikatakan yang menyebabkan perbezaan antara kedua-dua buah ini. 

Isi buah peach berwarna kuning atau keputihan, bertekstur lembut dan mudah ‘lebam’ apabila ditekan. Biji buah peach bersaiz besar, berbentuk bujur dan berwarna merah kecoklatan.

Jangka hayat pokok buah peach agak pendek berbanding dengan beberapa pokok buah-buahan yang lain. Ia tumbuh dalam iklim kering atau bercuaca sederhana dan terdapat di kawasan sejuk.

Pokok buah peach mudah terdedah kepada penyakit yang dipanggil daun kerinting atau leaf curl. Keadaan ini tidak menjejaskan pokok buah pic secara keseluruhan tetapi akan mengurangkan hasil tanaman kerana sebahagian pokok perlu dipotong untuk mengatasi masalah itu. 

Cara penyimpanan buah pic yang baik adalah pada suhu 0°C dan ditempat berkelembapan tinggi. Buah pic sangat mudah rosak dan harus dimakan apabila ranum atau ditinkan dalam masa dua minggu selepas penuaian.

Fakta nutrisi dan khasiat buah peach

Berikut adalah fakta nutrisi untuk 100g buah peach:

Makronutrien:

Kalori42 Kcal
Jumlah Karbohidrat10.1g
Serat (Karbohidrat)1.5g
Protein0.91g
Lemak0.27g

Mikronutrien (Vitamin):

Thiamin (Vitamin B1)0.024 mg
Riboflavin (Vitamin B2)0.031 mg
Niacin (Vitamin B3)0.806 mg
Vitamin B60.025 mg
Folate (Vitamin B9)6 µg
Vitamin C4.1 mg

Mikronutrien (Mineral):

Calcium4 mg
Copper0.078 mg
Iron0.34 mg
Phosphorus22 mg
Magnesium8 mg
Potassium122 mg
Sodium13 mg
Zinc 0.23 mg

Mikronutrien (Fitonutrien):

Beta Carotene224 µg
Cryptoxanthin117 µg
Lutein + zeaxanthin132 µg

12 Kebaikan & khasiat buah peach

buah peach pokok

1. Meningkatkan sistem imun dan bersifat antiradang

Kulit dan isi buah pic yang berair mengandungi antioksidan yang baik untuk anda, termasuk vitamin C, polifenol dan karotenoid yang dapat meningkatkan sistem imun dan melindungi anda daripada mudah jatuh sakit. Buah pic juga mengandungi magnesium, fosforus, zat besi dan beberapa jenis vitamin B.

Kajian menunjukkan ekstrak dari lubang-lubang yang terdapat pada permukaan biji buah pic mungkin dapat mengurangkan tindak balas alahan badan. Ini adalah petunjuk yang menarik bahawa buah pic mempunyai potensi untuk memberi manfaat kepada sistem imun dalam pelbagai cara.

Dalam kajian yang lain pula menunjukkan antioksidan dapat memerangi kerosakan oksidatif dan membantu melindungi tubuh anda daripada penuaan dan penyakit. Buah pic yang lebih segar dan matang mempunyai lebih banyak antioksidan yang terkandung di dalamnya.

Bahkan dalam kajian menunjukkan buah peach mempunyai sifat antioksidan yang kuat yang mempunyai implikasi jangka panjang untuk melawan penyakit dan menyingkirkan radikal bebas dari badan. Kehadiran radikal bebas dalam badan anda akan mendatangkan semua jenis kerosakan, yang dikenali sebagai tekanan oksidatif. Ini akan menyumbang kepada penyakit dan kerosakan sel pada banyak peringkat.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Pengambilan buah-buahan secara kerap termasuk buah peach dapat meningkatkan kesihatan jantung. 

Kajian menunjukkan buah peach berpotensi menyingkirkan sebatian yang dihasilkan oleh hati anda daripada kolesterol yang dinamakan asid hempedu. Asid hempedu bersama-sama dengan kolesterol dapat dikumuhkan melalui najis anda dan dapat membantu menurunkan paras kolesterol darah.

Kajian tabung uji dan haiwan menunjukkan buah pic boleh mengurangkan tahap kolesterol total dan kolesterol ‘tidak baik’ yang dipanggil LDL, serta tekanan darah dan paras trigliserida.

Selain itu, kajian ke atas 1,300 orang di China menunjukkan kesan penggunaan bioflavonoid yang lebih tinggi daripada buah-buahan termasuk buah peach mendapati bahawa profil lipid subjek semuanya menunjukkan peningkatan terutamanya pada wanita. Profil lipid serum biasanya diukur untuk menentukan risiko kardiovaskular yang diuji daripada darah, seperti paras kolesterol, bertambah baik secara menyeluruh.

3. Membantu sistem penghadaman

Buah pic mengandungi serat yang dapatmenyumbang kepada penghadaman yang lancar dan mengurangkan risiko gangguan usus. Bunga buah pic juga dikatakan dapat menyediakan sebatian tertentu yang menyokong usus yang sihat.

Serat larut dapat menyediakan makanan untuk bakteria berfaedah dalam usus anda. Bakteria ini menghasilkan asid lemak rantai pendek seperti asetat, propionat, dan butirat yang memberi makan kepada sel-sel usus anda.

Kajian menunjukkkan asid lemak rantai pendek dalam usus anda boleh membantu mengurangkan keradangan dan memperbaiki gejala gangguan pencernaan seperti penyakit Crohn, sindrom usus besar (IBS) dan kolitis ulseratif.

Manakala, kajian lain ke atas haiwan menunjukkan sebatian yang terdapat dalam bunga buah pic boleh meningkatkan kekuatan dan kekerapan kontraksi usus secara berkesan, yang membantu mengekalkan irama yang betul untuk menolak makanan dengan lancar.

4. Mengurangkan risiko kanser

Buah pic yang kaya dengan antioksidan boleh memainkan peranan dalam membantu badan anda melawan radikal bebas yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat jenis kanser tertentu.

Kajian menunjukkan buah pic juga mengandungi sebatian lain yang dipanggil asid kafeik. Menurut kajian Sweden, asid kafeik dapat memberi perlindungan terhadap kanser payudara dan kolon dengan mengurangkan pertumbuhan kanser.

Kajian lain pula menunjukkan dua komponen utama yang bertanggungjawab untuk sifat antikanser pada buah pic ialah asid klorogenik dan asid neoklorogenik. Kedua-dua komponen ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser tanpa menjejaskan sel-sel yang sihat.

5. Bagus untuk kulit

Sebatian di dalam buah pic dan bunga buah pic boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit anda dengan mengekalkan kelembapan dan melindungi daripada kerosakan matahari. 

Kajian tabung uji menunjukkan sebatian yang terdapat dalam buah pic boleh meningkatkan keupayaan kulit anda untuk mengekalkan kelembapan dan memperbaiki tekstur kulit.

Kajian tabung uji dan haiwan yang lain juga menunjukkan kedua-dua tiub uji dan ekstrak yang diperbuat daripada bunga buah pic atau isi buah pic yang disapu terus pada kulit boleh membantu mencegah kerosakan UV.

6. Menyihatkan mata

Kehadiran fitonutrien antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin menjadikan buah pic sesuai melindungi untuk kesihatan mata.

Kajian menunjukkan kedua-dua fitonutrien melindungi mata daripada potensi kerosakan yang disebabkan oleh cahaya yang terkena retina.

Kajian turut menunjukkan lutein juga didapati mengurangkan risiko penyakit mata biasa yang berkaitan dengan usia.

7. Mengurangan simptom alergi

Buah pic boleh membantu untuk mengurangkan tindak balas sistem imun anda terhadap alergen. Ini dapat mengurangkan gejala alahan.

Kajian menunjukkan buah pic boleh membantu mengurangkan gejala alahan dengan menghalang pembebasan histamin dalam darah. Histamin adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan anda dan boleh mencetuskan gejala alahan seperti bersin, gatal-gatal atau batuk.

Kajian tabung uji juga menunjukkan ekstrak buah pic mungkin berkesan  dan dapat mengehadkan keradangan yang biasa dilihat dalam tindak balas alahan.

8. Mempunyai sifat antipenuaan

Kandungan vitamin C di dalam buah pic berpotensi untuk melambatkan proses penuaan.

Kajian Korea Selatan menunjukkan pengambilan vitamin C dapat meningkatkan proses anti-penuaan. 

Kajian menunjukkan suplemen yang mengandungi vitamin C boleh meningkatkan penghidratan kulit, merangsang pengeluaran kolagen dan melindungi daripada perkembangan kedutan dan penuaan pramatang akibat pendedahan matahari.

Selain itu, kajian juga menunjukkan vitamin C memainkan peranan penting dalam fungsi imun, pengawalan keradangan, dan banyak proses lain yang penting untuk penuaan yang sihat.

9. Mempunyai manfaat semasa kehamilan

Kandungan folat dan serat di dalam buah pic dapat membantu wanita dan bayi semasa hamil. 

Kajian menunjukkan tahap folat yang rendah pada wanita hamil telah dikaitkan dengan keabnormalan kelahiran seperti kecacatan tiub saraf.

Kajian juga menunjukkan pengambilan serat makanan yang lebih tinggi boleh memberi manfaat kesihatan kepada wanita semasa kehamilan termasuk mengurangkan risiko diabetes, pra-eklampsia dan sembelit.

10. Membantu dalam pengurangan berat badan

Kandungan serat di dalam buah pic juga dapat membantu dalam pengurangan berat badan. Serat boleh menyebabkan anda berasa kenyang dengan cepat dan mengelakkan diri dari makan secara berlebihan.

Kajian menunjukkan pengambilan lebih serat dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapatkan berat badan dan lemak badan bagi wanita dalam tempoh 20 bulan. Untuk hasil penurunan badan yang lebih baik, anda boleh mengamalkan pelbagai makanan berserat tinggi dan tinggi protein dalam diet anda untuk membantu menyekat selera daripada memakan makanan yang tidak sihat dan meningkatkan penurunan berat badan.

Kajian lain menunjukkan pengambilan serat pemakanan boleh menggalakkan penurunan berat badan dan pematuhan diet pada orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti dan mengamalkan diet pemakanan kalori yang terhad. 

11. Memusnahkan kulat Candida

Sebatian bioaktif yang terdapat di dalam buah pic dapat memusnahkan kulat Candida iaitu jangkitan yis. 

Kajian menunjukkan buah pic dapat melawan dan menghapuskan pertumbuhan kulat Candida dengan gabungan polifenol, bioflavonoid dan tannin pekat.

12. Melindungi badan daripada toksin tertentu

Kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin E, selenium dipercayai dapat melindungi badan daripada toksin tertentu. 

Kajian daripada University of Minnesota menunjukkan buah pic mengandungi vitamin A, C, dan E serta selenium yang bukan hanya bertindak sebagai antioksidan, tetapi juga dapat membantu proses detoksifikasi di dalam badan. 

Kajian juga menunjukkan ekstrak buah pic yang diberikan kepada perokok dapat meningkatkan penyingkiran nikotin melalui air kencing.

Apa kesan sampingan buah pic

Walaupun buah pic mengandungi pelbagai kebaikan untuk badan, namun terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu anda ketahui jika anda makan terlalu banyak buah pic atau jika anda alah kepada buah pic. Antaranya adalah: 

  • Ketidakselesaan pada perut: Buah pic mengandungi gula semula jadi yang dipanggil polyols, yang mungkin akan bertindak balas dengan bakteria usus yang menyebabkan perut anda tidak selesa. Gula ini mungkin kekal tidak dicerna dalam usus dan menyebabkan kekejangan, loya, dan kembung perut.
  • Alahan: Antara alahan yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal,bengkak, kesukaran bernafas dan anafilaksis (alahan teruk). 
  • Iritasi pada kulit: Getah daripada buah pic boleh menyebabkan iritasi kulit kepada sesetengah individu. Jika anda mempunyai kulit sensitif, sebaiknya basuh tangan anda dengan bersih selepas mengendali buah pic.
  • Cirit-birit: Pengambilan buah pic secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit disebabkan kandungan serat di dalamnya. 

Cara makan buah pic 

Cara makan buah pic peach

Rasanya yang manis dan bertekstur lembut membuatkan ramai menyukai buah pic. Berikut adalah cara-cara menikmati buah pic:

  • Dimakan begitu sahaja sebagai snek sihat!
  • Dimasukkan ke dalam bijiran sarapan pagi, oat atau yogurt. 
  • Minuman smoothie buah pic: campurkan susu, buah pic, buah pisang dan ais di dalam pengisar. Kisar bahan-bahan tadi dan nikmatilah minuman buah pic bersama keluarga. 
  • Pencuci mulut: puding buah pic, biskut buah pic dan buah pic goreng. 

Buah pic boleh dimakan dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda!

Kesimpulan

Buah peach mengandungi banyak khasiat dan manfaat yang diperlukan dalam badan kita seperti: 

  1. Meningkatkan sistem imun dan bersifat antiradang
  2. Meningkatkan kesihatan jantung
  3. Membantu sistem penghadaman
  4. Mengurangkan risiko kanser
  5. Bagus untuk kulit
  6. Menyihatkan mata
  7. Mengurangan simptom alergi
  8. Mempunyai sifat antipenuaan
  9. Mempunyai manfaat semasa kehamilan
  10. Membantu dalam pengurangan berat badan
  11. Memusnahkan kulat Candida
  12. Melindungi badan daripada toksin tertentu

Jika anda minat dengan khasiat atau kebaikan buah lain, boleh layari di bawah:

Similar Posts

Tinggalkan Balasan